1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Monday, August 30, 2010

Berkasih Sayanglah Sebelum Dijemput Pulang | Merdeka!!! |

Assalammualaikum, Salam Ramadhan Salam Menyambut Hari Kemerdekaan. Apa khabar iman ? Apa khabar diri kita dengan kasih sayang, adakah masih dengki mendengki? Harap dapat kita elakkan dalam diri kita sebaik mungkin dari sikap negatif.


Merdeka! Merdeka! Merdeka! Satu laungan semangat perjuangan yang berkobar² dan ramai yang tak mau lepaskan peluang pi menyambut hari kemerdekaan tapi disitu semangat Merdekakah @ semangat tengok bunga api ? Merdekakah Hati (diri) kita @ hanya negara sahaja yang capai keMerdekaan dengan perjuang berjuang bersungguh² menentang musuh?

Lihatlah apa yang telah terjadi dengan kehidupan sekarang, Ya! negara kita sudah Merdeka dengan berjuangnya perjuang² Negara tapi adakah kemerdekaan diri diperjuangkan? Kenapa biarkan hati terus dijajah? Kenapa saya kata begini, Lihatlah renunglah kehidupan disekeliling kita sekarang macam mana... Apa dah jadi?

Ingatlah kehidupan kita diduniawi ini hanya sementara bukan kekal abadi. Kita Pasti akan dijemput pulang (Mati).Bukan fantasi mimpi tapi ia realiti. Semua orang tahu kan, tapi kenapa sia²kan kehidupan ini ? Merdekakah jiwa hati kita ? Apa yang saya nampak dunia sekarang hilang kasih sayang. Lihatlah contoh di akhbar dan orang² terdekat dengan kita zahirkannya.

Adik bradik tak bersatu hati, Jiran tak bertegur sapa dan yang lebih menyedihkan anak sanggup pukul mak. Inikah perjuang² negara masa depan? Salah siapakah semuanya ini? Bukankah salah kita tak membentuk generasi bermula dari membentuk diri kita sendiri? Perlukah kita biarkan ianya berterusan sehingga suatu hari nanti berkemungkinan tiada langsung nilai kasih sayang ? Inikah Kemerdekaan, jika antara yang terdekat pun tak bersatu hati dan tiada berkasih sayang, bagaimana pula satu negara satu Malaysia ?

Sama²lah kita fikir²an yang terbaik untuk kehidupan kita. Jangan biarkan hati kita terus dijajah dengan sifat pemarah, irih hati dan sebagai. Pupukkanlah kasih sayang, bermula sekarang ( bagi yang hatinya KERAS) biar perlahan jangan tak berjalan. Tak rugi kita berbakti kepada diri sendiri dan insan dibumi kerna kita tak kekal disini pergi tak kembali. Jangan sia²kan sisa² kisah hidup dengan kerugian... Carilah yang kekal abadi untuk kesana... Fikir²lah

| Apa yang penting kerjasama |

1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 malaysia dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu 1 Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...

Klu ada yang baik, sama² kita manfaat dan yang salah harap sama² dapat tegur dari tulisan saya.
Perjalanan kisah kasih Azriey Sinarmawaddah

Thursday, August 26, 2010

Surat Seorang Ibu | Mesti Tonton |

Seorang ibu boleh besarkan anak tanpa keluhan dan memberi kasih sayang penuh kegembiraan serta keikhlasan tapi balasan anak pada ibu penuh dengan kekecewaan... Sedih sangat video ni, janganlah kita jadi ANAK DERHAKA dengan manis berkata² dimasa kecil dan bila tercapai kejayaan tinggi langit lupa daratan......

Jasa Bonda walau siapa pun kita, tinggi mana
pun ilmu @ kedudukan kita janganlah sesekali lupa pada ibu kerana
disisinya ada keberkatan hidup kita...

Hayatilah video ini dan semoga kita mampu jadi anak yang soleh dan solehah... Aminn..

Wednesday, August 18, 2010

Adik Darwisha Adriana Hafal Al-Quran

Majlis sambutan ulangtahun PUSAT PENDIDIKKAN AL-BARAKAH USTAZ KAZIM ini juga turut dimeriahkan dengan kunjungan Adik Darwisha iaitu seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun yang boleh menghafal beberapa juzuk Surah Al Quran. Pengunjung pada hari itu dapat menyaksikan sendiri Adik Darwisha yang ditemani oleh ibu bapanya menghafal sebuah surah sambil diperhatikan oleh YAB menteri besar dan isteri. Pengunjung juga berpeluang untuk mengetahui rahsia adik Darwisha ini dalam sesi soal jawab yang diadakan di dalam Dewan Al Ghazali selepas itu.

di PUSAT PENDIDIKKAN AL-BARAKAH USTAZ KAZIM ...


Video Bacaannya panjang | DAPATKAN VCD DIPASARAN |

Video dibawah ni bersama Ustaz Kazim... Alhamdulillah kagum sangat dengar bacaannya...


Youtube SinarMawaddah
http://www.youtube.com/sinarmawaddah

Maklumat Lanjut Adik Darwisha:
Blog Adik Darwisha

http://darwishndarwisya.blogspot.com
Video Youtube Adik Darwisha
http://www.youtube.com/mazlinakarim

Bersyukurkah Kita Dengan Apa Yang Ada ?

