1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Saturday, May 30, 2009

Ciri - Ciri Wanita Solehah

Bismillahirahmanirrahim,

Assalammualaikum,
Wanita solehah?, mesti jadi impian setiap insan bernama lelakikan? walaupun keperibadian diri sendiri tercenderung kearah negatif. Tetapi hati tetap impikan wanita idaman yg baik. Semua orang impikan yang terbaik untuk dirikan? sebelum itu cuba renung diri, chemistry @ sejiwakah diri tu dengan pasangan impian tu? Untuk miliki Kebahagiaan dalam kehidupan kenalah bahagiakan diri tu dulu. Kalau tak porak perandalah mahligai sbb cara hidup tak sama. Ye la! umpama rock bertemu Nasyid... mcmna nak sejiwa... Sbagai cth je. Jd untuk merealitikan impian tu, sama²lah jaga iman dan perelokan diri untuk capai impian hati memiliki isteri cerdik yang Solehah.

Renungan:
Zahir suci tak semestinya melahirkan keperibadian suci...

Mcmne nak tahu wanita itu solehah? Ok disini Sy senaraikan...

1. Sabda Rasulullah s.a.w ; orang yang paling sempurna di antara mereka yang beriman ialah yang paling baik budi pekerti, dan yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang paling baik terhadap keluarga. (riwayat Al-Tarmizi)

2. Mentaati dan menyenangkan hati ibu

3. Perempuan yang menjaga agamanya adalah satu keuntungan

4. Mentaati suami dan menjaga kehormatan diri ketika ketiadaan suami (bagi yang telah bersuami)

5. Kesederhanaan dan kemurnian merupakan sebahagian daripada iman

6. Tidak menceritakan keaiban suami kepada orang lain (bagi yang telah bersuami)

7. Wanita disuruh menutup kecantikannya kecuali kepada suami, saudara terdekat, pembantu rumah dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang seks

8. Kesopanan adalah sebahagian dari iman dan iman itu tempatnya di syurga (riwayat Ahmad dan Al-Tarmizi)

9. "Menetaplah di rumah dan janganlah mempamerkan perhiasan dan kecantikan kamu kepada orang-orang asing seperti mana wanita jahiliah (surah Al-Ahzab:33)

10. Menjaga pergaulan di antara lelaki dan wanita



(Beli Yang Ory)Lagu ini bertajuk isteri Solehah. Cuba dengar dan hayati lirik dia. Dengarlah wahai sahabat, baik laki mahupun wanita, ia bukan ditujukan semata² untuk wanita tetapi pada kita semua.
Sinarmawaddah Home

Saturday, May 23, 2009

Renungan; | Segalanya UjiaN... |



ALLAH menguji KEIKHLASAN bila bersendirian...

ALLAH memberi KEDEWASAAN bila ada masalah...

ALLAH melatih KESABARAN dalam kesakitan...

ALLAH tak PERNAH ambil sesuatu yg kita sayang TANPA menggantikan dengan yg lebih baik...

Bersabarlah Dan Bertawakallah...

SinarMawaddah Home

Percaya Pada Pelaris

Malang sang cenderawasih
Kewujudannya dianggap membawa unsur sakti, tuah dan kuasa pelaris. Tercetus daripada fantasi manusia, kecantikan makhluk ini terlalu dipuja hingga tersasar matlamatnya.


KECANTIKAN eksotik pada burung cenderawasih menyebabkan ia sering diburu untuk dijadikan azimat luar biasa.

--------------------------------------------------------------------------------
SEDANG kita duduk di sebuah restoran di utara Semenanjung Malaysia, mata akan terpandang sebuah potret hitam putih di dindingnya. Ia mendapat tempat sebaris potret pembesar dan pemerintah negeri yang lain.

ADA orang percaya tengkolok berbulu cenderawasih pada potret Almarhum Sultan Abdul Hamid mempunyai kuasa pelaris.

Setelah dipastikan gerangannya ialah Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim (1882-1943) yang pernah memerintah Kedah, kepala diangguk perlahan. Cuma, apakah istimewanya gerangan figura itu hingga potretnya digantung di restoran yang bukan di atas bumi Darul Aman?

"Kamu lihat di kepala baginda, nampak tak bulu-bulu itu? Itu ialah bulu burung cenderawasih. Almarhum ialah Sultan yang hebat. Bulu burung itu ada kuasa dan tuah. Bos saya mahu kedai ini pun mendapat tempiasnya," kata seorang pekerja restoran.

Oh, sampai begitu sekali? Pelaris rupanya!


PIHAK Perhilitan sudah banyak kali merampas bangkai burung cenderawasih awet yang diseludup masuk ke negara ini dan pesalahnya ditahan di bawah Akta Hidupan Liar 1972.

--------------------------------------------------------------------------------
Selama ini terlalu banyak kepercayaan yang kuat terhadap makhluk yang bernama burung cenderawasih. Kononnya ia berasal dari kayangan dan hanya minum air embun. Teringat juga pada bait lagu yang memujuk fikiran kita supaya berfantasi bahawa ia wujud tinggi di awan.

Di kalangan masyarakat Nusantara khususnya, cenderawasih diburu kerana membawa tuah, kuasa dan pengaruh. Selain turut dikaitkan dengan khasiat tinggi dalam dunia perubatan tradisional, ia juga diburu kerana bahagian tubuhnya memberi kelebihan kepada sesiapa yang memilikinya.

Legenda cenderawasih diuar-uarkan dari mulut ke mulut. Akal yang terbuai dengan cerita itu tentunya akan percaya pada kisah burung ini yang kononnya dikatakan menjadi dampingan para wali, berkicau memanggil malaikat dan juga minyaknya yang unggul untuk dijadikan ubat pengasih.

