1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Wednesday, December 16, 2009

Nak cari kayu | Lawak Seorang yang Ikhlas |

Nak cari kayu nak cari kayu, aduhaiii!!! bukan senang nak senang bukan susah nak susah. Jom! layan cerita dongeng nih. Terhibur pula rasa hati bila terbayang gelagat si pencari kayu nih...

Alkisah diceritakan dalam hikayat satu hari satu malam maka tersebutlah kisah seorang pencari kayu. Adapun si pencari kayu ini terkenal dengan sifat jujurnya lagi ikhlas. Beliau tinggal dipinggir hutan bersama isteri tersayang, hidup bahagia walaupun tiada cahayamata.

Suatu hari,ketika pencari kayu sedang menebang sebatang pokok di
tepi sungai dengan tak semena-mena terlepaslah kapak besinya ke dalam
sungai. Si pencari kayu berasa sedih kerana satu-satunya kapak yang
merupakan hartanya telah hilang dalam sungai yang dalam itu.

Tiba-tiba muncul menjelma seorang pari-pari dan bertanya pada si
pencari kayu,"Mengapa bermuram durja wahai tuan hamba?". Si pencari kayu
pun memberitahu keadaan hal yang berlaku.Pari-pari tadi turun ke
dalam sungai dan muncul dengan membawa kehadapan pencari kayu sebilah kapak
emas.

"Adakah ini kapak milik tuan hamba?",tanya pari-pari.
"Bukan...",jawab si pencari kayu ringkas.
Pari-pari turun semula ke dalam sungai dan kembali dengan membawa kapak
dari perak.
"Yang ini tuan hamba punya?",tanya pari-pari lagi.
"Bukan yang ini",jawab si pencari kayu.
Sekali lagi pari-pari turun ke dalam sungai kali ini membawa kapak
dari gangsa.
"Err..mungkin yang ini?,duga pari-pari.
"Pacal yang hina ini tidak mempunyai kapak yang bernilai
ini",jawab si pencari kayu jujur.

Akhirnya pari-pari turun ke dalam sungai dan naik memegang kapak besi
milik si pencari kayu. "Ya,inilah kapak hamba yang terjatuh ke dalam
sungai tadi". Gembira dengan sifat kejujuran si pencari kayu, maka pari-pari memberi
kesemua ke empat-empat kapak kepada si pencari kayu.
Si pencari kayu pulang ke rumah begitu gembira sekali.

*******

Selang beberapa tahun,si pencari kayu dan isteri berjalan di tepi sungai
menuju ke pekan.Si isteri tersadung kaki pada batu lalu terjatuh ke
dalam sungai tidak timbul-timbul.Maka meratap menangis si pencari kayu
atas kehilangan isteri tercinta.
Pari-pari muncul lagi lalu bertanya akan hal keadaan yang menimpa si
pencari kayu. Dengan nada sedih beliau berkata,"Isteri hamba jatuh ke
dalam sungai tidak timbul-timbul...".

Dengan segera pari-pari turun ke dalam sungai kembali bersama-samanya
Siti Nurhaliza.

"Ini isteri tuan hamba?,"tanya pari-pari menduga.
"Yes..yes",jawab si pencari kayu.
Pari-pari begitu marah",Penipu,pembohonggg....,nah terima baaa...",belum
sempat pari-pari habis menyumpah,si pencari kayu
berkata,"Maafkan hamba!Bukan niat hamba berbuat demikian.Ini hanya salah
faham".

"Jikalau hamba berkata 'TIDAK',tentu tuan hamba akan muncul dengan Maya Karin dan selepas itu Normala Shamsuddin. Akhirnya jikalau tuan hamba muncul bersama isteri hamba dan hamba kata 'YA" tentu tuan hamba akan memberi ke empat-empat mereka kepada hamba sedangkan hamba cuma seorang pencari kayu yang miskin. Sebab itulah hamba kata 'YA'!!!". terang si pencari kayu ikhlas.

hehehehe! amacam boleh ke jadi macam dia ? jujur dan fikir jauh dalam membuat keputusan. Renung²kan dan semoga terhibur...

3 Komen disini:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

salam azriey ,
Pencari kayu ni pandai btol bermain ngan kata2..huhu...

MajlisZikrullah said...

Dulu aku baca citer ni melalui komik Doraemon.Walaupun pengajaran dia Jangan tamak tapi org putih ni dia ada satu slogan iaitu "GREED IS GOOD"

Azriey SinarMawaddah said...

wslm wati (mawar berduri) :), betul² betul dia berfikir dulu sblm ckp. seperti kata pepatah, telajak perahu boleh ditarik telajak kata padah binasa. jd sblm berkata² fikir dulu hehehe!

shamsuri (majliszikrullah):
ehh! mcm tak logik ja bila hg kata dr buku doreamon. doremon hanya tahu fantasi alatan dan xlogik dik akal, ini fantasi kejujuran dan logik ( disbbkn ia jujur berkata dpt balasan yg tak diduga "kita pun berkemungkinan" dan fantasinya pula, ditipunya pula sbb takut jujurnya dibalas diluar kemampuannya...)

aku tak pecaya klu buku komik doraemon dan nobita boleh sampai msj mcm nih.

p/s: pengajaran, dia bukan seorang yg tamak sbb tu dia tak terima kapak emas... dan berkata sitinurhaliza bini dia... renung skali lagi...

doraemon xkenal sitinorhaliza, maya karin dan normala shamsudin... hehehe!

Kembali ke Halaman Utama