1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Thursday, September 30, 2010

| Perjalanan Kisah Kasih Azriey SinarMawaddah |

Pengalaman mengajar saya erti sebuah kasih sayang. Kasih sayang adalah satu perkara yang paling berharga didunia ini. Agungnya Allah memberi kita anugerah hiburan terbesar yang jarang sekali difikir kita iaitu kasih sayang. Kehancuran bumi dengan berlakunya peperangan, bunuh, rempit, dadah dll semuanya berpunca dari kasih sayang yang rapuh dihati manusia. Mungkin kasih sayang bermain dengan nafsu telah membuatkan manusia kurang memperdulikannya…

Renungan untuk saya,

Diri ini, jika tiada siapa pun mempedulikan @ memberi kasih sayang mesti akan kucar kacir corak kehidupan dan ketenangan mesti nampak pada pekara² negatif sebagai jalan penyelesaian, walaupun dilengkapi dengan hiburan yg mengasyikkan seperti "play station, FACEBOOK dll" sehinggalah duit beribu berjuta skalipun hati mesti tak rasa kebahgiaan dan ketenangan. Betul tak ? Disini bukankah kasih sayang itu hiburan yang paling berharga ?

Lihat bukit, disebabkan manusia fikir duit (nafsu) dan tak memperdulikan kasih sayang apa akan terjadi kelak ? Pasti ia akan musnah dan kemungkinan ramai yang akan mati dibawahnyakan...

Kasih sayang bukan seperti ANAK KU SAZALI, bukan harta kekayaan sahaja perlu dirasakan telah terlaksana kasih sayang, menegur kesalahan anak, memberi ilmu, keperitan bekerja mencari rezeki yg halal, bawa anak jalan², membelai wajah anak, senyum pada anak, selalu mengusik manja dll dengan penuh keikhlasan juga adalah kasih sayang.

Dari pengalaman saya pula, Dulu masa kecil² saya ni seorang yang minat sangat pada haiwan. Saya bela burung gembala kerbau dan ayam sabung. Sungguh jinak haiwan² ini disisi saya, sehingga bila saya pulang dari sekolah je mesti burung gembala kerbau ini bunyi dan ayam sabung lari menghampiri saya malah jika saya lepas burung dari sangkarnya ia tak kemana melainkan disisi saya je... Lihat, semua orang tahukan haiwan² begini semestinya liarkan ? Tapi bila kita belai @ main dia hari² dengan kasih sayang pasti dia sayang dan kenal siapa tuannya.

Nama pun haiwan, satu hari tu saya balik kampung atok selama seminggu dan bila balik kerumah, saya hairan kenapa ayam & burung ni dah tak macam selalu. Kalau tidak tu, pantang nampak saya je mesti riuh rendah... Itulah ingatan haiwan, terhad dan mudah lupa. Disitu saya belajar sedikit pengalaman erti kasih sayang perlu diterap selalu... Bagaimana kita pada manusia ? Renung²kan...

p/s: Kalau manusia, mesti akal fikiran INGATAN BERPANJANGAN ( Tak mudah lupa) bila kasih sayang dicurahkan ? Tambah pula bila selalu disemai dan dijaga kasih sayang mesti erat dan tiada kes² negative akan berlaku dan pasti aman damai dunia inikan…

Harimau pun kalau kita beri kasih sayang "seperti d'sarkes" jinak pada manusia dan tuannya berani mendekatinyakan ?

Disini nampak tak, kasih sayang itu amatlah penting dalam hidup ini. Marilah kita sama² pupuk diri semai kasih sayang dihati. Cuba ambil sedikit masa, renung bertapa hebatnya kasih sayang pada diri dan kehidupan. Cuba fikir juga, jika tanpa kasih sayang, apa akan terjadi sebaliknya. Mesti akan buatkan anda terasa amat takut tanpa kasih sayang pada dunia akan datang. Jadi janganlah kita hancurkan kasih sayang ini dari muka bumi. Bangkitkan kembali kasih sayang untuk kesejahteraan dunia ini…

Friday, September 24, 2010

Penggunaan MASYA-ALLAH & ASTAGHFIRULLAH AL AZIM

Baca dan praktiskan.

