1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Friday, December 02, 2011

DUA pilihan yang selalu kita tak sedar dan tersalah pilih...

1. CINTA pada yang MENYINTAI ke DICINTAI ?
Kita sering terlupa pada yang menyintai kita iaitu ibubapa apabila kita dicintai. Bagaimana kita nak capai kebahgiaan kalau tak sayang pada yang menyintai ?

CINTA ni jauh pengertiannya, bila kita mencari JAWAPAN cinta, InsyaAllah kita memahami dan membawanya dlm kehidupan... CINTA bukan bererti menyintai KEKASIH HATI je.

BILA CINTA ITU HANYA PADA SEORANG KEKASIH, SEORANG KEKASIH ITU TAKKAN DAPAT MERASAI CINTA ITU KERANA CINTA HADIR BUKAN HANYA UNTUK SEORANG KEKASIH. Tak percaya cuba lakukan cinta itu hanya pada seorang kekasih dan jangan menyintai yang lain...Adakah seorg kekasih Akan dimiliki dan KAU memiliki CINTA itu ???.

SAYANGILAH SEMUA DIBUMI DENGAN RASA CINTA KASIH SAYANG, PASTI AKAN MILIKI DAN DIMILIKI KASIH SAYANG.

2. CINTA pada pemberi HADIAH ke HADIAH ? "persoalan ini saya ajukan pada MawarLiana"

Azriey : Kalaulah Pak mat tempey bagi kereta mewah pada Mawar, Mawar sayang kereta ke sayang Pak mat tempey ?
Mawar: Mestilah Orangnya sebab kereta tak boleh beri apa - apa.
Azriey: Allah bagi Abang pada Mawar, Mawar sayang abang ke sayang Allah ?
Mawar: Allah le sebab Allah yang temukan kita.
Azriey: Kalau sayang Allah, kita kenalah buktikan tanda sayang itu kerana Allah. Mudah - mudahan Hadiah ini menjadi milik Mawar Selamanya. InsyaAllah
Mawar: eh! ya tak ye juga, baru Mawar paham. Orang sering tersilap dan hanya menyintai HADIAH bukan pemberi Hadiah. Tepuk dada tanya iman...
| MINDA DAN JIWA SinarMawarLiana | .

Friday, November 04, 2011

Apabila kurang ilmu dan iman dalam perkahwinan

.
.

Mengikut statistik, perceraian terkini yang dilaporkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), sememangnya diakui kes perceraian semakin menjadi-jadi.

Lebih tragis statistik juga membuktikan banyak kegagalan perkahwinan berlaku di bawah tempoh usia lima tahun. Malah, banyak lagi kes yang masih dalam usaha untuk diselamatkan daripada menempuh alam perceraian.

Punca dan sebab yang mewujudkan fenomena sebegini ialah:

1. Kecenderungan dan niat untuk berkahwin tidak tepat. Ramai pasangan yang cenderung untuk berkahwin kerana cinta dan seks semata-mata. Betul, keperluan seksual adalah antara dalam hikmah sebuah perkahwinan tetapi seks bukan perkara utama.

Jika menjadikan seks sebagai tujuan dan niat utama untuk berkahwin, kegagalan menerima layanan seks menjadi punca mudah rumah tangga berantakan. Ada juga yang berkahwin kerana rupa atau harta, apabila harta tiada atau rupa tidak seperti ketika mula hati jatuh cinta, perkahwinan akan goyah dan goncang.

2. Kesilapan dalam memahami maksud status seorang suami dan seorang isteri.
Perkahwinan bukan menjadikan suami seorang raja dan bukan juga menjadikan isteri seorang hamba.

Prinsip perkahwinan meletakkan perkahwinan sepatutnya menjadi satu perkara yang membahagiakan bagi kedua-dua pihak, suami dan isteri. Perkahwinan juga bermaksud perkongsian dan toleransi, bukan satu kata putus tanpa perbincangan.

Suami diamanahkan sebagai ketua keluarga disebabkan suami dibebankan dengan tanggungjawab yang pelbagai, bukan saja keperluan nafkah, kasih sayang dan perhatian malah, mendidik isteri dan anak-anak. Namun, itu bermakna suami berkuasa untuk mengarah itu ini agar isteri patuh tanpa ada ruang langsung untuk isteri memberi pendapat dan pandangan.

Islam mewajibkan isteri patuh dan taat kepada suami tetapi perlulah bertempat. Jika perintah suami berlawanan dengan kehendak syariat, kehendak suami tidak perlu ditaati.

3. Kegagalan menjalankan tanggungjawab dan amanah dalam perkahwinan.
Kedua-dua suami dan isteri mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Tanggungjawab suami menjadi hak isteri dan tanggungjawab isteri menjadi hak suami.

Apabila satu pihak gagal menjalankan tanggungjawab yang patut, maka satu pihak lagi tidak menerima hak yang sepatutnya yang memungkinkan cinta yang ada pudar dan hilang lantas usaha untuk keluar daripada perkahwinan dilakukan.

4. Kurang ilmu rumah tangga dan perkahwinan.

Hampir 75 peratus pasangan yang bercerai dikenal pasti sebagai individu yang kurang ilmu berkaitan perkahwinan dan rumah tangga. Hampir 20 peratus lagi adalah individu yang tahu tetapi tidak mengamalkan ilmu yang diketahui, sementara bakinya adalah individu yang hanya memikirkan perkahwinan adalah layanan seks semata-mata.

