Doakan, moga Azriey dapat menjadi insan yang lebih baik dari hari ini. Aminnn :)
Thursday, October 29, 2009
Mutiara Kata Sinar Kasih Sayang
Doakan, moga Azriey dapat menjadi insan yang lebih baik dari hari ini. Aminnn :)
Klik Sini: Gambar Mutiara Kata, Tazkirah
Lampiran Oleh: Azriey SinarMawaddah at 10/29/2009 11:16:00 PM 4 Komen disini
Sunday, October 18, 2009
Sebelum Dan Selepas | Kahwin |
Ini semua dari ilham orang bukan dari saya. Saya lampirkan disini sebab saya ada label Kisah pasai cari jodoh. Mungkin ia bermanfaat untuk mereka yang bujang macam saya dan pada mereka yang dah berumahtangga. Jom kita ushar. Kitalah yang mencorakkannya... Corakkan CINTA KASIH SAYANG HATI anda dengan warna² indah, jangan gelapkan ia...
CINTA
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama selamanya
(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.
KASIH
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.
(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.
SAYANG
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada! :-)
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.
(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada masalah, tak mau cerita.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam - lebam.
HATI
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.
(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... habis nak buat macam mana?
Lu pikir la sendiri. hehehe! kalau sahabat² ada jawapan sampaikan pada saya. Jawapan saya, nanti saya bagi dalam lampiran AKU BUKAN PENYAIR CINTA.
Klik Sini: Cari Jodoh
Lampiran Oleh: Azriey SinarMawaddah at 10/18/2009 01:48:00 AM 7 Komen disini
Friday, October 16, 2009
Putus Asa | Aku Kecewa |
Ramai dikalangan kita dizaman sekarang jiwa kosong tanpa rohani. Jika rohani itu ada dalam diri tidak mungkin akan terjadinya kejahilan yang teruk² pada diri. Kerana perniagaan tak berjaya, kerana cinta, @ kerana kehilangan sesuatu yang tak mungkin kembali, jiwa mesti dibawa dengan hasutan iblis. Melayan perasaan merosakkan diri sendiri. Yang paling bodoh sekali bunuh diri.
Cuba renung dengan logik akal, adakah sinar kebahgiaan bila bunuh diri? Adakah sempurna diri bila kelar²kan badan? Adakah orang benar² simpati pada diri berkelakuan bodoh itu? Nama pun bodoh, layan pun tak ada gunanya.
Janganlah berkelakuan bodoh pada diri yang diberi akal yang sempurna. Setiap sesuatu yang terjadi ada jalan selesainya. Bercerita tentang putus asa ini, selalunya yang kita dengar orang putus cinta melakukan kebodohan pada diri. Jangan jadi bodoh fikir pasai jodoh hanya pada seorang. Walau menangis airmata darah, kalau ia bukan jodoh jangan dok lakukan pekara bodoh. Kenapa? Persoalan yang best sekali untuk dijawab.
Cinta jodoh banyak sangat² dah orang melakar khazanah sejarah suka duka. Kenapa tak ambil pengajaran. Terang² dalam hidup ada mula dan akhir. Begitu juga dengan cinta. Ok, tak payah kita cerita bab ni. Panjang sangat. Kita renung logik akal ni,
Kita jangan jadi macam orang bodoh merosakkan badan dan bunuh diri tu, kita bila putus cinta @ putus asa, kena buat macamni. Ambil congkak main dengan adik hahaha! Saja bagi seronok sikit, kot ada yang membaca ni putus cinta. Tapi betul juga daripada buat pekara bodoh baik main congkak. Sebenarnya jika kekecewaaan menimpa diri ia adalah ujian dan inilah kehidupan, takkan ada hari²nya panas dan siang sahaja. Begitulah juga dengan semua pekara, ada baik ada buruk. Bila terjadi kita buat satu anjakan paradigma dalam diri, buktikan kita boleh berjaya dan boleh hidup tanpanya “ bagi mereka yang putus cinta” dan bagi yang kecewa dalam bab lain, sama juga buat satu perubahan yang lebih baik dari itu. Ingat kalau orang boleh lakukan untuk menjadi lebih baik kenapa kita tidak, jangan pula fikir negatif “ kalau orang boleh bunuh diri kenapa aku tak boleh” bodoh punya orang tu.hehehe! Fikirlah, setiap sesuatu terjadi ada hikmahnya. Selalunya ia terjadi untuk mengajar kita erti kehidupan dan menjadikan kita lebih hebat & sempurna. Nak berjaya kenalah belajar dari kesilapan. Biar susah dulu jangan susah kemudian. Naik tangga biar satu² jangan naik langkah banyak 3,6,9 jatuh sakit. Langkah satu² belajar dari bawah baru jatuh tak sakit.
