1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Thursday, April 30, 2009

Kita Semua Pasti Akan Dijemput Pulang

Ukays - Kita akan dijemput






Cuba Hayati Lagu ni...
Lagu ni memang menyentuh rasa keinsafan dan penuh makna...
dan ingatlah kita pasti akan dijemput pulang.....
sama²lah kita guna masa & diri serta mangfaatlah ia dengan sebaiknya....


Kita Akan Dijemput
Album : @SinarMawaddah :p
Lagu : Saari Amri
Lirik : Habsah Hassan
Artis : Amir Ukays

Di dalam hidup kita seharian
Ada persamaan inginan
Mencari harta sebanyak mana
Masa terdaya

Bila mentari menyulubungi
Kitapun bangkit dari mimpi
Menyambung semula pencarian yang
Terhenti semalam

Kepuasan terpancar jelas
Bila yang dimimpi terbukti
Dengan kekayaan yang di miliki
Masih tidak lagi mencukupi

Memang begitu sikap manusia
Tidak puas dengan yang ada
Seolah harta di dunia bisa
Bawa ke sana

Kita terlupa harta yang nak dibawa
Amalan seharian itu yang pasti
Harus di hati

Sudah terlewat bila tubuh terbujur kaku
Tidak berfungsi di saat itulah
Terlihat semua di mana tempat kita

Harus diingat kita hanya musafir
Yang didatangkan hanya sementara
Menghunikan alam
Dan pasti akan dijemput untuk pulang

Dijemput pulang…
Dijemput pulang…

Sinar Mawaddah Home

Saturday, April 25, 2009

Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah

Ribuan terima kasih kepada Rijal yang memberi plan tikam batu..kalau nak cari rumah Rijal
( sbb Rijal yang Edit jd rmh sy tak de la hehehe! )@ nak tengok lebih lanjut tikam batu Klik Disini @ klik Gambar Di bawah.




Ni dia Pemandangan Indah Tikam Batu

lagu top di intenet sekarang lagu pak long - selagi ada rindu mp3,
cinta tiga segi mp3, untukmu penyokong kedah mp3,
Sinar Mawaddah Home

Wednesday, April 22, 2009

Hukum Mewarnakan Rambut dan Uban

Oleh: Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

SOALAN
Mewarnakan Uban dengan warna hitam yang disahkan halal oleh JAKIM. Apa hukumnya?


JAWAPAN:
Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dll, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. (Rujuk Al-Fatawa al-Hindiyyah, jld 5,ms 359 ; Al-Istizkar, Ibn Abd Al-Barr , jld 27, ms 85 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syabini, jld 1, ms 191 ; Kassyaf al-Qina', Al-Bahuti, jld 1, ms 77)

Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Demikian menurut Imam Al-Haithami dalam kitabnya Majma' az-Zawaid dan Imam As-Syawkani dalam Naylul Awtar.

Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-
1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
3- Tidak mengakibatkan mudarat terhdp kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau allergi ataupun mudasrat terhdp janin dll akibat bahan kimia pewarna tadi.
4- Memutihkan rambut iaiatu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.


HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM

Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-



1. Makruh
Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi.

Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.

Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : "Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam" (Shohih Muslim)
b) Berkata Ibn Umar ra : "Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar" (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)

c) Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak" (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai'en dan Imam Ahmad)

d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.

2. Haram


Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.

3. Harus tanpa Makruh



Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.



Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : "Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri2 kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh" (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)
b) Diriwayatakan bhw sahabat dan tabi'ein ramai juga yang mewarnakan rambut mrk dengan warna hitam. Antara Sa'ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma' az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)

Suka disebutkan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing yang tidak dpt disebutkan kesemuanya di sini, demi meringkaskan tulisan ini.

Kesimpulan Hukum
Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :


a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.


b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dll.


Ust Zaharuddin Abd Rahman
Irbid, Jordan
18 Jun 2003


Last update: 01-11-2006 19:24
Maklumat lanjut:
http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=189&Itemid=99
Kembali Ke Tazkirah
command hair colour islamik, fashion hair cut islam fesyen gunting rambut islam
Sinar Mawaddah Home

Nabi pun berinai, Tapi ....

Oleh: Ustaz Ahmad Shukri Yusoff



Pada hari penaklukan Mekah, Abu Quhafah datang bertemu Rasulullah dengan rambut dan janggutnya memutih tak ubah seperti pepohon kelabu.

Rasulullah pun bersabda; “Celuplah rambut dan janggut kamu selain warna hitam.

“Meletakkan inai pada uban dan janggut dengan warna merah atau kuning hukumnya sunat. Tetapi tidak bagi warna hitam.” Ujar Rasulullah lagi.