5. Kurang atau hampir tiada iman Rata-rata kes yang saya kendalikan, punca utama runtuhnya sesebuah perkahwinan adalah kerana kurang atau hampir tiada langsung ilmu dan iman.
Tidak kiralah kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri atau sebelah pihak sahaja sama ada suami atau isteri. Namun, 90 peratus perkahwinan hancur apabila sebelah pihak tidak beriman kepada Allah.

Iman kepada Allah merupakan asas kebahagiaan dalam setiap aspek kehidupan termasuk perkahwinan. Individu yang mantap iman dan taqwanya kepada Allah akan berusaha sedaya-upaya melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya termasuk berusaha yang terbaik untuk perkahwinan dan rumah tangganya agar sentiasa diredai Allah.

Kurang atau tiada iman menyebabkan individu tidak kisah dan bebas melakukan perkara yang melanggar syarak dan menyakitkan hati pasangan.

Menjaga solat adalah antara usaha penting dalam mengekalkan keharmonian perkahwinan mengikut jalan-Nya. Solat yang dilakukan dengan khusyuk dan tawaduk akan menghalang individu daripada terlibat dengan perkara keji yang boleh meruntuhkan institusi perkahwinan.

Thursday, October 13, 2011

Indahnya Hijau Bumi Tuhan

.
.

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Manisnya kata2 jangan mudah terpedaya, kekadang ia adalah bisa yang paling bahaya... ^__^
Cuba renung seketika... Bermulanya dari membajak sawah sampailah akhirnya dimakan oleh kita, berjuta2 orang mencari sumber pendapatan dari hasih kerja PADI... Maha Agungnya Allah. Hanya dengan satu nama PADI manusia boleh hidup senang dan kenyang. SUBHANALLAH...
JANGAN BIARKAN KEHIJAUAN ALAM NI MUSNAH OLEH TANGAN2 YANG TIADA KASIH SAYANG... Pupuklah sifat2 kasih sayang bermula dari diri kita...
Perjalanan ini masih jauh... Ombak dan badai perlu ditempuhi... Tabahlah menghadapinya dengan Iman... InsyaAllah
Pernahkah kita renung ciptaan Allah pada alam semujadi ini ? Sayangilah Alam Sekitar... "Hijau Bumi Tuhan"
Selagi ada kehijauan dan sinar mentari, Jangan biarkan berlaku persitiwa ngeri, Bala datang jika kebenaran diingkari, Jangan biarkan kehijauan bumi pergi...
DEMI SESUAP NASI, KERJALAH KERANA ALLAH. Mencari Yang Halal itu Adalah Fardhu "Wajib".
Jika nak keluarga bahagia, Anak yang penyayang, Rumahtangga yg tenteram dan segala kebaikkan, PELIHARALAH HALAL DALAM KEHIDUPAN... InsyaAllah
"Tunduklah Bak Padi"

Tuesday, October 04, 2011

Tips Perkahwinan | Keluarga Bahagia |

.

.
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.


2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Friday, September 30, 2011

4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita

.


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:  
1. Ayahnya 
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya. 
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)
2. Suaminya 
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka. 
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)  
3. Abang-abangnya 
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)  
4. Anak2 lelakinya 
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka. (p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)  
Lihatlah betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...." !!!

Kredit : Sahabat FB

Thursday, September 15, 2011

Marilah Kita Eratkan Hubungan Kasih Sayang

.

Cinta Dan Kasih Sayang
Bacalah kisah di bawah. Sesungguhnya ada pengajaran yang boleh diambil dan diaplikasi dalam hidup kita. Mungkin bukan setakat pada orang yang disayangi tetapi juga rakan-rakan,teman-teman dan orang di sekeliling kita.  
Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.  
Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya:
"Sayang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.
"Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ..."
Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.  
Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. "Saya akan mulai dulu ya", kata isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat ...  
Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya, ia memperhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir ... "Maaf, apakah saya harus berhenti ?" tanyanya."Oh tidak, teruskan ..." jawab suaminya.  
Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, "Sekarang giliran abang membacakan senaraimu".  
Dengan suara perlahan suaminya berkata, "Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa engkau sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Engkau adalah dirimu sendiri. Engkau cantik dan baik bagiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang ..."  
Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya...bahawa suaminya menerimanya apa adanya. Ia menunduk dan menangis ...  
P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?.. Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dan sentiasa ade yang perlu diperbaiki...
Marilah Kita Eratkah Hubungan Kasih sayang... Sinarkan Kasih sayang kita dengan iman... UPDATE lah ilmu agama selalu... Semoga ia menjadi Amal dan kita mampu pelihara HALAL dalam kehidupan... "HALAL mkn minum, pergaulan, pakaian dll kesemuanya" Bila semuanya terpelihara, itulah kasih sayang yg dicari... InsyaAllah  
Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita tak kira siapa pun sebenarnya adalah yang mencintai kita kerana kelebihan kita dan menerima kita kerana kelemahan kita. Dan sudah pastilah orang ini ikhlas dalam menyayangi diri kita... INSYA ALLAH.
Wallahualam

Thursday, August 25, 2011

Tazkirah Ustaz Anuar Md Isa |Tok Imam| Masjid Al Barakah Tikam Batu

.
Sahabat - sahabat yang ziarah Blog saya, jika tergerak hati untuk wakaf... Marilah kita sama2 pakat wakaf untuk MA'AHAD TAHFIZ Al Quran Al Barakah Tikam Batu.