Pengunaan "Masyaallah" dlm percakapan seharian.sebarkan kepada kawan/sahabat. kadang2 kita terpengaruh dengan movie, terutama citer p ramlee yang banyak menggunakan "masyaallah" dalam situasi yang silap. bayangkan jika anda forward kan kepada sahabat2 lain, pahala akan terus berganda macam juga buat selling-networking, cuma in this case, pahala yang berganda bukan duit which to someone money is the number one in his/her life.

Saya dapati ramai di kalangan kita menggunakan lafaz "MasyaAllah" ketika berhadapan dgn situasi yang tidak disukai atau tidak elok, contoh ketika terlihat gambar2 censored atau bila anak2 kita buat perangai nakal.

Sebenarnya istilah "MasyaAllah" bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG. Mengikut buku "What Do Say" by Kathyn Abdullah, kita menggunakan istilah "MasyaaAllah" bila kita melihat "something nice" seperti melihat bayi/kanak-2 yg comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya.

Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dgn situasi yg tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yg patut kita lafaz ialah "Astagfirrullahhalazim" (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun "Innalillah" (Kepada Allah kita kembali). Tolong sebarkan kepada kawan-kawan. Yang baik dari Allah yang salah dari saya.

Wallahulam.

Sumber : Jabatan Sumber Manusia

-Nauzubillahi ( kami memohon perlindungan Allah) min (daripada) zalik (perkara itu)

Thursday, September 09, 2010

Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri

Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri
Maaf Zahir Batin Dari saya Azriey SinarMawaddah...

Semoga Silatulrahim antara kita semua berkekalan... Amin

| Apa yang penting kerjasama |

1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 malaysia dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu 1 Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...

Sama - samalah kita semai kasih sayang di bumi Allah ini.. Moga Hidup Kita lebih Aman...Dunia ini milik kita bersama.. Di anugerahkan Allah untuk dinikmati bersama.. Semua orang ada hak keatasnya... Janganlah kita buang kasih sayang ini dengan menghancurkan Nikmat yang diberi Allah... Sinar Kasih Sayang @ Sinar Mawaddah Dunia Kita Bersama

Saturday, September 04, 2010

Cara Nak Berhenti Merokok | Perubahan Ditangan Anda |

Dari ruang komen web ZAHARUDDIN.NET

Perokok lelaki dan wanita sama sahaja. Merokok adalah berdosa dan dosa mengurangkan peluang untuk dapat rahmat Allah, tiada rahmat Allah, tiadalah ke syurga. sifirnya sama, sama ada lelaki dan wanita.

Perubahan diri di tangan Anda, buatlah sesuatu demi kehidupan selapas mati yang amat berharga dan panjang tempohnya. Jangan dirugikan dengan budaya hidup yang tidak diredhai oleh Allah ini. Moga diberi kekuatan oleh Allah untuk berubah, namun pemberian kekuatan perlu melalui proses doa dan minta serta usaha...

Tolong Berhenti Merokok!

(dari seorang sahabat kepada UZAR) Saya pernah bekerja di sebuah syarikat rokok terkemuka selama hampir 10 tahun. Antara ramuan rahsia selain dari kimia merbahaya adalh sejenis arak/liqour. Ada juga perisa coklat/madu yang meyebabkan ketagihan..

Selain itu, adunan tembakau dimasak/salai untk membunuh sejenis kumbang/vewil. Tapi telur vewil ini masih hdup dan + udara lembab ia akan menetas selepas 3bulan! Tu sebab kretek/rokok expired akan ada bintik2 minyak/air pada kertas.

Boleh koyak chek tengok, hehe.. Kalau hisap mesti ada bunyi terbakar/meletis.. Alhamdulillah, saya tak pernah hisap rokok (kerja makan gaji je!) Dan dah berhenti lama dah pun..

