1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah
Showing posts with label Perniagaan. Show all posts
Showing posts with label Perniagaan. Show all posts

Wednesday, June 02, 2010

Anjakan Paradigma Membaca Dan Mendengar | Nota Hukum Riba Dan Pelaburan |

Tiap kali sembahyang tak pernah putus berdoa “ Ya Allah murahkanlah rezeki bagi diri hamba mu ini, permudahkanlah jalan rezeki bagi hamba mu ini…” tapi apakah usaha @ jalan yang diambil untuk memurahkan rezeki dan memudahkan jalan rezeki ?. Bukankah mencari ilmu dan keberkatan itu ? Rezeki takkan datang bergolek dan rezeki tak semudah ABC… Tanpa ilmu sesuatu mungkin tak akan dapat dinikmati dengan baik. Dengan ilmu tapi tanpa keberkatan tak berkekalan…maka marilah kita cari keberkatan itu…

Sebelum ini saya telah buat banyak lampiran tentang hukum perniagaan dari sumber² yang kuat dan ternama tapi saya dah PADAM dr blog ini kerana masih ramai yang tak paham dan ada yang kata saya terlalu fanatik mempercayai kata² ustaz dan tak mahu majukan diri menambah pendapatan dengan Biz yang mereka cadangkan. Susah untuk terangkan pada orang yang dah fanatik dalam Biz "meragukan"... .

Sebenarnya, sebelum saya masukkan lampiran dari Ustaz Zaharuddin, Ustaz Kazim dan Ustaz Shamsuri dalam blog saya ni, Saya menghayati dan memahaminya berulang kali dahulu, barulah saya melampirkan disini.

Salah satu sebab tak faham, mungkin tak baca habis dan tak dengar habis serta tak mengulangnya banyak kali untuk memahami, yang paling “kuat” tak mahu cari ilmu untuk mendapat keberkatan dan hanya nampak duit sebagai lambang kebahagiaan.

Kali ni saya nak lebih memudahkan sahabat² yang ingin memahami Hukum Halal Haram (Riba) dalam kehidupan. Ilmu Hukum Riba dan Pelaburan ini bukan bererti pada individu yang berniaga @ yang masuk MLM sahaja perlu tahu tapi ilmu perlu pada kita semua. Tak rugi cari ilmu…

Video dari Ustaz Zaharuddin saya dah buat dlm Format mp3 dan nota² dalam lampiran blog saya @ mana² web ustaz serta ilmu yang bermanfaat sahabat² Copy dan Paste “save” dalam Notepad .txt. Masukan mp3 dan nota dalam h/p. Bila ada kelapangan bolehlah baca dan dengar. Jika tak faham juga walaupun diulang banyak kali, carilah Ustaz yang berkelayakan untuk bertanya… Saya sekadar berkongsi disini. Bukankah itu satu ANJAKAN PARADIGMA " dari dgr lagu kepada dengar dan membaca ilmu² yg bermanfaat dalam h/p " ?

Perlukah aku ada alasan, tiada masalah nak dengar dan membaca semuanya ni ? sedangkan moto leh buat "macam diatas" ada pula masa memikir untuknya ? "saya renung untuk diri saya sendiri"

Mp3 Ceramah Ustaz Zaharuddin dalam Bab Hukum Riba dan Pelaburan.


Ustaz Zaharuddin - Dosa Riba


Ustaz Zaharuddin - Jenis Riba


Ustaz Zaharuddin - Konsep Pelaburan


Ustaz Zaharuddin - Pelaburan Hukumnya


Ustaz Zaharuddin - Pelaburan Hukumnya 2

p/s : Jika kita permudahkan jalan hidup orang dengan ikhlas kerana Allah, InsyaAllah jalan hidup kita akan dipermudahkan...

Teringat saya pada rancangan Tanyalah Ustaz. Ustaz Zaharuddin berkata " Jika nak masuk mana² MLM biarlah yang ada Penasihat Syariah...".