"Kalau nak tahu, cenderawasih ini dipercayai penjaga sejenis batu zamrud yang tinggi nilainya. Bertuah siapa yang menemuinya. Oleh kerana tempatnya nun di langit, burung ini akan mati kalau ia terjatuh ke tanah.

"Tapi bangkainya tidak mereput atau berbau busuk, malah mengeluarkan haruman tersendiri," ujar seorang lagi yang bersungguh-sungguh percaya bahawa burung ini boleh jatuh di hutan Malaysia.

Tiada di belantara Malaysia
----------------------------------------------------------------------------------------
Menurut Pengarah Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Saharudin Anan, agak mustahil untuk menemukan cenderawasih dalam habitat semula jadi negara ini.

"Cenderawasih yang kita miliki dibeli dari luar negara atas permit ketat. Indonesia juga sebenarnya tidak berapa menggalakkan burung ini dieksport ke luar negaranya. Kalau ada yang ditemui di negara ini seperti yang dirampas penguatkuasa tempatan, ia selalunya sudah mati dan telah diawet," ujarnya.

Saharudin mengingatkan, barang siapa yang memiliki, menyeludup dan menjual cenderawasih boleh ditahan di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Seksyen 76) dan dihukum di bawah Seksyen 68 akta yang sama. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tiga bulan.

"Memang mustahil untuk ia ditemui di hutan negara ini. Kebanyakan yang menjaja cerita tentang penemuannya boleh dikatakan berbohong, sama seperti cerita-cerita tentang keajaibannya," kata seorang bekas pemburu, Mohd. Yaman Hassan Basri, 76, dari Mersing, Johor ketika dihubungi Jurnal.

2006: LELAKI dari Pontian, Johor ini tertipu selepas dia membeli bulu dan minyak cenderawasih pada harga RM1,000.

Mohd. Yaman yang arif dalam selok-belok dunia hutan dan unggas turut kesal dengan penipuan yang dilakukan oleh individu atau kumpulan tertentu yang memperdaya orang untuk membeli pelaris cenderawasih dalam bentuk bulu, minyak atau tangkal dengan harga ribuan ringgit.

Percaya pada pelaris

Sementara itu, penceramah dan perunding motivasi, Siti Nor Bahiyah Mahmood mengingatkan bahawa sebarang bentuk tangkal atau azimat untuk tujuan melariskan perniagaan adalah bertentangan dengan Islam kerana ia meletakkan sesuatu kepercayaan selain daripada Allah.

"Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda, jampi serapah dan tangkal azimat adalah syirik. Untuk tujuan yang sama, lebih baik menggunakan ayat-ayat suci al-Quran seperti amalan membaca surah al-Waqi'ah, Yasin dan Ayat Seribu Dinar," ujarnya.

Tapi ramai antara kita tidak lari daripada turut menyebut tentang Kitab Tajuk Muluk. Ia pernah meriwayatkan tentang khasiat perubatan yang pelbagai tentang bahagian anatomi burung cenderawasih. Namun, hari ini siapa yang boleh membuktikannya?

Alangkah rugi rasanya jika bangsa Melayu yang berbangga dengan catatan kalam kitab itu sekadar mengangkat darjat burung ini dari sudut kesaktian tanpa mendalami kepentingan aspek lain yang lebih rasional.

Jika benar pun misteri khasiat itu, kita tidak mampu lagi untuk mengorbankan burung yang diancam kepupusan ini di makmal atas dasar membuktikan semua persoalan tersebut. Sememangnya cenderawasih terlalu cantik dan berharga namun ketaksuban manusia membawa malang kepadanya.

Friday, May 22, 2009

Tribute to Sinar Husna

Bismillahirahmanirrahim,
Kubur setiap hari manusia sebanyak 5 kali:
1.Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran..
2.Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan solat malam..
3.Aku rumah yang penuh dengan tanah dan debu, bawalah Amalan Solleh yang menjadi hamparan..
4.Aku rumah ular berbisa,maka bawalah Amalan Bismillah..sebagai penawar..
5.Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyakkanlah baca’an “laa ilahaillallah,Muhammadar Rasullullah”, supaya kamu dapat jawapan kepadanya..

Lima jenis Racun dan lima jenis Penawar:
1.Dunia ini Racun,Zuhud itu Penawarnya..
2.Harta itu Racun,Zakat itu Ubatnya..
3.Perkataan yang sia-sia itu Racun,Zikir itu Ubatnya..
4.Seluruh Umur itu Racun, Taat itu Ubatnya
5.Seluruh Tahun itu Racun,Ramadan itu Ubatnya..

Nabi Muhammad S.A.W bersabda Ada 4 dipandang sebagai Ibu:
1.Ibu segala Ubat adalah sedikit makan..
2.Ibu dari segala Adab adalah sedikit Berbicara..
3.Ibu dari segala Ibadat adalah Takut buat Dosa..
4.Ibu dari segala cita-cita adalah Bersabar

Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatkan kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya untuk menghadapi kematian itu..mereka itulah orang-orang yang benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam Baqa dengan membawa Kemuliaan Dunia serta Kemuliaan Akhirat..

Hadirnya Keinsafan setelah berlabuh di pulau Kedamaian..

Kesenangan Dunia dapat dilihat dengan mata tetapi sukar dicapai... kebahagiaan Akhirat tak dapat dilihat tetapi mudah dicapai dengan Iman dan Takwa..

Fikir sejenak..
Benarlah tiada kebahagia jika Tanpa Iman..
Benarlah tiada kebahagiaan tanpa Islam Dijiwa..

Akhir Kata dari Sinar Husna:
Jadikanlah Tatapan Laman ini sebagai Panduan Hidup … Bukan Hanya sebagai hiasan Dilaman ini saja…

Wassalam…

Dengar Lagu Nasyid ni Sejuk Hati

SinarMawaddah Home

Thursday, May 21, 2009

Kereta Kura Sejibik Kura² hehehe!

