1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Monday, December 24, 2012

Isteri mengandung baru jadi baik ???



JANGAN TUNGGU SAAT ISTERI MENGANDUNG, BARU NAK PELIHARA diri DARI MELAKUKAN DOSA MENZALIMI BINATANG... Kezaliman "dosa" kita bukan hanya dihitung saat isteri mengandung tetapi selama perjalanan hidup. Jika takut Allah bayar TUNAI kezaliman itu dimuka bumi ini, sama2lah kita pelihara perjalanan hidup ini dengan kebaikkan dan bertaubat sebelum terlambat... INSYAALLAH...

Friday, December 21, 2012

Hukum Air Tak Cukup Dua Kolah Masuk Tahi Cicak


.
Soalan : 

Ustaz, apa hukum mandi air kolah tak cukup dua kolah ada tahi cicak ? Adakah sah wuduk dan solat selepas tubuh kita mandi air itu kita ambil wuduk dgn sempurna dari air paip?

 Jawapan : 
Ustaz Azhar Idrus ( Original ) Tak sah mandi sebab air tersebut tdk suci



Jawapan Dari FaceBook Ustaz Azhar Idrus ( Original )


Hukum Baca Al Fatihah Kuat Dan Awal Dari Imam


.

Soalan :

Ustaz, batal tak solat baca al fatihah kuat waktu zohor dan ada ketika makmum rukuk dan sujud awal dari imam ? Adik saya nak jawapan dari ustaz. Sayang ustaz.
Jawapan :
Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tak batal baca kuat solat zuhur cuma menyalahi yg terlbih baik..makmum sengaja rukuk dulu dr imam adalah dilarang.



Jawapan Dari FaceBook Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Hukum Kucing Ganggu Ketika Solat





Jawapan Dari FaceBook Ustaz Azhar Idrus
KLIK SINI

Monday, October 22, 2012

Aku terima Nikahnya | Aku BERTANGGUNGJAWAB keatasnya |




Seorang lelaki ingin mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita.

Lelaki : Hari ini aku tidak bujang lagi.
Wanita : Hari ini aku akan menjadi hari paling bahagia
Lelaki : Tak sabar nak akad nikah. Lepas ini boleh pegang-pegang ...Wanita : Tak sabar merasa sesuatu yang kelazatan, hanya mampu mendengar dari kawan-kawan yang sudah kahwin.
Imam : Adakah kamu berdua ini bersedia untuk bernikah
Lelaki / Wanita : Ya
Imam : Sudahkan kamu sedia menangung dosa dari kelakukan isteri kamu
Lelaki : ???
Imam : Sebelum kita teruskan akad nikah ini, saya berharap wanita yang akan menjadi isteri kamu ini bertukarlah pakaian yang lebih sopan sedekit. Sedangkan kita berada di dalam masjid. Malaikat melihat detik-detik akan nikah kamu, syaitan lari lintang pukang kerana tidak dapat menyesatkan kamu ke maksiat.
Wanita : Terdiam dan tersimpul malu

Info : Banyak baju Perkahwinan sekarang terlalu teruk sedangkan ada yang berani memakainya. Ada juga baju akad nikah yang menampakan tali bra dan ada juga yang menampak seluar dalam. Kadang-kadang si pemakai tidak terfikir apa yang mereka lakukan.

Sunday, October 14, 2012

Jadilah KAMU Orang YANG Baik


Hidup ni tak terlepas dari dugaan. Sekarang baru ku sedar, makin banyak dosa makin besar dugaan.
TAFSIRAN ORG, MAKIN KITA DEKAT DGN IMAN MAKIN BYK DUGAAN ?
Kalau macam tu punya tafsiran, bermakna jahil itu lebih baik dari ber IMAN lah ?
KALAU SEJAK DARI AWAL KITA PUPUK DIRI DENGAN IMAN, INSYAALLAH PERJALANAN HIDUP DIPERMUDAHKAN. YANG DIKATAKAN MAKIN KITA DEKAT DENGAN IMAN MAKIN BANYAK DUGAAN IA MESTI BERSEBAB, SEBABNYA IALAH KERANA PERJALANAN HIDUP SEBELUM BERIMAN MUNGKIN DIRI JAUH DARI IMAN.