Macammana nak hilangkan tekanan jiwa perasaan duka lara pula?
1. Dekatkan diri pada Allah SWT, dalam doa mohon ampun dan berdoalah mohon petunjuk cari keberkatan hidup..
2. Masalah kita jangan pendam dalam diri, ia umpama gunung berapi.
A). Luahkan pada sesiapa yang sudi mendengar. Jika tak mampu
B). Tulis atas buku. Jika tak mampu
C). Cerita pada pokok @ kucing " bukan bergurau tapi inilah realiti, janji lepaskan bebanan diri tu"
D). Banyakkan dengar rohani diri seperti dengar ceramah, buku² yang membina dan cerita² kejayaan orang² yang dah berjaya bermula dari bawah.
E). Jangan tinggal seorang diri dalam bilik kerana syaitan suka pada orang yang macam tu. Contoh tengok gambar ibu mertua ku. P Ramlee butakan mata sebab dia dok seorang dalam bilik. Sebenarnya itulah masej yg nak dia sampaikan. Duduk dalam bilik seorang diri masa jiwa kacau, mesti akan merosakkan diri.
Klik Sini: Cari Jodoh, Perniagaan, Tazkirah
Lampiran Oleh: Azriey SinarMawaddah at 10/16/2009 12:31:00 AM 14 Komen disini
Tuesday, October 13, 2009
Koleksi Fesyen Rambut D'SinarMawaddah
Kebanyakkan fesyen yang diminati Zaman sekarang, Mohawk spiky. Kira ok la diorang ni tak buat lebih dari ni seperti mewarna rambut DLL.
Orang pertama saya pernah buat, tinggal rambut tengah sahaja. Tepi guna mata mesin no.2
Klik Sini: Fashion Rambut
Lampiran Oleh: Azriey SinarMawaddah at 10/13/2009 11:50:00 PM 13 Komen disini
Sunday, October 11, 2009
Apabila Maju Disalah Tafsir | Rahsia Perniagaan |
Sambungan Dari Vol 1
Apabila maju disalah tafsir sebelum ini saya dah lampirkan 10 pengalaman, kali ini saya nak halusi sedikit tapi cuma sekadar pengalaman saya. Jangan lupa niat mesti kerana Allah taala bukan kerana manusia @ mahu kaya.
Pertama:
Jangan lupa pada ibu bapa, pengorbanan mereka sangatlah berharga dan tiada nilai dari wang ringgit. Tiap² bulan berilah pada mereka, tak banyak sikit pun tak pa. Ibu bapa selalunya memahami anaknya. Jangan sesekali anak tak memahami ibu bapa... Mudahan rezeki diberkati dan dimurahkan...
Kedua:
Rajin²lah bersedekah. Rezeki kita bukan untuk diri kita sahaja, ia untuk semua. RM10 dalam tangan kita, tidak semestinya untuk perut kita. Renung²lah, kadang² dalam kita nak pergi kedai makan tiba² tayar pancit. Jadi saat itu rezeki pi mana? Bersedekahlah mudahan jalan hidup dipermudahkan dan dimurahkan rezeki..
Ketiga:
Jika orang boleh berjaya kenapa kita tak boleh? Bukankah kita juga manusia sepertimana orang lain? Maknanya tiada alasanlah jika bidang yang diceburi diberi jawapan negetif. Contoh: " Hang tak apa la, ayah hang kaya bolehlah buka bengkel basikal ni". Sepatutnya? "Tak pa aku kerja sungguh² simpan duit, satu hari aku mesti boleh berjaya macam orang kaya".