Ha! ni dia nak tunjuk kat hangpa semua, Dok sebut² sangat kereta Kura dah jd Kura² betul dah keta nih. Nanti kereta kancil , rusa, kelisa plak jd mcm nih. on the way... hehehe!

SinarMawaddah Home

Spiky Mohawk | Kids

Era generasi sekarang semuanya berubah. Dulu masa kita kecil, ayah bawa pi kedai gunting rambut, tak pernah bersuara untuk buat fesyen tapi la ni dengan teknologi dan pendedahan fesyen barat terlalu kuat, adik² sekolah rendah ni pun dah pandai berfesyen² baik dari rambut mahupun pakaian.
Selama Saya menceburi bidang fesyen rambut ni, berbagai karenah pelanggan Saya jumpa. contoh adik² besar ni. "tp bukan diorang, diorang budak baik dan sayang ibubapa". Ada diantara adik² yang datang tak mahu ikut cakap ibubapa sehingga melenting ibubapa pun ada, punya nak berfesyen rambut. Ada yang datang sendiri plak, bila tanya takpa ka buat fesyen Mohawk cacak² ala bekam ( Beckham made in malaysia) ni? cikgu marah baru tau. Diorang jawab, ala abang tak pa, habis² kuat cikgu bagi botak je. Tu dia nak habaq pi. Budak² la, lebih mementingkan fesyen dr disiplin & peraturan...

Sinarmawaddah Home

Wednesday, May 20, 2009

Kenangan Terindah D'Teluk Bayu



Bismillahirahmanirrahim,

Kenangan Terindah!!! Semestinya ada pada setiap orangkan? Hidup ni ada suka dan duka. Mahu @ tidak ia tetap akan terjadi. Disitu kitalah yang menilainya dan atasinya. Tanpa suka duka dalam kehidupan , hidup pasti akan bosan. Renung²lah hehehe! itulah dinamanya kehidupan. Terimalah segalanya dengan berfikiran Positif.

Kenangan Terindah Sy bersama Rakan² Pernec Advanced Network memancing 2 hr 1 mlm D' Teluk Bayu tak dapat dilupakan.Pertama kali merasa kehidupan berumah atas air. Suasananya yang nyaman dikelilingi pokok² bakau, jauh dari kesibukkan kota dengan bunyi² bising moto dan yang lebih terindah, dapat pancing ikan dalam rumah. Perh! best betul! Mengail dalam rumah tu. kawan² plak time tu ada yang menyanyi, ye la sape nak kacaukan disitu. Melalak kuat² pun takpe. Kira bolehlah lepaskan serabut² kerja dan tenangkan fikiran. Tahu yang paling Terindah pe? time dapat ikan la. Time tu, walau sekecil ikan pun riuh bak dok stadium bola. Sampai tak terfikir nak tdolah, punya bestnya dok melayan suasana Terindah tu.


Layan Nada jiwang World Kenangan Terindah

SinarMawaddah Home

Cukur Kepala Eh! | Cukur Rambut :p

Inilah budak pertama yang cukur rambut kat Saya. Dia kata, dia murid sekolah agama cikgu suruh cukur. Banyak kali jugalah Saya tanya dia... Betul ke nak cukur ni?. Yelakan! kalau terpotong pendek dah tak boleh panjangkan balik dah...

Mudah²an Adik ni jadi seorang yang solleh dan mampu menjadi contoh terbaik antara yang terbaik...



SinarMawaddah Home

Masjid Al - Barakah Tikam Batu

Maklumat Lanjut Masjid Al - Barakah Klik Sini

Sejarah Masjid

Masjid ini dipercayai telah didirikan pada tahun 1902 oleh penduduk terawal di sini. Bagaimanapun tanah tapak masjid ini hanya dianugerahkan oleh kerajaan Kedah kepada penghulu masjid Tikam Batu pada tahun 1912. Manakala tanah perkuburan pula telah diwakafkan oleh Icheek Bin Hussain sebanyak tiga lot tanah.

Pembinaan masjid ini dibuat secara gotong-royong. Empat tiang kayu besar ditebang dibukit dan dibawa menerusi sungai dan ditarik oleh empat ekor kerbau ketapak yang ada sekarang. Kerja- kerja mendirikan empat tiang besar serta alangnya sahaja, mangambil masa selama empat hari.

Tanah yang digunakan untuk meninggikan tapak masjid yang ada sekarang dijunjung oleh setiap penduduk dari bukit berdekatan yang telah lenyap hari ini. Galakan yang diberikan ialah bahawa setiap cam tanah yang dijunjung akan menjadi wakaf yang berkekalan menyebabkan setiap penduduk kampung waktu itu mengambil bahagian.

Batu bata yang digunakan dalam membina tiang dan dinding masjid ini dikuatkan dengan tanah liat bukannya simen dan kekal hingga sekarang. Pada asalnya masjid ini beratap rumbia dan nipah tatapi perkembangan masa menyebabkan bumbung itu di tukar.Terdapat juga menara kayu, tempat masak dan gendang serta halaman masjid tetapi projek pembesaran dan gendang serta halaman mesjid tetapi projek pembesaran masjid ini di masa lampau telah terpaksa mengorbankan semua ini.

Pada masa perang dunia ke-2 masjid ini telah menjadi tempat perlindungan utama penduduk bila peperangan tercetus.

Senarai Imam Menurut Urutan Yang Diketahui Sejak Masjid Didirikan Sehingga Sekarang

1. Hj Abu Bin Bakar
2. Hj Abu Bakar Bin Hj Alang
3. Hj Don Bin Hj Abu Bakar
4. Hj Said Bin Hj Jusuh
5. Hj Abd Rahman Bin Salleh
6. Hj Md Noor Bin Lebai Man
7. Hj Ahmad Bin Saad
8. Hj Abd Halim Bin Hj Ahmad
9. Hj Asaad Bin Md Nor


Matlamat

Menjadikan masjid sebagai tampat ibadat yang selesa.