“Sebenarnya ramai yang telah terpesong. Tidak pernah di syaratkan dalam islam mengenai amalan berinai. Cuma dalam masyarakat Melayu berinai merupakan salah satu cara berhias dan menjadi adat dalam perkahwinan,” ujar Ustaz Ahmad Shukri Yusoff, Ketua Unit Syariah dan Penerangan Khas, Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan.

Beliau cuba membetulkan tanggapan ramai yang tersasar apabila mempercayai daun inai halal dipakai pada segenap tubuh badan. Sebenarnya Bagi kaum perempuan ia sunat dipakai pada jari tangan dan kaki agar kelihatan cantik pada mata suami.

Menurutnya, perbuatan bertatu pada anggota tubuh sekalipun dengan inai adalah dengan sengaja meniru pemakaian tatu yang kita ketahui menggunakan teknik mencacah. Perbuatan meniru atau cuba menyerupai sesuatu yang diketahui haram maka hukumnya juga haram.

“ Jangan anggap benda yang tidak menyakitkan itu halal digunakan sehingga ramai yang berani tampil dengan pelbagai corak tatu, bukan hanya pada lengan dan kaki malah pada tempat-tempat sulit,” kata Ustaz Shukri.

Kaum lelaki terutamanya perlu tahu, za’faran adalah sejenis daun yang mengeluarkan warna serta bau harum. Lelaki dilarang memakai daun itu bukan kerana baunya tapi kerana warna.

Untuk wanita, berinai pada jari kaki dan tangan ada kalanya sunat, ada kalanya makruh bahkan ia boleh jadi haram.Sunat sekiranya berinai di jari kaki dan tangan dengan tujuan berhias untuk suami namun haram kiranya berinai dengan tujuan menunjuk- nunjuk untuk mendapat perhatian.

Perbuatan lelaki berinai pada mana-mana anggota tubuh adalah haram kerana ia meniru cara kaum perempuan. Lelaki dilarang menyerupai perempuan dalam berhias.

“Bagaimanapun jika sekiranya lelaki itu berinai atas sebab keuzuran atau berubat, tidaklah diharamkan.

“Ia bergantung pada tujuan kita. Makruh sekiranya atas tujuan berubat. Tapi jika dengan tujuan menunjuk-nunjuk ia perbuatan yang haram. Apa lagi jika seluruh tubuh terukir objek yang menggairahkan,” tegas Ustaz Shukri.

Menurut Ustaz Shukri, Nabi Muhammad s.a.w. dan angkatan tenteranya memakai inai pada rambut dan janggut sewaktu berperang agar kelihatan muda dan perkasa untuk menggerunkan dan menakutkan musuh. Pemuda-pemudi kita memakai tatu daripada daun inai untuk tujuan apa?

“Banyak lagi cara lain untuk kita nampak cantik jelita dan tampan.Jangan terpesong dengan amalan berinai. Tidak kira kecil atau besar bertatu sekalipun menggunakan inai tetap haram,” tambah Ustaz Shukri.

“Akan ada satu kumpulan orang berinai dengan warna hitam pada akhir zaman, seperti dada burung merpati yang hitam,mereka ini tidak akan dapat mencium bau syurga.” Hadis Riwayat Abu Daud.
Kembali Ke Tazkirah
command hair cut colour in islam, hukum warna rambut dalam islam
gunting rambut anak, budak, orang muda islamik di tikam batu
Sinar Mawadah Home

Renung Sejenak

Saya ambil dari blog member...http://shamsurie.wordpress.com/
Sory sham cilok dari blog hang..sebenarnya aku nak add hang ke blog aku tapi tak bleh la sebab hang guna wordpress

sama²lah kita renung² sejenak

Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang seorang fasiq kepada kamu membawa berita, periksalah ia terlebih dahulu. Agar nanti jangan kamu menghukum sesuatu kaum dalam keadaan jahil (terhadap apa yang benar), lantas kamu kemudiannya menyesal atas apa yang telah kamu lakukan” (Surah Al-Hujurat 49 : 6)

Firman-Nya lagi:

“Dan janganlah kamu berpendirian di dalam sesuatu perkara yang kamu tidak ada pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati itu akan dipersoalkan (di akhirat).” (Surah Al-Isra’ 17 : 36)

Kembali Ke Tazkirah

tikam batu macam² ada.. kedai gunting rambut
melayu dan salon melayu yang berlandaskan islamik, kedai buah,
makanan laut, kedai makan pun banyak, sotong kangkong, laksa,
orang² tiakm batu ramah² blaka...
Sinar mawaddah Home

Tazkirah @ SinarMawaddah

Erti sahabat yang setia

1. Sentiasa prihatin dengan segala yang anda lakukan .
2. Menunjukkan kepada anda bahawa dia menghargai apa yang anda lakukan .
3. Berbincang dengan anda mengenai perkara-perkara kecil yang difikirkannya.
4. Sedia menerima anda pada waktu semua orang disekeliling menentang serta mencemuh anda.
5. Tetap setia walaupun ketika anda melakukan kesilapan .
6. Tidak akan dan tidak pernah meragui anda.
7. Memikirkan tentang diri anda sebelum orang lain memikirkannya.
8. Menolong anda ketika benar-benar memerlukannya
9. Boleh diajak berbincang walaupun pandangannya ada ketikanya tidak begitu tetap
10. Istimewa hingga anda tidak memerlukan orang lain untuk bergantung.
11. Kita semua perlukan tidak kira dalam apa jua keadaan.


