1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Tuesday, June 30, 2009

Berhenti Berfikir | Matilah Kehidupan Mu |

Setiap insan NORMAL dibumi diberi akal untuk berfikir. Tapi berapa ramaikah yang mengambil kesempatan bersyukur menikmati akal yang diberi? Sedar tak diri kita dan kehidupan sekeliling kita makin membangun dengan umur dan kecanggihan? Diri kita adakah membangun bersama membangunnya usia diri kita?

JANGANLAH BERHENTI BERFIKIR, JIKA KITA MATI BERFIKIR PASTI AKAN MATI...

Ramai yang kata, apa hang cakap belit² ni. Sebenarnya maksud ayat ni terlalu jauh. Dengan Ayat inilah saya menjadi diri saya. Maksud ayat:

Orang yang mati berfikir dan mati kehidupannya adalah orang yang tak mahu berfikir untuk memajukan diri sehingga tiada kesempurnaan kehidupan atau tak ada peningkatan dalam hidupnya kearah kesempurnaan.

Contoh kita betanya pada seorang sahabat tentang kerjanya. Dia menjawab. " Aku keja gaji sebulan rm500, jadilah bersyukurlah, orang lain lagi teruk." 3tahun kemudian kita tanya lagi, dia jawab sama juga dan kehidupannya tak berubah pun.

Nampak tak disitu dia mati? Sedangkan Allah beri Akal untuk berfikir dan dia boleh memajukan diri lagi... Ya! memang boleh hidup dengan rm500 dan boleh bersyukur tapi tak boleh ka berfikir memajukan lagi diri? Patut ka bersyukur rezeki hanya disitu sedangkan boleh usaha lagi?

Sedar tak, kalau kita renung komputer. Adakah ia berhenti dengan teknologi? bukankah ia makin canggih? sedar tak software komputer, adakah ia makin menyusahkan kita untuk menggunakannya? diri kita macammana pula? adakah kita makin berusaha untuk memudahkan jalan hidup kita? Antivirus? cuba renung, dengan kecanggihan zaman iT, virus dalam seminit macam² wujud. Begitu juga kita, Dengan kecanggihan hidup zaman moden, orang kita macam mat saleh pun ada. Dimana antivirus kita untuk menghalang supaya hidup kita tak rosak? Bukankah iman?

JANGANLAH BERHENTI BERFIKIR UNTUK KEHIDUPAN YANG LEBIH SEMPURNA DAN DIBERKHATI SERTA SELAMAT DUNIA AKHIRAT...

SinarMawaddah Home

Permata | Untuk Isteri |

Saya suka dengan lagu ni, Nadanya tenang dan sejuk hati mendengarnya. Seolah kehidupan yang diimpikan setenang sedamai khayalan alunan nada ini. Kalaulah mampu, Diri ni mahu khayalan jadi kenyataan, sedamai impian. Kehidupan yang sederhana dan Berjuang mencari Erti Kehidupan...

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia ( Impian setiap insan Solleh)
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku



Sekadar Mendengar, Belilah Album Ory

SinarMawaddah Home

Sunday, June 28, 2009

Cinta | Berkasih | dan Cita - cita

Assalammualaikum,

Bagi sahabat² yang mana dulu Cinta @ cita² ? Ramai yang tersalah mula dan akhirnya menyesal. Ya! pengalaman mengajar kita erti kehidupan dan mendewasakan kita. Tapi bukankah pengalaman juga kadang² membuatkan kita buang masa dan kemungkinan mengubah kehidupan sekiranya kita tersalah atur.

Disini saya nak berkongsi sedikit Cinta dan cita². Zaman remaja adalah zaman paling best dan disitu keinginan seribu satu keinginan nak dicapai. 1st yg ingin tercapai pastinya cintakan? berbanding cita² dari kebanyakkan remaja. Walaupun dalam ia mengejar cita², cinta pasti 1st dihati.

