Tuesday, January 29, 2013
Tendang Bola Goolll!!! Sujud Syukur ???
Klik Sini: Cari Jodoh, SinarMawaddah
Lampiran Oleh: Azriey SinarMawaddah at 1/29/2013 10:30:00 AM 0 Komen disini
Monday, January 28, 2013
NOTA PENUH FORUM : Anak dan Isteri Bertuah
Moderator: Ustaz Syed Norhisyam
SOALAN: Situasi sesetengah pasangan yang berkahwin tapi tak ingin memiliki anak yg ramai. Sedangkan Nabi saw menggalakkan kita meramaikan umat. Ada yang bagi alasan, duit tak cukup, hidup
susah, isteri tak sanggup nak mengandung dan beranak lagi.
UHB: Hadis~Sesungguhnya Allah berikan dunia kepada sesiapa yang Allah suka dan Allah tidak suka. Akan tetapi, Allah akan beri agama (Islam) kepada orang yang dicintaiNya sahaja.
Apa yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah. Kadang2 Allah beri pasangan itu anak perempuan sahaja. Kadang2 Allah beri pasangan itu anak lelaki sahaja.
Kadang2 Allah beri pasangan itu anak lelaki dan perempuan. Kadang2 Allah tidak memberikan anak kepada pasangan itu dengan sebab kemandulan salah seorang daripada mereka.
Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.
Hadis~Anak2 itu merupakan penduduk-penduduk kecil syurga Ilahi - Riwayat Muslim
Hadis~Janganlah kamu menjadi seperti pendeta yahudi dan nasrani dengan tidak berkahwin
Siapa yang cakap, "cukuplah anak 3", atau "tak nak la anak ramai2", sudah dikira salah faham dengan akidah. Nabi saw suruh meramaikan anak. Allah juga kata jangan runsing, pasti Allah bagi rezeki. Jadi, sape yang kata macam tadi tu, kan dah bertentangan dengan suruhan Allah dan Nabi?
Jika umat kita minoriti, bagaimana Islam nak mendominasi dan menguasai dunia? Nabi dah suruh umatnya beranak ramai, nabi dah plan sebaik2nya untuk menguatkan umat Islam. Siapa yang menghentikan plan nabi dalam mengembangkan umat ni, dia berdosa.
Sebelum kahwin, selidik samada dia subur atau mandul. Memang tak boleh check kemaluan dia. Ulama suruh lihat keturunan dia atau kalau calon kita tu janda, lihat sejarah hidup dia.
Selingan Ustaz Syed Norhisyam: Penduduk eropah makin lama makin berkurang. Kaji selidik terhadap wanita di sana mendapati, ramai wanita tidak mahu melahirkan anak, kerana lelaki2 di sana tidak mahu bertanggungjawab. Kaji selidik kepada lelaki2 pula, mengapa mereka tidak mahu bertanggungjawab, ia kerana mereka sendiri tidak pasti siapa ayah bayi itu, kerana seks bebas berleluasa. Kadang2 sorang wanita berhubungan intim dengan ramai lelaki.
SOALAN: Apa maksud "Bertuah" dalam konteks anak dan ibu bertuah tu?
UAI: Hadis~Sesungguhnya yang bertuah itu ialah orang yang panjang umurnya dalam taat kepada Allah.
Dari pandangan masyarakat, bertuah tu ialah yang mendapat kesenangan dunia semata2. Kalau gitu, orang kapir pun bertuoh. Kita silap. Pangkat besar pun tak dikira bertuah. Firaun raja yang besar kerajaannya pun tak dikira bertuah, pagi petang malam diseksa dan diazab dalam neraka.
Orang yg bertuah ialah orang yg bertakwa dan taat ke hari akhirat. Dia ingat anak dia bertuah gaji besor, PhD. Padahal anak dia gi disko, tak solat. Siapa yang hidup sekejap tapi bertakwa dan taat, lebih bertuah dari orang yang hidup lama 90 tahun tapi tiada taat dan takwa.
Jadi, tuah takde kaitan dengan duit, harta, pangkat, dan sebagainya. Bertuah ialah yang baik dengan akhirat. Doalah minta panjang umur, agar diisi dengan ketaatan dan pelaburan akhirat. Boleh ke doa minta panjang umur? Boleh, nabi dan ulama tak larang. Yang dilarang, doa minta pendek umur.
Anak yg bertuah dan isteri yang bertuah ialah yang taat pada Allah. Anak yang taat pada Allah ialah yang taat pada ibu dan bapa selepas taat pada Rasul. Isteri yang taat pada Allah ialah yang taat pada suaminya selepas taat pada Rasul. Orang yang bertuah di akhirat ialah sesiapa yang Allah panggil "Wahai hambaku", maka dia bertuah dan masuk syurga.
Sedikit ulasan UHB: Hadis~4 golongan yang mendapat kecapan bahagia (bertuah)
1- Isteri yang solehah/suami yang soleh
2- Tempat tinggal yang luas
3- Mendapat jiran2 yang baik
4- Punyai kenderaan yang baik
Yang penting semua perkara dunia digunakan pada jalan dan cara berlandaskan agama untuk menuju akhirat yang baik
PUSINGAN 2
SOALAN: Bila berbincang tentang suami isteri, adakah suami isteri akan masih bersama di akhirat atau bersama dengan orang lain atau duduk lain2 tingkatan syurga?
UHB: Nabi suruh kita doa dapat isteri yang baik. Isteri yang baik ialah apabila kita lihat wajahnya, kita akan gembira. Umar Al-Khattab berkata, jangan marah isteri kuat berleter, sebab ia hiburan dari Allah.
Hadis~Ada seorang sahabat bertanya "Bilakah akan berlakunya kiamat?" Rasulullah saw bertanya semula "Adakah kau sudah bersedia untuk menghadapinya?". Sahabat menjawab "aku bukanlah orang yg banyak bersolat dan berpuasa, tidaklah aku banyak bersedekah dan berzakat, tapi aku cinta kepada mu Rasulullah saw". baginda menjawab "Jadi usah risau, kamu akan bersama dengan apa yang kamu cintai di akhirat kelak"
Jadi, jika suami dan isteri itu beriman dan bertakwa, dan saling cinta mencintai, mereka akan bersama lah di akhirat nanti. Sebab nabi kata kita akan bersama dengan orang yang kita cintai.