Keempat:
KUNCI. Yang ni paling saya suka sekali sebab ia satu benda yang paling mencabar kerana kena kaji. Kenapa saya kata macam ni? Fikirlah kunci yang banyak nak buka satu pintu. Terlalu susahkan? Tak nampak lagi? Ok tengok penyanyi, macammana mereka boleh lontarkan suara tinggi²? selalu tak dengar mereka kata "key" kena betul. Bila dah dapat "key" betul, mudahlah nak menyanyi lagu pe pun. Tak nampak lagi? Tengok Mazlan petpet pulak, dia dapat "key" cara main terompet dengan tangan. Kalau kita tahu cara melipat lidah, membentukkan tangan, kembungkan mulut dll mesti kita boleh lakukan macam Mazlan juga. Tak nampak juga? Lu pikirlah sendiri hehehe! Carilah kunci cara untuk memudahkan urusan perniagaan, jika kita dah dapat pasti mudah urusan niaga. Renung komputer, masih belum dapat limit kunci kecanggihan sebab itu masih ada yang lebih hebat dari sebelumnya...
Kelima:
Disiplin, Semua orang tahu disiplin perlu dalam apa jua pekara. Baru jadi seorang yang berjaya...
Keenam:
Terima pendapat orang. Jangan mudah melatah jika orang tegur kita. Kadang² ada benar kata orang yang menegur itu. Disitu mungkin dapat kita perbaiki kualiti kuantiti kerja kita.
Ketujuh:
Bersyukurlah selalu. Bersyukur tak bererti menadah tangan berdoa mengucapkan syukur sahaja. Sepertimana yang saya tulis diatas dan yang sebelum ni. Tak lupa pada ibubapa, bersedekah, buat kerja dengan ikhlas tak tipu orang dll lagi.
" Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari nikmatku maka sesungguhnya azab ku amat pedih"
Klik Sini: Perniagaan
Lampiran Oleh: Azriey SinarMawaddah at 10/11/2009 02:58:00 AM 2 Komen disini
Friday, October 09, 2009
Kes Lari Dari RoadBlock | Cerdik Tak Bertempat |
Depa ni kira terselamat juga la tak kena belasah terok dengan special branch dan orang kat situ. Kalau tak antara dua, tak icu batu dua la jawab dia. Tak pasal² ja masuk lokap. Depa ni dengar special branch ni cakap lari dari ROADBLOCK. Tapi yang merosohnya, bila ditanya pasai pa hangpa lari? sorang jawab roadtax mati sorang jawab tak pakai tali pinggang. jawapan bodoh. Tapi mungkin bijak bagi depa sebab jika depa kata kami meragut @ kami bawa dadah, pakai sakit kulit la jawabnya kat situ. Inilah dikatakan ceqedik tak kena tempat. Ada lagi cerita ceqedik tak bertempat depa ni. Ikuti gambar² dan video dibawah.
Masa polis ni ikat dia, polis ni kata "kami ligan depa ni dari sungai petani sana nu, Depa tak kira pa dah bawa keta punya laju". Ceqedik tak bertempat. Nak selamatkan diri dari kena tangkap, sanggup tanggung risiko mati pandu laju.
P/s: Jadilah rakyat yang berbakti pada bumi dan masyarakat. Tiada lagi dalam rekod dunia, jahat jadi jutawan disegani dan hidup aman. Akal yang diberi bukan untuk kejahatan tapi untuk kesempurnaan kebaikan. Pupuklah sifat kasih sayang dalam diri moga kita dapat menghormati kehidupan dimuka bumi ini...
Klik Sini: SinarMawaddah
Lampiran Oleh: Azriey SinarMawaddah at 10/09/2009 09:02:00 AM 5 Komen disini
Thursday, October 08, 2009
Apabila Maju Disalah Tafsir | Perniagaan |
Ok, Bercerita tentang tajuk saya diatas, Bila Perniagaan maju @ ramai pelanggan sering kali disalah erti oleh sesetengah individu dengan pekara² negatif. Ada yang lemparkan kata², pakai pelaris, pakai pekerja cantik dan yang sewaktu penyebab maju @ jayanya sesebuah biz. Kenapa jawapan sebegini seringkali di lahirkan dibibir² @ difikiran ? Tak maju la kehidupan kita kalau begini...