Fahamkah Cinta dalam bercinta? Cinta memerlukan perhatian, pengorbanan, ambil berat, jaga hati, dll. Dalam masa yang sama juga pekara lain mungkin dilupakan demi menjaga hasrat cinta, sebaliknya, hakikat pada tika dan saat itu, cinta tak perlu lagi untuk diri tu. betul tak? Tahukah cinta sebenarnya, sejuta satu dugaan lebih dari seribu satu impian dan angan² ketika remaja?

Kenapa saya berkata begini? Lihatlah, Telah ramai yang merealitikan cinta begitu besar dugaan, sehingga terkorban cita² dan kehidupan sebenar diri. Cinta dugaannya berkait rapat dengan NAFSU dan HATI. Kalau nak cerita panjang berjela la jawabnya tentang cinta ni. Pakat² lah kita cari erti kehidupan dan cinta sebenar " cinta dulu @ cita² dulu "... Lebih baik ikut cara islam...

ok,
Setiap orang ada target untuk membina mahligai berkeluargakan? Dari target itu, pada usia berapakah ingin berkahwin? 25thn?
Kalau 25thn perlukah cinta bermula pada usia 20thn?
Terlalu lama tu masa untuk bercinta, mau billion dugaan kan ? Sekiranya kita dah nampak Cinta berkasih ini ramai telah merealitikan masalah "sejuta satu dugaan". Kenapa memberanikan diri yang tak mampu menangani tu mengharunginya? Lebih baik sempurnakan apa yang kurang dulu. Betul tak?

Bagi saya, Lebih baik jangan lagi menghampiri cinta berkasih kerana selalunya manusia tak mampu melawan dengan dugaan. Banyak tu dugaan cinta " sejuta satu dugaan". Pendek kata ia Risiko. Kejarlah Cita² dan bentuk kehidupan diri dulu. Barulah Tersemai Sinar Kasih sayang ( Mawaddah) yang sejati dan kekal abadi... InsyaAllah...

wallahu'alam

SinarMawaddah Home

Saturday, June 20, 2009

Mp3 Ceramah Ustaz shamsuri Haji Ahmad



Mp3 Ceramah Ustaz Shamsuri Haji Ahmad


Download Link Di bawah " dari Akaun 4hared "

Ustaz Azhar Terengganu
Sembahyang dan Aurat


Ustaz Shamsuri

Aurat (New) *****
15 Azab Riba *****
3 Tocang
Anak Perempuan *****
Apa Salahku
Baik Diam Dari Berkata-Kata
Bapa Mertuaku
Bencana Sihir 1 *****
Bencana Sihir 2 *****
Bunuh
Cinta Sejati
Cowboy
Dajjal Batu Bercakap *****
Dajjal Sudah Wujud
Duit-Duit 1 Kaya Senang
Dulu OK Sekarang KO
Ganti Nyawa
Golongan Orang Soleh

Gulai Ketam (Adat Tetamu)
Hamba Dunia
Harta Derita
Hati Batu

Hukum Arak *****
Kesempatan Dalam Kesempitan
Mandi Jenazah
Mandi Wajib *****
Melampau Dalam Beramal
Mati *****
Mengeraskan Siksa Bohong
Nak Kahwin Lagi
Nur Hidayah
Penggoda Wanita
Perihal Pinjam Dan Hutang
Peristiwa Akhir Zaman*****
Sakit
Suami Baik Isteri Baik *****
Suamiku Sayang
Sungai Furat
Talak
Terlalu Rindu Haji Dan Umrah
Tiada Rahsia Pengalaman Yang Pasti Dilalui
Titi Siratul Mustaqim

Selanjutnya mp3 Terbaru Ustaz Shamsuri


SinarMawaddah Home

Friday, June 19, 2009

Cari Jodoh? | Jawapan Yang Tak Terucap |


Kehidupan tak pernah tak timbul persoalan dari mulut² manusia tentang jodoh dan rezeki. Bagi yang tak kawin lagi, sampai nak botak kepala bila kerap sangat diajukan soalan bila nak menikah, bila nak kawin, bila bleh makan nasi minyak, sapa kekasih♥ hati, tunggu pa lama² dll lagi soalan demi soalan. Selepas berkahwin pun macam tu juga.. Ramai yang terlalu ambil berat yang kadang² memberatkan kepala si sifulan sahaja...

