1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Thursday, July 30, 2009

Renungan | 10 Tanda Hati Mati |


1. Mengaku kenal Allah s.w.t tetapi tidak menunaikan hak-haknya.

2. Mengaku cinta pada Rasulullah s.a.w tetapi tidak menunaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah s.w.t tetapi tidak mensyukuri atas pemberiannya.

5. Mengaku syaitan itu musuh tetapi tidak berjuang menentangnya

6. Mengaku adanya nikmat syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantarkan dan menguburkan jenazah/mayat saudara seIslam tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Sunday, July 26, 2009

Benarkah Berguru dengan buku Ibarat Berguru dengan Syaitan ?


Adakah Benar Berguru dengan buku Ibarat Berguru dengan Syaitan ? Pernah tak menjadi persoalan sahabat² ? @ Mungkin jauh skali terfikir ?

Sumber mendapatkan ilmu itu ada pelbagai. Melalui kuliah agama di masjid secara bertalaqi, mendengar mp3 ataupun rakaman video, malah melalui pembacaan. Semua memberi manfaat kepada kita semua.

Usah takut untuk membaca, kerana membaca itu adalah kunci ilmu. Kejayaan sesuatu tamadun adalah kerana tingginya budaya membaca dalam masyarakatnya. Yang penting, kita mestilah mengikuti adab dan disiplin dalam menuntut ilmu..Kalau tak faham kenalah cari guru...

Usahlah percaya dengan slogan-slogan orang yang lemah fikirannya. Mereka melarang manusia membaca kitab-kitab agama dengan alasan “Berguru dengan buku ibarat berguru dengan syaitan”. Dari perbuatan mereka ini, ternyata mereka mengharamkan apa yang tidak diharamkan oleh Allah. Semoga Allah mengampuni kesilapan kita semua atas kejahilan kita yang terdahulu.

Maklumat seLanjutnya Buka Blog sahabat² ni... ( Dua Link )
Bacalah kedua² link dibawah ni dulu sebagai renungan dan untuk lebih paham adakah benar @ tidak berguru dengan buku ibarat berguru syaitan... Tak faham cari ustaz² yang berkelayakkan ... Ada pekara kita baca dan boleh faham, ada pekara kita baca dan kena berguru...

Sumber:

1. Klik Sini

2. Klik Sini

Semoga bermanfaat.

Wallahua’lam.

Saturday, July 25, 2009

Jangan Terseksa Kerana Cinta | Berkasih |

Cinta? Hidup manusia yang punyai nafsu perasaan akal yang normal pasti terlahir cinta dihati tapi kebanyakkannya mati tanpa berfikir. Mati setelah cinta layu @ kecundang pada cinta yang kononnya sejati sampai kemati. Saya bukan seorang yang pandai tentang cinta atau pakar rujukkan cinta tapi normalah bagi insan bernama remaja seusia 18 - 23 tahun dulunya, pasti cinta berkasih pernah hadir disisi yang akhirnya tewas disaat² indah. Mujurlah diri ini tak mati dik berfikir, telah menjadikan diri saya yang sekarang ini. Disebabkan perluang untuk berkongsi pengalaman suka duka kehidupan di zaman serba canggih ini luas, saya cuba berkongsi disini. mudah²an dapat kita menyempurnakan kehidupan kita.

Sebelum ini, saya Lampirkan banyak juga cinta cari jodoh dalam blog ini. Tapi rasanya banyak pekara lagi boleh saya berkongsi tentang cinta berkasih disini. Ok, Cinta!!! ? Apa² saja orang sanggup lakukan demi cinta, yang kononnya sejati. Tapi tahukan sejati itu bagaimana? Adakah sejati itu dengan menggadai maruah diri dan segalanya? Ramai yang hancur bila hanyut dik cinta, lupa asal usul dan dimana ia berpijak. Bertapa hebatnya cinta bila kita lihatkan?