Ok, saya nak berkongsi sikit pengalaman disini. Rahsia kejayaan sebenarnya, bukan pada pelaris @ pakai wanita cantik sebagai jalan untuk menarik pelanggan @ berjayanya sesuatu Biz. Yang sebenarnya kena ada Ilmu, Pengalaman, Keberkhatan kerja, dan ingat pada Allah. Saya pernah ditanya oleh seorang sahabat berbunyi begini. "Eh! hang ni pakai pelaris pa dalam biz ni, jaga² ada orang tak puas hati dengan hang." Saya hanya mampu tersenyum dan berkata dengan hati yang tenang.... jeng² ( disini dengan sepantas kilat saya perlu berfikir dan bagi jawapan yang tanpa ragu² dan was² padanya )
berkatalah saya:
emm! maaflah, saya bukan seorang yang pandai dalam berbahasa sempurna untuk beri jawapan kenapa dan mengapa saya boleh bersyukur dengan kejayaan ini. Tapi memandangkan sahabat bertanya seolah saya menggunakan sesuatu selain dari Allah, saya terpaksa jelaskan disini apa yang sebenar. ( tak semua yang saya senaraikan disini sy sampaikan pada dia )
Pertama, Niat ikhlas dan ilmu.
Himpun semua niat² suci dan usaha kerana Allah ... Jangan lupa, Rezeki hidup mati semua dari Allah SWT... Percayalah, pasti kita maju dunia Akhirat.
Kedua, Fahami apa itu untung dalam berniaga.
Adakah ia hanya duit sahaja yang kita nampak dan dapat lebih dari bekerja swasta? Sebenarnya tidak, dalam biz, segala²nya untung ( lebih). Disitulah kita dapat kumpul duit, silatulrahim, ilmu dunia akhirat, sedekah dan macam² lagi. itulah untungnya (kelebihan) niaga.
Ketiga, Keberkhatan.
Buatlah kerja dengan ikhlas hati cari keberkhatan, jangan ambil kesempatan untuk cari keseronokkan. Seperti dalam kata² renungan yang saya lampirkan disisi kanan blog ( Renungan D'sinarMawaddah ).
Hidup ada dua pilihan (dalam apa jua pekara kita lakukan pasti melibatkan dua pilihan ini) :
1. Keberkhatan
2. Keseronokkan
Pilihlah antara 1, tapi jika pilih keberkhatan ia akan kekal abadi.
Keempat, Tolong dan menolong.
Ok, sedar tak kenapa orang datang kekedai kita sedangkan kedai lain banyak dan adakalanya kedai orang lebih sempurna pada kedai kita tapi orang pilih kedai kita ? ingatlah, anggaplah orang yang datang itu mahu menolong kita, jadi haruslah kita menolongnya kembali dengan keikhlasan hati. janganlah memperdaya @ mengecewakannya.
Kelima, Janganlah berhenti berfikir.
Dalam hal ni, mesti ramai yang pening dan mungkin tak faham apa yang dimaksudkan berhenti berfikir. Ye la kan! kalau kata terhenti berfikir terhentilah perjalanan hidup. Maksud saya dengan berhenti berfikir ni, Jika berlaku sesuatu pekara yang tak disukai oleh pelanggan @ apa jua pekara, janganlah kita negetifkan pekara itu. Pasti ada jawapan yang terbaik (positif) untuknya. Saya pernah buat lampiran Jangan berhenti Berfikir. Cuba baca dan ia tak bererti untuk biz shj.
Keenam, Belajar dari Pengalaman.
Ketujuh, banyak²lah membantu orang.
Ini yang paling saya suka sampaikan pada orang, Maksud saya jika orang dalam kesusahan @ mahu berkongsi ilmu janganlah kita kedekut dan berat hati untuk membantu dalam memudahkan jalan hidupnya. Jika kita selalu bantu membantu memudahkan jalan hidup orang, InsyaAllah Allah maha pemurah, Jalan hidup kita akan dipermudahkan. InsyaAllah...
Kelapan, Jangan Agungkan diri.
Maksud saya, jangan cerita kelebihan @ kualiti diri melebihi pesaing sebab setiap orang ada kelebihan yang tersendiri. Biarlah Kualiti kerja @ biz kita orang yang nilaikan. Baru kita dapat kualiti yang sebenar.
Kesembilan, Zahirkan kesopanan diri dengan ikhlas hati.