Sapa tak mahu kehidupan berumahtangga @ keluarga bahagia. Tanyalah, Semua insan yang normal pasti impikan kebahagiaan. Tapi nak buat macammana, segalanya dah diusaha tapi dah tertulis kehidupan rezeki jodoh lambat, nangis pun dia lambat juga... Mungkin ada hikmah disebalik sesuatu terjadi. Positifkanlah dalam sesuatu hal, jangan membebankan diri @ membebankan sesiapa dengan persoalan yang tiada jawapan. Semuanya bukan milik kita... Usaha tetap usaha, tapi berserahlah. Pasti ada Sinar♥ menanti dihadapan kelak... Bersabarlah. Inilah kehidupan, Kalau semuanya sempurna, bukan kehidupanlah namanya. Sesuatu terjadi untuk menyempurnakan kehidupan. Ada pasang surut dan suka duka seperti yang saya lampirkan dalam SinarMawaddah Kehidupan Berpasangan.

Eh! cerita pasal Cari jodoh ni, saya teringat lagu ni. Masa saya dapat dengar lagu ni pun, kepala tengah tension dengan persoalan seperti diatas kepada saya hehehe! saya search apa ntah berkenaan jodoh, ingat dapat jodoh tapi dapat lagu cari jodoh saja da hehehe! tapi best la lagu ni. Suka betul saya dengar lagu ni.. Siap ulang banyak kali lagi. Video klip dia pun Best. Lucu.

Inilah Nasib Si Bujang ♥ Doakanlah moga cepat dapat jodoh :p
Lagu Wali Band - Cari Jodoh (beli yg ory)

dimanakah jodoh aku?, Siapa yang masih bujang solo mencari kekasih ?
mencari calon isteri solehah, suami. ejen cari jodoh.
macam mana nak cari jodoh?

Biodata | iblis Laknatullah |

Biodata

Tahukan anda biodata IBLIS? :

Nama: Iblis laknatullah

Tempat lahir: bermula dari keenganannya sujud kepada Nabi Adam a.s

Status: Fasik kelas pertama

Agama: Kufur

Tempat tinggal di dunia: Di dalam hati mereka yang lalai

Tempat tinggal di akhirat: Neraka jahanam

Kawasan legarnya: setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah.

Arah perjalanannya: tiada haluan dan bengkang bengkok

Isteri di dunia: setiap wanita yang tidak menutup aurat dan tidak mentaati Allah, Rasul dan suaminya.

Kaum kerabat: semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah.

Modal pusingan: angan-angan kosong

Tempat pertemuan: Pasar dan pusat membeli belah.

Musuh ketat: Orang islam yang beriman dan bertaqwa

Kegemaran: melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkan.

Matlamat: supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir dan sama-sama masuk Ke neraka jahanam.

Kelemahan: Bila orang membaca istighfar

Lambang: sebarang tatu

Pejabat operasi: tandas, bilik air, tempat bernajis serta tempat maksiat.

Rakan kongsi: golongan munafik serta syaitan dari kalangan jin dan manusia

Sumber: segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba

Makanan kegemaran: daging orang mati, segala najis dan kotoran.

Yang ditakuti : orang mukmin yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.

Tempoh perkhidmatan : sehingga hari kiamat

...dgn itu sama² lah kita menjadi org yg bertakwa dan berdoa kpd Allah SWT moga dijauhkan dari iblis laknatullah....insyaAllah...