Menjadikan masjid sebagai tempat mendapatkan ilmu.

Menjadikan masjid sebagai tempat kegiatan masyarakat Islam, diimarahkan baik pada ibadat khusus mahupun pada kerja-kerja kebajikan.




SinarMawaddah Home

Monday, May 18, 2009

"New" Fashion HairCut Flat Top Line

Diatas permintaan pelanggan, kami D'SinarMawaddah cuba realitikan impian anda. Ni antara fasyen rambut yang rumit Sy buat... Mau tak rumit, kedua-dua blah rambut nak buat line..kalau tersilap perhh! mau botak la jadinya rambut sahabat nih.kalau nak rambut anda di REALITIKAN datanglah ke SinarMawaddah

Jangan Lupa Sembahyang

Sama² kita ingatkan diri

Sinarmawaddah Home

Serius tapi lawak gilerrr

Cuba tengok klip video ni... Pasti teringat sampai bila²... Mau keras perut² dibuatnya. Pandai betul si sameon ni buat lawak... Sy menaip pun dok tergelak lagi... Dalam dok pikir nyawa dihujung senapang pun si kawan nih bleh gelak lagi, punya lawaknya si sameon nih...

SinarMawaddah Home

Saturday, May 16, 2009

Software buang Virus Bha.dll.vbs

Bismillahirahmanirrahim,
Assalamualaikum,

Ok kali ni Sy nak kongsi Software plak.
Apakah Antivirus @ Software bagi Virus Bha.dll.vbs ?

Jawapannya: Flash Disinfector
Virus Bha.dll.vbs akan menghalang kita untuk "double" klik Drive yang telah dijangkiti virus ini.Kita hanya bleh membuka drive itu dengan klik kanan dan explore.ia juga mengganggu sistem Tools Folder Option...dimana Folder Option tidak wujud di sistem Tools.Untuk melenyapkan virus ini korang leh download Flash Disinfector untuk membuang virus "Bha.dll.vbs" ini.Kekawan hanya perlu "double" klik software itu dan biarkan ia menghapuskan virus tersebut. Tapi, nak dingatkan disini, kekawan tak bleh lakukan Double klik berulang kali selepas membuang virus kecuali dijankiti semula sbb dia akan mengganggu sistem hidden files dimana ia akan mengganggu samada show hidden files @ Do not hidden files "tak boleh tutup files apabila kita Apply". Jangan takut, tetap ada jalan penyelesaian.. "double" klik skali lagi pada flash Disinfector tu..


Diri sy:
Jika komputer dijangkiti virus @ ada ganguan sistem jangan ambil jalan mudah dengan Format terus komputer. Itu jalan orang tak mahu cari ilmu pengalaman... Pasti ada jawapan pada setiap masalah. JANGAN PIKIR DALAM MASALAH ADA MASALAH. SETIAP MASLAH ADA PENYELESAIAN. Kalau dah usaha tak bleh jg baru PENYELESAIAN FORMAT KOMPUTER (guna ia sebagai jalan Terakhir). Baru kita jadi orang yang mahir... BERUSAHA DULU SEBELUM BERSERAH...

Download Flash Disinfector (klik sini)
Kalau kat link yang diberi tak boleh download. kekawan cuba search kat Google Search taip nama Flash Disinfector ni.
SELAMAT MENCUBA...
SinarMawaddah Home

BunkFace | Haircut Mohawk


Sy tak leh nak pamirkan wajah sahabat ni sebab tak minta izin masuk ke blog ni...kalau dia tau mau hangin satu badan pe nih hehehe! kalau ada yang berminat nak buat haircut Mohawk bleh la mai singgah kat SinarMawaddah... Ambil gambar ni pun guna Hp Cap Cokia ja..tak leh dapat SHARP la...

Setiap orang ada minat tersendiri dengan fasyen rambut..
Nak diingatkan disini, dalam kita minat sesuatu fasyen rambut tu kekadang ia tak dapat di realitikan oleh kami @ mana² Salun @barber diatas faktor² fizikal rambut, bentuk muka @ kepala..Kekadang hanya dapat zahirkan 50% shj dan hanya pada jarak jauh nampak impian jd kenyataan dipandang hensem hahaha! tapi takpe asal impian jadi kenyataan...kami tetap mengikut kehendak pelanggan walaupun pratus untuk jd sejibik mcm diimpikan tak kesampaian...
Jangan risau golongan yang susah nak dizahirkan fasyen rambutnya terlalu sikit pratus dan kemungkinan anda bukan antara yang tak boleh direalitikan fesyen rambut impian...
pe² pun cuba try test dulu, baru tau hensem ke tak hensem fasyen rambut yang diimpikan anda..

Friday, May 15, 2009

Kalimah Allah Pada Bola




Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana masih dipanjangkan umur dan dapat meneruskan kehidupan di bumi Allah. Dewasa ini, pelbagai cara dan alternatif yang digunakan oleh musuh-musuh Islam dalam mencemar dan menggugat kesucian agama Islam. Baru-baru ini, pihak Darul Nu'man telah mendapat kiriman e-mail daripada insan prihatin mengenai masalah ini. Kami telah menerima kiriman sebiji bola permainan yang mengandungi kalimah "Laa ilahaillah Muhammadur Rasulullah" di dalam teks arab.