Pamirkan diri yang sebenar & jangan mengaibkan orang. Pandai main peranan dalam pergaulan @ bercakap dengan pelanggan. Tidak bercakap pekara² yang tak sedap didengar seperti bahasa² kesat @ mencarut².
Kesepuluh, Ringankan mulut mengucap terima kasih & murah senyuman.
Menghormati pelanggan, dengan melayan sebaik mungkin dan tidak ada sangkaan buruk walaupun ada ketika pelanggan yang datang perangai teruk. Tetap pamirkan diri yang baik dan menghormatinya. Mudah²an ia dapat kita jadikan contoh padanya @ menginsafi ( Tauladan )...
Ok, nanti kalau ada lagi ilmu pengalaman yang saya ingat, saya tambah pada lampiran ini...
Sambungan Vol 2
Klik Sini: Perniagaan, SinarMawaddah
Lampiran Oleh: Azriey SinarMawaddah at 10/08/2009 01:11:00 PM 2 Komen disini
Wednesday, October 07, 2009
Perbezaan Kuantiti dan Kualiti | Perniagaan |
Ramai yang ingin berniaga dan mahu perniagaan berjaya. Paling diimpikan untung sakan. Kenapa untung sakan di utamakan dalam perniagaan? bagi pandangan saya, ia kerana kurangnya sifat kasih sayang dan yang utama mungkin kurangnya ilmu agama serta ilmu perniagaan ( kekadang yang kurang ilmu pun nak berniaga "bagus" tapi carilah ilmu dulu mudahan mudah urusan niaga ). Lagi 1, Sifat tamak jangan sekali. Bila nak cerita pasal straTG perniagaan, mungkin hanya mengatur straTG kawasan perniagaan dan yang bersifat zahir sahaja ( mencantikkan kedai dll).
Sebenarnya dalam perniagaan keutamaan bukan pada untung sakan sebab jika untung sakan yang diutamakan pasti ia takkan kekal lama @ hidup nampak macam senang tapi tak senang ( tiada keberkhatan). Sebagaimana contoh gambar nasi lemak diatas. Samalah juga dengan perkara yang sewaktu boleh dikaitkan dengannya... Jika anggap remeh pekara ini pasti tiada kesempurnaan dalam perniagaan yang dilakukan. kenapa? ok kita renung sama² dari nasi lemak ini.
Nampak tak perbezaan dari segi kuantiti dan kualiti nasik lemak ni? tapi ada 1 persamaan, Ya! betul ia nasi lemak hehehe! semua orang tahu tapi bukan persamaan itu, harganya sama. Ok kalau kita kaji secara halus sikit dari segi keberkhatan untung dan keseronokkan untung sakan mana lebih berjaya?
Keberkhatan Untung:
1. Pasti dapat rezeki yang berkat sebab keikhlasan
2. Pelanggan mesti berdoa murah rezeki dan kebaikkan
3. Dapat pelanggan tetap
4. Dari seorang mungkin akan dapat 2,3,4,5 dan mungkin lebih pelanggan sebab ini boleh dijadikan 1 straTG iklan mulut ke mulut menceritakan biz kita tapi lakukan jangan sebab nak dapat pelanggan, biarlah ikhlas kerana Allah mudahan Allah memberkhati dan melimpahi rezeki.
5. Orang pun menghormati & mempercayai kita jika sifat bakhil jauh dihati
6. Dan Macam² lagi kebaikan
Keseronokkan untung Sakan:
1. Bila dah tak ikhlas dalam sukatan jual beli, berkat jauh sekali
2. Pelanggan mesti caci maki
3. Kerana jimat dari sukatan rugi hidup tiada keberkhatan
4. Dan macam² lagi kerosakkan
Klik Sini: Perniagaan
Lampiran Oleh: Azriey SinarMawaddah at 10/07/2009 02:02:00 AM 4 Komen disini
Tuesday, October 06, 2009
Kenapa Rambut Gugur @ Botak ?
Ramai orang dizaman sekarang pada usia awal 20'an sudah keguguran rambut dan sekali pandang tak padan dengan usia malah ada yang tak percaya bila melihat kepala rambut jarang berdahi dongga usia masih muda. Kenapa semua ini berlaku? Jawapan yang sering saya dengar adalah KETURUNAN. Benarkah jawapan itu? Sebelum menyalahkan keturunan, pada usia berapakah bapa keguguran Rambut? Jika si bapa usia 40tahun baru gugur anda 20'an dah gugur, salah keturunan ke tu ? @ daya ketahanan antibody rambut bapa dah kurang ?