SinarMawaddah Home

Wednesday, June 17, 2009

Ceramah Ustaz Shamsuri | Aurat |

Bismillahirahmanirrahim,

Saya tulis serba sedikit dari ceramah Ustaz shamsuri Aurat :

Maksud ayat yang dibaca ustaz:
Dan hendaklah tutup mereka itu, yakni orang² perempuan itu dengan tudung kepala mereka itu, atas lehir baju mereka itu. Yakni Kepala dan tengkok dan dada mereka itu. Ini ayat perintah suruh tutup Aurat " Pakai Tudung" yang tudung tu mesti sampai melabuhi tutup dada.

Sapa kata dalam Al - Quran tiada perintah suruh pakai tudung? ini ayat dok ada, terang² kata...

Maksud ayat yang dibaca ustaz:
Dan hendaklah "perintah tu" dan hendaklah orang² perempuan ini pakai tudung yang menutup kepala sampai melabuhi dada dia. Kalau pakai takat² tutup bagi tak nampak rambut jamboi tak boleh lagi, kalau pakai takat jerot bawah tengkok sampai nampak leher, tak boleh lagi. Sebab Apa? Sebab Al - Quran terang detail. Nampak tak? Mesti pakai tudung tu sampai melabuhi tutup dada.

Mana Boleh orang kata dalam Al - Quran takdak suruh pakai tudung ni, maka kita tak perlu pakai. Lepas tu dok pi cakap depan orang kata:
Islam tidak mengukur seseorang itu dari segi pakaian dia, Islam tengok dalam ni . Apa plak depa cakap mcm tu? tak betul. Sebaliknya islam suruh benda ni. Sabit daripada ayat Al - Quran.

Panjang lagi kisah Aurat ni 45 minit 21 saat semuanya. Download disini @ dengar disini.



Persoalan "Hukum Digunting Rambut oleh Orang Bukan Islam" Ada dipersoalkan di web iLuvislam.

Jawapan berdasarkan ceramah ustaz shamsuri:
Hukum Tak Benarkan, Orang perempuan bukan islam melihat orang perempuan islam dalam keadaan terbuka Aurat. Islam kata tak boleh.

Wallahu A'lam

Jika nak dengar dari Ustaz Zaharuddin " Tutup Aurat " Klik Sini

Sunday, June 14, 2009

Sinar Mawaddah | Kehidupan Berpasangan |

Sinarmawaddah?
Dulu hari demi hari berganti bulan dan tahun, sy mencari apa sebenarnya sinarmawaddah dalam hidup ini. Hadir dan zahir pada nama dimata tapi tak tahu apa sebab dan kesudahannya. Akhirnya hari ini barulah sy tahu jawapannya, Sinarmawaddah itu hadir dihati. Dulu sy sangkakan sinarmawaddah itu akan menzahirkan hanyalah seorang wanita dalam hidup sy. Rupanya keluhan dari hari berganti bulan hingga berjumpa tahun telah menzahirkan sinarmawaddah saya dimata dunia dalam sy tak sedar.

Hamba mu ini bersyukur padamu Ya Allah, terlalu besar nikmat mu terhadap diri hamba mu ini. Jika harapan diri pd sinarmawaddah hanyalah pada wanita sebagai teman seperti yang diimpikan @ dibayangkan itu sudah jd kenyataan sebelum ini "bgs jg ia lambat, ada hikmah disebaliknya", kemungkinan tidak akan hadir sinarmawaddah dimata dunia. Kemungkinan tidak akan dapat sy sinarkan hati ini dengan lebih bersinar dengan keimanan dan kesabaran. Kemungkinan diri ini tak kenal lebih jauh Erti kehidupan… Oh! Kehidupan.