Menurut pengirim, bola ini diperolehinya semasa sedang mencari permainan untuk anaknya di Pasaraya TC Permata Taman Melawati. Beliau amat terperanjat dan merasakan perkara ini sebagai satu penghinaan terhadap agama Islam. Bayangkan bagaimana sekiranya anak-anak kecil mula menendang dan menyepak bola yang mengandungi Kalimah "Allah" dan "Muhammad". Kemungkinan apabila mereka telah dewasa kelak, tiada lagi rasa takut akan Allah dalam diri mereka. Na'uzubillahi min zaalik!

Bersama ini kami sertakan kiriman gambar yang dimaksudkan. Amat menghairankan bagaimana permainan sebegini boleh terlepas masuk ke dalam pasaran tanpa pengawalan / pengawasan daripada pihak berkuasa. Bukanlah tujuan kami hendak menunding jari menyalahkan mana-mana pihak. Tapi amat mendukacitakan apabila perkara sebegini berlaku.

Kejadian ini merupakan salah satu diantara bentuk penghinaan terhadap kesucian dan keagungan agama Islam yang dapat dikenal pasti. Kemungkinan lebih banyak lagi perkara seumpama ini yang telah berlaku tanpa dapat dikesan.

Adalah menjadi harapan kita agar pihak yang berkenaan dapat menjalankan tindakan sewajarnya bagi mengatasi dan membendung perkara seumpama ini daripada berlaku pada masa-masa akan datang.
Dr Blog Darulnuman
SinarMawaddah Home

Wednesday, May 13, 2009

Haji Menuju Allah

Bismillahirahmanirrahim,
Saya kembali lagi di blog dan kali ni nak sampaikan cerita Haji yang sebenar..Cuba hayati betul² lagu Dakwah ni..oh ya! lupa nak bagitau, sebenarnya Eariey cuba nak samapaikan masej berlagu dalam blog ni...kadang² kita hanya hayati lagu² tapi kita tak terfikir apa yang sebenar tersirat @ tersurat dari nada lirik lagu tu...disini skaligus dapat le kekawan terfikir untuk hayati lirik lagu yang didengar..bukan apa kadang² liriknya tak bleh pakai...




Pergi haji
Ertinya menuju Allah yang Esa
Membawa hati dan diri yang hina
Memberi hadiah kepada Allah
Berhati - hatilah menghadap-Nya

Setiap hamba
Pergi haji dengan segala yang baik
Hati yang baik akhlak yang baik
Harta yang halal hati yang bersih
Niat yang suci amal mulia

Pergi haji
Ilmu tentangnya mestilah ada
Agar syarat dan rukun tepat sempurna
Sah dan batalnya dapat dijaga
Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga
Buatlah dengan tenang serta tawadu'
Sabar dan tolak ansur mestilah ada
Jangan berkasar merempuh manusia

Jagalah pantang larangNya
Yang boleh rosakkan haji
Jauhkan maksiat dan yang sia-sia
Takutkan Allah yang esa
Ingat selalu pada - Nya
Agar kita sentiasa memiliki jiwa hamba

Tanah haram jagalah pantang larangnya
Pergi haji jangan macam membeli belah
Bila pulang macam - macam yang dibawa
Nampak sangat kita masih gila dunia

Pergi haji
Ertinya menuju Allah yang Esa
Membawa hati dan diri yang hina
Memberi hadiah kepada Allah
Berhati-hatilah menghadap-Nya

Setiap hamba
Pergi haji dengan segala yang baik
Hati yang baik akhlak yang baik
Harta yang halal hati yang bersih
Niat yang suci amal mulia

Jagalah pantang larangNya
Yang boleh rosakkan haji
Jauhkan maksiat dan yang sia-sia
Takutkan Allah yang esa
Ingat selalu pada - Nya
Agar kita sentiasa memiliki jiwa hamba x3
Bersambung cerita di Haji Akhir Zaman
Baca Penuh Klik Cerita Haji
SinarMawaddah Home

Tuesday, May 12, 2009

Haji Akhir Zaman

Dah ramai telah membuktikan diorang pergi Haji tak sempurnakan?
Tak payah bagi contoh la kot noh? mengaibkan orang plak..media² pun menzahirkan contoh² golongan ni...kita harap kita tak tergolong dalam golongan yang macam tu..betulkan niat kita dulu, sebelum melakukan sesuatu (pi haji @ sebagai)...jangan pi kerana nama @ sebagai melainkan kerana Allah SWT...

Sy bleh terlintas masukkan lagu dakwah ni dalam blog selepas terbaca lirik-lirik dan terfikir orang² yang dah pi Haji tapi macam tak pi Haji..Yala! berstatus Haji @ Hajah pamirkan fesyen @ sebagai dengan bangga² diri, nampak kekadang macam lebih teruk dari sebelum dia pi Haji, tambah² yang telah mengzahirkan dimata dunia tentang kehidupan mereka...Tidak terfikirkah kalau ada diantara yang kurang pengetahuan agama terikut cara Haji diorang @ cara hidup diorang? "lu pikirlah sendiri..NABIL"... Ya! zaman dah berubah tapi Agama Islam dan Al - Quran ? pikir sendirilah noh... saya tak tuju pada sesapa, sekadar berkongsi cerita, sapa macam cili dia la rasa azabnya...