Jadi TOLONG BERHENTI MEROKOK!

Mulakan dengan menghormati orang yang tidak merokok di keliling anda.. contoh: anak2, isteri2, kawan2, orang lain di tempat awam...

Soalan: YANG MANA LEBIH TERUK?
1. Saya ludah kahak kuning saya ke muka anda? (Dan anda boleh cuci)
2. Anda hembus asap rokok pada orang lain? (Dan sedut asap beracun & najis tu dan mudaratkan kesihatan.. Habis derita keluarg dan masyarakat scara tak lansung!)

Wednesday, September 01, 2010

Fakta Kes Buang Bayi | DARAH PERJUANGAN KE DARAH PEMBUANGAN ? |

Adakah ini ANAK MERDEKA ? @ ANAK TAHUN BARU ?

FAKTA ?
Kes buang Bayi.. (PALING BANYAK PADA BULAN 5 DAN 9... ? )
"CUBA kira dari bulan merdeka dengan bulan tahun baru, cukup tak 9bln dan hasilnya KES BUANG BAYI KERAP TERJADI pada BULAN 5 DAN 9 PALING BANYAK BETUL TAK ?"

Ibu Bapa kena main peranan penting pada HARI² BEGINI bagi mengelakkan pekara yang tak diingini "BUANG BAYI".

Renung²kan...
INIKAH YANG DIKATAKAN TUMPAHNYA DARAH KEMERDEKAAN DAN BERJUANGKAH TAHUN DEMI TAHUN UNTUK KEHIDUPAN LEBIH MEMBANGUN ?

DARAH2 PERJUANGAN KE DARAH2 PEMBUANGAN ?

Tapi sekarang ini tahun 2010, selepas terbaca keratan Akhbar & sumber media2 tentang fakta KES BUANG BAYI TERASA AMAT TERKEJUT... Fakta diatas dah tak boleh guna dan IBUBAPA BUKAN SAHAJA perlu jaga anak2 hanya pada HARI SAMBUT TAHUN BARU, MERDEKA, VELENTINE, DLL TAPI HARI2 dan bimbingan Agama mesti diberi dengan penuh Kasih sayang dan tanggungjawab...

FAKTA:
Fakta anak luar nikah didedahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) awal tahun ini, jumlah 17,303 untuk setahun lalu bersamaan kira-kira 48 kes sehari. Itu bermakna kes kelahiran anak luar nikah di negara kita sepanjang tahun lalu secara purata berlaku setiap 30 minit.





Bagaikan bermusim, kes-kes pembuangan bayi kembali menjadi sajian harian di dada media. Pelbagai pihak yang prihatin tentang penyakit sosial yang semakin kronik itu seolah buntu dan mati akal memikirkan kaedah menanganinya.

Penubuhan pusat bayi terbuang bagaikan tidak memberikan apa-apa kesan mengurangkan gejala itu. Sebaliknya, semakin kerap rayuan mendayu-dayu para artis kita diulangsiar lewat media elektronik, semakin menjadi-jadi pula kes penemuan bayi terbuang.

Keputusan Kabinet minggu lalu agar kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh juga tidak cukup menggerunkan pelakunya. Buktinya, di luar sana saban hari ada bayi dibuang. Ada dicampak ke dalam longkang atau tong sampah, disumbat dalam pembetung atau mangkuk tandas.

Ada dijumpai terapung di sungai, dibungkus dalam beg plastik dan disangkut di pagar, ditinggal di atas rumput, dihurung semut dan diratah nyamuk. Malah ada yang ditemui sisa sahaja dipercayai telah dibaham anjing.

Mengikut fakta terkini dilaporkan media, sepanjang lima tahun ini 472 kes pembuangan bayi direkodkan. Sebahagian besar bayi ditemui itu sudah mati. Anggaplah jumlah yang tidak ditemui jauh lebih besar. Ada yang mungkin sudah ditanam, dibakar atau hancur dimamah faktor alam.