Oleh itu, bila banyak dugaan selepas beriman, janganlah kita salahkan iman. Itu kesilapan dari diri kita sebelum mengenal IMAN menyebabkan diri dinodai oleh dosa.

Allah sayangkan kamu, ALLAH UJI KAMU SEBAB ALLAH NAK AMPUNKAN DOSA2 KAMU.JANGANLAH KAMU PATAHKAN SEMANGAT UNTUK TERUS BERIMAN WAHAI SAHABATKU YANG MEMBACA BLOG ATAU FACEBOOK KU.

Thursday, July 19, 2012

WASIAT BUAT ISTERI TERSAYANG...



Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah.Buat semua,pada yang dah berkahwin, baru nak kawin ataupun akan kawin nanti, kisah nie biarlah tersemat didalam jiwa...

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri  Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara 
Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu. Beliau  merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya) pun sampai.

Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya  akan sebabnya.

Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu. Antara jawapannya ialah:
Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya.Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang / Dengkil.

Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang  sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli  perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.

Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.

Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.

Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta 
mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang  lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras 
kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.


"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu
banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."

"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun  
pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah  lagi jika aku sihat." 

"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar 
rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga."

"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku, anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang 
sebagai pengganti ibu)."

Peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis  faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada  disisi jenazahnya.

Marilah kita renungi bersama. Semoga dengan apa yang terjadi diatas, akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat 
Islam...

-She should be thankful... she got the forgiveness from her husband-

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda :
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."

.

Wednesday, July 11, 2012

Bila kita berubah kejalan yang diredhai...


Kalau ada orang kata kat kita...

"Eleh nak tunjuk baik plak, dulu solat pun tak, tolong orang pun tak, sedekah pun tak, tutup aurat pun tak, dll". 

Cakap kat dia, "NI SEMUA BKN KRN SESIAPA TAPI KRN ALLAH DAN PERINTAH ALLAH. WAJIB KITA PELIHARA DIRI DAN MUKA BUMI INI DGN KEBAIKKAN. AKU BUAT BKN KERANA NAK GANJARAN DARI HGPA ATAU SESIAPA TAPI NAK RAHMAT DARI ALLAH DAN AKU NAK SELAMAT DI AKHIRAT KELAK... INI SEMUA PERINTAH ALLAH DAN HIDUP MEMANG WAJIB KITA PELIHARA DGN SYARAK DAN KEBAIKKAN BARU AMAN...". Wallahualam... 


P/s: Klu dia ckp banyak lg...Tak payah dok layan... Hati yang tiada tindak balas "marah @ menerima" bila ditegur, 
Bermakna hati itu sudah tak ~"Berfungsi"~.

Thursday, May 17, 2012

Jom Kita tutup Aurat "LELAKI"

 JOM KITE TUTUP AURAT !! :)

Ustaz Azhar Idrus
Org yg pakai sluar pendek lebih 3 kali di tmpt awam :
> Tak boleh jadi wali nikah
> Tak boleh jadi saksi nikah
> Tak boleh jadi apa2 saksi pun
kerana mereka telah tergolong dlm golongan FASIK
_____________________________
> Letakkan Allah dan Nabi Muhammad sebagai yg paling utama...
> Buktikan bahawa kita tak mungkin kalah dengan godaan SYAITAN dalam
    perkara yg amat mudah dan kecil...
> Apalah sangat setakat panjangkan sikit seluar tu 2-3 inci...
> Tutup aurat kerana takutkan Allah, bukan takutkan CIKGU DISIPLIN! :p

Semoga apa yg kita lakukan mendapat manafaat di akhirat kelak..
Amar makruf nahi munkar.. Benda mudahhhh~~~

#Kalau nk main bola, pakai seluar fit panjang dekat dalam..
p/s: Tolong share kan kepada kaum kerabat dan sahabat lelaki anda ! :)


Monday, April 09, 2012

Asal Pakai Tudung Labuh Je Ustazah...


“Awak ambik kos pendidikan Islam...??”