HARI – HARI TERLALU BANYAK REZEKI ALLAH BERI PADA KITA KAN ? MAKAN, MINUM, KELUARGA BAHAGIA, TUBUH BADAN SIHAT, DAN MACAM – MACAM LAGI SAMPAI TAK TERKIRA BANYAKNYA “Alhamdulillah” SYUKUR PADA ALLAH. TAPI BERAPA HARI @ BERAPA BANYAK KITA BERJUANG DUIT, ILMU DLL YANG ADA PADA KITA KE JALAN ALLAH ?


Bob Lokman - Kuliah Subuh Masjid Al Barakah Tikam Batu







Azriey SinarMawaddah | Mohd Azri Bin Harun |



Saturday, August 20, 2011

Pandanglah Dengan Mata Hati | Ramadhan Bulan Kasih Sayang |


Kemaskini dan Ulang kembali | 9/8/09 Tarikh Asal |


Bulan Ramadhan adalah bulan puasa bulan menahan makan minum dan nafsu. Bulan ini bulan menambah keinsafan kita, setelah hari² perut sentiasa kenyang di bulan² yang lain. Dalam kita kekenyangan mungkin ada ketika kita lupa pada mereka dalam kelaparan kebuluran. Marilah sama² kita renung²kan dan sebelum ini pun saya dah buat banyak lampiran seperti ini. Kali ini saya nak mengimbas kembali diri saya sendiri tentang bertapa perlunya kita bersyukur dengan menambah serba sedikit gambar disini. Renungan mata mungkin tak dapat menggambarkan apa² masej dari segi penulisan @ imej² yang dilampirkan tapi renungan mati hati yang penuh dengan keikhlasan dan kasih mungkin dapat melahirkan erti bersyukur dan keinsafan pada diri kita.

Bersyukur Alhamdullillah jika hanya dibibir siapa sahaja mampu lakukannya, tapi biarlah ia lahir dari keikhlasan hati dan menzahirkan keikhlasan itu. Janganlah hanya mampu lafaz syukur tapi hati dan diri kosong. Buktikanlah erti kesyukuran itu sepertimana membuktikan perkataan syukur dari bibir. Contoh: Kita beli kereta baru, Gembira tak kira dah dapat kereta baru tu dengan lafaz syukur tak terhingga tapi sayang malam pi disko bawa wanita seksi minum arak dll. sepatutnya kenalah manfaat ia kejalan kebaikan ( keberkhatan )



Lihatlah untuk sesuap nasi kehidupan mereka terlalu pilu. Makan atas pasir dan beratur panjang. Itu rezeki hari ini esok lusa? Kesihatan? janganlah kita anggap rezeki melimpah kita hari ini menjamin kehidupan kita esok hari. Bersyukurlah kita.



Budak comel bersama tengkorak dihalaman permainan. Kasih sayang seorang kakak yang tak bermaya mendukung adiknya ( klik gambar lihat bertapa kurusnya adik tu )






Apakah punca² terjadinya begini ? Setiap sesuatu terjadi selalunya berpunca dari kesilapan manusia itu sendiri. Janganlah kerna kesilapan kita menyebabkan generasi kita menanggungnya... Janganlah abaikan kasih sayang dalam hidup. Lahirkanlah kasih sayang dalam segala hal. Carilah jawapan kehidupan sebenar dan carilah keberkhatanNya.


"Peperangan" Adakah ini puncanya? @ Tanpa Kasih Sayang Yang Kian Rapuh ?
Sama2lah kita fikirkan...
| APA YANG PENTING KERJASAMA |

Ingatlah.....

Ujian bukan bererti pada kesusahan kesakitan sahaja, senang lenang kaya raya juga adalah ujian.
Janganlah anggap kesenangan adalah nikmat semata² kerana ia hanya pinjaman dan sementara.

Bersyukurlah kita...

Monday, August 15, 2011

Mereka mati kelaparan, kita mati kekenyangan ???



Saya harap semua yg baca statement saya ni TONTON VIDEO ni.. Kita berpuasa adakah kita renung disebalik rahsia puasa ? Bersedekahlah, bantulah insan2 dalam kesusahan... CARILAH PAHALA KRN DIDALAMNYA ADA REZEKI UNTUK KITA DAN SEMUA... sebarkan...


Amat2 menyentuh hati menonton video ni... Bersyukurlah wahai sahabat2 ku. Alhamdulillah ya Allah Alhamdulillah atas segala nikmat yang engkau berikan..

Lembutkanlah hati kita supaya tangan mudah memberi sedekah dan tolong menolong ikhlas kerana Allah semoga dengan sifat itu dapat memberi ruang kepada insan2 yang memerlukan pertolongan seperti ini tersenyum dan dapat merasa nikmat kehidupan seperti kita. -_-

Thursday, August 11, 2011

| Seruan dari siapa yang ditunggu, baru nak tutup Aurat ? |

Kemaskini dan Ulang kembali | 11/9/11 Tarikh Asal |

Allah berfirman yang bermaksud:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (surah An-Nur ayat 31)

..................................................................................................................................................................

