1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Friday, December 04, 2009

Lawak Yang Mendalam... | Jom! Baca |

Saya suka dengan ayat² akhir cerita ini, jadi saya pun lampirkan disini :)

Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini.... kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...


Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu...


Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:

"Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat"....

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....

Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah...

" Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "

" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan???

Kenapa gelak tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak????

Wallahualam..
Sumber:
chegubard@freeanwar.com

6 Komen disini:

Faarihin said...

Salam..
saya pernah baca pasal ni..
bagus betul siapa yang buat ni..
menyedarkan kita sendiri sebenarnya..
adakah kita benar-benar menyintai islam ataupun munafik saje? nauzubillah... jauhkanlah sifar munafik itu dari kita semua..

tapi kadang2 terlalai juga..
hmm.. T__T

Azriey SinarMawaddah said...

Faarihin ni kekadang nakal je lebih.bukan xbleh bentuk diri, boleh tp saje dia je.kekdang smpai kita tegur pun dia masih di awan²ngan lagi.

klu dah baca tu, smpaikanlah melalui blog faarihin pula :)

Mawar_berduri said...

salam azriey,
mmm...memang pada dasarnya ramai yang mengaku Islam..tapi hakikatnya Islam pada nama...sebab dilahirkan sebagai anak orang islam......

Azriey SinarMawaddah said...

tu la banyak yg mcm tu, sama²lah kita membentuk diri menjadi yg lebih baik untuk generasi kita kelak... mudah²an generasi kita kelak x jd islam pada nama sj....

Shamsuri said...

Wei,kisah ni aku pernah dengar dah, Tapi aku rasa ni bukan lawak la..
islam pun suruh kita elakkan diri dari kebinasaan dan fitnah.

Azriey SinarMawaddah said...

maksud disini saiko je lah, ayat sindir dan nk bg org baca serta renung²kan... klu bahasa terang², nnt org xkn baca dan fikir....

p/s: tafsiran masing²lah, aku sekadar berkongsi dan ini memang dr 4wd email.ramai dah baca... :)

Kembali ke Halaman Utama