1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Wednesday, April 22, 2009

Nabi pun berinai, Tapi ....

Oleh: Ustaz Ahmad Shukri Yusoff



Pada hari penaklukan Mekah, Abu Quhafah datang bertemu Rasulullah dengan rambut dan janggutnya memutih tak ubah seperti pepohon kelabu.

Rasulullah pun bersabda; “Celuplah rambut dan janggut kamu selain warna hitam.

“Meletakkan inai pada uban dan janggut dengan warna merah atau kuning hukumnya sunat. Tetapi tidak bagi warna hitam.” Ujar Rasulullah lagi.

“Sebenarnya ramai yang telah terpesong. Tidak pernah di syaratkan dalam islam mengenai amalan berinai. Cuma dalam masyarakat Melayu berinai merupakan salah satu cara berhias dan menjadi adat dalam perkahwinan,” ujar Ustaz Ahmad Shukri Yusoff, Ketua Unit Syariah dan Penerangan Khas, Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan.

Beliau cuba membetulkan tanggapan ramai yang tersasar apabila mempercayai daun inai halal dipakai pada segenap tubuh badan. Sebenarnya Bagi kaum perempuan ia sunat dipakai pada jari tangan dan kaki agar kelihatan cantik pada mata suami.

Menurutnya, perbuatan bertatu pada anggota tubuh sekalipun dengan inai adalah dengan sengaja meniru pemakaian tatu yang kita ketahui menggunakan teknik mencacah. Perbuatan meniru atau cuba menyerupai sesuatu yang diketahui haram maka hukumnya juga haram.

“ Jangan anggap benda yang tidak menyakitkan itu halal digunakan sehingga ramai yang berani tampil dengan pelbagai corak tatu, bukan hanya pada lengan dan kaki malah pada tempat-tempat sulit,” kata Ustaz Shukri.

Kaum lelaki terutamanya perlu tahu, za’faran adalah sejenis daun yang mengeluarkan warna serta bau harum. Lelaki dilarang memakai daun itu bukan kerana baunya tapi kerana warna.

Untuk wanita, berinai pada jari kaki dan tangan ada kalanya sunat, ada kalanya makruh bahkan ia boleh jadi haram.Sunat sekiranya berinai di jari kaki dan tangan dengan tujuan berhias untuk suami namun haram kiranya berinai dengan tujuan menunjuk- nunjuk untuk mendapat perhatian.

Perbuatan lelaki berinai pada mana-mana anggota tubuh adalah haram kerana ia meniru cara kaum perempuan. Lelaki dilarang menyerupai perempuan dalam berhias.

“Bagaimanapun jika sekiranya lelaki itu berinai atas sebab keuzuran atau berubat, tidaklah diharamkan.

“Ia bergantung pada tujuan kita. Makruh sekiranya atas tujuan berubat. Tapi jika dengan tujuan menunjuk-nunjuk ia perbuatan yang haram. Apa lagi jika seluruh tubuh terukir objek yang menggairahkan,” tegas Ustaz Shukri.

Menurut Ustaz Shukri, Nabi Muhammad s.a.w. dan angkatan tenteranya memakai inai pada rambut dan janggut sewaktu berperang agar kelihatan muda dan perkasa untuk menggerunkan dan menakutkan musuh. Pemuda-pemudi kita memakai tatu daripada daun inai untuk tujuan apa?

“Banyak lagi cara lain untuk kita nampak cantik jelita dan tampan.Jangan terpesong dengan amalan berinai. Tidak kira kecil atau besar bertatu sekalipun menggunakan inai tetap haram,” tambah Ustaz Shukri.

“Akan ada satu kumpulan orang berinai dengan warna hitam pada akhir zaman, seperti dada burung merpati yang hitam,mereka ini tidak akan dapat mencium bau syurga.” Hadis Riwayat Abu Daud.
Kembali Ke Tazkirah
command hair cut colour in islam, hukum warna rambut dalam islam
gunting rambut anak, budak, orang muda islamik di tikam batu
Sinar Mawadah Home

0 Komen disini:

Kembali ke Halaman Utama