Perkataan yang biasa kita dengar dari saudari-saudari kita ialah "BELUM SAMPAI SERU". 'SERUAN' apa yang ditunggunya atau 'SERUAN' dari siapa yang sedang mereka tunggu????? Bukankah Allah telah "MENYERU Umat ISLAM" untuk menutup aurat sejak berabad - abad dahulu lagi.

Tetapi kenapa masih tak tutup-tutup lagi ? Lihat KEMBALI ayat di atas Allah berfirman:

"Katakan kepada orang-orang perempuan yang BERIMAN", Allah dengan khusus gunakan perkataan "BERIMAN" dan bukannya "Wahai Manusia" kerana segala perintah hanya boleh didukung oleh orang-orang yang Beriman sahaja. "BERIMANLAH"

Cuba renung beza soalan dibawah ni dari maksud ayat diatas...
ISLAM ITU MESTI BERIMAN ? atau
BERIMAN ITU MESTI ISLAM ?

Kita sering salah pilih ANTARA soalan diatas. Adakah kita hanya mengguna status ISLAM ? Kita kata, kami beriman dengan Allah, Rasul-rasulNya dan Kitab-kitabNya tetapi sebaliknya apa yang kita zahirkan bertentangan... Allah telah menggariskan peraturan dan Rasul telah mengajarkan peraturan itu. Telah termaktub di dalam Kalam-Nya. Tetapi kenapa masih leka TAK BERIMAN ???

Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab- kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya. Surah : AN-NISAA' Ayat : 136

Kita bimbang kalau-kalau sebelum Aurat dan tubuh kita dibungkus dengan kain putih kita belum sempat menutup aurat. Maka, wahai saudari-saudari seagamaku (YANG BERIMAN), sebelum terlewat rebutlah peluang yang ada jangan tunggu hari esok, amalkan sekarang juga.

"TUTUPLAH AURAT MU SEBELUM AURAT MU DITUTUP"

Bimbang "TIADA ESOk BAGIMU... ". Gembirakanlah Allah dan RasulNya dengan mengikut perintah mereka supaya dikala kamu dirundung malang Allah dan rasulnya dapat menggembirakan kamu...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI TETAPI NAMAMU MENJADI PERBUALAN PENDUDUK LANGIT.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

p/s: Fikir2lah,
APAKAH TUJUAN SEBENAR BUAT BLOG @ MANA2 LAMAN SOSIAL seperti fb,fs dll ? NAK CARI KAWAN, NAK TAMBAH ILMU, NAK TAMBAH PAHALA KE NAK TAMBAH DOSA ?

Sekarang ni, apa jua barang "DALAM" orang pakai kita boleh tahu jenama apa sebab ??? dedah Aurat...

Sekarang juga apa masalah RumahTangga orang kita boleh tahu, samada yang dikenali mahupun yang tak dikenali sebab mengaibkan diri sendiri di blog di FB @ dimana2 laman sosial...

|SEMUA YANG PATUT DITUTUP ORANG LAIN DAH BOLEH TAHU, DIRI SENDIRI YANG CERITA..TAK PERLU SUSAH2 CARI INFO|

Tiada sesiapa dapat mengubah diri kita
melainkan kitalah yang dapat mengubah diri kita sendiri...

Renung²kanlah... Selamat BERAMAL dan Semoga beroleh MANFAAT.. Insya Allah.. Amin..

Wallahu a'lam...
Kemaskini dan Ulang kembali |8/25/10 Tarikh Asal |

Tuesday, August 02, 2011

| Hadis Palsu Kelebihan Solat Tarawih |

Kemaskini dan Ulang kembali | 7/6/2010 Tarikh Asal |

KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.
Justify Full
Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:

· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..

· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. diantara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.
Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.

4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.



INI CONTOH NOTA "HADIS PALSU" YANG SAYA DAPAT MELALUI EMAIL:

Kelebihan Solat Sunat Tarawih

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Wednesday, July 27, 2011

Biodata Ringkas Ustaz Azhar Idrus

.

.






Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Masjid At Taqwa Bertam Kepala Batas

Friday, July 22, 2011

| Dialog Renungan | Antara Ali, Abu, Meon & Chienta

Renungan Bersama

Ali - Hg klu xsolat skali pun jgn tunjuk kat org!!!
Abu - Eh! pasai pa plak ? Bila Aku tunjuk kat org ?
Ali - Tu kepala hg BERKALER kompom semua org tau hg xsolat dan xmandi wajib. Takkan hg tak tau HUKUM MEWARNA RAMBUT, hg dok kat dunia yg serba canggih, Dakwah SENTIASA BERJALAN, xdak alasan kata xtau.
MALU LA SKIT WEH!
Abu - Errkk Aku xsdr org tahu.malunyaa

Meon - Aku nak hantar anak aku sek Agamalah, sekurang2nya terdidik dan jd insan baik dpt jaga aku kelak.Ye la kan aku ni dah la JAHIL Agama.
Ali - Bgs niat hg tu tp Aku nk nasihat 1pkr, Hg nak bsrkan anak bkn dgn didikan itu shj tp mkn minumnya mestilah HALAL, klu x sia2 niat hg. Berhentilah dr judi, Didik anak mestilah kita jd diri kita PEMIMPIN yg jaga HALAL..
InsyaAllah dgn KEBERKATAN itu niat kita tercapai.