Isteri2 jangan control suami. Jangan marah sangat kepada suami kamu, mana tahu suami tu ahli syurga, bidadari2 akan marah kepada isteri yang marah pada suaminya. Jangan sombong, iri hati, bermasam muka dengan suami. Semua yang ada di dunia termasuk diri kita adalah hak milik Allah. Taat lah perintah Allah.
Pujangga dari Saidina Ali: Jadilah kamu orang yang baik. Bila ada, disukai. Bila tiada, dirindui. Bila mati, ditangisi. Janganlah kamu jadi orang yang jahat. Bila ada, dibenci. Bila tiada, disukai. Bila mati, disyukuri.
SOALAN: Bagaimana sesetengah anak isteri agak lalai dari persiapan amalan untuk akhirat. Adakah disebabkan sibuk bekerja atau pengaruh teknologi seperti gadjet2 dan internet? Mengapa keadaan ini berlaku?
UAI: Ayat Al-Quran~Hendaklah kamu para suami menjaga diri kamu dan anak isteri kamu dari api neraka. Maksudnya, jangan bagi famili masuk neraka. Caranya, taat pada Allah. Orang bujang pun kena jaga diri sendiri dan orang yang ditanggungi. Kat akhirat nanti Allah akan tanya tentang cara kita gunakan nikmat kita, bini, tangan, harta, negara yg dipimpin.
Bila dah kahwin, jangan senyum je. Budak2 sekarang tak nampak yang dia kena pikul tanggungjawab yang berat. Ada orang masuk neraka dengan sebab anak dan isteri.Apabila ia cuai pada anak dan isteri, tak beri nafkah, tak beri didikan agama.
Lelaki kena main peranan dalam membentuk anak dan isteri. Wajiblah seorang ayah ajar anak2 nya segala ilmu yang fardhu ain, begitu juga kepada isteri. Apabila anak dan isteri dah dibentuk, barulah anak dan isteri tak lalai. Kalau tak mampu ajar, ulama kata wajib bawa anak isteri pergi kuliah agama.
Lelaki masuk neraka jika anak atau isteri buat dosa. Bukan tanggung dosa dia, tapi berdosa sebab tak didik, tak berkeras dalam memberi arahan kepada mereka tentang perkara wajib, dan tidak ambil berat atau sambil lewa tentang anak tak solat, isteri tak tutup aurat dan sebagainya. Jangan cakap kat anak bini "ikut pandai mung ah", sebab dia tanggungjawab kita.
Anak dan isteri juga wajib taat pada Allah dan jangan susahkan ayah atau suami. Kalau apa yang ayah atau suami suruh tu perkara yang wajib, maka haram jika tak buat.
Dalam kitab Muhimmah, dikisahkan seorang lelaki berjalan menuju ke syurga dengan amalan yang banyak, seperti solat, zakat, puasa, sedekah, tahajjud, dakwah, perjuangan jihad. Tapi kaki dipegang oleh anak dan isteri. Isteri dia cakap "wahai Allah, azablah lelaki ini kerana dia tak pernah ajar aku tentang akidah atau haid atau syarat sah solat atau seumpamanya"
Jadikan diri kita bertuah, anak bertuah, isteri bertuah, suami bertuah. Iaitu taat kepada Allah. Bayakkan berdoa pada Allah agar anak isteri jadi taat dan bertakwa. Bersyukur Allah beri macam2 kepada kita dalam negara yang aman ini. Jadi, gunakanlah semuanya ke jalan Islam, ikut syarak, demi Akhirat yang baik.
Klik Sini: Cari Jodoh, SinarMawaddah, Soal Jawab Agama
Lampiran Oleh: Azriey SinarMawaddah at 1/28/2013 07:19:00 AM 0 Komen disini
Monday, December 24, 2012
Isteri mengandung baru jadi baik ???

Klik Sini: Cari Jodoh, SinarMawaddah, Soal Jawab Agama
Lampiran Oleh: Azriey SinarMawaddah at 12/24/2012 10:30:00 AM 0 Komen disini
Thursday, July 19, 2012
WASIAT BUAT ISTERI TERSAYANG...
Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu. Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya) pun sampai.
Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.
Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.
Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.
Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.
Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).
Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.
"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."
"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat."
"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga."
"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku, anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."
Peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya.
Marilah kita renungi bersama. Semoga dengan apa yang terjadi diatas, akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam...
-She should be thankful... she got the forgiveness from her husband-
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda :
Klik Sini: Cari Jodoh, SinarMawaddah
Lampiran Oleh: Azriey SinarMawaddah at 7/19/2012 01:11:00 PM 0 Komen disini
Wednesday, July 11, 2012
Bila kita berubah kejalan yang diredhai...
Kalau ada orang kata kat kita...
P/s: Klu dia ckp banyak lg...Tak payah dok layan... Hati yang tiada tindak balas "marah @ menerima" bila ditegur,
Bermakna hati itu sudah tak ~"Berfungsi"~.
Klik Sini: SinarMawaddah, Tazkirah
Lampiran Oleh: Azriey SinarMawaddah at 7/11/2012 02:46:00 PM 0 Komen disini
Wednesday, March 21, 2012
DAH SOLAT KE BELUM ?
Dah solat ke belum ?
Marilah menuju kejayaan, Solatlah dulu.. Rezeki Allah yg bagi pahala kita kena cari...
---------------------------------------
Bagi yg lelaki jgn lupa p masjid solat jumaat, yg perempuan jgn lewat2 solat ye... :)
Marilah menuju kejayaan, Apakah kejayaan yg dimaksudkan itu ?
Kejayaan yg dituju bkn sekadar dunia tp Akhirat... Klu sesorg itu tak
menunaikan Rukun yg wajib, bagaimana Akhiratnya, adakah berjaya ?
Rugilah hdpnya tambah2 kehdpn DI AKHIRAT... Marilah kita sama2 menuju
kejayaan wahai sahabat2 ku sayang... :)
---------------------------------------
Dah lewat ni, Solat ke tak lagi ?
Dan
belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah,
dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya
kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya
segala usaha dan) perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi
orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. "Al Baqarah - 195"
---------------------------------------
Masa tak pernah tunggu kita, Dah solat ke ?
Yang
paling JAUH bukannya BINTANG, bukan juga MATAHARI dan bukan juga
REMBULAN tetapi adalah MASA YANG BERLALU dan tidak akan kembali lagi.
SEMALAM yang luput menjadi secangkir KENANGAN.KELMARIN yang terluput mengukir SESALAN.
Yang ada hanyalah HARI INI dan AKAN DATANG.