Bila direnung dan muhasabah diri, kehidupan ini tak semestinya sesuatu yang indah sahaja dianggap kehidupan kerana kehidupan sebenarnya berpasangan. Lelaki perempuan, Miskin Kaya, Susah Senang, Baik Buruk, Suka Duka, Masam Manis, Kiri Kanan dan semuanya berpasangan… Barulah sy sedar siapa diri ini dan mengapa sesuatu itu terjadi pd diri. kehidupan ini sebenarnya ada pasang surut "Berpasangan". Tak perlulah mengeluh panjang @ menghancurkan diri... Inilah kehidupan kita sebagai manusia di duniawi. Diberinya kehidupan miskin @ kaya, susah @ senang, baik @ jahat, suka @ duka dibayar dengan dosa @ pahala dijanjikan dengan syurga @ neraka. Kitalah sendiri yang mengambil langkah Samada Positif @ Negatif untuk diri sendiri menggapai tujuan hidup ini...

Sinarmawaddah, Semua orang dapat menikmati sinarmawaddah ini. Sangkaan saya betul² jauh dr apa yg disangkakan. Sekarang sinarmawaddah ada dimana² dan untuk semua. Moga Allah temukan diri ini dengan insan yang dapat meneruskan perjuangan SinarMawaddah…Amin...





SinarMawaddah Home

Wednesday, June 10, 2009

Ustaz Ismail Kamus | Hukum gelang perubatan |

SinarMawaddah Home

Tuesday, June 09, 2009

Cinta | Zahir Tak Terucap |

Susahkan kalau perasaan sayang @ cinta tu hadir pd seorang wanita solehah terhadap lelaki ? Nak dizahirkan tak terucap, takut orang kata gatal, bila pendam melepas la jawapnya. Begitulah 1 kes yang terjadi kat seorang mamat nih. Dirinya disayangi oleh seseorang tp dia tak perasan @ mungkin keadaan telah tentukan terjadinya begitu. Mcm tajuk lagu lagenda rock tu, sudah takdirnya begitu "Samudera" @ yang kan terjadi tetap terjadi "Qiara" "kekadang dalam dan bermesej jg tajuk lagu lagenda nih noh?". Yang sebenarnya kalau la jodohhhh takkan lari kemana. Sabarlah wahai wanita yang menyayangi seorang insan lelaki. Zahirkan aje minat cinta sayang mu itu pakai psiko je... Jangan mu g ngorat dia. nanti malu mu huhuhu! perigi carik timba... Ha! dah jd lorat negeri oqang dah nih..

Zaman remaja memang zaman indah, ya la! indah dik bercinta tiga pat segi. Sampai de yang berterabur gigi pun ada. Kenapa apakah punca jadi begini? aih! bertajuk lagu lagi kenapa apakah "XPDC" . Mungkin sebab tak de pengalaman dan kemarau cinta "Iklim" telah tercetusnya keinginan Impian Cinta "Gamma" untuk realiti fantasi "Crosfire" yang telah lama terpendam kot?
Cuba cari lagu yang sy tulis nih. Semua best dan killer songs.

Cinta sebenar cuba dengar lagu, Cinta sejati "Putra" .

Carilah Cinta sejati yang kekal abadi... Bagi yang suka mempermainkan cinta apabila bertemu cinta latest :p ... Ingatlah pasti ada kesan pada dirimu apabila mempermainkan cinta season... Hormatilah pd orang yang pernah bertakhta dihatimu... Kecuali ia juga tak menghormati mu huhuhu!

okeh! kalau ada msj yg bermanfaat dr note nih, amiklah kalau takde layannnn je ayat² bermodalkan tajuk lagu lagenda nih :) Ops! lupa, Zahir tak terucap tu pun tajuk lagu jg "Lefthanded"
Cinta LagendaRock
Dengarlah lagu Cinta sejati PUTRA. Sama²lah kita renung²kan....
SinarMawaddah Home

Saturday, June 06, 2009

Contoh Pakaian Wanita | Menutup Aurat |

Ada 3 Lampiran Aurat Dan Akibatnya...


Mungkin ada yang tak selesa dengan Note yang tak putus² disebarkan hanya kisah pasal Aurat dan Wanita sahajakan ? Tapi ingatlah wanita solehah perhiasan dunia yang terindah. Disebabkan itu perlulah kita sama² mengingati pada perhiasan terindah itu semoga kekal terindah dibumi ini.