Ali - "Eh! kenapa tak pakai tudung bila tetamu bkn MAHRAM mai RUMAH ?"
Chienta - SEKURANG2NYA SAYA TAK HIPOKRIK ABG !!!
Ali - Ni bkn masalah HIPOKRIK ke tak Chienta, Masalahnya ni HUKUM !!!

Chienta - Joe Hensem, Kaya dan anak orang kenamaan... Kalau dia jd suami Chienta mesti bahagia...
Ali - Chienta, Kebahgiaan bukan terletak pd RUPA,HARTA & PANGKAT tapi pada iman dan akhlak. Pilihlah Cinta bermula dari iman... Klu Joe seorang yang beriman, InsyaAllah semua itu akan Chienta dpt...
Chienta - InsyaAllah, TQ abg. Chienta pun kena cari iman jg kan ?
Ali - :) "Hanya tersenyum"

Friday, July 08, 2011

Apa Akan Jadi Pada Akaun Facebook Kita Bila Kita Mati Nanti ?


mari kita renung-renungkan dan fikir-fikirkan bersama
jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook ini hanya kita yang tahu password
hanya kita yang boleh access..

dan

selepas kita mati..
apa yang jadi pada akaun fb kita?
mungkin ada yang akan ucapkan takziah
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu

tetapi..

sedarkah kita
gambar-gambar kita..
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
macam mana nanti?

lelaki ajnabi terus-terusan tengok
dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..
walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
saham dosa terus meningkat..

macam mana?
pernah terfikir tak?
tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?

mungkin kini
kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik
tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya

tapi di akhirnya nanti..
semua itu tidak akan membawa erti
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup
di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita

cuba kita renung-renungkan,
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat

tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~

jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah
mati itu pasti
persiapkan diri untuk mati itu perlu

Credit : Rakan Facebook

Friday, June 24, 2011

Luka DiHati Ibarat Paku Di Dinding

Al kisah.. Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pemuda ini terlalu mengikut nafsu amarahnya terutamanya ketika bersama sahabat-sahabatnya. Dia langsung tidak memikir untuk menjaga perasaan sahabat-sahabatnya.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut. “Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu terhadap seseorang ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kadang kala anakku, kau merasakan sikapmu itu wajar dengan kemarahan yang sedang kau tanggung terhadap insan disekelilingmu, tetapi tanpa kau sedar kau telah meninggalkan luka yang sangat dalam dihati mereka yang mungkin terlalu menyayangimu.

Dan ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Anakku, sesungguhnya sahabat yang kita ada sekarang adalah titipan dari Allah. Tidak semua insan yang kita lihat dan kenal akan menjadi sahabat kita kecuali dia sememangnya telah dipilih Allah untuk menjadi pendamping disisi mu sebagai seorang yang bergelar sahabat.

Anakku, Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu bahagia dan menggalakkan mu ke arah kejayaan. Mereka sentiasa akan bersama denganmu mengisi hari-hari indah tanpa dicalari luka yang dipendam. Gurau sendamu dengan mereka akan menjadi suatu kenangan yang tiada boleh kau beli dimana-mana...

Anakku, Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka serta sentiasa membuka hatinya kepada kita. Jangan kau calari hati mereka dengan marahmu yang tiada kesudahan. Jangan pula kau balas kasih mereka dengan sikap amarahmu yang tidak dapat di kawal walau kesilapan mereka hanya sekelumit sahaja. Anggaplah setiap tindakkan mereka itu adalah usaha mereka dalam menjadikan dirimu insan yang berjaya, juga insan yang tahu menghargai erti sebuah persahabatan sejati.

Ingatlah Anakku, Sahabat sejati adalah insan yang selalu menyedarkan kita tentang kelemahan yang kita ada. Agar setelah mengetahui setiap kelemahan kita itu akan membuatkan kita bangkit menjadikan ia satu keistimewaan.

“Sahabat sekalian Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan Kesan Berlubang di Dinding Hati Anda.”

Wednesday, June 15, 2011

Kisah Seorang Ayah, Anak dan Kaldai



Gambar Renungan

Pada zaman dulu di negara Arab, ramai orang menunggang kaldai sebagai kenderaan. Seorang bapa membawa anaknya ke satu tempat dengan membawa seekor kaldai. Kedua-dua mereka menaiki kaldai itu dan lalu di sebuah pekan. Keadaan ini menarik perhatian orangramai. Ada di antara mereka berkata “Ini kes aniaya. Kaldai tu dah le kecil. Dua-dua orang pulak naik. Kan tu menyeksa binatang.. Tak ada peri kemanusiaan langsung”.
Si-bapa mendengar komen mereka. Lalu si bapa turun dan membiarkan anaknya sendirian di atas kaldai. Si-bapa meneruskan perjalanan sambil berjalan kaki. Mereka pun melalui sekumpulan orangramai. Sekali lagi ada yang komen, “Kurang ajar punya anak. Dia sedap-sedap naik kaldai. Bapanya dibiarkan berjalan kaki.”