Gunakanlah HARI INI sebaik mungkin kerana SEMALAM telah pergi buat SELAMA-LAMANYA dan HARI ESOK belum pasti milik kita.
--------------------------------------
Dah solat ke ?
Jgn rasa rugi untuk tinggalkan masa 10minit mendirikan solat krn ia dpt
selamatkan AKHIRAT YG PANJANG... Jgn rasa untung dgn masa bila dpt cari
duit beribu sehingga tertinggal wkt mendirikan solat krn kelak RUGI tak
mampu bayar hutang AKHIRAT...
-------------------------------------
DAH SOLAT BELUM ?
Kita bukan selama2nya di dunia ini... Kita akan DIJEMPUT PULANG JUA
nnt... Kejar dunia untuk bekalan akhirat kelak... Jgn kejar dunia
sehingga tiada bekal untuk Akhirat....
-------------------------------------
Dah Solat Belum ?
Ada org sanggup kata,
"Ala nnt aku solat la, blm sampai hidayah lg"
SOLAT BKN KENA TUNGGU SAMPAI HIDAYAH TAPI BILA DAH MASUK WAKTU WAJIB BG SETIAP ORANG ISLAM TANPA ADA ALASAN...
-------------------------------------
Dah solat ke ? Jgn sibuk kerja dan seronok je...
Tatkala
melihat orang lain bahagia, tentu setiap manusia mengimpikan yang sama,
namun jangan di cemburukan kebahagiaan yang menjadi milik mereka,
kerana setiap manusia Allah telah sediakan bahagiannya, bersyukurlah
dengan apa yang kita punya, nescaya Allah akan menambah nikmatnya,
kerana bahagia tu bukanlah apabila kita mendapatkan apa yang kita
idamkan tetapi bahagia itu terasa bila Allah menghadirkan rasa bahagia
itu walaupun pada jalan yang berbeza. kerana, RASA BAHAGIA ITU
KURNIAANNYA.
---------------------------------------
Dah solat ke belum ni ?
Perjalanan
menuju kematian telah bermula sebaik kita dilahirkan. Ingat mati adalah
penawar untuk kesedihan hati apabila ditimpa ujian. Penghilang rasa
nikmat untuk melakukan maksiat. Dan pendorong untuk istiqamah dalam
melakukan ketaatan. Ya Allah, bantulah hati kami untuk sentiasa ingat
untuk mengingati kematian. Amin.
------------------------------------
Masih panjang ke masa ? Dah Solat ?
Slalu dgr org kata "tak pe lah nnt2 aku gantilah puasa, aku btlah kebaikkan. panjang lg masa dok kalut nak p mana".
INGATLAH,
"MASA KITA MAKIN PENDEK, HARI KEHARI KITA BUKAN MAKIN KUAT DAN KITA TAK TAHU HARI ESOK ADAKAH HARI KITA.
"SEGALANYA MUNGKIN, KEMUNGKINAN hari esok kita sakit atau mati".
GUNAKANLAH DGN BAIK SETIAP WAKTU YG BERLALU....
-------------------------------------
Dah Solat Ke Belum ?
Ketenangan,
kesenangan, kebahgiaan semuanya dr Allah, bkn dr duit b'juta,rmh bnglo,
istri lawa dll... Carilah kesemuanya "duit,ketenangan, rmh bngglo dll"
dr keberkatan Allah, insyaAllah kita dpt merasai nikmatnya dgn hati yg
tenang...
-------------------------------------
Dah tunaikah rukun yang wajib "SOLAT" ?
Tak semua org mahu KEBAIKKAN dan tak semua org tak mahu KEBURUKKAN.
CTH:
Solat
adalah 1 kewajiban dan kebaikkan meninggalkan solat 1 kesilapan dan
keburukkan... JGNLAH KITA TERGOLONG DLM GOLONGAN YG BANYAK BUAT
KESILAPAN DAN KEBURUKKAN...
"JAGA AURAT adalah KEBAIKKAN dan DEDAH AURAT adalah KEBURUKKAN"
Berapa ramai yg mahu KEBAIKKAN dan berapa ramai yg mahu KEBURUKKAN ?
Sama2 kita renung2kan... SEMOGA KITA MAMPU PELIHARA DIRI KITA DGN KEBAIKKAN... InsyaAllah
--------------------------------------
Dah Solat Belum ? Klu belum, cepat2lah pergi menunaikannya...
ORANG YG PALING KAYA IALAH ORANG YG SIHAT. BOLEH MAKAN ITU INI, BOLEH P
SANA SINI... DPT MENIKMATI NIKMAT2 ALLAH DGN SEMPURNA, ALHAMDULILLAH...
klu yg tak pernah solat tu, solatlah... Semua nikmat yg engkau nikmati
ni adalah anugerah Allah... JGN NNT BILA ALLAH TARIK BALIK NIKMAT2 ITU
ENGKAU MENANGIS PENYESALAN...
-------------------------------------
DAH SOLAT KE SAHABATKU SEMUA ?
Cuba renung seminit,
MASA KECIL HATI KITA RIANG RIA TANPA MASALAH, HATI TENANG DAN BANYAK
PERKARA MUDAH2 JA TERCAPAI. MAKAN MINUM PAKAIAN TMPT TINGGAL DAN APA SJ
MASALAH TAK PERLU FIKIR , SEMUA ALLAH PELIHARA...
Setelah
DEWASA "Dah baligh", macam2 masalah kita perlu tempuhi sehingga ada yg
tak mampu menahannya. SUSAH HATI, RASA REZEKI TAK CUKUP, RUMAH, BAJU,
KERETA DLL SAKIT JIWA MEMIKIRKANNYA. kenapa jd mcm tu ?
SEDAR TAK MASA KECIL "belum baligh" KITA JUGA TAKDE DOSA. BILA DAH DEWASA "baligh" SALAH SILAP, KITA MENANGGUNG DOSA.
Renung2lah maksud diatas.
MARILAH SAMA2 KITA USAHA JAUHI DIRI DARI MELAKUKAN DOSA...
Rezeki Allah yg beri, Pahala kita kena Cari dan dosa wajib kita jauhi.
ALLAH AKAN PELIHARA, JIKA KITA MAMPU PELIHARA DIRI DARI BERBUAT DOSA... InsyaALLAH
Wallahua'lam.