Friday, November 06, 2009

Belajarlah Bagaimana Untuk Hidup


Kalau boleh kita ingin berubah menjadi orang yang positif sekelip mata. Berjimat cermat, senyum pada pagi dan sebelum tidur, disiplinkan diri berpakaian kemas dan pelbagai tip lagi. Terlalu banyak tip yang kita tahu dan kalau boleh kita mahu lakukan semuanya.. Kemudian, menjadi manusia yang baru dalam waktu yang singkat. Terlalu sukar, dan kita selalunya gagal.

Sebenarnya berusaha untuk berubah dalam sekelip mata dengan mengamalkan puluhan tip itu secara serentak, bukan satu tindakan yang tepat. Kita sebaliknya perlu mengambil satu, dua atau tiga tip dan perkukuhkannya dalam diri dahulu. Percayalah, akan sampai masanya nanti tip² itu akan menjadi darah daging kita dan kita akan mengamalnya secara spontan.

Sebaik tip itu sudah menjadi sebahagian daripada diri kita, barulah kita amalkan tip yang baru pula. Jangan lupa, ambil satu, dua atau tiga tip sahaja dahulu untuk dijadikan ia sebagai amalan hidup. Kita cuba amalkan cara ini sehinggalah segala tip atau amalan hidup yang positif itu mengalir didalam darah kita. Cara ini lebih baik dari kita cuba mengamalkan puluhan tip amalan hidup yang positif secara serentak, tapi semua gagal. Sama²lah kita renung²kan.

Doakan azriey sinarmawaddah dan kita semua mampu jadi yang terbaik kearah positif. Aminnn…

p/s: Selagi kita masih hidup, teruskanlah belajar bagaimana untuk hidup kearah positif. Jangan anggap kecelakaan itu pemusnah kehidupan, kadang² ia penyelamat hari dihadapan...

Sesuatu yang terjadi mesti bersebab, carilah jawapannya. Jangan biarkan ia berlalu tanpa berfikir sesuatu …

Friday, October 16, 2009

Putus Asa | Aku Kecewa |

(Gambar edit) Skali Macam Kasim Selamat daaa! hehehe!

Selalunya bila kita beroleh kejayaan, mulut ni tak henti² bersyukur dan diri riang gembira tapi bila beroleh kedukaan mulut tak henti² mencaci mengutuk diri dan melakukan pekara negatif. Padahal baik ke buruk ke ia adalah dugaan. Cuma kita je lupa, menganggap yang buruk itu sahaja dugaan.

Ramai dikalangan kita dizaman sekarang jiwa kosong tanpa rohani. Jika rohani itu ada dalam diri tidak mungkin akan terjadinya kejahilan yang teruk² pada diri. Kerana perniagaan tak berjaya, kerana cinta, @ kerana kehilangan sesuatu yang tak mungkin kembali, jiwa mesti dibawa dengan hasutan iblis. Melayan perasaan merosakkan diri sendiri. Yang paling bodoh sekali bunuh diri.

Cuba renung dengan logik akal, adakah sinar kebahgiaan bila bunuh diri? Adakah sempurna diri bila kelar²kan badan? Adakah orang benar² simpati pada diri berkelakuan bodoh itu? Nama pun bodoh, layan pun tak ada gunanya.

Janganlah berkelakuan bodoh pada diri yang diberi akal yang sempurna. Setiap sesuatu yang terjadi ada jalan selesainya. Bercerita tentang putus asa ini, selalunya yang kita dengar orang putus cinta melakukan kebodohan pada diri. Jangan jadi bodoh fikir pasai jodoh hanya pada seorang. Walau menangis airmata darah, kalau ia bukan jodoh jangan dok lakukan pekara bodoh. Kenapa? Persoalan yang best sekali untuk dijawab.