Betulkan Niat Dihati tu dulu sebelum lakukan sesuatu

Cuba Hayati lirik ni....
Diakhir zaman ramai orang mengerjakan haji tiada pahala.
Bahkan apa yang mereka dapat ialah dosa - dosa
Kerana belanja yang dibawa dari harta yang tidak halal
Dibawa kesana bersama hati yang punya mazmumah

Bukan sebab itu saja rosaknya haji
Ada yang pergi minta sedekah
Ada yang kerana pergi melancong
Tidak kurang yang pergi berniaga
Ramai juga yang pergi ilmunya tiada

*
Oleh itu sebelum pergi bersedialah pasanglah niat
Siapkan belanja yang halal dahulu belajarah ilmu
Dan adab - adabnya satu persatu

Sebelum pergi selesaikan dulu masalah kita sesama manusia
Minta ampun dengan ibu bapa dan sanak saudara
Hutang - hutang selesaikan dahulu
Atau minta dihalalkannya
Tanggung jawab kita yang tinggal ada yang menguruskannya

Pergi haji bukan pergi melancong
Naik haji bererti menuju kepada Tuhan yang esa
Mengerjakan ibadah memohon ampun
Menghina diri membersih hati khidmat pada manusia

Oleh itu sebelum pergi bersedialah pasanglah niat
Siapkan belanja yang halal dahulu belajarah ilmu
Dan adab - adabnya satu persatu

Klik Disini Haji menuju Allah
Baca penuh Klik Cerita Haji

SinarMawaddah Home

Saturday, May 09, 2009

Pak Long - Cinta Pantai Merdeka

Kira hebat jugalah pak long nih, menyanyi live pun sama mcm record.

Cayalah pak long.

Friday, May 08, 2009

Jasa Bonda | Marah Bukan Kebencian Tanda Sayang |

Semperna kita Menyambut hari ibu.Saya muatkan Lagu dan Kisah Kasih Pada ibu.
Klik Disini untuk Ke Kisah Kasih Pada ibu.Moga kita sama² dapat menghargai ibu tercinta.

(Sekadar Mendengar)


Warisan - Jasa Bonda

kau dibuai mimpi dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

SinarMawaddah Home

Selera Syaitan


Di era akhir zaman ini, nafsu manusia semakin rakus. Tidak cukup dengan pelbagai juadah yang sedia ada. Mereka sentiasa tercari-cari dan terus mencari selera yang pelbagai. Baru-baru ini kita telah digemparkan oleh akhbar Metro (dah lama tak tahu tarikh dah) dengan kisah "sup janin". Tidak pernah terfikir oleh kita bahawa ada segelintir manusia tidak berperikemanusian yang sanggup melakukan tindakan yang sedemkian.

Adalah dimaklumkan bahawa mereka sanggup berbuat demikian demi untuk menguatkan tenaga shahwat. Masih tidak cukupkah lagi dengan khasiat tongkat ali, ikan belacap, gambir sarawak dan sebagainya. Kini janin yang tidak berdosa pula menjadi pilihan penggemar penguat tenaga seks.

Tabiat dan amalan ini tidak ubah seperti perlakuan canibal (manusia makan orang). Cuma bezanya mereka ini tinggal di bandar-bandar (jika dibandingkan dengan canibal yang tinggal di dalam hutan).

Nampaknya semakin kita menghampiri penghujung dunia, semakin banyak perkara dan peristiwa pelik yang berlaku. Adalah tidak mustahil jika pada suatu hari nanti kita akan melihat terdapatnya manusia yang memakan daging manusia secara terang-terangan di bandar-bandar besar. Berdoalah kepada Yang Maha Esa agar kita tidak berada di zaman tersebut.

Semua perkara yang baik itu datangnya dari Allah SWT, manakala yang buruk dan lemah itu datangnya dari kesilapan kita sendiri sebagai umat manusia. Bersamalah kita berusaha memperbaiki amalan kita setiap hari, semoga menjadi insan yang mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat, insya Allah.
SinarMawaddah Home

Thursday, May 07, 2009

Sayangilah Dia "Ibu"

Ibu Mithali


Pasti menitis air mata jika baca tulisan dibawah...
BACALAH HINGGA HABIS…DENGAN PENUH PERHATIAN…

Mak kaulah segalanya,

Mak.....

Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan
sejuk sahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter
dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm... rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak.....
nak tinggal kan dunia fana ni.....
mak macam dan sedia.....

Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan..... mak tak penah buat gitu.....
pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tampi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran
siam.....
kengkadang siaran indonesia... mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu digunakan
untuk mengiringi mak ke kuburan...
Pastu mak basuh tangga rumah bersih?.....
pastu mak jemur karpet dan yang paling menarik sekali mak kabo kat
maner

sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam gulung tikar.....
masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakann bila mak kabo duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak juga
eeemmm.. bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba? sakit
perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL..... mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap tak mboh pi hospital.....
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk...
Mak kata mak tak mboh duduk dalam hospital.....
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor... ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut ajer..
Mak tetap tak bersetuju..... mak memang degil...
tak salah anak mak yang ni pun mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk...
mak sakit perut sampai nak sentuhh perut mak pun sakit...
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.....

Mak..... ampunn kan kami semua... kami nak mak sehat...
kami sayang mak... kami tak moh mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan
terakhir
kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak bila kiter kata
nak
beli
kereta....
Mak asyikk tanya ajer.. cukup ker duitt.. kiter jawap pula...
kalau tak cukupp mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....
Lepas tu bila kereta kiter sampai..... mak buat kenduri
kesyukuran.....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar keling naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali kabo kat mak.....
Bila balik sahaja kampong, kiter cecepat simpan keta dalam
garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kiter kemek... mak tanya
kenapa...?
Selamba bodoo jerr kiter jawap terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar..
mak kiter menipu mak kan... ampun kan kiter....

Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08/1999
Bila tiba aja kat hospital.... nurse tengah balut mak dengan kain
putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann... kann.. kannn
Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam
keadaan
separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan pun rasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa? terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal jadi jalan tu lenggang..
kosong.... sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu
lain benar suasana nya.....
terasa syahdu dan sayu gitu... dinginnnn....

