1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Friday, January 29, 2010

Ku Tebarkan Calar Cinta | Kerana Kekasih |


Cinta, semuanya indah saat berbunga, semuanya baik saat sayang, semuanya manis saat bersama dan semuanya lupa saat itu adalah ujian... Lautan api sanggup direnang, pahit tetap ku telan demi cinta nan satu. Manis semanis - manisnya cinta sehingga lupa diri simanis jelita amatlah berharga melebihi segala intan permata. Airmata darah mengalir sehingga titisan terakhir skalipun, sesaat yang berlalu tak mungkin kembali. Harga diri tiada ganti sampai kemati.

Bersyukurlah jika diri dipertemukan dengan kata² yang menyentuh hati untuk diperbaiki , mudahan menjadi insan yang dikasihi. Jauhilah kata² indah yang menyeronokkan, berkemungkinan ia menghancurkan hati dan dibenci...

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Tinggal emak tinggallah saudara
Kerana kasih hamba turutkan

Kerana turutkan kekasih yang dipuja
Sanggup korbankan segala jiwa raga
Demi membuktikan perasaan cinta
Sanggup korbankan maruah yang sangat berharga

Maruah wanita hilang entah kemana
Tinggallah insan yang tak berdosa menjadi mangsa
Akibat nafsu serakah manusia durjana
Yang semakin hari lupa agama

Semakin hari ramai wanita Melayu/Islam yang telah terjebak dengan gejala sosial seperti penzinaan... Nilai kemanusiaan semakin hilang... Bayi yang dilahirkan dibuang... Di manakah Nilai Kemanusiaan??? Renunglah wahai teman²...

P/s: Di saat dirimu menangis keperitan dosa semalam, tiada siapa peduli termasuklah yang membelaimu saat indah cinta terlarang. Jauhilah ia demi masa depan generasi SUCI.

Maaf, disini bukan bererti menyalahkan wanita sahaja. Tetapi Lelaki yang bertanggungjawab dalam kejahilan itu selalunya akan hilang dalam terang... Yang menanggungnya hanya wanita. Sama²lah kita Fikir²kan.

Tuesday, January 26, 2010

Fesyen Rambut Terbaru 2010

Tahun Baru semuanya kalau boleh nak baru. Termasuklah fashion rambut. Sebelum ini sinarmawaddah pernah buat fashion rambut LINE tapi hanya biasa² sahaja, kali ini anjakan paradigma tahun baru diatas permintaan maka lahirlah fesyen rambut terhebat d'sinarmawaddah dengan nama yang diberi sendiri iaitu fesyen rambut kilat sambar menyambar. huahahahahaha!

Jiwa muda, tak mampu diri ini bersuara nasihat. Bukan kerana takut tapi nak menegur ni bukan mudah dan janganlah sampai dihari esoknya orang tak mahu hampiri diri... "Asal nampak Azriey ja lari, asal lari ja nampak Azriey"... Tak syokk la kan kalau jadi macam tu jadi kita ambil cara yang lebih baik untuk sampaikan masej. D' sinarmawaddah kami tidak menyediakan warna² rambut. Warna pada rambut sahabat ni semasa ditanya dia berkata buat di salon. Kami hanya mampu melekatkan hukum² mewarna rambut didalam kedai. Fikirlah yang terbaik...




sinarmawardah

Tuesday, January 19, 2010

Perempuan Yang Aku Sayang


Perempuan yang aku sayangi
Adalah pencinta agama Tuhannya
Yang mengalir cinta, takut dan harap
Pada yang menguasai perjalanan penghidupannya
Dari waktu ke waktu
Dari hari ke hari
Sehingga perjanjian
Di antara jasad dan nyawanya berakhir

Perempuan yang aku rindui
Adalah perempuan yang di mata dan wajahnya
Terpancar sinar Nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Di sudut hati kecilnya
Sentiasa membesarkan Allah
Perempuan yang aku cintai
Yang menutup auratnya
Dari pandangan mata lelaki ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Disanjung tinggi
Penduduk langit dan bumi
Perempuan yang aku impikan
Adalah yang mendekatkan
Hatiku yang telah jauh
Kepada Ar-Rahman, Ar-Rahim
Namun aku tidak ada di sana
Kerana aku dilamar kebendaan dunia
Perempuan yang aku kasihi
Yang bersyukur pada yang ada
Yang bersabar pada yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Yang tidak bermata benda
Perempuan yang aku suka
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Yang menjadi pelita untuk putera puteriku
Yang bakal dilahirkan untuk menyambung
Perjuanganku dibelakang hari
Sesungguhnya
Perempuan yang selalu
Berada di dalam doaku
Adalah engkau, isteriku
# petikan dari majalah muslimah
P/s: Carilah calon ( pasangan hidup ) yang beriman, jika tanpa iman ia boleh merenggangkan Silaturrahim...APAKAH HUKUM MERENGGANGKAN SILATULRAHIM ? sama² kita renung²kan note ni...

Zaman sekarang, orang dah tak tanya berimankah sifulan² yang ingin berkahwin dengan anaknya... Yang selalu ditanya, kerja apa gaji berapa???? betul tak?

Sumber Hmetro :Buang Ayah Tepi Jalan

KANGAR: Seorang bapa yang baru selesai menjalani pembedahan jantung terkejut apabila dengan tidak semena-mena dibuang anak sendiri yang sengaja meninggalkannya bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad, di sini.

Kejadian memilukan itu berlaku petang 7 Januari lalu sejurus Abdul Rahman Talib, 57, yang baru dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan kaki di rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.