Klik Sini: | Perjalanan Kisah Kasih Azriey SinarMawaddah |, Adakah kita bersyukur, SinarMawaddah
Lampiran Oleh: Azriey SinarMawaddah at 3/21/2012 01:27:00 PM 0 Komen disini
Thursday, January 05, 2012
Kenapa Kasih Sayang Yang Dicari Sukar Ditemui ?
Pesan Ustaz, Jika inginkan kebahgiaan dan kasih sayang yang sejati, JAGALAH HALAL DALAM KEHIDUPAN "setiap langkah dan perbuatanmu". InsyaAllah akan tercapai...
*HALAL - pakaian, makanan, minum, tonton, percakapan, tulisan, persahabatan, pekerjaan, dll
p/s: Usahalah dapatkan PAHALA "halal" dalam setiap pkr yg dilakukan jika inginkan KEBAHGIAAN DAN KASIH SAYANG...
-----------------------------------------------------------------
Bila inginkan Kebahgiaan dan selamat dalam kehidupan..pikirlah mcmni..
"Aku buat ni HALAL Ke HARAM, Aku Pakai Ni HALAL Ke HARAM, Aku kerja ni HALAL ke HARAM, Aku tulis ni HALAL ke HARAM dll...". Semuanya perlukan persoalan begini... Pilihlah HALAL "pahala" untuk selamat semuanya dan barakah dariNYA... InsyaAllah
----------------------------------------------------------------
Haruskah diuji untuk kita lihat keikhlasan ?
Bukankah keikhlasan itu hadir dihati dengan sendirinya ?
*Jika aku mahu keikhlasan dari seseorang untuk menyayangi jgnlah menguji, sepatutnya sama2lah zahirkanlah keikhlasan kasih sayang itu... InsyaAllah kasih sayang itu akan sama2 dpt dirasai dgn ikhlas...
---------------------------------------------------------------
Aiman - Kalau AKU dpt Isteri SOLEHAH mesti bahagia kan ?
Eiman - Ya! InsyaAllah tp HG mestilah SOLEH dulu :)
P/s : TIDAK AKAN MILIKI KASIH SAYANG KLU DIRI TAK PERNAH MULA MEMBERI KASIH SAYANG. Tidak akan dapat merasa NIKMATNYA SOLEHAH jika diri tak SOLEH.
Jom! mulakan dengan diri kita... INSYAALLAH
-------------------------------------------------------------
Pekerjaan/Perniagaan yg diusahakan kita adalah ibadah, peliharalah ia dgn amanah krn Allah. Semoga kehidupan ini disinari keberkatan dan kebahgiaan yg diimpikan...
*Didalam memelihara amanah "PEKERJAAN", jgn sesekali lupa yg WAJIB "Solat, Aurat dll".
Klik Sini: | Perjalanan Kisah Kasih Azriey SinarMawaddah |, Cari Jodoh, SinarMawaddah
Lampiran Oleh: Azriey SinarMawaddah at 1/05/2012 10:57:00 AM 0 Komen disini
Thursday, September 15, 2011
Marilah Kita Eratkan Hubungan Kasih Sayang
.
![]() |
| Cinta Dan Kasih Sayang |
Marilah Kita Eratkah Hubungan Kasih sayang... Sinarkan Kasih sayang kita dengan iman... UPDATE lah ilmu agama selalu... Semoga ia menjadi Amal dan kita mampu pelihara HALAL dalam kehidupan... "HALAL mkn minum, pergaulan, pakaian dll kesemuanya" Bila semuanya terpelihara, itulah kasih sayang yg dicari... InsyaAllah
Klik Sini: Cari Jodoh, SinarMawaddah
Lampiran Oleh: Azriey SinarMawaddah at 9/15/2011 01:46:00 PM 0 Komen disini
Monday, August 15, 2011
Mereka mati kelaparan, kita mati kekenyangan ???
Lembutkanlah hati kita supaya tangan mudah memberi sedekah dan tolong menolong ikhlas kerana Allah semoga dengan sifat itu dapat memberi ruang kepada insan2 yang memerlukan pertolongan seperti ini tersenyum dan dapat merasa nikmat kehidupan seperti kita. -_-
Klik Sini: Ramadhan, SinarMawaddah
Lampiran Oleh: Azriey SinarMawaddah at 8/15/2011 08:43:00 AM 0 Komen disini
Monday, May 16, 2011
What you give, You get back | Apa Yang Penting Kerjasama |
.
Kita selalu mengharap semoga ada orang menyintai kita, ada orang memahami kita, ada orang membantu kita dan macam-macam lagi impian yang kita harapkan. Adakah semua impian ini akan tercapai jika hanya mengharap? Terlalu sukarkan, jika tidak berusaha. Usaha yang dimaksudkan bukan bererti pergi meminta-minta supaya ada yang memberi dengan berusaha merintih meminta simpati dengan kesedihan, melahirkan muka ehsan atau kata-kata manis merayu memuji semoga dengan perbuatan itu dapat menghasilkan impian yang diharapkan. Tetapi sebenarnya, berusahalah dengan memberi tanpa meminta balasan atas permberian itu, biarlah dari keikhlasan hati kerana Allah, insyaAllah akan datang KEBAIKKAN UNTUK DIRI yang pasti KUALITI NANTI.Harapan Dan impian setiap orang, ingin menerima kasih sayang dari seseorang @ masyarakat sekeliling, tapi diri tak pernah memberi kasih sayang. Adakah ianya akan dimiliki jika hanya mengharap pada orang ? TIDAK MUNGKIN AKAN TERCAPAIKAN ? Semuanya bermula dari kita, jangan mengharap sesuatu itu bermula dari orang. Kalau kita memberi pasti kita dapat merasa " What you give, you get back".
Contohnya,
Pak mat tempey semasa perjalanan ke pekan, dalam hatinya mengharap orang disekeliling senyum padanya dan apabila bertemu seseorang yang dikenali berjalan dihadapannya, dipandang dengan bersahaja wajah sifulan itu tanpa melakar senyum dan tanpa berkata apa - apa masej teguran dengan hanya mengharap "dihatinya mengharap sifulan itu mulakan senyum @ teguran" ternyata harapan pak mat Tempey PUDAR dan merasa hairan. "Kenapa sifulan itu tak senyum pada ku?". Didalam hati, dia berkata "sombong betul sifulan ini".
Betulkah cara Pak mat Tempey ? Mengharap orang senyum dan dia tak pernah memulakannya. Sebenarnya siapa yang sombong ? kerana harapan itu ada pada diri yang MENGHARAP bukan pada yang MEMBERI...