15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita

- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beris! tigfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi
Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan
- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya
halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa
Kembali Ke Tazkirah
Sinar Mawaddah Home

Fesyen Rambut @ Sinarmawaddah

Tak sesuai untuk Budaya kita... Hanya untuk tontonan sahaja..




Hair cut fashion islamik in sinar mawaddah

gunting rambut fesyen islamik di sinar mawaddah

Sinar Mawaddah Home

Monday, April 20, 2009

Selipar Hina Kalimah Allah

Assalammualikum,
Tidakah terasa terhina kita sebagai umat islam bila kalimah Allah di pijak-pijak? Dimanakah kekuatan kita sebagai umat islam?















Sebarkan dan pada siapa yang boleh membantu,
tolong pandang sensetif pekara ini dan cari jabatan yang bertanggungjawab supaya boleh memusnahkan pengeluaran selipar ini...

Sinar Mawadah Home

Friday, April 17, 2009

Fesyen Rambut D'SinarMawaddah

Fesyen Rambut potongan kemas yang mejoritinya mendapat tempat di hati pelanggan... Sejuk mata dan hati kan? D'SinarMawaddah juga kami buat fashion Spiky & Mohawk.
















kedai gunting rambut azri tikam batu sinar mawaddah

hair cut fashion islamik in sinar mawaddah, gunting rambut islamik

Sinar Mawaddah Home

Thursday, April 16, 2009

Hikmah | Disebalik Insan Derita |



Apakah Perasaan kita bila lihat suasana begini? adakah tersentuh @ tak terfikir apa langsung? Bersyukurlah, Saya ambil pengajaran disini dan saya bersyukur apa yang dikurniakan Allah SWT. Pelbagai kemudahan Allah berikan, bukan sekadar baju yang sempurna untuk menutup aurat malah kesihatan, makanan & semuanya Alhamdulillah mampu untuk diri ini sempurnakan kehidupan kejalan yang diberkhati. Alhamdulillah...

Diorang baju pun tak dak... Tapi ramai yang diluar sana, yang maju tak mau pakai baju elok²... dedah sana sini... Renunglah coretan ringkas dr saya ini...

Gambar Budak susah Sudan, afrika, iraq, afganistan, kebuluran , kemiskinan, kelaparan, kedaifan akibat peperangan

Sinar Mawaddah Home

Imbasan Gambar Dari Kevin Carter

PERNAH DIBUKUKAN DALAM MASTIKA JULAI 2007...
Foto-foto ilustrasi artikel di atas adalah hasil wartawan foto terkenal, Kevin Carter. Foto seorang budak yang tak sangup lagi menahan lapar sehingga makan dan menjilati tahi sapi dan gfoto seorang budak perempuan korban bencana kelaparan di Sudan, Di belakang budak itu ada seekor burung pemakan bangkai, yang sedang menunggu Budak itu mati... Ini adalah foto yang banyak dilampirkan di blog² dan majalah² rohani.

Kevin Carter meraih penghargaan Pulitzer, penghargaan tertinggi bagi wartawan Amerika Syarikat, atas karya foto itu. Tapi tidak lama setelahnya dia ditemukan telah bunuh diri. Dalam surat yang dia tinggalkan tertulis bahawa dia merasa bersalah, berdosa, dan cuba untuk melupai budak tersebut ,tetapi gagal serta pelbagai pihak yang marah kerana Carter tidak membawa budak itu ke pusat bantuan...

Rohani / iktibar : Semoga kita masih punya hati nurani Kasih sayang ( SinarMawaddah ) dan sedikit waktu untuk KITA bersyukur dan berdoa kepada Allah ...

Sungguh sayup hati ni disaat² menghayati dan mengarang nota ringkas ini... Bertapa untungnya kita Di Malaysia ini... Itu pun masih ramai yang tak tahu bersyukur... Hayatilah Gambar² penderitaan diatas, walaupun nota yang disampaikan tak seberapa , moga diri dan hati kita mampu lahirkan sifat kasih pada makluk dan kehidupan duniawi ini. Pupukkanlah diri dengan kasih sayang.

Gambar Budak susah Sudan kebuluran , kemiskinan, kelaparan, kedaifan akibat peperangan

Sinar Mawaddah Home

Kembali ke Halaman Utama