Secara ilmu akal @ logik akal saya cerita disini. Jika kita nak kesihatan badan kita berlanjutan sihat dan susah untuk dapat sakit kita mestilah menjaga pemakanan yang sihat dan selalu bersenamkan? Tapi kenapa tak lakukan sama pada rambut ? Sebab masalah rambut dianggap bukan penyakit. Betul tak ? Disebabkan bukan penyakit, Ramai yang memberanikan diri pergi ke salon meluruskan rambut mewarna rambut dan yang sewaktu. Tahukah anda, keupayaan daya tahan kulit kepala anda bagi sesetengah orang tidak mampu untuk menahan bahan² kimia dan tahap kepanasan meluruskan rambut juga main peranan dalam keguguran rambut pada jangka masa panjang. Pekara ini samalah kita tidak menjaga kesihatan badan dan dalam kita tak mengetahui daya tahan badan, kita mencuba melakukan sesuatu melebihi tahap keupayaan badan. Akibatnya RISIKO lah kan?
Jika mahu usia 40tahun kelihatan tampan bergaya, mesti dari usia muda gigih berusaha mengekalkan bentuk badan @ raut wajahkan ? Tapi kenapa rambut selalu dilupakan untuk menjaganya? Untuk kelihatan segak bergaya, minyak rambut mesti nak pakai yang dalam iklan " masih cacak lagi (GEL)" sehingga nak sikat pun susah (terlalu padat "Wax") dan yang tahan lama kan? bukan tak boleh pakai, tapi untuk kekal lama rambut bergaya bukan pada yang dapat kekal bergaya 1 hari sebaliknya kekal ada rambut sampai mati. Apa dia? minyak yang HALAL dan bervitamin. Rambut kita perlu vitamin untuk kekuatan akar rambut... Tak pakai minyak rambut pun kadang² bermasalah juga, berkemungkinan ia akan kekeringan dan rambut tak bermaya. Penjagaan perlulah dari awal, bila dah terlewat susah nak rawat.
Tentang pemakanan juga perlu diambil berat sebab pemakanan juga main peranan penting dalam kesuburan rambut. Kurangkan makan makanan yang mengandungi perasa tiruan @ ajinamoto dan yang sewaktu serta jangan kerap makan di kedai makan. Makan dikedai semestinya sedap sebab dibubuhnya perasa banyak. betul tak? Bila dah perasa banyak, banyaklah masalah berlaku pada kesihatan badan... Jadi jangan komplen masakkan isteri @ ibu sebab diorang sayang rambut anda sebab tu diorang masak tak sedap. hehehe!
P/S: Jika benar ada tempat yang boleh melebatkan rambut, kenapa jutawan masih botak, diorang banyak duit boleh buat sampai habis puluh ribu pun tak pe. Tapi kenapa tak buat ? Ramai kawan saya dah habis beribu cuba sana sini tapi masih gagal melebatkan kembali. Jagalah rambut sebelum ia botak.
Klik Sini: Fashion Rambut
Lampiran Oleh: Azriey SinarMawaddah at 10/06/2009 12:21:00 AM 4 Komen disini
Saturday, October 03, 2009
Budak Tiada Masa Depan...| Hangatnya Cinta |
"Mardiana! ibu lihat Mardiana sekarang gembira semacam je, balik kerja tersenyum seorang² . Ada pe yang buat hati anak ibu terhibur sangat ni? Bila cuti pula, mesti tak lekat dirumah, kemana Mardiana pergi sampai tak pernah beritahu ibu?". Mardiana saat itu terkejut sangat dengan persoalan tu. dengan keadaan gelabah Mardiana menjawab. " Maaf ibu, Mardiana keluar tak bagitahu ibu. Emmm! Mardiana sebenarnya keluar berjumpa kawan" Kawan! Kawan mana? ibunya menyampuk dalam Mardiana menjawab menyebabkan persoalan pertama tak habis dijawab. Dihati Mardiana gembira kerana rasa terlepas dari persoalan pertama dan ada peluang untuk temberang bagi soalan kedua ini. Lalu Mardiana menjawab soalan kedua itu, " Mardiana mana ada kawan ramai ibu, satu²nya kawan Mardiana yang rapat dan perlu Mardiana jaga ifa je. Jadi Mardiana keluar dengan ifa le". Mardiana sudah pandai belajar berbohong demi keseronokkan dan Zarizan. Padahal bukan dengan ifa tapi dengan Zarizan, Mardiana keluar.