KALAU PAK MAT TEMPEY MEMBERI SENYUMAN PASTI SENYUMAN ITU KEMBALI PADANYA.
Nampak tak disini, Pak Mat Tempey hanya mengharap senyuman itu orang yang memberi, mana mungkin ianya akan miliki sekiranya tak bermula dari dirinya. Tak percaya cuba lakukan "ada tak orang nak senyum jika kita tak mulakan senyuman".
Begitulah juga dalam apa jua perkara pun, janganlah kita mengharap sesuatu itu dari orang, sekiranya tak bermula dari kita dan harus ingat, jika kita telah memberi tapi tak tercapai pun apa yg diimpikan maka renunglah pada diri adakah ikhlas pemberian itu atau mungkin "TAK KENA TEMPAT" pemberian itu ... Berusahalah sehabis baik, untuk miliki yg terbaik...
*BERILAH PADA YANG BERHAK MENERIMA...INSYAALLAH KEBAIKKAN DARI PEMBERIAN ITU AKAN KEMBALI PADAMU...
*Jika Kamu Inginkan Kasih Sayang, Mulakan Dengan Dirimu Memberi Kasih Sayang itu, Pasti Kasih Sayang Itu Akan Kembali Pada Mu.
*"APA YANG PENTING KERJASAMA"
Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.Kehidupan ini BERPASANGAN "Siang Malam, Baik Buruk, Lelaki Perempuan, Susah Senang dll" Kalau Tanpa INI, bagaimana kita nak merasa/mengenal erti hidup DIDUNIA ?
-Tanpa SAKIT kita tak akan dapat merasa nikmat SIHAT.
-Tanpa KERJASAMA kita tak akan dapat rasa KASIH SAYANG.
P/S:
"La ni susahkan kita nak jumpa calon Suami/isteri yang baikkan ?"
CUBA FIKIR SEJENAK,
Kita mengharap yang terbaik ke kita usaha yang terbaik untuk diri sendiri ?
Ingat,
"walaupun kita dapat miliki yang terbaik tapi kalau diri kita tak berusaha yang terbaik, DIRI KITA TAK AKAN MENGENALI APA ITU KEBAIKKAN dan Mampukah kita merasa kebaikkan itu ?". MULAKAN DENGAN DIRI SENDIRI DULU, MEMBERI DAN MENGENALI APA ITU KEBAIKKAN.
Klik Sini: Cari Jodoh, SinarMawaddah, Tazkirah
Lampiran Oleh: Azriey SinarMawaddah at 5/16/2011 11:23:00 PM 1 Komen disini
Monday, February 07, 2011
Renungan | Cinta Dan Kasih Sayang |

Saya - Awak, Awak sayang IBUBAPA awak tak ?
Awak - Ye la sayang sangat2.
Saya - Kalau awak sayang kenapa Awak boh gmbr dlm fb yg MENDEDAHKAN AURAT ?
Awak - Eh! Biarlah, bkn salah pun.Syg bkn kat dedah aurat tanda xsayang.
Saya - ia mengaibkan diri awak dan ibubapa awk & BERDOSA... "Bukankah mengaibkan itu tanda awak tak sayang pada ibubapa ?
JAGA HUKUM ADALAH TANDA KITA SYG IBUBAPA KITA.
_______________________________________________________________________
RENUNGAN DIRIKU :
JANGAN kita kedekut nk sampaikan ilmu yg kononnya BANGGA DULU blajar sampai luar negara.
CTH: "xkan mudah2 AKU nk bg ILMU kat org, BYK CANTIK p blajar sndr la".
Maka rugilah org itu krn ilmu bkn HAK MILIK MANUSIA, ia hanya pinjaman yg diberi Allah... ingat!!! KLU JATUH BILIK AIR PN, BOLEH AKIBATKAN HILANG INGATAN... XPE...RLULAH BERBANGGA DAN KEDEKUT.
______________________________________________________________________
SEMUA org mahu diri disygi, tp ingtlah cinta dan sayang akan hadir jika pandai mengemudi diri dgn " APA YG KAU BERI KAU AKAN MENERIMA ".
-Bertuturlah dengan BAHASA yg baik2 walau dimana "JGN SUKA MENCARUT2"
-Berpakaianlah dengan menutup AURAT walau dimana "TERMSK DLM LAMAN SOSIAL"
JIKA MAMPU LAHIRKAN ZAHIR BATIN SUCI PASTI KESUCIAN AKAN KEMBALI PADA KITA.
______________________________________________________________________
Orang yg menyintai kita ialah org yg menerima kita SEADANYA.
*Klu dirinya ckp syg, tp byk komen kekurangan kita "itu xkena ini xkena" org itu namanya MEMILIH.
*jika org itu pilih pd kecantikkan dan harta itu bkn dipanggil MEMILIH, namanya memandang KEDUNIAAN.
...
Dua ciri ni BUKAN MENYINTAI kita, MUNGKIN ADA RAHSIA DISBLK PERTEMUAN "hati2"...CARILAH YG MENYINTAI SEADANYA..
_______________________________________________________________________
Orang yg berjaya ialah org yg sabar hadapi ujian dan blajar dari ujian itu... Setiap UJIAN ada jwpn POSITIF bukan NEGATIF dan ia adalah untuk kebaikkan hari esok2nya...
_______________________________________________________________________
SELALU ORG MEMINTA DIMAAFKAN BILA DIRI RASA BERSALAH, TP SETELAH DIRI DIMAAFKAN TERLUPA PULA PD KESILAPAN YG SERING DIULANGI DAN MASIH TERUS DGN PERBUATAN LAMA..RUGILAH KRN KEMUNGKINAN KEMAAFKAN UNTUK KALI KEDUA XKN SAMA KEIKHLASAN MAAF YG PERTAMA..HARGAILAH DAN JGN ULANGI.
_______________________________________________________________________
Apabila sudah berjaya, SELALU ORG RASA DUNIA ANA YG PUNYA. Bila jumpa kwn2 yg tak berjaya, perkataan yg sering didengar "TU LAH HG, LEN KALI BLAJAR MCM AKU NI, TENGOK AKU SEKARANG DAH BERJAYA!".
P/S: Jgn sesekali ckp begitu "BERDOSA".INGAT SEMUANYA DARI ALLAH BKN DR KAMU @ USAHA KAMU. BILA2 MASA ALLAH BLEH AMIK BLK. JGN RIAK, BRSYUKURLAH & ADA HIKMAH PD YG XBERJAYA BERKEMUNGKINAN USAHANYA LEBIH DARI KAMU YG BERJAYA.