“tak…”

“Habistu??? Aaaa...mesti ambik kos bahasa arab kan…”

“Tak juga, saya kos economics n management sciences la…”

“saya ingatkan ustazah tadi…”

Hmmm... soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh… Asal tudung labuh je ingat ustazah, asal pakai tudung labuh je orang ingat pelajar jurusan agama…

Haishhh… ana bukan ustazah, bukan juga anak ustaz.. ana bertudung labuh sebab ana seorang muslimah!!! Iye betul biasanya ustazah yang pakai tudung labuh… Tapi Ana WAJIB TUTUP AURAT "memakai tudung labuh"...

Sebagaimana firmannya : "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

Tuesday, April 03, 2012

Tangan Sentuh Anjing Basuh Guna Sabun Biasa, Bersalam Adakah Kena SERTU ?



Tangan Sentuh Anjing Basuh Guna Sabun Biasa, Bersalam Adakah Kena SERTU/ SAMAK ?

__________


Soalan: Assalammualaikum Ustaz, Apakah hukum kita bersalam dengan orang yang memegang anjing tapi tangannya sudah dibasuh dengan sabun "tak samak"... Dalam keadaan tangannya basah selepas basuh hanya dengan sabun, dia bersalam dengan kita... Adakah kita kena samak ? Berlaku tak permindahan najis jika dia tak samak, ia hanya basuh dengan sabun sahaja?

UAI: wsalam..jika begitu tak bersih lagi..jika tgn kita basah akan berpindah kotoran..


Soalan: Kalau cam tu kena sertu lah ustaz ?


UAI: ya kalau basah..melainkan telah lama berlaku..


Link Asal : FaceBook Ustaz Azhar Idrus

Link Koleksi Printscreen Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Thursday, March 22, 2012

Hukum memancing ketika isteri mengandung


Assalammualaikum Ustaz Azhar Idrus ( Original ), Apakah benar bila isteri mengandung suami tak boleh memancing "Hobi". Adakah ia mengganggu anak dalam kandungan ? sejak dulu lg, setiap kali ada isteri sahabat2 @ sesiapa mengandung ja, ramai yg berpesan jangan mengail ikan...
Ustaz Azhar Idrus Jawab : Boleh memancing..yang tak boleh seksa dan zalimi binatang...



Wednesday, March 21, 2012

DAH SOLAT KE BELUM ?

Dah solat ke belum ?
Marilah menuju kejayaan, Solatlah dulu.. Rezeki Allah yg bagi pahala kita kena cari...

---------------------------------------

Bagi yg lelaki jgn lupa p masjid solat jumaat, yg perempuan jgn lewat2 solat ye... :)

Marilah menuju kejayaan, Apakah kejayaan yg dimaksudkan itu ?
Kejayaan yg dituju bkn sekadar dunia tp Akhirat... Klu sesorg itu tak menunaikan Rukun yg wajib, bagaimana Akhiratnya, adakah berjaya ? Rugilah hdpnya tambah2 kehdpn DI AKHIRAT... Marilah kita sama2 menuju kejayaan wahai sahabat2 ku sayang... :)

---------------------------------------

Dah lewat ni, Solat ke tak lagi ?

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. "Al Baqarah - 195"


---------------------------------------

Masa tak pernah tunggu kita, Dah solat ke ?
Yang paling JAUH bukannya BINTANG, bukan juga MATAHARI dan bukan juga REMBULAN tetapi adalah MASA YANG BERLALU dan tidak akan kembali lagi.

SEMALAM yang luput menjadi secangkir KENANGAN.KELMARIN yang terluput mengukir SESALAN.

Yang ada hanyalah HARI INI dan AKAN DATANG.
Gunakanlah HARI INI sebaik mungkin kerana SEMALAM telah pergi buat SELAMA-LAMANYA dan HARI ESOK belum pasti milik kita.

--------------------------------------


Dah solat ke ?

Jgn rasa rugi untuk tinggalkan masa 10minit mendirikan solat krn ia dpt selamatkan AKHIRAT YG PANJANG... Jgn rasa untung dgn masa bila dpt cari duit beribu sehingga tertinggal wkt mendirikan solat krn kelak RUGI tak mampu bayar hutang AKHIRAT...

