1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Sunday, August 23, 2009

Duit dan Darjat | Lambang Kebahagiaan ? |


Assalammualaikum, Salam sinar ramadhan salam kasih sayang saya pada yang sudi membaca. Blog saya yang sederhana mungkin susah untuk memikat hati pembaca, tapi saya tetap impikan satu hari nanti blog ini jika masih hidup dilayar iT, moga ia memberi manfaat pada diri saya sendiri dan pada sahabat² . Di blog ni sebenarnya banyak saya cerita dari pengalaman hidup saya sehingga saya mencecah 26tahun sekarang.

Ok, Bercerita tentang impian. Setiap orang ada impian dan angan² tersendiri. Termasuklah dengan tajuk yang saya nak sampaikan ni. Duit? segala²nya duit tapi ingat duit bukan segala²nya. Inilah yang terjadi pada seorang sahabat ni. Keluarganya menaruh harapan tinggi padanya. Dia berusaha dan Akhirnya dia berjaya memegang jawatan yang menjadi harapan keluarganya iaitu pegawai tentera. Ya! bagus, saya tak bermaksud kata jawatan itu tak bagus @ menghina tapi setelah dia berada dalam bidang itu dia tewas dengan latihan disana. ( semua taukan latihan tentera macamne? salah satu mental kena kuat ) disebabkan mental dia lemah, dia jadi separuh gila. Kesian bila fikir²kan nasib dia. Tapi, Bukan gila @ masuk tentera yang saya nak utarakan dalam bab ni. Saya terkilan sikap keluarganya, Pangkat dan wang ringgit diorang nampak lebih dari segalanya lebih dari diri si sahabat ni. Cuba bayangkan, Keluarganya kata " Rugi la masuk tentera sekerat jalan tak berjaya, kalau tak, bleh la tumpang hidup senang ". Apa yang digambarkan seolah, duit pangkat darjat bleh bagi kebahagiaan. Sikit pun tak kisah pada anak yang dalam keadaan macam tu. Sepatutnya risau masalah kehidupan anak tu, siapa nak jaga dia kelak dll. Alangkah lebih baik keluarga itu kata, rugi la tak hantar anak jadi ustaz, kalau tak, tak le segila nih. Bleh juga ajar anak bangsa, sejuk juga hati mendengarnya...

Yang sebenarnya, janganlah dengan harta dunia kita mengangap satu kerugian jika tak dapat miliki, mungkin ada hikmah disebaliknya. Berasalah rugi jika tak miliki harta kesana... Betul tak ?

Adakah Duit dan pangkat lambang kebahagiaan?
tontonlah Ahmad Albab filem P Ramlee. Disitu pun ada jawapan.

Saya buat note ringkas je sebab kalau panjang mesti orang xmau baca hehehe!

Renung²lah, klu ia bermanfaat ambillah iktibar...

0 Komen disini:

Kembali ke Halaman Utama