_______________________________________________________________________
DUIT boleh beli UBAT, Tapi DUIT tak boleh beli KESIHATAN,
Duit boleh beli KEMEWAHAN, Tapi DUIT tak boleh beli KEBAHGIAAN.
_______________________________________________________________________
Kalau AKU dpt Isteri SOLEHAH mesti bahagia kan ?
Ya! InsyaAllah tp HG mestilah SOLEH dulu :)
TIDAK AKAN MILIKI KASIH SAYANG KLU DIRI TAK PENYAYANG,
KASIH SAYANG BERMULA PADA DIRI SENDIRI BUKAN PADA PEMBERI | KEKASIH |
Jom! mulakan dengan diri kita... INSYAALLAH
______________________________________________________________________
Kenapa hg sayang kat dia?
Aku sayang dia sbb dia pandai jaga hati aku, pandai pikat aku dan pandai tenangkan jiwaku.
NAMPAK TAK CINTA KASIH SAYANG ITU DIHATI BKN DIWAJAH @ DIHARTA ? Padahal semua sama je maksud ayat diatas " MEMIKAT HATI" hehe!
Sama2lah kita cuba sedaya upaya PELIHARA BAHASA DLM PERCAKAPAN UNTUK TERUS DEKAT DIHATI "DISAYANGI"... InsyaAllah....
______________________________________________________________________
Bagaimana nk miliki CINTA ?
1. Cintalah pd pencipta "ALLAH"
* MEMPELAJARI ILMU AGAMA DAN PATUH.
2. Dlm masa yg sama Cintalah pd yg MENYINTAI "Ibubapa dan ahli keluarga"
* Berilah kasih syg dgn penuh keberkatan.
3. Barulah Cinta pd yg DICINTAI "kekasih"
* pasti kehadiran CINTA itu akan terasa disinari KASIH SAYANG sebenar.
| Belum cuba belum tau, cubalah... |
Klik Sini: Cari Jodoh, Gambar Mutiara Kata, SinarMawaddah
Lampiran Oleh: Azriey SinarMawaddah at 2/07/2011 01:15:00 PM 0 Komen disini
Tuesday, October 05, 2010
SinarMawaddah - Adikku Pandai Menari
JANGAN WARNAKAN SI KECIL YANG SUCI PUTIH BERSIH DENGAN WARNA HITAM KELAK SUSAH UNTUK DIWARNAKAN DENGAN WARNA2 YANG INDAH.
Indahnya hidup jika kita menghargainya dengan keberkatan.
Berkasih Sayang Perintah Allah
Diantara Sifat Allah
Kasih Kepada Hamba-nya
Allah Sangat Sayang Kepada Hamba Yang Berkasih Sayang
Jalinkahlah Kasih Sayang Untuk Keredhaan-nya
Klik Sini: SinarMawaddah, Video Kasih Sayang
Lampiran Oleh: Azriey SinarMawaddah at 10/05/2010 09:53:00 PM 0 Komen disini
Monday, August 30, 2010
Berkasih Sayanglah Sebelum Dijemput Pulang | Merdeka!!! |
Assalammualaikum, Salam Ramadhan Salam Menyambut Hari Kemerdekaan. Apa khabar iman ? Apa khabar diri kita dengan kasih sayang, adakah masih dengki mendengki? Harap dapat kita elakkan dalam diri kita sebaik mungkin dari sikap negatif.
Ingatlah kehidupan kita diduniawi ini hanya sementara bukan kekal abadi. Kita Pasti akan dijemput pulang (Mati).Bukan fantasi mimpi tapi ia realiti. Semua orang tahu kan, tapi kenapa sia²kan kehidupan ini ? Merdekakah jiwa hati kita ? Apa yang saya nampak dunia sekarang hilang kasih sayang. Lihatlah contoh di akhbar dan orang² terdekat dengan kita zahirkannya.
Adik bradik tak bersatu hati, Jiran tak bertegur sapa dan yang lebih menyedihkan anak sanggup pukul mak. Inikah perjuang² negara masa depan? Salah siapakah semuanya ini? Bukankah salah kita tak membentuk generasi bermula dari membentuk diri kita sendiri? Perlukah kita biarkan ianya berterusan sehingga suatu hari nanti berkemungkinan tiada langsung nilai kasih sayang ? Inikah Kemerdekaan, jika antara yang terdekat pun tak bersatu hati dan tiada berkasih sayang, bagaimana pula satu negara satu Malaysia ?
Sama²lah kita fikir²an yang terbaik untuk kehidupan kita. Jangan biarkan hati kita terus dijajah dengan sifat pemarah, irih hati dan sebagai. Pupukkanlah kasih sayang, bermula sekarang ( bagi yang hatinya KERAS) biar perlahan jangan tak berjalan. Tak rugi kita berbakti kepada diri sendiri dan insan dibumi kerna kita tak kekal disini pergi tak kembali. Jangan sia²kan sisa² kisah hidup dengan kerugian... Carilah yang kekal abadi untuk kesana... Fikir²lah
1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 malaysia dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu 1 Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
Klu ada yang baik, sama² kita manfaat dan yang salah harap sama² dapat tegur dari tulisan saya.
Klik Sini: Merdeka kah ?, SinarMawaddah, Tazkirah
Lampiran Oleh: Azriey SinarMawaddah at 8/30/2010 05:55:00 AM 2 Komen disini
Saturday, July 17, 2010
Kasih Sayang | Hiburan Paling Berharga |
Renungan untuk saya,
Diri ini, jika tiada siapa pun mempedulikan @ memberi kasih sayang mesti akan kucar kacir corak kehidupan dan ketenangan mesti nampak pada pekara² negatif sebagai jalan penyelesaian, walaupun dilengkapi dengan hiburan yg mengasyikkan seperti "play station, FACEBOOK dll" sehinggalah duit beribu berjuta skalipun hati mesti tak rasa kebahgiaan dan ketenangan. Betul tak ? Disini bukankah kasih sayang itu hiburan yang paling berharga ?
Lihat bukit, disebabkan manusia fikir duit (nafsu) dan tak memperdulikan kasih sayang apa akan terjadi kelak ? Pasti ia akan musnah dan kemungkinan ramai yang akan mati dibawahnyakan...