-------------------------------------

DAH SOLAT BELUM ?

Kita bukan selama2nya di dunia ini... Kita akan DIJEMPUT PULANG JUA nnt... Kejar dunia untuk bekalan akhirat kelak... Jgn kejar dunia sehingga tiada bekal untuk Akhirat....

-------------------------------------

Dah Solat Belum ?

Ada org sanggup kata,
"Ala nnt aku solat la, blm sampai hidayah lg"
SOLAT BKN KENA TUNGGU SAMPAI HIDAYAH TAPI BILA DAH MASUK WAKTU WAJIB BG SETIAP ORANG ISLAM TANPA ADA ALASAN...

-------------------------------------

Dah solat ke ?  Jgn sibuk kerja dan seronok je...

Tatkala melihat orang lain bahagia, tentu setiap manusia mengimpikan yang sama, namun jangan di cemburukan kebahagiaan yang menjadi milik mereka, kerana setiap manusia Allah telah sediakan bahagiannya, bersyukurlah dengan apa yang kita punya, nescaya Allah akan menambah nikmatnya, kerana bahagia tu bukanlah apabila kita mendapatkan apa yang kita idamkan tetapi bahagia itu terasa bila Allah menghadirkan rasa bahagia itu walaupun pada jalan yang berbeza. kerana, RASA BAHAGIA ITU KURNIAANNYA.

---------------------------------------


Dah solat ke belum ni ?

Perjalanan menuju kematian telah bermula sebaik kita dilahirkan. Ingat mati adalah penawar untuk kesedihan hati apabila ditimpa ujian. Penghilang rasa nikmat untuk melakukan maksiat. Dan pendorong untuk istiqamah dalam melakukan ketaatan. Ya Allah, bantulah hati kami untuk sentiasa ingat untuk mengingati kematian. Amin.
------------------------------------

Masih panjang ke masa ? Dah Solat ?

Slalu dgr org kata "tak pe lah nnt2 aku gantilah puasa, aku btlah kebaikkan. panjang lg masa dok kalut nak p mana".

INGATLAH,
"MASA KITA MAKIN PENDEK, HARI KEHARI KITA BUKAN MAKIN KUAT DAN KITA TAK TAHU HARI ESOK ADAKAH HARI KITA.
"SEGALANYA MUNGKIN, KEMUNGKINAN hari esok kita sakit atau mati".

GUNAKANLAH DGN BAIK SETIAP WAKTU YG BERLALU....

-------------------------------------


Dah Solat Ke Belum ?

Ketenangan, kesenangan, kebahgiaan semuanya dr Allah, bkn dr duit b'juta,rmh bnglo, istri lawa dll... Carilah kesemuanya "duit,ketenangan, rmh bngglo dll" dr keberkatan Allah, insyaAllah kita dpt merasai nikmatnya dgn hati yg tenang...


-------------------------------------

Dah tunaikah rukun yang wajib "SOLAT" ?

Tak semua org mahu KEBAIKKAN dan tak semua org tak mahu KEBURUKKAN.

CTH:

Solat adalah 1 kewajiban dan kebaikkan meninggalkan solat 1 kesilapan dan keburukkan... JGNLAH KITA TERGOLONG DLM GOLONGAN YG BANYAK BUAT KESILAPAN DAN KEBURUKKAN...

"JAGA AURAT adalah KEBAIKKAN dan DEDAH AURAT adalah KEBURUKKAN"
Berapa ramai yg mahu KEBAIKKAN dan berapa ramai yg mahu KEBURUKKAN ?

Sama2 kita renung2kan... SEMOGA KITA MAMPU PELIHARA DIRI KITA DGN KEBAIKKAN... InsyaAllah


--------------------------------------

Dah Solat Belum ? Klu belum, cepat2lah pergi menunaikannya...

ORANG YG PALING KAYA IALAH ORANG YG SIHAT. BOLEH MAKAN ITU INI, BOLEH P SANA SINI... DPT MENIKMATI NIKMAT2 ALLAH DGN SEMPURNA, ALHAMDULILLAH...

klu yg tak pernah solat tu, solatlah... Semua nikmat yg engkau nikmati ni adalah anugerah Allah... JGN NNT BILA ALLAH TARIK BALIK NIKMAT2 ITU ENGKAU MENANGIS PENYESALAN...