Anak lelakinya yang berusia 30 tahun bertindak demikian selepas mendapat tekanan daripada isterinya yang enggan menerima semula kehadiran bapa mentuanya dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.

“Saya hanya minta dia hantar ke pekan Kangar walaupun menyedari tiada arah dituju sebelum dia meninggalkan saya di tepi jalan raya berhampiran sekolah itu,” kata Abdul Rahman ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, ketika itu, dia hilang arah dan merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah sebelum mengambil keputusan tidur di pondok bas berhampiran pada malam berkenaan.

Abdul Rahman berkata, keesokannya, anaknya datang menemuinya yang disangka menyangka mahu menjemputnya semula selepas menyesal dengan perbuatan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, andaian itu meleset sama sekali kerana anaknya cuma datang untuk menghantar basikal miliknya bagi memudahkannya bergerak.

“Menitis air mata saya ketika melangkah kaki keluar dari kenderaan milik anak saya kerana tak menjangka dia tergamak melakukan perbuatan ini selepas saya memelihara dan menjaganya bagaikan menatang minyak yang penuh,” katanya.

Menurutnya, pada hari kedua selepas dibuang anaknya, dia bernasib baik apabila bertemu seorang kenalan di belakang sekolah terbabit yang bermurah hati mempelawa bermalam di rumahnya.

Katanya, sejak tiga malam lalu, dia bertuah dapat menumpang berteduh di rumah berkenaan, tetapi tidak tahu berapa lama kenalannya itu mampu menumpangkan di rumahnya.

Mengulas kejadian itu, Abdul Rahman, bekas nelayan dari Kampung Belat Batu, Kuala Perlis berkata, dia sebelum ini menetap seorang diri di Pulau Langkawi selepas berpisah dengan bekas isterinya, Halijah Othman, iaitu ibu kepada anak lelakinya itu.

“Saya bekerja sebagai pembantu kedai makan di pekan Pokok Asam, Langkawi selama lima tahun, tapi anak saya ini minta saya pulang ke rumah menetap dan bekerja bersamanya.

“Lagipun, rumah berkenaan dibeli menerusi duit pampasan rumah yang dibina hasil titik peluh saya sendiri ketika menjadi nelayan satu ketika dulu. Rumah lama kami diambil kerajaan bagi pembinaan landasan kereta api,” katanya.

Abdul Rahman berkata, sebelum ini dia menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Langkawi, tetapi bantuan terbabit dihentikan selepas dia mengambil keputusan pulang dan menetap bersama anaknya sejak sebulan lalu.

Katanya, selepas menetap di situ, anak dan menantunya mula menunjukkan sikap dingin, malah dia terpaksa pergi seorang diri ke HPP untuk menjalani pembedahan jantung selepas pengsan di stesen bas di sini.

“Ketika bertarung dengan maut di HPP selama empat hari, anak dan menantu langsung tak menjenguk dan saya beranggapan mereka mungkin sibuk dengan perniagaan makanan yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.

“Saya terkejut dan hampir tak percaya apabila anak saya itu minta saya keluar apabila pulang ke rumahnya,” katanya.

Abdul Rahman mempunyai seorang lagi anak perempuan yang sudah berkahwin dan kini menetap di Langkawi.

Difahamkan, kakitangan JKM Perlis datang mengambil warga emas itu di pondok bas berkenaan kira-kira jam 7 malam tadi dan dibawa Rumah Kebajikan Batu Bertangkup di Beseri dekat sini.

Oleh Rashidi Karim
am@hmetro.com.my
2010/01/13

Wednesday, January 06, 2010

Bersatu Dibawah Satu Bumbung Amal

Pada hari Ahad 03/01/2010, SinarMawaddah, DAN, dan Aris Shira Hair Salon mengeratkan silaturrahim bergabung dibawah satu bumbung amal anjuran Belia Nur Kasih. Memang BEST!!! Sambutan yang HEBAT!!! Dalam masa 4jam dari pukul 2 petang hingga pukul 6 petang, seramai 80 orang gunting rambut PERCUMA dan jumlah kutipan Amal dapat sebanyak RM160. Alhamdulillah…

Tak mau cerita panjang jomm!!! kita layan gambar² ni jelah noh… Layannn…


Aris dengan gaya yang tersendiri.

Samad memberi tumpuan penuh...

Saat² beginilah yang diimpikan selama ini...
Kini menjadi kenyataan.

Aris memang pakar potong rambut panjang.
Cepat dan kemas potongannya...

Adik ni nak rambut Beckham plak...

Haa! yang ni paling cool, muka bulat rambut bulat...
tengok kak yang belakang tu, tersenyum sempoi je!

Ehem!² Fesyen terbaru 2010

hahaha! yang cool tadi, perh! Amacam hensem tak... hehehe!

Aduhai! si kecil dengan karenah. Susah betul nak bagi hensem.
Malu nak tengok cermin takut terhensem lebih dari Beckham.

Adik² perempuan ni, nak gunting ja mesti cari Abang Aris.
"disebabkan Aris memang pakar potong rambut panjang, kami serah pada dia jelah hehe!"

Tengok gelagat dia, malu nak tengok cermin...

Saat² ni paling sibuk dengan skill yang tersendiri...

ehem!²
Macam Beckhem tak? Hensemkan ?

Pengurus DAN

Pengurus ArisShira

Pengurus SinarMawaddah

Ni lah jurukamera kami, tengah cerita pasal komputer dia diserang penyakit hehehe!


P/s: Eratkanlah silaturrahim dengan penuh kasih sayang yang ikhlas bukan kerana sesuatu hanya kerana Allah... Semoga kita maju bersama kasih sayang ...

Kembali ke Halaman Utama