Foto inilah yang membolehkan Kevin Carter memenangi hadiah Pulitzer, tapi foto inilah juga yang meragut nyawanya.
Salam kasih sayang dari saya Azriey sinarmawaddah, sebelum ini saya dah buat banyak lampiran gambar² dari Kevin Carter. Tapi mungkin ramai ingin tahu serba sedikit pasal Kevin Carter, jadi saya mencari tulisan² tentangnya untuk dilampirkan disini. Ini serba sedikit kisah Kevin dari Mastika.
Mac 1993, Kevin Carter berlepas dari Afrika selatan menuju ke Sudan untuk membuat liputan tentang pemberontakan yang berlaku di negara itu.Bagaimanapun, sesampai di Sudan, Kevin mendapati pemberontakan bukanlah masalah terburuk di negara itu, tetapi kebuluran.
Ketika melawati sebuat kampung, tiba-tiba Kevin terdengar rengekan seorang kanak-kanak.langkah kevin terhenti.Dia memerhati sekeliling dan mendapati seorang kanak-kanak perempuan sedang bertinggung diatas tanah tidah jauh darinya.
Kanak-kanak yang tidak berpakaian itu sedang duduk melepaskan lelah kerana tidak berdaya lagi untuk berjalanke pusat batuan makanan.Si kecil itu menangkupkan kepala ketanah dan memejamkan mata.Nafasnya lemah, tulang temulang membonjol.
Tidak sampai lima meter darinya, seekor burung heringberdiri memerhati..Kevin tidak jadi memetik punat kameranya.Dia sebaliknya menunggu si burung itu meninggalkan kanak-kanak tersebut.Tetapi selepas 20 minit menanti, burung itu tidak juga mahu berganjak.Kevin tak boleh tunggu lama lantas mengambil juga gambar kanak-kanak tersebut.kemudia dia bergegas ketempat lain pula.
Gambar itu dijualnya kepada akbat THE NEW YORK TIMES dan pada 26 mac 1993, ia disiarkan.Tanpa diduga, hari itu pejabat THE NEW YORK TIMES tidak putus-putus menerima panggilan daripada para pembaca yang bertanyakan nasib kakan-kanak tersebut.lidah pengarang menjawab dia tidak menjadi mangsa burung itu tetapi nasibnya tidak deketahui selepas itu.
Setahun kemudia, iaitu 2 April 1994, Kevin Carter mendapat panggilan talifon dari pengarang THE NEW YORK TIMES bahawa gambar berkenaan telah dipilih sebagai pemenang hadiah UTAMA fotografi Pulitzer Prize.
Kevin menerima Award itu pada 23 mei 1994 dalam satu majlis gemilang di Columbia University,AS.Nama kevin melonjak, hadia itu adalah anugerah tertinggi dalam Karier Wartawan.
Bagaimanapun 2 bulan kemudian pada 27 julai 1994, dunia kewartawanan dikejutkan dengan berita kematian Kevin Carter. Dia membunuh diri! mayat kevin ditemui didalam trak di tebing sungai Braamfonteinspuit, Afrika selatan. Dia membunuh diri dengan cara menyalurkan asap dari ekzoske dalam kenderaannya.
Di sisi mayatnya terdapat sekeping nota yang ditinggalkannya.nota itu berbunyi..
"AKU TERTEKAN..TIADA TELEFON..DUIT SEWA..DUIT UNTUK MEMBANTU KANAK-KANAK...HUTANG...DUIT!!!! AKU DIHANTUI INGATAN-INGATAN YANG MENAKUTKAN TENTANG KEMATIAN, MAYAT, KEMARAHAN, KESAKITAN... KANAK-KANAK YANG KEBULURAN DAN LUKA, ORANG YANG GEMBIRA APABILA MELAKUKAN KEROSAKAN, BIASANYA POLIS, SI PEMBUNUH...AKU INGIN PERGI UNTUK MENYERTAI KEN, ITU PUN KALAU AKU BERNASIB BAIK."
Ken Oosterbroek adalah sahabat baik Kevin. Dia terbunuh sebulan sebelum itu Di Tokaza, akibat tertembak secara tak sengaja semasa merakam gambar pertempuran.
Menurut sahabat-sahabat Kevin, detik-detik merakamkan gambar kebuluran di Sudan khususnya kanak-kanak ini telah menghantui Kevin.Kevin duduk dibawah sebatang pokok dan menangis tak henti-henti. Dia tertekan dan cuba untuk melupakan kanak-kanak tersebut tapi gagal.Kecaman pelbagai pihak yang marah kerana dia tidak membawa kanak-kanak itu ke pusat makanan sebaliknya hanya mementingkan profesion melebihi naluri kemanusiaan hakiki, menambah lagi tekanannya.
Walaupun Kevin menjelaskan dia tidak beranimenyentuh kanak-kanak itu kerana bimbang dijangkiti penyakit, tetapi kecaman yang diterimanya itu terlalu berat untuk ditanggungnya.ditambah lagi dengan masalah kewangan yang menghimpitnya, akhirnya dia membunuh diri.
PEMBACA SEKALIAN,
APABILA ANDA MENATAP GAMBAR-GAMBAR YANG SAYA PAPARKAN INI, PANJATKANLAH KESYUKURAN KEPADA ALLAH KERANA TANAH AIR YANG TERCINTA INI PENUH DENGAN MAKANAN.KITA TIDAK PERNAH KEBULURAN SEBALIKNYA KITA MEMBUANG MAKANAN ITU TANPA MENGSYUKURINYA..
JIKA ANDA MENYUAP MAKANAN KEMULUT, TIDAK KIRA ENAK ATAU TIDAK, LUANGKANLAH SEDIKIT WAKTU UNTUK MENGENANG NASIB SAUDARA-SAUDARA KITA YANG MISKIN DAN KEBULURAN.BAIK DI AFRIKA, IRAQ, AFGANISTAN, PALESTIN DAN DIMANA-MANA SAHAJA...
DAN JANGAN LUPA BERSYUKURLAH KEPADA ALLAH ....
Gambar Budak susah Sudan, afrika, iraq, afganistan, kebuluran , kemiskinan, kelaparan, kedaifan akibat peperangan
sinar Mawaddah Home
0 Komen disini:
Post a Comment