1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Monday, January 28, 2013

NOTA PENUH FORUM : Anak dan Isteri Bertuah



Masjid Al-Munawwarah, Seksyen 27, Shah Alam. [12 Oct 2012]
Panel: Ustaz Azhar Idrus (UAI) & Ustaz Haslin Bollywood (UHB)
Moderator: Ustaz Syed Norhisyam


PUSINGAN 1

SOALAN: Situasi sesetengah pasangan yang berkahwin tapi tak ingin memiliki anak yg ramai. Sedangkan Nabi saw menggalakkan kita meramaikan umat. Ada yang bagi alasan, duit tak cukup, hidup
susah, isteri tak sanggup nak mengandung dan beranak lagi.

UHB: Hadis~Sesungguhnya Allah berikan dunia kepada sesiapa yang Allah suka dan Allah tidak suka. Akan tetapi, Allah akan beri agama (Islam) kepada orang yang dicintaiNya sahaja.

Apa yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah. Kadang2 Allah beri pasangan itu anak perempuan sahaja. Kadang2 Allah beri pasangan itu anak lelaki sahaja.
Kadang2 Allah beri pasangan itu anak lelaki dan perempuan. Kadang2 Allah tidak memberikan anak kepada pasangan itu dengan sebab kemandulan salah seorang daripada mereka.
Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.

Hadis~Anak2 itu merupakan penduduk-penduduk kecil syurga Ilahi - Riwayat Muslim
Hadis~Janganlah kamu menjadi seperti pendeta yahudi dan nasrani dengan tidak berkahwin

Siapa yang cakap, "cukuplah anak 3", atau "tak nak la anak ramai2", sudah dikira salah faham dengan akidah. Nabi saw suruh meramaikan anak. Allah juga kata jangan runsing, pasti Allah bagi rezeki. Jadi, sape yang kata macam tadi tu, kan dah bertentangan dengan suruhan Allah dan Nabi?

Jika umat kita minoriti, bagaimana Islam nak mendominasi dan menguasai dunia? Nabi dah suruh umatnya beranak ramai, nabi dah plan sebaik2nya untuk menguatkan umat Islam. Siapa yang menghentikan plan nabi dalam mengembangkan umat ni, dia berdosa.

Sebelum kahwin, selidik samada dia subur atau mandul. Memang tak boleh check kemaluan dia. Ulama suruh lihat keturunan dia atau kalau calon kita tu janda, lihat sejarah hidup dia.

Selingan Ustaz Syed Norhisyam: Penduduk eropah makin lama makin berkurang. Kaji selidik terhadap wanita di sana mendapati, ramai wanita tidak mahu melahirkan anak, kerana lelaki2 di sana tidak mahu bertanggungjawab. Kaji selidik kepada lelaki2 pula, mengapa mereka tidak mahu bertanggungjawab, ia kerana mereka sendiri tidak pasti siapa ayah bayi itu, kerana seks bebas berleluasa. Kadang2 sorang wanita berhubungan intim dengan ramai lelaki.

SOALAN: Apa maksud "Bertuah" dalam konteks anak dan ibu bertuah tu?

UAI: Hadis~Sesungguhnya yang bertuah itu ialah orang yang panjang umurnya dalam taat kepada Allah.

Dari pandangan masyarakat, bertuah tu ialah yang mendapat kesenangan dunia semata2. Kalau gitu, orang kapir pun bertuoh. Kita silap. Pangkat besar pun tak dikira bertuah. Firaun raja yang besar kerajaannya pun tak dikira bertuah, pagi petang malam diseksa dan diazab dalam neraka.

Orang yg bertuah ialah orang yg bertakwa dan taat ke hari akhirat. Dia ingat anak dia bertuah gaji besor, PhD. Padahal anak dia gi disko, tak solat. Siapa yang hidup sekejap tapi bertakwa dan taat, lebih bertuah dari orang yang hidup lama 90 tahun tapi tiada taat dan takwa.

Jadi, tuah takde kaitan dengan duit, harta, pangkat, dan sebagainya. Bertuah ialah yang baik dengan akhirat. Doalah minta panjang umur, agar diisi dengan ketaatan dan pelaburan akhirat. Boleh ke doa minta panjang umur? Boleh, nabi dan ulama tak larang. Yang dilarang, doa minta pendek umur.

Anak yg bertuah dan isteri yang bertuah ialah yang taat pada Allah. Anak yang taat pada Allah ialah yang taat pada ibu dan bapa selepas taat pada Rasul. Isteri yang taat pada Allah ialah yang taat pada suaminya selepas taat pada Rasul. Orang yang bertuah di akhirat ialah sesiapa yang Allah panggil "Wahai hambaku", maka dia bertuah dan masuk syurga.

