1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Monday, November 16, 2009

Kemewahan Dan Penderitaan | kehidupan |

Sayu hati melihat insan seperti ini. Kasih sayang jauh dari pandangan hati manusia sekeliling. Ramai yang lihatnya lari, menganggap ia insan hina dan gila. Tapi kalau dia insan hina dan gila sekalipun kenapa ramai yang menghina kehadirannya dimuka bumi ini ? dimana tanggungjawab kita sebagai insan yang bersama menikmati kehidupan bumi ini ?

Tersentuh hati melihat dia, ditanya dari mana dia datang dan latar belakangnya. Dia kata namanya anuar tinggal disana? “dimanakah disana tu?”. Saya tak berapa paham dengan percakapan dia, tapi saya tersentuh sebab bila dia cakap nama dia Anuar. Pada mulanya saya ingat nama dia mutusami @ mutusyikal ke, rupanya Anuar nama islam. Dia bukan insan gila sebab percakapan dan hormatnya pada kita seperti insan normal yang lain. Cuma keadaaannya je mengzahirkan dirinya seolah orang gila. Ikutkan hati, mahu je saya soal siasat @ berbual habis bagaimana, dimana, mengapa dan kenapa dia jadi begini. Tapi memandangkan percakapan dia pun susah nak faham dan takut dia tersentuh hati dengan persoalan saya, sekadar mampu sahaja saya bertanya untuk dikongsi bersama.



Lihatlah wajahnya, sayukan? Ntah apa yang bermain difikirannya... Mungkin syukur yang tak dapat dizahirkannya. Adakah kita bersyukur ? Adakah kita sedar kita pun berkemungkinan jadi begini jika Allah mahu menguji ? Semua orang tak mahu jadi beginikan? Semua orang mahu hidup bahagia dan mewahkan ? tapi kenapa dengan kemewahan dan kebahagiaan itu, tak mahu dikongsi bersama, apabila diri melihat penderitaan kehidupan orang lain ? Kasihanilah mereka yang memerlukan kita sebagai jalan menikmati nikmat kehidupan…

p/s: Ada tak orang yang banyak menderma dengan ikhlas akhirnya fakir ? Ada tak orang tamak papa kedana akhirnya ?
sama² kita fikir…

7 Komen disini:

Mohd Rashdan Bin Abd Rahim said...

Baguih la hang Azriey, hang gunting rambut dia sampai smart tak macam orang gila dah. Pandai betoi hang cuci muka dia. Tapi tu la, kita jangan simpan banyak sangat masalah kat kepala kita sebab kalau overload masalah tu, akan jadi macam ni lah.

--siLEnt_ 5iLh0ueEtte-- said...

um.. mmg kesian.
insan2 cacat yg kne tgl ngan famly kt tpi2 jln, pon kesian.. huhu
-kecik2 dulu slalu brangan mk jadi superwoman... tolong sume orang! yahhh~

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

beruntung dia jumpa orang sebaik awak... tak sangka wajah kusut tu boleh berubah bersih... :) semoga tuhan sentiasa melindungi anuar...

dOrmantWriter said...

tu la pasai nye... bersedekah itu sebahagian cara utk menyucikan harta kita....

insya ALLAH.. sedekah 10 hinggit.. ALLAH bagi 20 hinggit lagi....

Azriey SinarMawaddah said...

baik @ bagus bukan ukuran tapi inilah tanggungjawab kita... jika bukan kita yg menolong siapa lagi? jika kita mampu menolong, kenapa biarkan ia menderita? bukankah kaya itu pn ujian? adakah nak mengharap pada bangsa lain? " ia umpama keluarga sndr tak bantu manamungkin keluarga lain akan bantu" betul x?

kitalah yg kena buka minda dan jiwa mencerminkan kehidupan sesama kita.

suka dgn jawapan boolah.
ingatlah lima pekara sebelum 5 pekara seperti lagu raihan. Jangan lupa mendung tak semestinya hujan... segalanya berkemungkinan... sama²lah kita mengingati diri kita semoga kita tak leka dik keseronokkan...

Faarihin said...

Salam..
hmm.. kita manusia kadang-kadang aje terasa insaf.. lepas tu alpa semula.. kadang2 orang yang dikatakan tak waras, adalah waras, yang tak warasnya adalah orang yang mengatakan seseorang itu tidak waras.. adeh.. cam pening aje ayat tu...

incek azriey memang baik sungguh, untung org tu berjumpa dengan incek azriey.. kalau dengan org lain mungkin dah kena halau kot..

Azriey SinarMawaddah said...

salam kembali, diri menjadi sekejap baik sekejap alpa sbb diri tak mahu mengamalnya. kita kena didik diri tu sehingga jd amalan kita. insyaAllah kita mampu dan tak alpa lg.

suka dgn "waras n tak waras ni"

kita yg waras ni jangan jadi tak waras bila jumpa orang tak waras, sebaliknya bantu mereka kerana mereka tak mengetahui apa².jgn jd tak waras dengan memarahi @ menghalau mereka yg tak berdosa...

ehh! memang betul la, cam pening ja ayat nih..hehe! tapi mesti ramai memahami maksudnya... InsyaAllah

Kembali ke Halaman Utama