Si-anak mendengar komen mereka, lalu dia turun dan menyuruh bapanya pula menunggang kaldai. Si-anak berjalan kaki mengiringi bapanya di atas kaldai. Mereka pun melalui sekumpulan orang. Sekali lagi mereka mendengar rungutan “Bapa tak ada otak, dia sedap naik kaldai, anaknya dibiarkan berpeluh berjalan.”

Mendengar komen itu, si-bapa pun turun dan berjalan bersama-sama anak. Kaldai itu dibiarkan berjalan sendirian. Mereka pun melalui sekumpulan orang. Masih ada yang komen “Apalah bodohnya orang tua ni. Ada kaldai tapi tak mau naik. Kalau macam ni, lebih baik tak payah bawa kaldai!”

Mendengar kata-kata ini, si-bapa pun memberitahu anaknya. “Beginilah keadaan masyarakat. Mereka hanya pandai komen. Pandai melihat kesalahan orang. Ada saja yang tak betul. Kalau kita ikut saja kata-kata mereka rosak kita. Kita tidak boleh terima pandangan mereka secara melulu. Kita kena fikirkan kesemuanya dan kita buat apa yang baik pada kita. Jangan pedulikan komen mereka..”

MORAL & IKTIBAR
Kebanyakan orang memang suka mencari kesalahan orang
Pendapat dan komen mereka tidak boleh diikut melulu kecuali memang ada asas dan kebenaran.
Pertimbangan mesti berdasarkan keadaan dan senario yang kita hadapi.
Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

Friday, June 03, 2011

Bila Guru Mentafsir Cinta

.

.

GURU FIZIK
Cinta adalah merupakan daya tarik – menarik antara kutub positif (lelaki) ke kutub yang tak sejenisnya (tentulah sidia)

GURU BIOLOGI
Cinta merupakan cara mempelajari hubungan antara makhluk hidupan dengan lingkungannya

GURU KIMIA
Cinta merupakan tindakbalas kimia yang tidak diketahui unsurnya

GURU MATEMATIK
Cinta adalah satu cara untuk menentukan daerah ketidaksamaan antara dua garis yang tidak sejajar

GURU PENDIDIKAN ISLAM
Jangan sekali-kali meninggalkan cinta tetapi jangan terlalu dekat padanya kerana hidup ini penuh dengan iblis dan syaitan yang sanggup menggoda manusia untuk membuat dosa dan cinta adalah sasaran dosa (cinta la YG 1 ALLAH itu cinta yg hakiki dpt kan cinta yg halal d dunia dan akhirat)

GURU PENDIDIKAN MUZIK
Cinta adalah ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan

GURU EKONOMI
Cinta merupakan keperluan manusia yang harus dipenuhi sama ada secara langsung atau tidak langsung

GURU SEJARAH
Cinta hanya akan menjadi cinta sekiranya ianya tepat dan benar. Tapi jangan lupa jika ada sebab, pasti ada akibatnya.

GURU GEOGRAFI
Cinta adalah seperti 4 musim yang melanda kebanyakan Negara Eropah….kadangkala berbunga, kadangkala panas, kadangkala dingin dan kadangkalanya luruh

GURU BAHASA
Cinta dianggap indah kerana di dalamnya ada satu kesatuan yang harmonis antara bentuk bahasa dan isinya

Yg pasti tafsir la cinta mengikut kehendak Allah yg satu…bertemu berpisah semua kerna Allah…..
Indah ya cinta kalau agama d serta bersama…cinta ALLAH DAN RASUL ADLH YG

UTAMA DAN D UTAMA
JGN TERPEDAYA KERNA CINTA DUNIA YG SEMENTARA…

Wednesday, June 01, 2011

Cinta Bermula Dengan Akidah "Iman"

Kemaskini dan Ulang kembali | 7/6/2010 Tarikh Asal |
Ramai yang tercari – cari cinta sejati untuk kekal abadi, saling sayang menyayangi sampai kemati dan tak pernah putus berdoa moga dapat yang soleh / solehah. Tetapi berapa ramai yang berusaha untuk soleh / solehahkan diri itu, untuk menggapai impian memiliki calon soleh / solehah?

Jika kita berusaha menjadi soleh / selohah insyaAllah, pasti akan muncul impian dihati iaitu “Memiliki cinta soleh solehah kekal abadi”. Ingat JADI SOLEH / SOLEHAH bukan cari SOLEH / SOLEHAH. Yakinlah janji Allah melalui firman-Nya: “…dan wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik…”” (An-Nur: 26)

Wanita yang solehah tetap menjadi idaman semua lelaki, khususnya lelaki yang beriman. Malah, lelaki yang jahat sekalipun , tetap inginkan wanita solehah sebagai pasangan hidup. Apa nak dihairankan, bukankah sipengotor pun sukakan kebersihan ?

Kita harus malu kepada Allah dan diri kita sendiri, jika kita inginkan jodoh yang baik sedangkan diri kita tidak baik. Kekadang rasa sedih apabila seorang pemuda yang tunggang langgang, kaki botol, peleseran, berjudi dan lain² perbuatan maksiat tetapi bila nak berumah tangga minta ibu carikan wanita solehah di kampung. Mesti lahir dihati nak bina rumah tangga bahagia dan dengan insan yang boleh membimbing diri kejalan sempurna. Walaupun usaha mencari pasangan yang soleh @ solehah itu dimiliki, tetapi impian dan hasrat tidak akan tercapai kerana diri sendiri tidak berusaha untuk memiliki AKIDAH “iman”.