Tahun ini saja, setakat minggu lalu sudah tercatat 65 kes pembuangan bayi. Ia peningkatan ketara berbanding 79 kes sepanjang setahun lalu. Kita masih ada lebih empat bulan berbaki. Tidak mustahil jumlah tahun ini mampu mencecah 100 kes.

Terbukti setakat ini apa jua kaedah penyelesaian dicuba gagal membendung peningkatan gejala ini. Sebagai penganut Islam, mengapa tidak kita akui bahawa unsur yang ‘hilang’ (the missing elemen) dalam merangka kaedah penyelesaian kes buang bayi ini ialah ajaran Islam itu sendiri.

Masalah utama kita dengan pelaksanan Islam ialah apabila penganut agama ini sendiri cuak dan ragu dengan keupayaan Islam menyelesaikan masalah masyarakat. Keraguan itu mungkin timbul ekoran kelemahan dan kesilapan manusia yang sebelum ini melaksana atau mencuba formula Islam, tetapi gagal. Ia juga mungkin satu strategi terancang musuh Islam membentengi masyarakat daripada menaruh keyakinan terhadap kaedah penyelesaian dianjurkan agama suci ini.

Negara kita tidak kurang pakar dalam pelbagai bidang, termasuk pakar sosiologi, psikologi dan segala macam ilmu berkaitan kecenderungan manusia. Kita juga ada ilmuan Islam yang mampu menggarap lautan sumber hukum dan merumuskan pendekatan Islam ke atas setiap permasalahan. Kepakaran mereka boleh digabung-jalin bagi mencari formula terbaik.

Setakat ini langkah-langkah dikemukakan pelbagai pihak lebih ke arah merawat atau membasmi gejala membuang bayi, bukannya mencegah puncanya. Sedangkan masalah sebenar ialah punca yang membawa kepada kewujudan anak yang tidak diingini itu.

Secara rasional kita boleh bersetuju bahawa 100 peratus bayi yang menjadi mangsa pembuangan ialah yang dilahirkan tanpa nikah. Maka secara logiknya pembuangan bayi boleh dibanteras dengan mencegah kehamilan luar nikah.

Bagi umat Islam, langkah utama pencegahan itu ialah dengan kembali kepada kehidupan beragama. Islam bukan sahaja mengharamkan perbuatan zina (seks luar nikah), malah melarang umatnya menghampiri zina. Ini menunjukkan bahawa sebarang perkara yang boleh menjurus kepada menghampiri zina mestilah dijauhi atau ditiadakan.

Di antara perbuatan menghampiri zina ialah pergaulan bebas. Di antara medan paling subur untuk pergaulan bebas dan seks luar nikah ialah konsert dan pusat hiburan.

Selagi ada hiburan tanpa batasan, akan ada pergaulan bebas yang selalunya diiringi penyalahgunaan dadah dan berakhir dengan seks bebas. Gejala itu bakal menyumbang kepada meningkatnya kes kelahiran anak luar nikah.

Jika diteliti fakta anak luar nikah didedahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) awal tahun ini, jumlah 17,303 untuk setahun lalu bersamaan kira-kira 48 kes sehari. Itu bermakna kes kelahiran anak luar nikah di negara kita sepanjang tahun lalu secara purata berlaku setiap 30 minit.

Akuilah bahawa membendung perkara ini memerlukan komitmen semua pihak, terutama pihak berkuasa. Ia tidak mampu dibuat menerusi gigi dan lidah sahaja, tetapi memerlukan tindakan tangan yang menggenggam kuasa.

Hanya dengan kuasa pemerintahan dapat diperbetulkan kepincangan masyarakat. Antaranya, meminda undang-undang yang menganggap melakukan hubungan seks haram dengan kerelaan kedua-dua pihak bukanlah suatu jenayah.

Kembali ke Halaman Utama