1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Tuesday, December 22, 2009

Kau Dan Aku Tiada Beza | Kita Dan Kehidupan |

Renung hikmah dari adik ni "tiada beza kau dan aku dik"
Kehidupan, makin kita cari jawapan makin kita rasa lemahnya diri kita. Teringat kata² Ustaz, sekelip mata kita, ada kita bersyukur ? Kalau diberhentikan mata kita dari berkelip apa akan terjadi ? Lemahnya kitakan ?

Kehidupan kita ni tiada beza, janganlah kita sombong pada manusia dan semua ciptaan... Tersentuh hati pabila seorang Ustaz kata,

Janganlah belagak sombong kerana dengan semut pun kita tak mampu menandingi. Kita tetap ada kelemahan tak setanding semut yang sentiasa berkejasama... ( kena gigit semut pun sakit, kira tak kuat dan tak bleh blagak sombong lagi la tu)

Adakah kita setanding ikan dilaut ? Mampu melawan (menahan sakit) mata kail sehingga susah untuk didaratkan. Kalau kita ? usah kata mata kail, kena jarum doktor pun takut (tak mampu tahan sakit)... Renung²lah...

Selalu orang mengeluh, AKU TAK HENSEM AKU TAK CANTIK SIAPA NAK PANDANG SIAPA NAK ? tiada beza kau dan aku dan dengan sesiapa pun. Cuba renung dan fikir,

Kalau seorang perempuan cantikkkkkkkkkk sesangatlah cantikkkkkkk nih, korek taik hidung depan orang ramai @ mak mertua. Apa orang nak kata ? mesti orang kata "eee hodoh sangat aih! dia nih".
Disini dapat menggambarkan tiada beza kau dan aku. Allah maha pengasih maha penyayang, semua orang cantik jika Akhlaknya cantik... Kecantikan bukan pada pandangan wajah...

Dalam memilih TEMAN janganlah kerana:

*KELEBIHANNYA, krn mungkin dgn 1 KELEMAHAN, kau akan MENJAUHINYA...

*KEBAIKANNYA, krn dgn 1 KEBURUKAN, kau akan MEMBENCINYA...

*ILMUNYA, krn apabila dia BUNTU, kau akan MEMFITNAHNYA...

*CERIANYA, krn andai dia MURAM, mungkin kau akan MENJAUHINYA...

Andai kau ingin berteman.....TERIMALAH dia seadanya kerana ALLAH dan dia juga MANUSIA BIASA SEPERTIMU...

P/s: Musuh manusia tiada yang lain hanya satu iaitu SYAITAN...

5 Komen disini:

Kamsiah said...

salam..
sentiasa lah merendah diri..ikhlas dlm segalanya..tidak membeza2kan..

Azriey SinarMawaddah said...

wslm, betul tu. semoga kita dapat semai peribadi yang lebih baik dengan keikhlasan... :)

zuwairiaiman said...

wah,, blog menarik.. suke bace... you pandai tulis.. terharu bace.. jgn stop dgn ape yg u tulis.. keep up the good work

Ibnu Ali said...

salam,

Budak sekolah dalam gambar ni ape kes? Ceritalah.

Azriey SinarMawaddah said...

zuwairi - Terima kasih. InsyaAllah sy cuba...

Ali - Rasanya sramai yg dah tahu kes budak ni. dalam tv pun kerap tunjuk gmbr dia dan awk pun nampakkan keadaan dia? jd tak perlu sy tulis cerita pasal dia sbb sy takde bukti yg sahih takut nnt tersalah cerita. Lampiran saya bermaksud TIADA BEZA ANTARA KITA SEMUA MAKLUK CIPTAAN ALLAH, walau cacat @ sempurna sifat...

Apa² pun terima kasih :)

Kembali ke Halaman Utama