Iman mestilah dijadikan persoalan teras dan asas dalam sebuah keluarga. Ini sewajarnya menjadi dorongan utama untuk berumah tangga. Tujuan berumah tangga hendaklah difokuskan semata – mata untuk mendapat keredhaan Allah. Oleh kerana itulah Rasulullah SAW berpesan bahawa pilihlah pasangan hidup dibuat atas dasar kepatuhan agama.

Sesiapa yang mematuhi pesanan Rasulullah SAW ini secara automatik telah menjadikan iman “akidah” sebagai dasar rumahtangganya. Dia telah meletakkan kepentingan Allah dan Rasul mengatasi kepentingan diri. Mungkin dia sendiri inginkan calon yang cantik @ kacak dan berharta tetapi kerana patuhkan Rasulullah SAW itu dia memilih pasangan yang taat pada agama.

Mendirikan rumah tangga sering disamakan dengan mendirikan masjid. Masjid adalah “rumah” Allah, maka begitulah juga rumah tangga yang dibina atas nama Allah, ia umpama sebuah masjid yang didalamnya suami, isteri dan anak² akan menegakkan hukum Allah.

“Nampak tak disini perlunya cinta bermula Akidah ? “

Ok cuba kita renung lagi,
Jika berlaku sesuatu yang kusut dalam rumah tangga, maka dengan mudah ia dapat diungkai kerana suami dan isteri akan merujuk kembali kepangkal penyatuan mereka iaitu ALLAH. Dengan nama Allah mereka bertemu “kahwin”, maka kepada Allah jualah mereka merujuk segala masalah sepanjang berumah tangga.

Jika berlaku ujian kesusahan atau yang tidak diingini, sikap menyalahkan orang lain kurang berlaku kerana masing² melihat kelemahan diri sendiri sebelum menunding jari kepada orang lain sebaliknya berusaha mengatasi mengikut kaedah dan jalan yang diredhai oleh Allah. Sifat² BURUK dapat diatasi keparas paling minimum bukan hanya untuk dapat keredhaan suami @ isteri tapi masing² buat kerana Allah.

Misalnya, isteri mampu mentaai suami walaupun ketaatannya mungkin tidak dihargai tapi isteri berbuat demikian bukan mengharap balsan suami tetapi semata-mata Allah.

Renungan bagi yang susah hati:
Biar terlajak usia, jangan tersalah pilih… Kelak takut terjadi macam “Cinta Alim² kucing | Diari Seorang Isteri Yang Solehah | "

Persoalan difikiran Mat Romeo :

Apakah caranya mencari calon tu ? Bolehkah memilih ?
“Untuk dapat isteri solehah, jadilah diri itu seorang calon suami yang soleh.” Boleh memilih, pilih jalan yang terbaik. Hehe! “Cuba cari ciri² seorang suami yang soleh… dan bina semua ciri² itu pada diri kita. Muhasabah diri soal hati adakah ikhlas kerana Allah bukan semata² untuk memiliki CINTA SOLEHAH tapi ikhlas kerana Allah… Ukur iman dan Takwa “. Cara ini lebih mudah dari kita berusaha mengukur iman dan takwa orang lain… .

Adakah jaminan cara ini lebih cepat memiliki insan Solehah ?
Maksud disini bukan bererti CEPAT, tapi mungkin lebih TEPAT kerana cara begini ada banyak kelebihannya…

Kalau macam tu, terpaksalah saya hentikan dari mencari wanita SOLEHAH demi berusaha menjadi lelaki yang soleh , begitu ?

Tak begitu, Cuma lebihkan usaha menjadi lelaki yang soleh, sambil itu teruskan usaha mencari yang Solehah. Tapi berpada²lah dengan piawaan solehah awak tu, jangan terlalu tinggi takut nanti tak tercapai. Cukuplah dengan sederhana… kerana mungkin sebelum kahwin tahap SOLEHAHnya rendah sedikit, tetapi bila diri kita dah diperkuatkan dengan Akidah “Iman” menjadi seorang pemimpin, tahap solehahnya insyaAllah akan meningkat… Apa² pun, mestilah lebih ketat dalam menilai diri sendiri. Jangan ambil mudah soal iman dan takwa. Letakkan piawaan yang tinggi pada diri sendiri dulu.

habis klu tak dapat juga walaupun dah berusaha memperbaiki diri macam mana ?

Bisikkanlah dalam hati "JIKA BELUM TEMUI IMPIAN HATI YANG SEJATI BERMAKNA BELUM CUKUP kuat LAGI IMAN, BERUSAHA LAGI memperbaiki diri INSYAALLAH AKAN KAU MILIKI...


Bagaimana mereka yang dah berumah tangga ? Bolehkah guna lagi kaedah ini ?
Apa yang baik, ambilah dan buang yang keruh… Sama² perbaiki diri.. APA YANG PENTING KERJASAMA ANTARA SUAMI ISTERI semoga tercapai impian bina SINARMAWADDAH “sinar kasih sayang” keluarga bahagia itu. Aminnn…

p/s:
" Jika kamu inginkan kejayaan di DUNIA, hendaklah dengan ILMU,,.. jika kamu inginkan kejayaan di AKHIRAT,hendaklah dengan ILMU..dan jika inginkan kejayaan pada kedua duanya.. hendaklah juga dengan ILMU." - Imam Syafi'e..

iman, syariat dan akhlak...

ilmu akan menegakkan IMAN dan apabila beriman akan mudahlah kita menerima SYARIAT sebagai jalan peraturan maka dengan sendirinya akan terbina AKHLAK dlm kehidupan...
INSYAALLAH... :)


Wallahu’alam…

Untuk lebih memahami, cuba hayati lirik lagu ni sampai habis.