Kemaskini dan Ulang kembali | 5/26/2009 Tarikh Asal |

Alangkah bahagianya kita dan bersyukurlah sentiasa, dikurniakan Allah kehidupan yang selesa. Mampu hidup sempurna dengan nikmat²Nya... Itu pun masih ramai yang tak sedar dan mengeluh serta maki hamun jika sesuatu tak dapat di nikmati. Tak terfikirkah masih ada yang lebih teruk dari kita? Tak terfikirkah segalanya dari Allah? Mahukah Allah tarik nikmat yang diberikan itu? Bersyukurlah, janganlah menyeluh setiap sesuatu terjadi...

Kita dapat mandi dengan air yang jenih dan bersih... sedangkan...

Insan ini ntah berapa lama tak mandi sehinggakan sanggup mandi air najis... Hanya Allah sahaja yang tahu. Pilu hati ni melihat kehidupan sedemikian. Berdoa dan berdoalah kita kepada Allah moga insan sebegini pun dapat menikmati kehidupan ini dengan lebih sempurna. Gerakkanlah hati kecil kita dengan melahirkan SinarMawaddah " Sinar kasih sayang" semoga dapat kita lahirkan dalam doa dan kehidupan kita ini...
Di saat kita menjamu selera, janganlah kita lupa pada mereka yang dalam kelaparan. Bersyukurlah dengan rezeki yang ada. walau tak sedap sekalipun ia adalah rezeki kita. Jika kita tak bersyukur dengan fikir tak sedap, lalu mengeluh serta marah pada mak @ orang gaji yang memasak, apa yang kita dapat? Cuba renung, disitu kita buat banyak mana kesalahan? mana sifat syukur kita? mana kasih sayang kita? mana iman kita? Kita mampu makan sampai badan bulat macam dlm gambar contoh dibawah. sedangkan...


Insan ini menahan lapar ntah berapa hari mungkin minggu baru bertemu makanan, itu pun bukan sesedap makanan kita yang dikatakan tak sedap tu. Allahu Akhbar, bersyukurlah kita dikurniakan nikmat sebesar nikmat. Janganlah mengeluh dengan apa yang ada. tanamkanlah sifat kasih dan syukur dalam diri. Moga hidup kita diBerkhati... Tadahkanlah tangan berdoa menginsafi diri dan bersyukur pada Allah serta janganlah lupa pada mereka yang dalam kelaparan dan kesusahan... Bantulah sedaya mampu pada insan yang memerlukan pertolongan dan janganlah kerana nama biarlah ikhlas kerana Allah SWT...
SinarMawaddah Home

Monday, August 16, 2010

Ustaz Kazim | Ujian Pada Orang Perempuan |


Jom Dengar, Memang Lawak Habis dan banyak ilmu dapat disini...

Nasib Orang perempuan:
Mengandung salah
Tak mengandung salah
Kawin salah tak kawin salah
Kawin cepat salah
Kawin lambat pun salah
Kawin hantaran murah salah
Kawin hantaran mahal pun salah

Inilah dugaan perempuan sebab tulah pahala bagi perempuan ni besar dan masuk syurga pun senang...

Jaga:
SOLAT, PUASA, FARAJ DAN TAAT PADA SUAMI....

Jom! dengar sampai habis baru tau best ke tak best...

Web Ustaz Kazim
http://albarakah.org/

Friday, August 06, 2010

Kerana Cinta Ku Korban Masa Depan

Nota asal dari email...bukan hak cipta saya...
TAJUK ASAL
|KEHEBATAN CINTA FEBRUARY|

Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya?

Bu, adik Cuma ingin bertanya...
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?

Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?


Ibu terkhayal dengan bujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?


Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?

Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?


Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?

Mengapa ibu?


Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?

adik cuma nak tanya je bu.....


Renung renung kanlah !!!

-Bila seronok, aku cari....pasanganku
-Bila sedih, aku cari....Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.... Mak ingat kat aku
-Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
-Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

-Berderai air mata jika kita mendengarnya........

-Tapi kalau Mak sudah tiada..........
-MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
-berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

P/s:
Cinta kalau melebihi ALLAH DAN RASUL akan menjadi buta dan pekak. Maksud buta dan pekak ialah tak nampak kejahilan keburukkan si kekasih dan tak mahu terima pandangn orang @ teguran orang... Lahirlah cinta kerana ALLAH & jangan cinta padamanusia, lebih dari cinta pada ALLAH DAN RASUL...

Tuesday, August 03, 2010

| TAK SABAR MENANTI RAMADHAN |

Tawaran yang berlipat ganda yang dinantikan setiap insan BERIMAN... Marilah kita sama2 rebut peluang ini...

Sebelum tibanya RAMADHAN yang dinanti2kan ini, saya mohon ribuan ampun maaf pada semua sahabat2 disini jika ada salah silap saya.

Semoga RAMADHAN kali ini dapat kita NIKMATI DENGAN PENUH KEBERKATAN... amin..

JANGAN TUNGGU TIBANYA AIDILFITRI BARU HULURKAN TANGAN MOHON AMPUN MAAF... Binalah kasih sayang setiap hari setiap masa semoga hidup kita lebih sempurna dan diberkati... :)

Kembali ke Halaman Utama