Cinta jodoh banyak sangat² dah orang melakar khazanah sejarah suka duka. Kenapa tak ambil pengajaran. Terang² dalam hidup ada mula dan akhir. Begitu juga dengan cinta. Ok, tak payah kita cerita bab ni. Panjang sangat. Kita renung logik akal ni,

Kita jangan jadi macam orang bodoh merosakkan badan dan bunuh diri tu, kita bila putus cinta @ putus asa, kena buat macamni. Ambil congkak main dengan adik hahaha! Saja bagi seronok sikit, kot ada yang membaca ni putus cinta. Tapi betul juga daripada buat pekara bodoh baik main congkak. Sebenarnya jika kekecewaaan menimpa diri ia adalah ujian dan inilah kehidupan, takkan ada hari²nya panas dan siang sahaja. Begitulah juga dengan semua pekara, ada baik ada buruk. Bila terjadi kita buat satu anjakan paradigma dalam diri, buktikan kita boleh berjaya dan boleh hidup tanpanya “ bagi mereka yang putus cinta” dan bagi yang kecewa dalam bab lain, sama juga buat satu perubahan yang lebih baik dari itu. Ingat kalau orang boleh lakukan untuk menjadi lebih baik kenapa kita tidak, jangan pula fikir negatif “ kalau orang boleh bunuh diri kenapa aku tak boleh” bodoh punya orang tu.hehehe! Fikirlah, setiap sesuatu terjadi ada hikmahnya. Selalunya ia terjadi untuk mengajar kita erti kehidupan dan menjadikan kita lebih hebat & sempurna. Nak berjaya kenalah belajar dari kesilapan. Biar susah dulu jangan susah kemudian. Naik tangga biar satu² jangan naik langkah banyak 3,6,9 jatuh sakit. Langkah satu² belajar dari bawah baru jatuh tak sakit.

Macammana nak hilangkan tekanan jiwa perasaan duka lara pula?

1. Dekatkan diri pada Allah SWT, dalam doa mohon ampun dan berdoalah mohon petunjuk cari keberkatan hidup..
2. Masalah kita jangan pendam dalam diri, ia umpama gunung berapi.

A). Luahkan pada sesiapa yang sudi mendengar. Jika tak mampu
B). Tulis atas buku. Jika tak mampu
C). Cerita pada pokok @ kucing " bukan bergurau tapi inilah realiti, janji lepaskan bebanan diri tu"
D). Banyakkan dengar rohani diri seperti dengar ceramah, buku² yang membina dan cerita² kejayaan orang² yang dah berjaya bermula dari bawah.
E). Jangan tinggal seorang diri dalam bilik kerana syaitan suka pada orang yang macam tu. Contoh tengok gambar ibu mertua ku. P Ramlee butakan mata sebab dia dok seorang dalam bilik. Sebenarnya itulah masej yg nak dia sampaikan. Duduk dalam bilik seorang diri masa jiwa kacau, mesti akan merosakkan diri.

Sunday, October 11, 2009

Apabila Maju Disalah Tafsir | Rahsia Perniagaan |

Sambungan Dari Vol 1

Usaha Tanda Kejayaan, Gunakan Nikmat Tangan...Bekerja.

Ceramah, menegur kesalahan @ menyampaikan bab yang berunsur nasihat mesti ramai yang tak suka dan ada yang kata kesat² serta ada sesetengah tak mahu berkawan (menjauhkan diri) dengan orang yang suka menegur kesalahan @ memberi nasihat. Teringat saya pada ceramah Ustaz Kazim, di Akhir Zaman orang yang menyampaikan masej dakwah @ menegur kesalahan rakan susah untuk mendapat @ rapat dengan kawan. Saya dapat rasa kerana banyak kali terjadi pada saya. Apabila kita cerita kebenaran tentang hukum perniagaan @ menegur kesalahan kawan dalam apa jua bab sekalipun mesti kena marah dan kawan jadi lawan (menjauhkan diri). Ada juga yang berkata "aku lebih tua pada hang, jangan dok tunjuk pandai lah". Inglatah ilmu bukan hanya pada orang dewasa @ yang berpelajaran tinggi sahaja... Dihati saya hanya 1, " jika kita yang tahu tak menyampaikan, siapa lagi yang nak menyampai?, adakah kita mahu melihat anak bangsa terus kejahilan?". terjawab persoalan itulah, saya terpaksa menegur juga walaupun pahit akan diterima, moga 1 hari nanti akan hadir kesedaran pada yang menerima teguran ikhlas penyampai... Bukan bererti apabila saya menyampaikan mesej @ teguran terus diguna pakai. Jika ragu², terima dan kajilah dulu. Jika ia positif dan boleh diterima akal serta untuk kehidupan yang lebih sempurna, bawalah ia dalam kehidupan. Teguran selalunya bukan untuk diri penegur tapi untuk kebaikan pada yang ditegur dan bukan kerana nama...