Sedikit ulasan UHB: Hadis~4 golongan yang mendapat kecapan bahagia (bertuah)
1- Isteri yang solehah/suami yang soleh
2- Tempat tinggal yang luas
3- Mendapat jiran2 yang baik
4- Punyai kenderaan yang baik
Yang penting semua perkara dunia digunakan pada jalan dan cara berlandaskan agama untuk menuju akhirat yang baik

PUSINGAN 2

SOALAN: Bila berbincang tentang suami isteri, adakah suami isteri akan masih bersama di akhirat atau bersama dengan orang lain atau duduk lain2 tingkatan syurga?

UHB: Nabi suruh kita doa dapat isteri yang baik. Isteri yang baik ialah apabila kita lihat wajahnya, kita akan gembira. Umar Al-Khattab berkata, jangan marah isteri kuat berleter, sebab ia hiburan dari Allah.

Hadis~Ada seorang sahabat bertanya "Bilakah akan berlakunya kiamat?" Rasulullah saw bertanya semula "Adakah kau sudah bersedia untuk menghadapinya?". Sahabat menjawab "aku bukanlah orang yg banyak bersolat dan berpuasa, tidaklah aku banyak bersedekah dan berzakat, tapi aku cinta kepada mu Rasulullah saw". baginda menjawab "Jadi usah risau, kamu akan bersama dengan apa yang kamu cintai di akhirat kelak"

Jadi, jika suami dan isteri itu beriman dan bertakwa, dan saling cinta mencintai, mereka akan bersama lah di akhirat nanti. Sebab nabi kata kita akan bersama dengan orang yang kita cintai.

Isteri2 jangan control suami. Jangan marah sangat kepada suami kamu, mana tahu suami tu ahli syurga, bidadari2 akan marah kepada isteri yang marah pada suaminya. Jangan sombong, iri hati, bermasam muka dengan suami. Semua yang ada di dunia termasuk diri kita adalah hak milik Allah. Taat lah perintah Allah.

Pujangga dari Saidina Ali: Jadilah kamu orang yang baik. Bila ada, disukai. Bila tiada, dirindui. Bila mati, ditangisi. Janganlah kamu jadi orang yang jahat. Bila ada, dibenci. Bila tiada, disukai. Bila mati, disyukuri.

SOALAN: Bagaimana sesetengah anak isteri agak lalai dari persiapan amalan untuk akhirat. Adakah disebabkan sibuk bekerja atau pengaruh teknologi seperti gadjet2 dan internet? Mengapa keadaan ini berlaku?

UAI: Ayat Al-Quran~Hendaklah kamu para suami menjaga diri kamu dan anak isteri kamu dari api neraka. Maksudnya, jangan bagi famili masuk neraka. Caranya, taat pada Allah. Orang bujang pun kena jaga diri sendiri dan orang yang ditanggungi. Kat akhirat nanti Allah akan tanya tentang cara kita gunakan nikmat kita, bini, tangan, harta, negara yg dipimpin.

Bila dah kahwin, jangan senyum je. Budak2 sekarang tak nampak yang dia kena pikul tanggungjawab yang berat. Ada orang masuk neraka dengan sebab anak dan isteri.Apabila ia cuai pada anak dan isteri, tak beri nafkah, tak beri didikan agama.

Lelaki kena main peranan dalam membentuk anak dan isteri. Wajiblah seorang ayah ajar anak2 nya segala ilmu yang fardhu ain, begitu juga kepada isteri. Apabila anak dan isteri dah dibentuk, barulah anak dan isteri tak lalai. Kalau tak mampu ajar, ulama kata wajib bawa anak isteri pergi kuliah agama.

Lelaki masuk neraka jika anak atau isteri buat dosa. Bukan tanggung dosa dia, tapi berdosa sebab tak didik, tak berkeras dalam memberi arahan kepada mereka tentang perkara wajib, dan tidak ambil berat atau sambil lewa tentang anak tak solat, isteri tak tutup aurat dan sebagainya. Jangan cakap kat anak bini "ikut pandai mung ah", sebab dia tanggungjawab kita.

Anak dan isteri juga wajib taat pada Allah dan jangan susahkan ayah atau suami. Kalau apa yang ayah atau suami suruh tu perkara yang wajib, maka haram jika tak buat.

Dalam kitab Muhimmah, dikisahkan seorang lelaki berjalan menuju ke syurga dengan amalan yang banyak, seperti solat, zakat, puasa, sedekah, tahajjud, dakwah, perjuangan jihad. Tapi kaki dipegang oleh anak dan isteri. Isteri dia cakap "wahai Allah, azablah lelaki ini kerana dia tak pernah ajar aku tentang akidah atau haid atau syarat sah solat atau seumpamanya"

Jadikan diri kita bertuah, anak bertuah, isteri bertuah, suami bertuah. Iaitu taat kepada Allah. Bayakkan berdoa pada Allah agar anak isteri jadi taat dan bertakwa. Bersyukur Allah beri macam2 kepada kita dalam negara yang aman ini. Jadi, gunakanlah semuanya ke jalan Islam, ikut syarak, demi Akhirat yang baik.


0 Komen disini:

Kembali ke Halaman Utama