1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Wednesday, March 23, 2016

Rakyat jahil lahir pemimpin zalim

Allah bagi ujian pada kita macam2 la ni. Allah nak kita kembali taat pada islam keseluruhan...

Bumi kita ni hak Allah, sikap pemimpin dan kebanyakkan rakyat buat bumi ini mcm hak diri sendiri. Langgar segala syariat. Hari demi hari, hidup rakyat makin kucar kacir. Makin tak terurus.

Bila disoal pada pemimpin, pemimpin kata ini masalah ekonomi belum mantap, ini masalah sistem perlu dikaji dan diperketatkan lg, ini masalah pembangkang dll... Tidak sekalipun nak tarbiah diri dan rakyat bahawa INILAH AKIBAT TAK TAAT PADA ALLAH.

Bila tanya rakyat pula, kenapa hidup melarat ? Rakyat jawab, Kami tinggal diperdalaman sukar untuk dapat itu ini, kami mengharap pemimpin tapi pemimpin kata kena sabar kerana ekonomi belum kukuh, undang2 belum diperketat, kami hairan kenapa pemimpin tak prihatin dan tak ambil berat pada kami sedangkan kami dah menyokong mereka, dan macam2 lagi pengharapan yang mana semuanya tidak langsung ada sandaran pada ALLAH...

Kita pinjam sementara jer bumi ni. Ntah esok lusa kita akan dijemput pulang. Tapi kenapa kita masih bergantung/sandar pada sesama manusia ? Kenapa kita masih tak yakin bahawa Allah yg memberi segala ?

Jom! lah kembali kepada Allah. Bertaubatlah... Bumi kita kini KEMARAU PANJANG. Bukan sekadar kemarau panas terik 'panaih litlit' tapi bumi kita kemarau dahagakan SYARIAT ALLAH. Makin hari makin teruk kerana kemarau 'kerosakkan' yang rakyat lakukan amatlah PANASSSS... Bumi kita mahu rakyatnya siramkan kembali NUR2 IMAN pada kesilapan2 yg dah terlanjur... Dah berpuluh tahun kita melakukan kerosakkan. Malah makin hancur tidak diperbaiki... Marilah kita betulkan kembali diri kita dengan ke majlis ilmu. Bertaubat dan belajar kenal diri dan kepimpinan islam yg disyariat oleh Allah supaya kita dapat rahmat dari Allah dan bumi kembali subur...

Sama2lah kita doa dan usaha perbaiki diri dan usaha selamatkan bumi ini dengan roh2 islam. Doakan sama semoga Allah turunkan hujan rahmat pada kita dik kemarau panas yg dialami beberapa negeri ini... Mudahan dgn ujian ini, Allah ampunkan dosa kita dan kita dapat kembalikan bumi ini kepada ISLAM YANG SEBENAR... Istiqamah...

0 Komen disini:

Kembali ke Halaman Utama