1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Friday, September 11, 2009

Budak Tiada Masa Depan...| Perjalanan Hidup |


Gambar Hiasan Sahaja

Kriiiiiiiiiiiiiiiigggg x3! Pagi² morning lagi telifon rumah dah berbunyi. Malasnya nak pi angkat, tapi terpaksalah juga jawab panggilan tu, disebabkan tiada siapa dirumah melainkan Zarizan seorang sahaja. Dengan muka segan Zarizan menjawab " Hello! nak cakap dengan sapa ni awal² pagi morning nih ?". Terkejut Zarizan dan cover suara macho bila dengar suara perempuan yang berkumandang ditelinganya. "Ye! boleh saya bantu?" chewah! tadi Zarizan tanya seolah nak marah, bila dengar suara perempuan lain pula jadinya. Perempuan itu pun berkata " Boleh saya bercakap dengan encik Zarizan bin Seman?". "Ya! saya Zarizan bin Seman itu bercakap disini". Perempuan tu sebenarnya kerani kilang, dua tiga bulan lepas Zarizan ada minta kerja disebuah kilang berdekatan dengan rumah neneknya dan tak berapa jauh dari rumahnya. Perempuan itu berkata padanya " Pihak pengurusan telah menerima Encik Zarizan sebagai operator di Kilang kami". Masa tu zarizan punyalah seronak, mau tak seronoknya 1st time dapat kerja setelah habis SPM tak sambung blajar terus cari kerja dan nak dapat kerja pulak susah masa tu sebab umur baru 18 tahun tanpa pengalaman.

Bila dah dapat kerja, Zarizan tanam satu impian nak bekerja sungguh² dan nak beli motosikal. Amboi mula pun belum dah tanam azam tinggi menggunung dah dia. Tapi bagus juga sebab inilah semangat @ TARGET sebelum berjaya. Dipagi hari pertama Zarizan pergi kerja, Zarizan mengeluh kerna tiada pengankutan ( motosikal ) @ orang nak hantar untuk pergi kerja, jadi terpaksalah Zarizan pelan² kayuh basikal walaupun malu tapi terpaksa untuk kehidupannya kelak lebih baik dari hari ini walaupun hanya seorang operator. Masa sampai dikilang tu, semua orang memerhatinya. Ye! la orang hensem, berpakaian kemas tapi kayuh basikal. Punyalah malu tak terkata Zarizan ketika itu tambah pula gadis² ayu memerhatinya. Dengan semangat impian, Zarizan tak pedulikan karenah orang disitu, janji sampai dan boleh bekerja.

Tanpa pengalaman Zarizan jadi kekok dalam majlis pendaftaran. Selepas habis pendaftaran dan tandatangan sana sini, Zarizan tergelak sorang² pabila tengok pendapatan seorang operator pengeluaran hanya RM 380 sebulan. Dalam hatinya berkata, takpe rezeki juga ni dari takde langsung. Setelah hampir 4bulan Zarizan bekerja disitu, Zarizan diarahkan berpindah tempat tugasnya kebahagian gadis² ayu yang suka gelakkannya tiap kali masuk kerja dengan kayuhan machonyaitu. Mahu tak mahu sabar ajelah, kenalah juga Zarizan terima tempat kerjanya yang baru itu walaupun selalu diusik dik sigadis² ayu. Zarizan ni sebenarnya bagus orangnya, walaupun selalu diusik dan kadang² usikkan itu pedih telinga mendengar dia tetap senyum dan sabar. Tapi rupanya disitu ada hikmah disebalik kesabarannya itu...

Bersambung....

Dah ngantuk nanti ada masa saya sambung lagi cerita ini. Ia adalah rekaan saya.. tunggu sampai episod terakhir.apakah masej positif yang boleh kita kongsi. InsyaAllah saya cuba lahirkannya disini.

0 Komen disini:

Kembali ke Halaman Utama