KENAPAKAH KITA MESTI MENUTUP AURAT?

Ramai juga yang mempersoalkan, apa perlunya menutup aurat? Tambahan pula keadaan sekeliling yang agak panas, rimas dan sebagainya. Timbul lagi persoalan, kalau nak tutup aurat, tutuplah sendiri, kenapa perlu memaksa orang lain pula untuk menutup aurat? Di dalam artikel kali ini, insya Allah sedikit sebanyak artikel yang ditulis oleh “seorang lelaki” untuk kegunaan kaum wanita.

Pertama : Aurat itu menjijikkan mata

Ya, memang benar aurat itu menjijikkan pandangan mata sesiapa sahaja yang melihatnya. Apatah lagi seorang lelaki yang berada di sebuah pasar, dan tiada seorang wanita pun yang sempurna auratnya ditutup di pasar tersebut. Bukankah ia menyusahkan lelaki tersebut untuk tidak melihat kepada anggota-anggota yang jijik tersebut? Apabila dipalingkan ke kiri, ternampak pula perempuan yang berada di kirinya.

Hendak tundukkan melihat lantai, wanita di di hadapan memakai skirt pula. Sangat menyusahkan orang! Ke mana lagi hendak dilihat? Hendak dipejamkan mata? Sudah berhempas pulas sang lelaki mengalih pandangannya ke sana sini, tetapi wanita-wanita yang tidak sempurna auratnya ditutup masih buat-buat tidak faham. Difikirkan auratnya yang menjijikkan itu menarik, tetapi meloyakan! Bahkan menggelikan!

Kedua : Aurat itu perlu di sembunyikan

Selain itu, aurat adalah anggota yang perlu disembunyikan, kerana ia adalah maruah. Sekiranya semua wanita memikirkan maruahnya, sudah pasti semua wanita di dunia ini menutup aurat mereka. Apa yang terjadi, mereka yang mendedahkan aurat ini telah menjaja maruah mereka untuk diperagakan di hadapan lelaki-lelaki. Mungkin hendak menarik perhatian lelaki-lelaki, tetapi, kenapa perlu menarik perhatian lelaki? Tiada sebab bukan?

Cukup sekadar aurat mereka dilihat, sudah menjatuhkan maruahnya! Tidak perlu menanti dizinai untuk dikatakan sebagai jatuh maruah. Tidak malukah apabila anggota sulit kita dilihat orang? Adakah anggota sulit hanya diukur dengan kemaluan sahaja? Tidak! Semua anggota yang dikatakan aurat dikatakan sulit. Mana mungkin sebuah kerajaan dengan sengaja mendedahkan rahsia sulit mereka kepada kerajaan yang lain.

Ketiga : Aurat itu pintu kepada zina!

Dengan menjaja aurat dan maruah di pasar-pasar, dan jalanan, ia boleh membawa kepada zina. Begitu juga rogol. Adakah rogol itu hanya disalahkan kepada lelaki sahaja? Kaum wanita adalah kaum paling kejam sekali apabila mereka mendedahkan aurat mereka untuk dihidangkan kepada kaum lelaki, tetapi apabila dirogol, kaum lelaki juga yang dikenakan hukuman. Timbul juga persoalan, “perempuan bertudung pun kena juga”.

Biasanya yang lontarkan soalan ini adalah orang yang tidak bertudung! Sengaja mencari alasan untuk menghalalkan aurat mereka. Hakikatnya sekiranya mereka mengetahui perempuan bertudung pun turut menjadi mangsa, sepatutnya mereka lebih memakai tudung. Perempuan bertudung pun kena, apatah lagi tidak.

Mungkin boleh dilihat dari pelbagai aspek. Aurat bukan hanya dengan bertudung. Sekiranya tudung dipakai hanya separas atas dada, kemudian mengenakan baju dan seluar ketat, sama sahaja. Itu juga masih dikatakan membuka aurat. Takkanlah menutup aurat sebahagian, dan sebahagian lagi dibuka? Sama sahaja, aurat juga.