Apabila maju disalah tafsir sebelum ini saya dah lampirkan 10 pengalaman, kali ini saya nak halusi sedikit tapi cuma sekadar pengalaman saya. Jangan lupa niat mesti kerana Allah taala bukan kerana manusia @ mahu kaya.

Pertama:
Jangan lupa pada ibu bapa, pengorbanan mereka sangatlah berharga dan tiada nilai dari wang ringgit. Tiap² bulan berilah pada mereka, tak banyak sikit pun tak pa. Ibu bapa selalunya memahami anaknya. Jangan sesekali anak tak memahami ibu bapa... Mudahan rezeki diberkati dan dimurahkan...

Kedua:
Rajin²lah bersedekah. Rezeki kita bukan untuk diri kita sahaja, ia untuk semua. RM10 dalam tangan kita, tidak semestinya untuk perut kita. Renung²lah, kadang² dalam kita nak pergi kedai makan tiba² tayar pancit. Jadi saat itu rezeki pi mana? Bersedekahlah mudahan jalan hidup dipermudahkan dan dimurahkan rezeki..

Ketiga:
Jika orang boleh berjaya kenapa kita tak boleh? Bukankah kita juga manusia sepertimana orang lain? Maknanya tiada alasanlah jika bidang yang diceburi diberi jawapan negetif. Contoh: " Hang tak apa la, ayah hang kaya bolehlah buka bengkel basikal ni". Sepatutnya? "Tak pa aku kerja sungguh² simpan duit, satu hari aku mesti boleh berjaya macam orang kaya".

Keempat:
KUNCI. Yang ni paling saya suka sekali sebab ia satu benda yang paling mencabar kerana kena kaji. Kenapa saya kata macam ni? Fikirlah kunci yang banyak nak buka satu pintu. Terlalu susahkan? Tak nampak lagi? Ok tengok penyanyi, macammana mereka boleh lontarkan suara tinggi²? selalu tak dengar mereka kata "key" kena betul. Bila dah dapat "key" betul, mudahlah nak menyanyi lagu pe pun. Tak nampak lagi? Tengok Mazlan petpet pulak, dia dapat "key" cara main terompet dengan tangan. Kalau kita tahu cara melipat lidah, membentukkan tangan, kembungkan mulut dll mesti kita boleh lakukan macam Mazlan juga. Tak nampak juga? Lu pikirlah sendiri hehehe! Carilah kunci cara untuk memudahkan urusan perniagaan, jika kita dah dapat pasti mudah urusan niaga. Renung komputer, masih belum dapat limit kunci kecanggihan sebab itu masih ada yang lebih hebat dari sebelumnya...

Kelima:
Disiplin, Semua orang tahu disiplin perlu dalam apa jua pekara. Baru jadi seorang yang berjaya...

Keenam:
Terima pendapat orang. Jangan mudah melatah jika orang tegur kita. Kadang² ada benar kata orang yang menegur itu. Disitu mungkin dapat kita perbaiki kualiti kuantiti kerja kita.

Ketujuh:
Bersyukurlah selalu. Bersyukur tak bererti menadah tangan berdoa mengucapkan syukur sahaja. Sepertimana yang saya tulis diatas dan yang sebelum ni. Tak lupa pada ibubapa, bersedekah, buat kerja dengan ikhlas tak tipu orang dll lagi.

" Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari nikmatku maka sesungguhnya azab ku amat pedih"

Thursday, October 08, 2009

Apabila Maju Disalah Tafsir | Perniagaan |

Assalammualaikum kepada pembaca yang dikasihi, Marilah kita sama² pupuk kasih sayang dihati dan dalam hidup kita.

Ok, Bercerita tentang tajuk saya diatas, Bila Perniagaan maju @ ramai pelanggan sering kali disalah erti oleh sesetengah individu dengan pekara² negatif. Ada yang lemparkan kata², pakai pelaris, pakai pekerja cantik dan yang sewaktu penyebab maju @ jayanya sesebuah biz. Kenapa jawapan sebegini seringkali di lahirkan dibibir² @ difikiran ? Tak maju la kehidupan kita kalau begini...

Ok, saya nak berkongsi sikit pengalaman disini. Rahsia kejayaan sebenarnya, bukan pada pelaris @ pakai wanita cantik sebagai jalan untuk menarik pelanggan @ berjayanya sesuatu Biz. Yang sebenarnya kena ada Ilmu, Pengalaman, Keberkhatan kerja, dan ingat pada Allah. Saya pernah ditanya oleh seorang sahabat berbunyi begini. "Eh! hang ni pakai pelaris pa dalam biz ni, jaga² ada orang tak puas hati dengan hang." Saya hanya mampu tersenyum dan berkata dengan hati yang tenang.... jeng² ( disini dengan sepantas kilat saya perlu berfikir dan bagi jawapan yang tanpa ragu² dan was² padanya )

berkatalah saya:
emm! maaflah, saya bukan seorang yang pandai dalam berbahasa sempurna untuk beri jawapan kenapa dan mengapa saya boleh bersyukur dengan kejayaan ini. Tapi memandangkan sahabat bertanya seolah saya menggunakan sesuatu selain dari Allah, saya terpaksa jelaskan disini apa yang sebenar. ( tak semua yang saya senaraikan disini sy sampaikan pada dia )

Pertama, Niat ikhlas dan ilmu.
Himpun semua niat² suci dan usaha kerana Allah ... Jangan lupa, Rezeki hidup mati semua dari Allah SWT... Percayalah, pasti kita maju dunia Akhirat.

Kedua, Fahami apa itu untung dalam berniaga.
Adakah ia hanya duit sahaja yang kita nampak dan dapat lebih dari bekerja swasta? Sebenarnya tidak, dalam biz, segala²nya untung ( lebih). Disitulah kita dapat kumpul duit, silatulrahim, ilmu dunia akhirat, sedekah dan macam² lagi. itulah untungnya (kelebihan) niaga.

Ketiga, Keberkhatan.
Buatlah kerja dengan ikhlas hati cari keberkhatan, jangan ambil kesempatan untuk cari keseronokkan. Seperti dalam kata² renungan yang saya lampirkan disisi kanan blog ( Renungan D'sinarMawaddah ).
Hidup ada dua pilihan (dalam apa jua pekara kita lakukan pasti melibatkan dua pilihan ini) :
1. Keberkhatan
2. Keseronokkan
Pilihlah antara 1, tapi jika pilih keberkhatan ia akan kekal abadi.

Keempat, Tolong dan menolong.
Ok, sedar tak kenapa orang datang kekedai kita sedangkan kedai lain banyak dan adakalanya kedai orang lebih sempurna pada kedai kita tapi orang pilih kedai kita ? ingatlah, anggaplah orang yang datang itu mahu menolong kita, jadi haruslah kita menolongnya kembali dengan keikhlasan hati. janganlah memperdaya @ mengecewakannya.

Kelima, Janganlah berhenti berfikir.
Dalam hal ni, mesti ramai yang pening dan mungkin tak faham apa yang dimaksudkan berhenti berfikir. Ye la kan! kalau kata terhenti berfikir terhentilah perjalanan hidup. Maksud saya dengan berhenti berfikir ni, Jika berlaku sesuatu pekara yang tak disukai oleh pelanggan @ apa jua pekara, janganlah kita negetifkan pekara itu. Pasti ada jawapan yang terbaik (positif) untuknya. Saya pernah buat lampiran Jangan berhenti Berfikir. Cuba baca dan ia tak bererti untuk biz shj.