-------------------------------------


DAH SOLAT KE SAHABATKU SEMUA ?

Cuba renung seminit,
MASA KECIL HATI KITA RIANG RIA TANPA MASALAH, HATI TENANG DAN BANYAK PERKARA MUDAH2 JA TERCAPAI. MAKAN MINUM PAKAIAN TMPT TINGGAL DAN APA SJ MASALAH TAK PERLU FIKIR , SEMUA ALLAH PELIHARA...

Setelah DEWASA "Dah baligh", macam2 masalah kita perlu tempuhi sehingga ada yg tak mampu menahannya. SUSAH HATI, RASA REZEKI TAK CUKUP, RUMAH, BAJU, KERETA DLL SAKIT JIWA MEMIKIRKANNYA. kenapa jd mcm tu ?

SEDAR TAK MASA KECIL "belum baligh" KITA JUGA TAKDE DOSA. BILA DAH DEWASA "baligh" SALAH SILAP, KITA MENANGGUNG DOSA.

Renung2lah maksud diatas.

MARILAH SAMA2 KITA USAHA JAUHI DIRI DARI MELAKUKAN DOSA...

Rezeki Allah yg beri, Pahala kita kena Cari dan dosa wajib kita jauhi.
ALLAH AKAN PELIHARA, JIKA KITA MAMPU PELIHARA DIRI DARI BERBUAT DOSA... InsyaALLAH

Wallahua'lam.

Thursday, February 09, 2012

4 Jenis Perempuan Yang Akan Menjadi Penghuni Neraka

Sebagai manusia, kita tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dalam kehidupan kita sama ada secara kita sedar ataupun secara tidak sedar. Dan sebaik-baik manusia ialah manusia yang segera berubah untuk memperbaiki kesilapan diri. Berikut adalah 4 jenis perempuan yang akan menjadi penghuni neraka.

1. Perempuan yang jahat mulutnya dan perbuatan atas suaminya.

Terlalu banyak komplen. Ada sahaja yang tidak kena.

" Abang ni pun satu, beli ikan kecil-kecil sangat. Belilah yang besar sikit. Susah nak siang. " komplen Lisa pada Zack. Esoknya..

" Abang ni, beli ikan besar sangat, gelilah nak makan." Komplen Lisa lagi. Ada sahaja yang tidak kena pada Zack, suaminya.

Suka memburuk2an suami dibelakang suami samada kpd ibu bapa, sedara mara atau kawan2nya.

Curang pada suami.

Ketika suami tiada di rumah kerana pergi kursus, balik kampung, maka si isteri mengambil peluang dengan membawa lelaki lain masuk ke dalam rumahnya. Si isteri membuat perkara haram atau bergayut atau berchatting dgn lelaki lain.

Menyakitkan hati suami dengan mengungkit segala kekurangan suami setiap hari.

" Sedarlah diri awak tu, kos perkahwinan pun saya yang keluarkan. Nak harapkan awak dan keluarga awak, tak merasalah hidup senang seperti sekarang ni tau." sehingga suaminya tidak terkata apa-apa.

2. Perempuan yang membuat suaminya barang yang tidak mampu (memperbodohkan suami, memaksa suami membuat perkara yang di luar kemampuan suami).

Menggunakan ilmu hitam agar suami patuh dan ikut segala kemahuan isteri.

" Itulah engkau, kalau dari dahulu, kau dengar cakap aku, beri suami kau makan nasi kangkang, sudah tentu sekarang ni kau tidak dimadukan. "

Memaksa suami untuk membeli sesuatu di luar kemampuannya atau suaminya mampu tapi suami minta tangguhkan dulu sebab ada perkara lain yg lebih perlu.

" Abang, saya tak tahu, raya nanti saya nak kereta. "

" Abang mana mampu yang. Yang tahukan, hutang kereta yang ada ni pun belum habis pembayarannya. "

" Itu saya tak tahu. Yang saya tahu, saya nak kereta, saya nak kereta."

