1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Monday, March 28, 2011

Bunuh Diri Kerana Cinta...

'


Cinta tak akan hadir kalau tidak berkerjasama tapi bekerjasamalah dalam menyelamatkan cinta bukan menghancurkan cinta yang terbina. Ramai yang hancurkan masa depan kerana ingin mempertahankan CINTA yang GELAP. Kenapa jadi begitu ? ianya terjadi sebab TIDAK KENAL CINTA SEBENAR dan Cinta kalau melebihi ALLAH DAN RASUL akan menjadi buta dan pekak, IAITU tak NAMPAK kejahilan, keburukkan dan Tak mahu DENGAR pandangn orang @ teguran orang Tentang si kekasih...

Cinta juga boleh merosakkan kehidupan, jika kasih sayang hanya tertumpu pada KEKASIH yang dipuja sahaja... Ibubapa dan ahli keluarga termasuk kerjaya boleh diabaikan demi memenuhi hasrat CINTA. Bertapa hebatnya pukulan cinta sehingga boleh menenggelamkan semuanya. Berhati2lah dengan cinta kerana jika CINTA diletakkan pada yang memberi kasih itu adalah KEKASIH pasti ia akan HANCUR kerana CINTA sebenar adalah milik ALLAH. Bila2 masa sahaja Allah boleh ambil kembali insan yg kita puja-puja itu. INGATLAH, dalam menyintai seseorang itu biarlah TERBATAS dengan HUKUM SYARAK, kerana takut sekiranya diabaikan HUKUM SYARAK cinta itu MENJADI BUTA tak nampak KEJAHILAN yang dilakukan sehingga menyebabkan KEHANCURAN masa depan...

Apabila terjadinya UJIAN PERPISAHAN, janganlah pilih jalan penyelesaian dengan MEMBUNUH DIRI @ melakukan perkara - perkara BODOH merosakkan diri yang kononnya itu adalah KORBAN CINTA. Pengorbanan cinta sebenar, adalah kita berusaha menerima kenyataan atas apa yang terjadi kerana mesti ada sejuta rahmat dari KISAH CINTA DITINGGALKAN KEKASIH itu. Apakah rahmat @ hikmah disebalik perpisahan itu ?

*Disitulah kita dapat muhasabah diri melihat kesilapan yang pernah kita lakukan dan perbaiki.
*Perginya CINTA itu untuk kita lihat pasangan kita bahagia, mungkin jika bersama kita tiada kebahgiaan.Biarkan ia pergi kerana itulah cinta SEJATI iaitu dapat melihat insan tercinta BAHAGIA.
*InsyaAllah, Dapat jauhkan diri dari maksiat kerana diri belum bersedia untuk berkahwin dalam masa terdekat, baguslah jika ia pergi dulu...kalau jodoh tak kemana...
*Ilmu untuk membentuk diri pun kurang lagi, macammana nak membentuk keluarga, Alhamdulillah la terjadinya perpisahan... Masa2 yang sebelum ni digunakan untuk berSMS @ DATING digunakan untuk belajar ilmu untuk hari esok...
*Seseorang yang tak mahu pada kita itu kekadang atas sebab ketidakserasian, Apa guna mempertahankan CINTA jika hari esok lebih MENGHANCURKAN... Lebih baik derita sekarang dari derita kemudian yang lebih mengecewakan.bukan sekadar kecewakan diri sendiri malah melibatkan banyak pihak "ibubapa, mak mertua pak mertua sanak saudara dan yyang lebih kecewa jika ada anak, kesian pada anak".

BANYAK LAGILAH KEBAIKKAN SEKIRANYA TERJADINYA PERPISAHAN MASA BERCINTA NI, JANGANLAH PILIH JALAN MEMBUNUH DIRI @ MEROSAKKAN DIRI SEBAGAI JALAN PENYELESAIAN KERANA IA AKAN BERAKHIR DENGAN KEBINASAAN YANG BERPANJANGAN.

Renungan:

Jangan fikir jika sesuatu ujian itu melanda akan berakhir segala - galanya, sebaliknya fikirlah dalam ujian mesti ada jawapan terbaik untuk kehidupan hari esoknya...
____________________________________________________

Kadang2 kita mengeluh "Huaa! AKU SEDIH HIDUP KESEORANGAN, PUTUS KASIH"
tapi sebenarnya masih ramai lagi yang menyayangi kita dibumi ni. "ibubapa, jiran2, kanak2 dll"

DI AKHIRAT, TIDAK KE KITA RISAU BILA KESEORANGAN ? SEMUA PAKAT NK MEMBELA DIRI SENDIRI...
DISANA TIADA LG YG FIKIR UNTUK MENYAYANGI KITA...Takutttttt :'(
____________________________________________________