Mak.....
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan....
Anak? mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh
mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk... jangan nangis... kalau sayang mak jangan buat
gitu... jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni.. tapi kiter kawal supaya tak menitik
atas
mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat opiss... baru pukul 7.08 pagi....
Takder orang lagi kat opis ni..... kiter sedih... kiter rindu kat
mak..!
Takpa la..... nanti bila kiter dah boleh sembanyang kiter baca
yassin
untuk mak...
mak tunggu ya...!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selama nya....
Semua anak? mak mengelilingi mak... menatap wajah mak buat kali
terakhir....
Semua orang kata mak seolah? senyum aja...
Mak rasa tak.... masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak... kiter tak daya....
Airmata kiter tak boleh tahan....
Jam 12 tengahari mak di turun kan dari rumah....
kaki kiter terus lemahh... dunia terasa berputar... tiba? kiter
rasa
gelap...
Jam 5.00 petang....
Bila terjaga kiter rasa kepala berdenyut denyut...
badan terasa panas... mata semakin kecil...
makk... anak mak demam nih..!
Mak tauu... cuma kiter sorang saja anak mak yang tak mengiringi
mak
ke tanah perkuburan...
Akak kata kiter pengsan...
Terkilan.. terkilan sungguh terkilan...
Kenapa kiter lemah..?
kenapa anak mak yang lain tidak begitu..?
kenapa adik boleh bertahan..??

Mak.....
Hari? kiter lalui tanpa keujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak... boleh kata setiap malam selepas
maghrib
anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap.... masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin....
entah kenapa kiter keluarkan gambar? mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat di bendung...
Mak tauu... kiter cuba bertahan... memujuk diri sendiri
tapi tak juga reda...Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
Mak... gila kah anak mak ini..????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak.. kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje.. doa lah untuk mak.. nanti
kalau gini ajer, mak yang susah kat sana.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....
Agaknya mak nampak adegan tu...
sebab malam jumaat kata orang roh balik rumahh...
mengharap sedekah dari anak? nya...
Mak tau tak...
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasanyilu sangat....
menusuk nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula? kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter kabo....
hantar la kat Majalah Kedai Enzinetuuuu....
betul jugak..!
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak... kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu... sebab boss kiter dah maghi...
akhir kata untuk mak... I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana
membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk universiti.. sampai kiter pandai mengoratt...
sampai kiter kerja gomen.. sampai kiter pandai bertenettt
gitu.....
Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Sekian terimakasih.

Yang Benar,
~Anak mak yang dah tak degil~

makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk


Sinar Mawaddah Home

Wednesday, May 06, 2009

Kevin Carter Penerima Anugerah Pulitzer

Foto inilah yang membolehkan Kevin Carter memenangi hadiah Pulitzer, tapi foto inilah juga yang meragut nyawanya.

Salam kasih sayang dari saya Azriey sinarmawaddah, sebelum ini saya dah buat banyak lampiran gambar² dari Kevin Carter. Tapi mungkin ramai ingin tahu serba sedikit pasal Kevin Carter, jadi saya mencari tulisan² tentangnya untuk dilampirkan disini. Ini serba sedikit kisah Kevin dari Mastika.

Mac 1993, Kevin Carter berlepas dari Afrika selatan menuju ke Sudan untuk membuat liputan tentang pemberontakan yang berlaku di negara itu.Bagaimanapun, sesampai di Sudan, Kevin mendapati pemberontakan bukanlah masalah terburuk di negara itu, tetapi kebuluran.

Ketika melawati sebuat kampung, tiba-tiba Kevin terdengar rengekan seorang kanak-kanak.langkah kevin terhenti.Dia memerhati sekeliling dan mendapati seorang kanak-kanak perempuan sedang bertinggung diatas tanah tidah jauh darinya.

Kanak-kanak yang tidak berpakaian itu sedang duduk melepaskan lelah kerana tidak berdaya lagi untuk berjalanke pusat batuan makanan.Si kecil itu menangkupkan kepala ketanah dan memejamkan mata.Nafasnya lemah, tulang temulang membonjol.

Tidak sampai lima meter darinya, seekor burung heringberdiri memerhati..Kevin tidak jadi memetik punat kameranya.Dia sebaliknya menunggu si burung itu meninggalkan kanak-kanak tersebut.Tetapi selepas 20 minit menanti, burung itu tidak juga mahu berganjak.Kevin tak boleh tunggu lama lantas mengambil juga gambar kanak-kanak tersebut.kemudia dia bergegas ketempat lain pula.

Gambar itu dijualnya kepada akbat THE NEW YORK TIMES dan pada 26 mac 1993, ia disiarkan.Tanpa diduga, hari itu pejabat THE NEW YORK TIMES tidak putus-putus menerima panggilan daripada para pembaca yang bertanyakan nasib kakan-kanak tersebut.lidah pengarang menjawab dia tidak menjadi mangsa burung itu tetapi nasibnya tidak deketahui selepas itu.

Setahun kemudia, iaitu 2 April 1994, Kevin Carter mendapat panggilan talifon dari pengarang THE NEW YORK TIMES bahawa gambar berkenaan telah dipilih sebagai pemenang hadiah UTAMA fotografi Pulitzer Prize.

Kevin menerima Award itu pada 23 mei 1994 dalam satu majlis gemilang di Columbia University,AS.Nama kevin melonjak, hadia itu adalah anugerah tertinggi dalam Karier Wartawan.

Bagaimanapun 2 bulan kemudian pada 27 julai 1994, dunia kewartawanan dikejutkan dengan berita kematian Kevin Carter. Dia membunuh diri! mayat kevin ditemui didalam trak di tebing sungai Braamfonteinspuit, Afrika selatan. Dia membunuh diri dengan cara menyalurkan asap dari ekzoske dalam kenderaannya.

Di sisi mayatnya terdapat sekeping nota yang ditinggalkannya.nota itu berbunyi..