Keenam, Belajar dari Pengalaman.
Pengalaman seperti yang saya lampirkan disisi kanan blog ( Renungan D'sinarMawaddah ), Orang yang Untung adalah orang yang belajar dari pengalaman diri dan pengalaman orang. Orang yang Rugi Adalah orang yang tak Belajar dari mana². Ilmu yang kita belajar mungkin tak memadai. Hidup manusia pula bermacam ragam dan karenah. Disitu kita kena pandai main peranan, semuanya memerlukan pengalaman, begitu juga dengan hasil kerja. Oleh itu,Tingkatkan kualiti dari kelemahan ( pengalaman) yang dialami. Positifkan setiap pekara yang berlaku untuk dijadikan pengalaman yang boleh membantu dalam menghasilkan kualiti kerja.

Ketujuh, banyak²lah membantu orang.
Ini yang paling saya suka sampaikan pada orang, Maksud saya jika orang dalam kesusahan @ mahu berkongsi ilmu janganlah kita kedekut dan berat hati untuk membantu dalam memudahkan jalan hidupnya. Jika kita selalu bantu membantu memudahkan jalan hidup orang, InsyaAllah Allah maha pemurah, Jalan hidup kita akan dipermudahkan. InsyaAllah...

Kelapan, Jangan Agungkan diri.
Maksud saya, jangan cerita kelebihan @ kualiti diri melebihi pesaing sebab setiap orang ada kelebihan yang tersendiri. Biarlah Kualiti kerja @ biz kita orang yang nilaikan. Baru kita dapat kualiti yang sebenar.

Kesembilan, Zahirkan kesopanan diri dengan ikhlas hati.
Pamirkan diri yang sebenar & jangan mengaibkan orang. Pandai main peranan dalam pergaulan @ bercakap dengan pelanggan. Tidak bercakap pekara² yang tak sedap didengar seperti bahasa² kesat @ mencarut².

Kesepuluh, Ringankan mulut mengucap terima kasih & murah senyuman.
Menghormati pelanggan, dengan melayan sebaik mungkin dan tidak ada sangkaan buruk walaupun ada ketika pelanggan yang datang perangai teruk. Tetap pamirkan diri yang baik dan menghormatinya. Mudah²an ia dapat kita jadikan contoh padanya @ menginsafi ( Tauladan )...

Ok, nanti kalau ada lagi ilmu pengalaman yang saya ingat, saya tambah pada lampiran ini...

Sambungan Vol 2

Wednesday, October 07, 2009

Perbezaan Kuantiti dan Kualiti | Perniagaan |

Gambar hiasan, RM seringgat saja. Mai² pilih mai.

JANGAN KERANA NAK JIMAT 20SEN RUGI LEBIH DARI ITU...

Ramai yang ingin berniaga dan mahu perniagaan berjaya. Paling diimpikan untung sakan. Kenapa untung sakan di utamakan dalam perniagaan? bagi pandangan saya, ia kerana kurangnya sifat kasih sayang dan yang utama mungkin kurangnya ilmu agama serta ilmu perniagaan ( kekadang yang kurang ilmu pun nak berniaga "bagus" tapi carilah ilmu dulu mudahan mudah urusan niaga ). Lagi 1, Sifat tamak jangan sekali. Bila nak cerita pasal straTG perniagaan, mungkin hanya mengatur straTG kawasan perniagaan dan yang bersifat zahir sahaja ( mencantikkan kedai dll).

Sebenarnya dalam perniagaan keutamaan bukan pada untung sakan sebab jika untung sakan yang diutamakan pasti ia takkan kekal lama @ hidup nampak macam senang tapi tak senang ( tiada keberkhatan). Sebagaimana contoh gambar nasi lemak diatas. Samalah juga dengan perkara yang sewaktu boleh dikaitkan dengannya... Jika anggap remeh pekara ini pasti tiada kesempurnaan dalam perniagaan yang dilakukan. kenapa? ok kita renung sama² dari nasi lemak ini.