Cinta takkan hadir @ berkekalan jika TAK BEKERJASAMA...
"saling sayang menyayangi, tolong menolong, tegur menegur dan cinta menyintai"
Carilah yang dapat BEKERJASAMA dengan kita...
SEMOGA KITA TEMUI SINAR KASIH SAYANG YANG SEJATI KEKAL ABADI...
____________________________________________________

"Aarghh! AKU TEKANAN"
Kwn A: hang jom! ikut aku pi enjoy DISCO, nanti hilang la masalah hang.
Kwn B: Muhasabah diri dekatkan diri pada Allah kerana Allah maha mengetahui. Ada HIKMAH DISEBALIK YANG TERJADI.

"Carilah kawan SEJATI seperti KWN B yang boleh bawa kita kejalan yang baik dan ingatlah KETENANGAN ITU DARI ALLAH TAALA, mintalah dariNYA bukan cari diPUSAT HIBURAN".
____________________________________________________

Dalam kehidupan ini, semua orang NORMAL impikan kasih sayang dan inginkan kasih sayangkan ?
Tapi kasih sayang itu takkan dimiliki jika diri hanya mengharap dan tak pernah memberi kasih sayang...cubalah memberi, insyaAllah kasih sayang itu akan kembali pada diri...

KASIH SAYANG SEJATI ADALAH PELIHARA HUKUM AGAMA "SYARAK" |jaga keberkatan| DLM APA JUA PERKARA YG DILAKUKAN... InsyaAllah...
____________________________________________________

Hidup ini memang tak terlepas dari ujian dan dugaan oleh itu kita kena banyak belajar ilmu Agama "Rohani" dan juga dari pengalaman dalam mengharungi kehidupan ini, tak kiralah dari diri sendiri ke orang lain ke mana2 ke. Disitu kita ambil kesimpulan dan jawapan penyelesaian yang POSITIF sebagai ilmu sebab kekadang ilmu2 dari pengalaman2 tu boleh membantu/ menyelamatkan kita dalam menyelesaikan MASALAH yg kita dialami... InsyaAllah
____________________________________________________

TENTANG CINTA
Kalau kita nak sesuatu tu mesti kita berusaha sehabis baik & beri seribu kebaikkan...
Begitulah sebaliknya, kalau tak mau mesti bagi seribu alasan & berusaha merosakkannya...
DALAM CINTA KITA BAGAIMANA?
Jom! muhasabah diri, Adakah yang dikejarnya tu memberi seribu alasan/kerosakkan @ seribu kebaikkan ?
____________________________________________________

Kadang2 Kita rasa, YANG PAHIT ITU RACUN, tapi SAYANG SKALI kita tak pernah CUBA bagi masa dan BERFIKIR dulu,"ADAKAH BENAR PAHIT TU TIADA KEBAIKKAN ?" krn DIDALAMNYA MESTI ADA PENAWAR untuk hari ESOK2NYA...

BERHATI2LAH DISAAT2 MANIS BERCINTA KERANA DIDALAMNYA ADA KEPAHITAN YANG KEMUNGKINAN BUAT KITA LUPA PADA HAKIKAT...
___________________________________________________

JAGANLAH BERHENTI BERFIKIR, JIKA KITA BERHENTI BERFIKIR KITA AKAN MATI. "Tiada perkembangan dlm hdp seperti org yg merosakkan DIRI DIBAWAH JABATAN makin hari makin HANCUS masa dpn"...

Orang yang berhenti berfikir juga ialah orang yang tak mahu kejayaan dalam hidup.cth:
TAHUN LEPAS KITA TANYA BEGITU, TAHUN NI PUN BEGITU JUGA TIADA PERUBAHAN LANGSUNG DALAM HIDUP DARI SEGI "Ekonomi, kebersihan, KASIH SAYANG, ilmu agama dll yang membina diri".

Sekadar renungan ringkas dari Azriey SinarMawaddah
Wallahualam....

Wednesday, March 16, 2011

Merenung ERTI KEHIDUPAN | Muhasabah Diri |

'


Kita buat baik pun ada dugaan yg perlu ditempuhi dan kadang2 tak tahan DAULAT menanggungnya, inikan pula klu buat JAHAT lagi besarlah DUGAAN UJIAN kena tempuhi kan ?

TAKUTNYAAA!! :'(
Klu mcm tu, Kena usaha cari dan perbaiki ROHANI DIRI, buat baik byk2 moga dipermudahkan jln hdp...

_________________________________________________________________

HIDUP PASTI MATI,
Binalah KEHIDUPAN dan rmhtangga bkn krn keseronokkan semata2, BINALAH dgn keberkatan yang dapat menambah byk PAHALA bkn dpt tambah banyak DOSA...