Lirik "Brother - Iman"

Mohd Azri Bin Harun

Monday, May 16, 2011

What you give, You get back | Apa Yang Penting Kerjasama |

.


Untuk Lihat lebih jelas tulisan KLIK GAMBAR
Kita selalu mengharap semoga ada orang menyintai kita, ada orang memahami kita, ada orang membantu kita dan macam-macam lagi impian yang kita harapkan. Adakah semua impian ini akan tercapai jika hanya mengharap? Terlalu sukarkan, jika tidak berusaha. Usaha yang dimaksudkan bukan bererti pergi meminta-minta supaya ada yang memberi dengan berusaha merintih meminta simpati dengan kesedihan, melahirkan muka ehsan atau kata-kata manis merayu memuji semoga dengan perbuatan itu dapat menghasilkan impian yang diharapkan. Tetapi sebenarnya, berusahalah dengan memberi tanpa meminta balasan atas permberian itu, biarlah dari keikhlasan hati kerana Allah, insyaAllah akan datang KEBAIKKAN UNTUK DIRI yang pasti KUALITI NANTI.

Harapan Dan impian setiap orang, ingin menerima kasih sayang dari seseorang @ masyarakat sekeliling, tapi diri tak pernah memberi kasih sayang. Adakah ianya akan dimiliki jika hanya mengharap pada orang ? TIDAK MUNGKIN AKAN TERCAPAIKAN ? Semuanya bermula dari kita, jangan mengharap sesuatu itu bermula dari orang. Kalau kita memberi pasti kita dapat merasa " What you give, you get back".

Contohnya,
Pak mat tempey semasa perjalanan ke pekan, dalam hatinya mengharap orang disekeliling senyum padanya dan apabila bertemu seseorang yang dikenali berjalan dihadapannya, dipandang dengan bersahaja wajah sifulan itu tanpa melakar senyum dan tanpa berkata apa - apa masej teguran dengan hanya mengharap "dihatinya mengharap sifulan itu mulakan senyum @ teguran" ternyata harapan pak mat Tempey PUDAR dan merasa hairan. "Kenapa sifulan itu tak senyum pada ku?". Didalam hati, dia berkata "sombong betul sifulan ini".

Betulkah cara Pak mat Tempey ? Mengharap orang senyum dan dia tak pernah memulakannya. Sebenarnya siapa yang sombong ? kerana harapan itu ada pada diri yang MENGHARAP bukan pada yang MEMBERI...

KALAU PAK MAT TEMPEY MEMBERI SENYUMAN PASTI SENYUMAN ITU KEMBALI PADANYA.

Nampak tak disini, Pak Mat Tempey hanya mengharap senyuman itu orang yang memberi, mana mungkin ianya akan miliki sekiranya tak bermula dari dirinya. Tak percaya cuba lakukan "ada tak orang nak senyum jika kita tak mulakan senyuman".

Begitulah juga dalam apa jua perkara pun, janganlah kita mengharap sesuatu itu dari orang, sekiranya tak bermula dari kita dan harus ingat, jika kita telah memberi tapi tak tercapai pun apa yg diimpikan maka renunglah pada diri adakah ikhlas pemberian itu atau mungkin "TAK KENA TEMPAT" pemberian itu ... Berusahalah sehabis baik, untuk miliki yg terbaik...

*BERILAH PADA YANG BERHAK MENERIMA...INSYAALLAH KEBAIKKAN DARI PEMBERIAN ITU AKAN KEMBALI PADAMU...

*Jika Kamu Inginkan Kasih Sayang, Mulakan Dengan Dirimu Memberi Kasih Sayang itu, Pasti Kasih Sayang Itu Akan Kembali Pada Mu.

*"APA YANG PENTING KERJASAMA"
Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.Kehidupan ini BERPASANGAN "Siang Malam, Baik Buruk, Lelaki Perempuan, Susah Senang dll" Kalau Tanpa INI, bagaimana kita nak merasa/mengenal erti hidup DIDUNIA ?
-Tanpa SAKIT kita tak akan dapat merasa nikmat SIHAT.
-Tanpa KERJASAMA kita tak akan dapat rasa KASIH SAYANG.

P/S:
"La ni susahkan kita nak jumpa calon Suami/isteri yang baikkan ?"
CUBA FIKIR SEJENAK,
Kita mengharap yang terbaik ke kita usaha yang terbaik untuk diri sendiri ?
Ingat,
"walaupun kita dapat miliki yang terbaik tapi kalau diri kita tak berusaha yang terbaik, DIRI KITA TAK AKAN MENGENALI APA ITU KEBAIKKAN dan Mampukah kita merasa kebaikkan itu ?". MULAKAN DENGAN DIRI SENDIRI DULU, MEMBERI DAN MENGENALI APA ITU KEBAIKKAN.

Kembali ke Halaman Utama