Mardiana seorang yang manja, bijak berbicara dan pandai bergurau. Jika sesiapa bersamanya pasti tak boring dan cakap² Mardiana pula mudah orang percaya dengan memek mukanya yang sesekali buat orang mudah terhibur dan konfiden. Satu hari, keluarga mahu bercuti dirumah atok. Bila Mardiana dengar, Horeyyyyyy! seronok tak terkira Mardiana. Seronok bukan sebab dapat pergi rumah atok tapi dapatlah Mardiana cari jalan untuk temberang ibunya dari pergi bersama. Mardiana menggunakan kepakaran bijak berbicara dan memek muka comelnya itu berkata " ibu, Mardiana tak dapat pergilah rumah atok nanti. Tempat kerja Mardiana sekarang susah nak dapat cuti sebab barang banyak dan Mardiana ni anak ibu yang rajin ditempat kerja jadi disebabkan kerajinan anak ibu ini, anak ibu ini kenalah merajinkan lagi kerja, Maaf ya! ibu Mardiana yang manis". Ibu pula pantang dapat dipuji, terus mengiakan kata² Mardiana. "Eh! Tapi Mardiana berani ka tidur seorang² dirumah? 3hari ibu mahu kerumah atok". " Ala! ibu, ifa kan ada". ifa lagi jadi sasaran Mardiana, dah la tak dapat pergi rumah atok pun temberang.
Pada hari keluarga pergi kerumah atok, Mardiana memang menanti²kan saat² ini. Mardiana terus hubungi Zarizan. " Hallo! Sayang, apa plan kita hari ni? ibu dan keluarga dah pergi rumah atok 3 hari tau sayang." Wow! berbulan madulah cinta fantasia yang belum disatukan ini. Zarizan berkata, "Apa 3 hari? dalam hati 'mak aih! kopak aku dibuatnya'. Mardiana "ye! 3 hari sayang". Berbincanglah kasih kekasih untuk menikmati nikmat 3hari. Dari seawal pagi sampai selewat malam bercinta pergi sana sini, dah tak ingat sembahyang dah tak ingat keluarga tersayang dan dah tak ingat kehidupan akan datang. Segalanya indah sampai satu ketika Mardiana berkata, " Sayang, wajah sayang Mardiana dah tatap sehabis²nya dan belai rautnya sepuas²nya sudah tapi dihati ini teringin sangat hendak dengar kentut sayang". Saat itu, dari romantis renungan dan ketelitian Zarizan mendengar kata² Mardiana bertukar menjadi gelakkan yang amat besar. Mahu taknya, ingatkan apa tadi rupanya kentut yang hendak didengarnya. Hangat betul cinta ini sampai irama kentut pun mahu didengar. Hanyutlah cinta kasih bila keseronokkan dikejarnya.
Cinta punya cinta sedar tak sedar dah 2tahun berlalu. Sedar tak sedar juga masih seperti dulu juga kerja dengan gaji ala kadar. Mardiana saat ini mula merasa resah, dia dah nampak cintanya seolah tiada kesudahan jika hanya layan cinta² cinta sahaja. Mardiana jumpa Zarizan bertanya tentang kehangatan cinta ini dimana kesudahannya. Zarizan berkata tunggu nanti Azriey sambung lagi cerita ni sebab dia yang buat cerita hehehehe!
Tunggu Episod seterusnya...
Klik Sini: Budak Tiada Masa Depan
Lampiran Oleh: Azriey SinarMawaddah at 10/03/2009 09:51:00 PM 2 Komen disini
Thursday, October 01, 2009
Kekaguman Ciptaan | Sementara Dan Kekal |
Matahari
Sama²lah kita renung
Klik Sini: Keagungan Allah
Lampiran Oleh: Azriey SinarMawaddah at 10/01/2009 02:16:00 PM 2 Komen disini