_________________________________________________________________

SIAPA KAYA ?
Orang yang kaya ialah ORANG YANG SIHAT...

KALAU KAYA DUIT, TP XBLEH MAKAN SEDAP2, XBLEH BERJALAN SANA SINI, XBLEH ITU XBLEH INI bererti "TAK KAYA" XDPT NK MERASA NIKMATNYA...

Bersyukurlah krn diberi NIKMAT KESIHATAN SIHAT dan jgn MENGELUH jk xkaya DUIT krn sihat TUBUH BADAN dpt merasa NIKMAT KeHiDuPaN ITULAH KEKAYAAN YG PALING BERHARGA.

_________________________________________________________________

Hidup ini hanya SEMENTARA.
Apa gunanya BERDENGKI, BERMUSUHAN, BERDENDAM DLL yg sewkt ?
YANG AKHIRNYA MEMBAWA KEPADA KEMUSNAHAN DAN KEHANCURAN BANYAK PIHAK BANYAK PERKARA DAN BANYAK KEHIDUPAN ALAM...

Sinarkan Kasih sayang bermula dr DIRI KITA.
KASIH SAYANG ADALAH PENYELAMAT KEMUSNAHAN.

_________________________________________________________________

Wujud kita adalah kerana wujudNya.. asal kita memanglah tiada dan berasal dari Yang Maha Ada untuk Yang Maha Ada.. lakukan ibadah bukanlah kerana diri dan sesiapa di sekeliling kita kerana semua yg wujud disekeliling kita adalah sama seperti kita.. mengapa mencari kepada sesama kita yg asal wujudnya tiada? sedangkan Yang Maha Ada kita lupakan.. setiap apa yang berlaku adalah tampilan wujudnya Allah, supaya kita sedar siapakah kita pd asal kejadian.. jangan mengeluh kepada manusia yg juga mengeluh seperti kita.. memenatkan diri sahaja.. keluhlah pada Dia yang xpernah mengeluh dengan keluhan kita..

Wallahualam

Sunday, March 06, 2011

Jangan Terlalu Mengejar Kesempurnaan DALAM BERCINTA


Jika kamu memancing ikan . . .
setelah ikan itu terlekat di mata kail . . .
hendaklah kamu mengambil ikan itu. . .
jangan sesekali kamu LEPASKAN semula kedalam air begitu sahaja . . .
kerana ia akan SAKIT kerana bisanya . . .
ketajaman mata kail kamu & ia mungkin akan MENDERITA selagi ia masih hidup . . .

Begitulah juga . . .

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang . . .
setelah dia mula MENYAYANGI kamu . . .
hendaklah kamu MENJAGA hatinya . . .
janganlah sesekali kamu terus MENINGGALAKNYA begitu sahaja . . .
kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu . . .
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingatimu . . .

___________________________________________________________________

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada . . .
jangan terlalu berharap pada takungannya dan menggangap ia begitu teguh. . .
cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja. . .
kerana apabila ia mula retak. . .
tidak sukar untuk menampal dan memperbaikinya semula. . .
dan bukannya terus dibuang begitu sahaja. . .

begitulah juga. . .

Jika kamu sedang memiliki seseorang. . .
TERIMALAH dia seadanya. . .
janganlah kamu terlalu mengaguminya dan menggangapkan dia begitu istimewa. . .
anggaplah dia manusia biasa. . .
kerana apabila dia melakukan KESILAPAN. . .
tidaklah sukar untuk MEMAAFKAN dan MEMBOLEHKAN
hubungan kamu akan TERUS ke akhir hayat
dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN
dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewadengan sikapnya. . .
lalu semuanya akan TERHENTI begitu sahaja. . .

_________________________________________________________________

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi. . .
yang kamu pasti baik untuk diri kamu. . .
yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT. . .
mengapa kamu perlu berlengah lagi?
cuba mencari makanan yang lain? . .
kerana terlalu ingin mengejar kelazatan. . .
kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu tidak boleh menikmatinya lagi. . .
kamu akan menyesal. . .

Begitulah juga. . . .

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN. . .
yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu. . .
MEYAYANGIMU. . .MENGASIHIMU. . . dan MENCINTAIMU. . .
mengapa kamu berlengah lagi?
cuba membandingkannya dengan yang lain. . .
terlalu mengejar KESEMPURNAAN. . .

kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. . . kamu juga yang akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi. . .

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejarkan KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN. Sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI InsyaAllah kita akan BAHAGIA, BAHAGIA, dan terus BAHAGIA. . itu lebih BERMAKNA!

P/s :
"Begitu hidup ini tiada yang abadi yang patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang telah pergi..."

Kembali ke Halaman Utama