Kasih sayang bukan seperti ANAK KU SAZALI, bukan harta kekayaan sahaja perlu dirasakan telah terlaksana kasih sayang, menegur kesalahan anak, memberi ilmu, keperitan bekerja mencari rezeki yg halal, bawa anak jalan², membelai wajah anak, senyum pada anak, selalu mengusik manja dll dengan penuh keikhlasan juga adalah kasih sayang.
Dari pengalaman saya pula, Dulu masa kecil² saya ni seorang yang minat sangat pada haiwan. Saya bela burung gembala kerbau dan ayam sabung. Sungguh jinak haiwan² ini disisi saya, sehingga bila saya pulang dari sekolah je mesti burung gembala kerbau ini bunyi dan ayam sabung lari menghampiri saya malah jika saya lepas burung dari sangkarnya ia tak kemana melainkan disisi saya je... Lihat, semua orang tahukan haiwan² begini semestinya liarkan ? Tapi bila kita belai @ main dia hari² dengan kasih sayang pasti dia sayang dan kenal siapa tuannya.
Nama pun haiwan, satu hari tu saya balik kampung atok selama seminggu dan bila balik kerumah, saya hairan kenapa ayam & burung ni dah tak macam selalu. Kalau tidak tu, pantang nampak saya je mesti riuh rendah... Itulah ingatan haiwan, terhad dan mudah lupa. Disitu saya belajar sedikit pengalaman erti kasih sayang perlu diterap selalu... Bagaimana kita pada manusia ? Renung²kan...
p/s: Kalau manusia, mesti akal fikiran INGATAN BERPANJANGAN ( Tak mudah lupa) bila kasih sayang dicurahkan ? Tambah pula bila selalu disemai dan dijaga kasih sayang mesti erat dan tiada kes² negative akan berlaku dan pasti aman damai dunia inikan…
Harimau pun kalau kita beri kasih sayang "seperti d'sarkes" jinak pada manusia dan tuannya berani mendekatinyakan ?
Disini nampak tak, kasih sayang itu amatlah penting dalam hidup ini. Marilah kita sama² pupuk diri semai kasih sayang dihati. Cuba ambil sedikit masa, renung bertapa hebatnya kasih sayang pada diri dan kehidupan. Cuba fikir juga, jika tanpa kasih sayang, apa akan terjadi sebaliknya. Mesti akan buatkan anda terasa amat takut tanpa kasih sayang pada dunia akan datang. Jadi janganlah kita hancurkan kasih sayang ini dari muka bumi. Bangkitkan kembali kasih sayang untuk kesejahteraan dunia ini…
Klik Sini: Cari Jodoh, Kisah Teladan, SinarMawaddah
Lampiran Oleh: Azriey SinarMawaddah at 7/17/2010 10:48:00 AM 0 Komen disini
Saturday, July 10, 2010
Damaikan Sebuah Persahabatan
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran. Seorang sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami. Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang - kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
*Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
*Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
*Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
*Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah…?
*Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita…
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…
Jadilah kita sahabatnya itu….
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan...
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan...
Kita tidak tahu…
Tetapi
jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu…


Klik Sini: Gambar Mutiara Kata, Persahabatan, SinarMawaddah
Lampiran Oleh: Azriey SinarMawaddah at 7/10/2010 07:49:00 PM 0 Komen disini
Wednesday, May 19, 2010
Janganlah Kita Bersifat Sombong Dan Angkuh Sesama Manusia
Dan janganlah kamu memalingkan muka kamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. [Surah Luqman:18]Beberapa panduan daripada Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh.
1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..
5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.
6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.
Klik Sini: Kisah Teladan, SinarMawaddah, Tazkirah
Lampiran Oleh: Azriey SinarMawaddah at 5/19/2010 11:07:00 PM 0 Komen disini
Tuesday, January 19, 2010
Perempuan Yang Aku Sayang

Perempuan yang aku sayangi
Adalah pencinta agama Tuhannya
Yang mengalir cinta, takut dan harap
Pada yang menguasai perjalanan penghidupannya
Dari waktu ke waktu
Dari hari ke hari
Sehingga perjanjian
Di antara jasad dan nyawanya berakhir
Adalah perempuan yang di mata dan wajahnya
Terpancar sinar Nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Di sudut hati kecilnya
Sentiasa membesarkan Allah
Yang menutup auratnya
Dari pandangan mata lelaki ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Disanjung tinggi
Penduduk langit dan bumi
Adalah yang mendekatkan
Hatiku yang telah jauh
Kepada Ar-Rahman, Ar-Rahim
Namun aku tidak ada di sana
Kerana aku dilamar kebendaan dunia
Yang bersyukur pada yang ada
Yang bersabar pada yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Yang tidak bermata benda
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Yang menjadi pelita untuk putera puteriku
Yang bakal dilahirkan untuk menyambung
Perjuanganku dibelakang hari
Perempuan yang selalu
Berada di dalam doaku
Adalah engkau, isteriku
Zaman sekarang, orang dah tak tanya berimankah sifulan² yang ingin berkahwin dengan anaknya... Yang selalu ditanya, kerja apa gaji berapa???? betul tak?

Kejadian memilukan itu berlaku petang 7 Januari lalu sejurus Abdul Rahman Talib, 57, yang baru dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan kaki di rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.
Anak lelakinya yang berusia 30 tahun bertindak demikian selepas mendapat tekanan daripada isterinya yang enggan menerima semula kehadiran bapa mentuanya dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.
“Saya hanya minta dia hantar ke pekan Kangar walaupun menyedari tiada arah dituju sebelum dia meninggalkan saya di tepi jalan raya berhampiran sekolah itu,” kata Abdul Rahman ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, ketika itu, dia hilang arah dan merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah sebelum mengambil keputusan tidur di pondok bas berhampiran pada malam berkenaan.
Abdul Rahman berkata, keesokannya, anaknya datang menemuinya yang disangka menyangka mahu menjemputnya semula selepas menyesal dengan perbuatan berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, andaian itu meleset sama sekali kerana anaknya cuma datang untuk menghantar basikal miliknya bagi memudahkannya bergerak.
“Menitis air mata saya ketika melangkah kaki keluar dari kenderaan milik anak saya kerana tak menjangka dia tergamak melakukan perbuatan ini selepas saya memelihara dan menjaganya bagaikan menatang minyak yang penuh,” katanya.
Menurutnya, pada hari kedua selepas dibuang anaknya, dia bernasib baik apabila bertemu seorang kenalan di belakang sekolah terbabit yang bermurah hati mempelawa bermalam di rumahnya.