3. Perempuan yang tidak mahu menutup aurat. Yang memakai perhiasan untuk tujuan bermegah-megah.

" Amboi, cantiknya isteri abang. Bila bergaya nak keluar rumah, mengalahkan artis nak ambil award."

" Mestilah, bila orang tanya, isteri siapa yang cantik, bergaya, rambut ikal mayang tu..ha..abang juga yang akan dapat namakan. "

" Iya tak ya juga. Bangga abang ada isteri cantik macam kamu ni."

4. Perempuan yang tiada cita-cita melainkan makan, minum dan tidur.

Di suruh solat, tak nak. Di suruh berpuasa, tak nak. Di suruh belajar membaca Quran tak nak. Di suruh bertudung, tak nak. Apatah lagi hendak menutup aurat. Hidupnya hanya untuk bergembira dan berseronok. Hari-harinya di habiskan dengan berseronok, makan, minum dan tidur.

Semoga artikel ini ada manfaatnya untuk semua.

Nota : Sumber artikel, ceramah Ustaz Kazim Elias.

Wednesday, February 08, 2012

Apakah hukum air mani pada baju @ seluar ?


Apakah hukum air mani pada baju @ seluar ?
Bolehkah dipakai untuk Solat jika terkena air mani ?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus,

Air mani tidak najis, tetapi sunat kita bersihkan juga walau pun sah solat dengannya...

Thursday, January 05, 2012

Kenapa Kasih Sayang Yang Dicari Sukar Ditemui ?

Ramai yang impikan kebahgiaan dan kasih sayang terjalin... Tapi ramai tak mampu capai dan impian kosong semata2 krn hanya mengharap xberusaha serta tak tahu bagaimana nak capai impian itu ???

Pesan Ustaz, Jika inginkan kebahgiaan dan kasih sayang yang sejati, JAGALAH HALAL DALAM KEHIDUPAN "setiap langkah dan perbuatanmu". InsyaAllah akan tercapai...

*HALAL - pakaian, makanan, minum, tonton, percakapan, tulisan, persahabatan, pekerjaan, dll

p/s: Usahalah dapatkan PAHALA "halal" dalam setiap pkr yg dilakukan jika inginkan KEBAHGIAAN DAN KASIH SAYANG...

-----------------------------------------------------------------

Bila inginkan Kebahgiaan dan selamat dalam kehidupan..pikirlah mcmni..

"Aku buat ni HALAL Ke HARAM, Aku Pakai Ni HALAL Ke HARAM, Aku kerja ni HALAL ke HARAM, Aku tulis ni HALAL ke HARAM dll...". Semuanya perlukan persoalan begini... Pilihlah HALAL "pahala" untuk selamat semuanya dan barakah dariNYA... InsyaAllah

----------------------------------------------------------------

Haruskah diuji untuk kita lihat keikhlasan ?
Bukankah keikhlasan itu hadir dihati dengan sendirinya ?

*Jika aku mahu keikhlasan dari seseorang untuk menyayangi jgnlah menguji, sepatutnya sama2lah zahirkanlah keikhlasan kasih sayang itu... InsyaAllah kasih sayang itu akan sama2 dpt dirasai dgn ikhlas...

---------------------------------------------------------------

Aiman - Kalau AKU dpt Isteri SOLEHAH mesti bahagia kan ?
Eiman - Ya! InsyaAllah tp HG mestilah SOLEH dulu :)

P/s : TIDAK AKAN MILIKI KASIH SAYANG KLU DIRI TAK PERNAH MULA MEMBERI KASIH SAYANG. Tidak akan dapat merasa NIKMATNYA SOLEHAH jika diri tak SOLEH.

Jom! mulakan dengan diri kita... INSYAALLAH

-------------------------------------------------------------

Pekerjaan/Perniagaan yg diusahakan kita adalah ibadah, peliharalah ia dgn amanah krn Allah. Semoga kehidupan ini disinari keberkatan dan kebahgiaan yg diimpikan...

*Didalam memelihara amanah "PEKERJAAN", jgn sesekali lupa yg WAJIB "Solat, Aurat dll".

Kembali ke Halaman Utama