1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Saturday, July 17, 2010

Kasih Sayang | Hiburan Paling Berharga |

" klik GAMBAR & Lihat Dilangit, Adakah Kalimah Allah ? "

Pengalaman mengajar saya erti sebuah kasih sayang. Kasih sayang adalah satu perkara yang paling berharga didunia ini. Agungnya Allah memberi kita anugerah hiburan terbesar yang jarang sekali difikir kita iaitu kasih sayang. Kehancuran bumi dengan berlakunya peperangan, bunuh, rempit, dadah dll semuanya berpunca dari kasih sayang yang rapuh dihati manusia. Mungkin kasih sayang bermain dengan nafsu telah membuatkan manusia kurang memperdulikannya…

Renungan untuk saya,

Diri ini, jika tiada siapa pun mempedulikan @ memberi kasih sayang mesti akan kucar kacir corak kehidupan dan ketenangan mesti nampak pada pekara² negatif sebagai jalan penyelesaian, walaupun dilengkapi dengan hiburan yg mengasyikkan seperti "play station, FACEBOOK dll" sehinggalah duit beribu berjuta skalipun hati mesti tak rasa kebahgiaan dan ketenangan. Betul tak ? Disini bukankah kasih sayang itu hiburan yang paling berharga ?

Lihat bukit, disebabkan manusia fikir duit (nafsu) dan tak memperdulikan kasih sayang apa akan terjadi kelak ? Pasti ia akan musnah dan kemungkinan ramai yang akan mati dibawahnyakan...

Kasih sayang bukan seperti ANAK KU SAZALI, bukan harta kekayaan sahaja perlu dirasakan telah terlaksana kasih sayang, menegur kesalahan anak, memberi ilmu, keperitan bekerja mencari rezeki yg halal, bawa anak jalan², membelai wajah anak, senyum pada anak, selalu mengusik manja dll dengan penuh keikhlasan juga adalah kasih sayang.

Dari pengalaman saya pula, Dulu masa kecil² saya ni seorang yang minat sangat pada haiwan. Saya bela burung gembala kerbau dan ayam sabung. Sungguh jinak haiwan² ini disisi saya, sehingga bila saya pulang dari sekolah je mesti burung gembala kerbau ini bunyi dan ayam sabung lari menghampiri saya malah jika saya lepas burung dari sangkarnya ia tak kemana melainkan disisi saya je... Lihat, semua orang tahukan haiwan² begini semestinya liarkan ? Tapi bila kita belai @ main dia hari² dengan kasih sayang pasti dia sayang dan kenal siapa tuannya.

Nama pun haiwan, satu hari tu saya balik kampung atok selama seminggu dan bila balik kerumah, saya hairan kenapa ayam & burung ni dah tak macam selalu. Kalau tidak tu, pantang nampak saya je mesti riuh rendah... Itulah ingatan haiwan, terhad dan mudah lupa. Disitu saya belajar sedikit pengalaman erti kasih sayang perlu diterap selalu... Bagaimana kita pada manusia ? Renung²kan...

p/s: Kalau manusia, mesti akal fikiran INGATAN BERPANJANGAN ( Tak mudah lupa) bila kasih sayang dicurahkan ? Tambah pula bila selalu disemai dan dijaga kasih sayang mesti erat dan tiada kes² negative akan berlaku dan pasti aman damai dunia inikan…

Harimau pun kalau kita beri kasih sayang "seperti d'sarkes" jinak pada manusia dan tuannya berani mendekatinyakan ?

Disini nampak tak, kasih sayang itu amatlah penting dalam hidup ini. Marilah kita sama² pupuk diri semai kasih sayang dihati. Cuba ambil sedikit masa, renung bertapa hebatnya kasih sayang pada diri dan kehidupan. Cuba fikir juga, jika tanpa kasih sayang, apa akan terjadi sebaliknya. Mesti akan buatkan anda terasa amat takut tanpa kasih sayang pada dunia akan datang. Jadi janganlah kita hancurkan kasih sayang ini dari muka bumi. Bangkitkan kembali kasih sayang untuk kesejahteraan dunia ini…

Saturday, July 10, 2010

Damaikan Sebuah Persahabatan



Hayatilah juga nada dan lirik lagu ini.

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,Kecuali diri sendiri...Tetapi dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana...Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran. Seorang sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami. Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.

Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang - kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.

*Pernah kah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

*Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

*Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

*Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?

*Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah…?

*Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?

Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita…
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…

Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu….

Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan...
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan...
Kita tidak tahu…

Tetapi
jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu…

DAMAINYA SEBUAH PERSAHABATAN JIKA SALING MEMAHAMI

RENUNGILAH...

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.


Kembali ke Halaman Utama