Nampak tak perbezaan dari segi kuantiti dan kualiti nasik lemak ni? tapi ada 1 persamaan, Ya! betul ia nasi lemak hehehe! semua orang tahu tapi bukan persamaan itu, harganya sama. Ok kalau kita kaji secara halus sikit dari segi keberkhatan untung dan keseronokkan untung sakan mana lebih berjaya?

Keberkhatan Untung:
1. Pasti dapat rezeki yang berkat sebab keikhlasan
2. Pelanggan mesti berdoa murah rezeki dan kebaikkan
3. Dapat pelanggan tetap
4. Dari seorang mungkin akan dapat 2,3,4,5 dan mungkin lebih pelanggan sebab ini boleh dijadikan 1 straTG iklan mulut ke mulut menceritakan biz kita tapi lakukan jangan sebab nak dapat pelanggan, biarlah ikhlas kerana Allah mudahan Allah memberkhati dan melimpahi rezeki.
5. Orang pun menghormati & mempercayai kita jika sifat bakhil jauh dihati
6. Dan Macam² lagi kebaikan

Keseronokkan untung Sakan:
1. Bila dah tak ikhlas dalam sukatan jual beli, berkat jauh sekali
2. Pelanggan mesti caci maki
3. Kerana jimat dari sukatan rugi hidup tiada keberkhatan
4. Dan macam² lagi kerosakkan

Saturday, May 23, 2009

Percaya Pada Pelaris

Malang sang cenderawasih
Kewujudannya dianggap membawa unsur sakti, tuah dan kuasa pelaris. Tercetus daripada fantasi manusia, kecantikan makhluk ini terlalu dipuja hingga tersasar matlamatnya.


KECANTIKAN eksotik pada burung cenderawasih menyebabkan ia sering diburu untuk dijadikan azimat luar biasa.

--------------------------------------------------------------------------------
SEDANG kita duduk di sebuah restoran di utara Semenanjung Malaysia, mata akan terpandang sebuah potret hitam putih di dindingnya. Ia mendapat tempat sebaris potret pembesar dan pemerintah negeri yang lain.

ADA orang percaya tengkolok berbulu cenderawasih pada potret Almarhum Sultan Abdul Hamid mempunyai kuasa pelaris.

Setelah dipastikan gerangannya ialah Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim (1882-1943) yang pernah memerintah Kedah, kepala diangguk perlahan. Cuma, apakah istimewanya gerangan figura itu hingga potretnya digantung di restoran yang bukan di atas bumi Darul Aman?

"Kamu lihat di kepala baginda, nampak tak bulu-bulu itu? Itu ialah bulu burung cenderawasih. Almarhum ialah Sultan yang hebat. Bulu burung itu ada kuasa dan tuah. Bos saya mahu kedai ini pun mendapat tempiasnya," kata seorang pekerja restoran.

Oh, sampai begitu sekali? Pelaris rupanya!


PIHAK Perhilitan sudah banyak kali merampas bangkai burung cenderawasih awet yang diseludup masuk ke negara ini dan pesalahnya ditahan di bawah Akta Hidupan Liar 1972.

--------------------------------------------------------------------------------
Selama ini terlalu banyak kepercayaan yang kuat terhadap makhluk yang bernama burung cenderawasih. Kononnya ia berasal dari kayangan dan hanya minum air embun. Teringat juga pada bait lagu yang memujuk fikiran kita supaya berfantasi bahawa ia wujud tinggi di awan.

Di kalangan masyarakat Nusantara khususnya, cenderawasih diburu kerana membawa tuah, kuasa dan pengaruh. Selain turut dikaitkan dengan khasiat tinggi dalam dunia perubatan tradisional, ia juga diburu kerana bahagian tubuhnya memberi kelebihan kepada sesiapa yang memilikinya.