Di dalam aspek lain, ingatlah, sekiranya perempuan yang menutup aurat pun menjadi mangsa, maka perhatikanlah. Mereka menjadi mangsa disebabkan perempuan-perempuan lain yang tidak menutup aurat. Perempuan lain yang sengaja mendedahkan aurat mereka menyebabkan perempuan yang suci menjadi mangsa. Lihatlah betapa besarnya dosa tidak menutup aurat, orang lain menjadi mangsa disebabkan kita!

Kesimpulan

Ya, tidak dinafikan, mereka yang merogol orang, yang bermata keranjang dan sebagainya boleh dipersalahkan. Tetapi, apakah punca mereka menjadi seperti itu? Adakah semua kesalahan dan dosa tersebut hanya dipikul oleh mereka? Tidak. Perempuan yang mendedahkan aurat lebih dahulu menanggung dosa kerana menjadikan golongan lelaki seperti itu. Berhati-hatilah dengan aurat anda. Ia akan membunuh anda sekiranya tidak dijaga!

Saya yakin, ramai wanita yang mendedahkan aurat benci dengan artikel ini, bahkan melabelkan artikel ini sebagai jumud, mengongkong dan sebagainya. Tetapi ingatlah, ia ditulis oleh seorang lelaki yang tiada sebarang kepentingan terhadap diri anda!

Sekiranya ada yang mengatakan bahawa “kenapa perlu sibuk tepi kain orang?” Saya menjawab “orang gila pun akan tegur orang yang berseluar koyak”. Bolehkan orang yang berseluar koyak itu menjawab “ini seluar aku, aku punya pasallah!” Lihatlah kebodohan orang yang berseluar koyak ini, apabila ditegur tentang keAIBan dirinya, dimarahi pula orang itu.

Salam Perjuangan,

Sumber: Dr Fikrah

Sudi²lah baca ciri² wanita solehah sama.. Moga kita sama² dapat mempertingkatkan kualiti iman...

SinarMawaddah Home

Friday, June 05, 2009

Bila Aurat tak dijaga... | Akibatnya... |

Ada 3 Lampiran Aurat dan Akibatnya...

Walaupun Ustaz Akhil dalam kontrovesi rumah tangga skrg ni... Kita positifkan diri dlm hidup ini dan jangan melemparkan pekara negetif terhadap seseorang sekiranya kita tak tahu ......... Moga Ustaz Akhil dapat terus berjuang untuk Agama krn dlm tak sedar dakwahnya mungkin ramai yg dah berubah... Bukan sy fanatik Ustaz Akhil, cuma bila fikir blk dia juga insan biasa seperti kita, tak semestinya dia terlepas dr buat kesalahan. Moga dia tak mengulangi kelak dan lebih berhati²... Mungkin dia bergelar Penceramah bebas Dan Ustaz, sekali bt salah TERUS DIHUKUM PANDANGAN NEGATIF...

Kata² Pantun AuraT Dan AkibaT ni harus kita sensetifkan diri krn banyak manfaatnya... TAK PAYAH berbanggalah, DENGAN dedah Aurat TU, rasa bleh menzahirkan diri lebih cantik... sedangkan lebih banyak yg cantik, wlupun tak dedah² Aurat dan INGATLAH ia bukanlah hak milik kekal KITA... Mahu ka Allah tarik balik nikmat cantik tu? ia hanyalah keseronokkan yang tak kekal. keseronokkan selalunya berakhir dengan kecelakaan, keberkhatan sj yang akan kekal dengan kebahagiaan... Carilah Keberkhatan itu dengan menjauhi pekara yang diLARANGGGG...

BUKAN UNTUK KEPENTINGAN @ KESEMPURNAAN ORANG LAIN LARANGAN ITU SEBALIKNYA UNTUK DIRI SENDIRI...

Lampiran Selanjutnya Klik "contoh pakaian wanita"

SinarMawaddah Home

Kembali ke Halaman Utama