Katanya, sejak tiga malam lalu, dia bertuah dapat menumpang berteduh di rumah berkenaan, tetapi tidak tahu berapa lama kenalannya itu mampu menumpangkan di rumahnya.
Mengulas kejadian itu, Abdul Rahman, bekas nelayan dari Kampung Belat Batu, Kuala Perlis berkata, dia sebelum ini menetap seorang diri di Pulau Langkawi selepas berpisah dengan bekas isterinya, Halijah Othman, iaitu ibu kepada anak lelakinya itu.
“Saya bekerja sebagai pembantu kedai makan di pekan Pokok Asam, Langkawi selama lima tahun, tapi anak saya ini minta saya pulang ke rumah menetap dan bekerja bersamanya.
“Lagipun, rumah berkenaan dibeli menerusi duit pampasan rumah yang dibina hasil titik peluh saya sendiri ketika menjadi nelayan satu ketika dulu. Rumah lama kami diambil kerajaan bagi pembinaan landasan kereta api,” katanya.
Abdul Rahman berkata, sebelum ini dia menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Langkawi, tetapi bantuan terbabit dihentikan selepas dia mengambil keputusan pulang dan menetap bersama anaknya sejak sebulan lalu.
Katanya, selepas menetap di situ, anak dan menantunya mula menunjukkan sikap dingin, malah dia terpaksa pergi seorang diri ke HPP untuk menjalani pembedahan jantung selepas pengsan di stesen bas di sini.
“Ketika bertarung dengan maut di HPP selama empat hari, anak dan menantu langsung tak menjenguk dan saya beranggapan mereka mungkin sibuk dengan perniagaan makanan yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.
“Saya terkejut dan hampir tak percaya apabila anak saya itu minta saya keluar apabila pulang ke rumahnya,” katanya.
Abdul Rahman mempunyai seorang lagi anak perempuan yang sudah berkahwin dan kini menetap di Langkawi.
Difahamkan, kakitangan JKM Perlis datang mengambil warga emas itu di pondok bas berkenaan kira-kira jam 7 malam tadi dan dibawa Rumah Kebajikan Batu Bertangkup di Beseri dekat sini.
Oleh Rashidi Karim
am@hmetro.com.my
2010/01/13
Klik Sini: Cari Jodoh, SinarMawaddah
Lampiran Oleh: Azriey SinarMawaddah at 1/19/2010 09:01:00 AM 2 Komen disini
Wednesday, January 06, 2010
Bersatu Dibawah Satu Bumbung Amal
Tak mau cerita panjang jomm!!! kita layan gambar² ni jelah noh… Layannn…
Haa! yang ni paling cool, muka bulat rambut bulat...tengok kak yang belakang tu, tersenyum sempoi je!
Aduhai! si kecil dengan karenah. Susah betul nak bagi hensem.Malu nak tengok cermin takut terhensem lebih dari Beckham.
Klik Sini: Fashion Rambut, SinarMawaddah
Lampiran Oleh: Azriey SinarMawaddah at 1/06/2010 08:37:00 AM 0 Komen disini
Tuesday, December 22, 2009
Kau Dan Aku Tiada Beza | Kita Dan Kehidupan |
Kehidupan kita ni tiada beza, janganlah kita sombong pada manusia dan semua ciptaan... Tersentuh hati pabila seorang Ustaz kata,
Janganlah belagak sombong kerana dengan semut pun kita tak mampu menandingi. Kita tetap ada kelemahan tak setanding semut yang sentiasa berkejasama... ( kena gigit semut pun sakit, kira tak kuat dan tak bleh blagak sombong lagi la tu)
Adakah kita setanding ikan dilaut ? Mampu melawan (menahan sakit) mata kail sehingga susah untuk didaratkan. Kalau kita ? usah kata mata kail, kena jarum doktor pun takut (tak mampu tahan sakit)... Renung²lah...
Selalu orang mengeluh, AKU TAK HENSEM AKU TAK CANTIK SIAPA NAK PANDANG SIAPA NAK ? tiada beza kau dan aku dan dengan sesiapa pun. Cuba renung dan fikir,
Kalau seorang perempuan cantikkkkkkkkkk sesangatlah cantikkkkkkk nih, korek taik hidung depan orang ramai @ mak mertua. Apa orang nak kata ? mesti orang kata "eee hodoh sangat aih! dia nih".
Disini dapat menggambarkan tiada beza kau dan aku. Allah maha pengasih maha penyayang, semua orang cantik jika Akhlaknya cantik... Kecantikan bukan pada pandangan wajah...
Dalam memilih TEMAN janganlah kerana:
*KELEBIHANNYA, krn mungkin dgn 1 KELEMAHAN, kau akan MENJAUHINYA...
*KEBAIKANNYA, krn dgn 1 KEBURUKAN, kau akan MEMBENCINYA...
*ILMUNYA, krn apabila dia BUNTU, kau akan MEMFITNAHNYA...
*CERIANYA, krn andai dia MURAM, mungkin kau akan MENJAUHINYA...
Andai kau ingin berteman.....TERIMALAH dia seadanya kerana ALLAH dan dia juga MANUSIA BIASA SEPERTIMU...
P/s: Musuh manusia tiada yang lain hanya satu iaitu SYAITAN...

Klik Sini: Cari Jodoh, Persahabatan, SinarMawaddah, Tazkirah
Lampiran Oleh: Azriey SinarMawaddah at 12/22/2009 02:06:00 AM 5 Komen disini
Thursday, November 05, 2009
Anugerah Luzriq Kepada SinarMawaddah
Terima Kasih Pada Luzriq "Boolah"Saiz sebenar Kaligrafi Mohor ini 9000 x 9000 pixels dan gambar asal lebih cantik dari yang saya pamirkan dalam blog ini. Nak dipamirkan disini terlalu besar. Jika ada sahabat² yang ingin mengenali Boolah kaligrafi & fotografi, saya tinggalkan linknya disini. InsyaAllah pasti berpuas hati dengan hasil kerjanya...
Fotografi Hasbullah
Sahabat yang menegur itu lebih baik dari sahabat yang memuji kita...
Klik Sini: SinarMawaddah
Lampiran Oleh: Azriey SinarMawaddah at 11/05/2009 07:59:00 AM 5 Komen disini



























.jpg)