Legenda cenderawasih diuar-uarkan dari mulut ke mulut. Akal yang terbuai dengan cerita itu tentunya akan percaya pada kisah burung ini yang kononnya dikatakan menjadi dampingan para wali, berkicau memanggil malaikat dan juga minyaknya yang unggul untuk dijadikan ubat pengasih.

"Kalau nak tahu, cenderawasih ini dipercayai penjaga sejenis batu zamrud yang tinggi nilainya. Bertuah siapa yang menemuinya. Oleh kerana tempatnya nun di langit, burung ini akan mati kalau ia terjatuh ke tanah.

"Tapi bangkainya tidak mereput atau berbau busuk, malah mengeluarkan haruman tersendiri," ujar seorang lagi yang bersungguh-sungguh percaya bahawa burung ini boleh jatuh di hutan Malaysia.

Tiada di belantara Malaysia
----------------------------------------------------------------------------------------
Menurut Pengarah Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Saharudin Anan, agak mustahil untuk menemukan cenderawasih dalam habitat semula jadi negara ini.

"Cenderawasih yang kita miliki dibeli dari luar negara atas permit ketat. Indonesia juga sebenarnya tidak berapa menggalakkan burung ini dieksport ke luar negaranya. Kalau ada yang ditemui di negara ini seperti yang dirampas penguatkuasa tempatan, ia selalunya sudah mati dan telah diawet," ujarnya.

Saharudin mengingatkan, barang siapa yang memiliki, menyeludup dan menjual cenderawasih boleh ditahan di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Seksyen 76) dan dihukum di bawah Seksyen 68 akta yang sama. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tiga bulan.

"Memang mustahil untuk ia ditemui di hutan negara ini. Kebanyakan yang menjaja cerita tentang penemuannya boleh dikatakan berbohong, sama seperti cerita-cerita tentang keajaibannya," kata seorang bekas pemburu, Mohd. Yaman Hassan Basri, 76, dari Mersing, Johor ketika dihubungi Jurnal.

2006: LELAKI dari Pontian, Johor ini tertipu selepas dia membeli bulu dan minyak cenderawasih pada harga RM1,000.

Mohd. Yaman yang arif dalam selok-belok dunia hutan dan unggas turut kesal dengan penipuan yang dilakukan oleh individu atau kumpulan tertentu yang memperdaya orang untuk membeli pelaris cenderawasih dalam bentuk bulu, minyak atau tangkal dengan harga ribuan ringgit.

Percaya pada pelaris

Sementara itu, penceramah dan perunding motivasi, Siti Nor Bahiyah Mahmood mengingatkan bahawa sebarang bentuk tangkal atau azimat untuk tujuan melariskan perniagaan adalah bertentangan dengan Islam kerana ia meletakkan sesuatu kepercayaan selain daripada Allah.

"Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda, jampi serapah dan tangkal azimat adalah syirik. Untuk tujuan yang sama, lebih baik menggunakan ayat-ayat suci al-Quran seperti amalan membaca surah al-Waqi'ah, Yasin dan Ayat Seribu Dinar," ujarnya.

Tapi ramai antara kita tidak lari daripada turut menyebut tentang Kitab Tajuk Muluk. Ia pernah meriwayatkan tentang khasiat perubatan yang pelbagai tentang bahagian anatomi burung cenderawasih. Namun, hari ini siapa yang boleh membuktikannya?

Alangkah rugi rasanya jika bangsa Melayu yang berbangga dengan catatan kalam kitab itu sekadar mengangkat darjat burung ini dari sudut kesaktian tanpa mendalami kepentingan aspek lain yang lebih rasional.

Jika benar pun misteri khasiat itu, kita tidak mampu lagi untuk mengorbankan burung yang diancam kepupusan ini di makmal atas dasar membuktikan semua persoalan tersebut. Sememangnya cenderawasih terlalu cantik dan berharga namun ketaksuban manusia membawa malang kepadanya.

Kembali ke Halaman Utama