"AKU TERTEKAN..TIADA TELEFON..DUIT SEWA..DUIT UNTUK MEMBANTU KANAK-KANAK...HUTANG...DUIT!!!! AKU DIHANTUI INGATAN-INGATAN YANG MENAKUTKAN TENTANG KEMATIAN, MAYAT, KEMARAHAN, KESAKITAN... KANAK-KANAK YANG KEBULURAN DAN LUKA, ORANG YANG GEMBIRA APABILA MELAKUKAN KEROSAKAN, BIASANYA POLIS, SI PEMBUNUH...AKU INGIN PERGI UNTUK MENYERTAI KEN, ITU PUN KALAU AKU BERNASIB BAIK."

Ken Oosterbroek adalah sahabat baik Kevin. Dia terbunuh sebulan sebelum itu Di Tokaza, akibat tertembak secara tak sengaja semasa merakam gambar pertempuran.

Menurut sahabat-sahabat Kevin, detik-detik merakamkan gambar kebuluran di Sudan khususnya kanak-kanak ini telah menghantui Kevin.Kevin duduk dibawah sebatang pokok dan menangis tak henti-henti. Dia tertekan dan cuba untuk melupakan kanak-kanak tersebut tapi gagal.Kecaman pelbagai pihak yang marah kerana dia tidak membawa kanak-kanak itu ke pusat makanan sebaliknya hanya mementingkan profesion melebihi naluri kemanusiaan hakiki, menambah lagi tekanannya.

Walaupun Kevin menjelaskan dia tidak beranimenyentuh kanak-kanak itu kerana bimbang dijangkiti penyakit, tetapi kecaman yang diterimanya itu terlalu berat untuk ditanggungnya.ditambah lagi dengan masalah kewangan yang menghimpitnya, akhirnya dia membunuh diri.

PEMBACA SEKALIAN,

APABILA ANDA MENATAP GAMBAR-GAMBAR YANG SAYA PAPARKAN INI, PANJATKANLAH KESYUKURAN KEPADA ALLAH KERANA TANAH AIR YANG TERCINTA INI PENUH DENGAN MAKANAN.KITA TIDAK PERNAH KEBULURAN SEBALIKNYA KITA MEMBUANG MAKANAN ITU TANPA MENGSYUKURINYA..

JIKA ANDA MENYUAP MAKANAN KEMULUT, TIDAK KIRA ENAK ATAU TIDAK, LUANGKANLAH SEDIKIT WAKTU UNTUK MENGENANG NASIB SAUDARA-SAUDARA KITA YANG MISKIN DAN KEBULURAN.BAIK DI AFRIKA, IRAQ, AFGANISTAN, PALESTIN DAN DIMANA-MANA SAHAJA...

DAN JANGAN LUPA BERSYUKURLAH KEPADA ALLAH ....


Gambar Budak susah Sudan, afrika, iraq, afganistan, kebuluran , kemiskinan, kelaparan, kedaifan akibat peperangan
sinar Mawaddah Home

Tuesday, May 05, 2009

Mat OBE ( Orang Berok )

Amboi! bahagianyerr depa,bawa jalan² makan pisang la tu! hehehe!
ka nak bawa anak pi tengok mat rempit?
saja buat soalan bodoh nih
Adakah 1 hari nanti akan jadi kenyataan OBE pun nak hidup
macam manusia bila dunia makin maju?
kita tunggu dan lihat huhuhu!
Adik Kepada Mat Obe Filem Os (Hero)
dok blajar nak jadi pelapis mat rempit
Sinar Mawaddah Home

Sunday, May 03, 2009

Video Fotografi Kevin Carter

Ini Antara Video² Kevin Carter


Sinar Mawaddah Home

Bekkk! Rempit 2020

Kambing Rempit
Meh! la mat² rempit sekalian race dengan cek hehehe!
emmmbekkkkk emmmmmmmmmmmmmmmmmbekkkkk!
Perh! power giler! kalau exzos di bikin bunyi ginih!
Sinar Mawaddah Home

Derita | Dimana Kasih Sayang Kita ? |

Okid - Derita



Salam kasih sayang saya ucapkan, Moga Lampiran yang saya buat walau seringkas² dapat dikongsi bersama dan sahabat² tak jemu ziarah disini. Saya suka dengan kasih sayang dan cuba menzahirkan di blog ini sekadar yang mampu.

Bercerita tentang kasih sayang ni, saya teringat lagu Derita ni. Janganlah kita sia²kan masa hidup kita dengan menjauhkan diri dari sifat kasih sayang. Sungguh indah dan bahagia itulah nikmat kasih sayang. Jauhi penderitaan dalam apa jua perkara. Kasih sayang ini meliputi semua perkara. Bukan hanya pada ibu kepada anak dan anak kepada ibu sahaja...

Okid - Derita
Lagu : awang / Ayang
Lirik : Haliza Bt Isa


Buka mata dan lihatlah..
Insan kecil yang tak berdosa
Jadi mainan dan hinaan semua
Manusia tiada berpedoman...

Apakah salah mereka
Menjadi mangsa yang terbiar..
Dia disiksa tanpa rasa simpati
Hanya melihat darah merah mengalir ke bumi...

Chorus:
Sengsara kan terasa...
Di sepanjang hayatnya...
Tangisan tak bersuara
Insan yang sekecil tu... Merasa
Peritnya derita....
Ditanggung jua...

Mengapa dia disiksa
Hingga lesu tak bermaya
Haruskah kita menyaksikan
Penderitaan pada mereka

Apa nasib mereka jika ini masih terjadi
Kita sama sama membantu
Melindungi hidup mereka..

Mereka perlukan perhatian
Bukan penyiksaan yang diminta
Berikan kasih dan belaian mesramu
Moga diberi petunjuk dan hidayah yang sejati...



Sinar Mawaddah Home

Kembali ke Halaman Utama