Usahlah seksa diri kerana cinta. yang teruknya, Ada yang sanggup mencederakan diri mereka sendiri, yang kononnya korban cintalah. Inikah Cinta? Inikah Perjuangan? Tak Fahamkan, Apakah benar cinta memerlukan kita menyiksa diri hingga menderita zahir dan batin? Takkah kesian pada diri sendiri, sehingga ada yang sampai separuh mati punya kejarnya cinta hati. Buat apa sampai sanggup kelar tangan, bakar diri, ambil pil tidur berlebihan sedangkan ia hanya mendatangkan kemudaratan pada diri sendiri sahaja. Adakah hanya kerana putus cinta, rasa cemburu @ ingin membuatkan insan lain berasa bersalah? Tidak berbaloi, sedangkan diri sendiri yang terpaksa menanggung segala kesengsaraan. Bukankah itu Bodoh Namanya? Biarlah bagaimana sekalipun cinta itu terjadi tak perlulah seksa diri kerana CINTA TAK BOLEH DIPAKSA. Percayalah kalau rasa cinta sudah tiada, baik lepaskan sahaja. Dalam hidup ini cinta boleh datang dan pergi bila² masa sahaja. Jadi jangan teruk²an menyeksa diri dan perasaan hanya untuk seorang insan bernama kekasih. Hidup ini lebih daripada itu dan kalau dia berlalu dari hidup kita, tidak bermakna hidup ini sudah berakhir. Hidup ini harus diteruskan walau apa sekalipun yang melanda, Nokhtahnya hanyalah KEMATIAN. Walau gila bagaimanapun dengan cinta, tidak perlulah melakukan perkara yang merugikan lebih baik kita mempunyai kegilaan yang mendatangkan manfaat.

Sekiranya ianya terjadi dalam diri insan yang bercinta, Berfikirlah Positif dalam hidup. Usahlah Seksa diri zahir batin kerana cinta sebaliknya buktikan pada si dia tanpa cinta dari dia pun hidup boleh berjaya. Buktikanlah, jangan tewas. Kuatkanlah semangat. Positifkanlah keadaan. Lawanlah kata² syaitan. bangunkanlah diri dan ingatlah setiap yang terjadi ada hikmah. Pasti ada yang terbaik untuk diri itu. Ingat, Positifkah fikiran. Cintailah Illahi Mintalah petunjuk darinya.... Yang jadi negetif sebenarnya cinta tak ikut cara islam...

wallahu'alam
wassalam

Thursday, July 23, 2009

Manusia, Malaikat Dan Syaitan

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk lagi ni... Awal lagi nie? zzzZZZZ

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar sangat ni !! mmm..sedapnyaaaa...

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ahh, panaslah, takdak style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh! Awal lagi! mmm.. Aaaa!! suruh si X, punchkanlah!

Manusia - Azan sudah kedengaran...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah.. Awal lagi niii?.
(Asyik Awal² Awal lagi je kan? itulah syaitan yg suka lengahkan manusia... )

Manusia - Eh,eh!... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu,
sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh!!... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa nak disibukan! Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh!.

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai²lah jaga diri

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, Awal lagi lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali... rugila... (Nampak Tak? Muda bukan Bererti panjang lagi jarak hidup, ingatlah 5 pekara sebelum 5 pekara)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,
berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh!

Manusia - Uuhhh! letihnya arini.. tak solat lagi nieee.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan
akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan
kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

Sekarang Kita mempunyai 3 pilihan :
1. Kita - Patut ke aku biarkan Masej ini tetap dalam Blog ni sahaja?
2. Malaikat - Ingat²kan pada kawan yang kita kenal (Forward @ Copy ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk², Bukan dapat pe pun... ( Janganlah Ikut Syaitan yang tak ada faedah nih)


Demi Masa Sesungguhnya Manusia Kerugian..

Tuesday, July 21, 2009

Bagaikan Tiada Jodoh ? | Keluhan Si Bujang |

assalamu'alaikum warahmatullah...

Tertarik saya dengan nota ini, saya baru je terbaca kembali dan terlintas untuk berkongsi disini disebabkan ramai yang mengeluh dik jodoh dan usia yang meningkat tak punya apa lagi. Kawan² bersusun anak. Sabarlah, Semuanya ada hikmahnya... Jom! kita Renung nukilan ringkas nih...

Keluhan,
Seorang wanita bertanya apakah keturunan menyumbang perihal jodoh. Kakaknya sudah berumur 35 tahun masih belum berkahwin. Usianya sendiri sudah 25 tahun dan masih belum punya teman."

Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drp menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tmpt yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk andai kata seseorg yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal laksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing², padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

*Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.

*Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.


*Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu.


Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan²nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan daripada ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan, bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda kerana ALLAH S.W.T dan Nabi-Nya junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, bukan bernikah kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

- Andai ada jodoh insyaAllah saya pun berharap untuk berumahtangga :) -

wallahu'alam
wassalam

sekadar berkongsi, dari Nota Simpanan sahabat saya Fazuly ( Kelantan )
------------------------------------------------------------------

Monday, July 20, 2009

Doktor | Saintis | Memeluk Islam Selepas Kaji Solat

Pernah tak sahabat² dengar cerita Doktor memeluk islam selepas kajiannya dalam solat? Saya ingat lagi masa tu umur saya 15thn tahun 1997, masa belajar sains cikgu bagi pelajar²nya baca cerita ini, memang meremang bulu roma bila baca. Sungguh Agungnya Allah memberikan islam ni kepada kita untuk kesempurnaan hidup kita. Cuma kita sahaja ada yang leka sehingga ada ramai yang masih jauh terpesong mempercayai dan suka ikut budaya luar... Sama²lah kita mencari erti hidup ini dan cari kenapa kita dilahirkan dimuka bumi Allah ini. Pasti untuk bermanfaat. Tapi apakah manfaat daya usaha kita dalam meneruskan sisa perjalanan hidup ini?

"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.

Dia adalah seorang Doktor Neurologi . Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!! Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam......

Begitulah keagungan ciptaan Allah!!! - tidak menunaikan sembahyang akan membuat otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!! Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini."

Cerita doktor ni dah biasa didengar malah dah berpuluh2 kali email ni di fwd-fwd kan tetapi siapa doktor ni dan adakah dia ni betul2 wujud? Jika ada mengapa tidak diumumkan penemuan beliau ini? Bukan saya tidak bergembira dgn penemuan ini tetapi jika ianya sekadar email yg difwd2kan dr "sahabat yg menetap di US" tanpa bukti tuan punya cerita apatah lagi nama saintis tersebut, bukankan kita seolah2 mendengar khabar2 angin sahaja sama seperti kisah2 artis yg lebih acapkali di sebut2 oleh masyarakat kita?

Adakah disebabkan sujud sahaja muslim bertambah sempurna akalnya? Bagaimana dgn agama lain yg juga sujud kepada berhalanya? Mengapa ramai muslim yg selalu sujud tetapi masih berperangai yg tidak sepatutnya? Mengapa ramai muslim yg sembahyang pada 5 waktu tetapi tidak mempunyai personaliti seorang muslim sepatutnya? Mengapa bangsa lain yg "tidak sujud" maju didunia ini berbanding umat islam?

Memang sujud itu membantu otak manusia menjadi lebih sempurna tetapi yg lebih memberi kesan adalah fokus ataupun khusyuk.. sebab itu sembahyang yg khusyuk atau fokus itu sahaja yg diterima.

Bagaimana khusyuk/fokus membaiki otak? Kerana ketika khusyuk atau fokus, otak dibahagian hadapan (prefrontal cortex) menjadi aktif dan ini seolah2 menjadi senaman untuk bahagian tersebut. Jika bahagian depan tersebut tidak dilatih, manusia akan lebih byk menggunakan otak bahagian belakang yg lebih kepada tindakan reflek (fight or flight for survival - ciri pemikiran haiwan) tidak berfikir untuk membuat keputusan terutama ketika didlm keadaan tertekan, sebab itu orang yg stress tidak kira samada ketika marah/sedih/takut selalunya membuat dan mengambil keputusan yg tidak bijak, menyesal dikemudian hari kerana tindakan yg diambil tindakan yg tidak berfikir.
Umpama tangan kiri yg agak lemah berbanding tangan kanan kerana kita lebih menggunakan tangan kanan, bg yg kidal sebaliknya. Otak depan yg tidak digunakan akan menjadi lemah dan manusia akan susah untuk menjadi fokus dan boleh menumpukan perhatian terhadap apa jua perkara yg sedang kita lakukan. Sama seperti anak yg dilabel dgn ADD, Attention Deficit Disorder, selalunya nakal, tidak boleh duduk diam, tidak boleh tumpukan perhatian didlm kelas dan lain2 lagi. Adakah anak ini cacat disebabkan genetik? Kecacatan anak ini sebenarnya hasil dr emosi ibu yg mengandung yg sentiasa tertekan.

Perlunya kita mencuba sedaya upaya untuk khusyuk adalah kerana,
- Jika sedang belajar, lebih tumpuan kepada guru dihadapan, begitu juga ketika membaca, mendengar bicara2 ilmu dan sebagainya.
- Ketika bermasaalah, lebih mudah memikirkan penyelesaian dr memikirkan keburukan masalah tersebut. Otak boleh memilih cara berfikiran yg berlainan selain kebiasaan
- Boleh fokus terhadap cita2 dan lebih konsisten, menumpukan perhatian untuk mencapainya.
- Didlm perhubungan dgn pasangan akan lebih memfokus kepada sifat2 positif pasangan berbanding sebaliknya.
- Tidak pentingkan diri sendiri kerana setiap tindakan yg akan diambil akan mengambil kira kesan dan impak terhadap insan2 lain.

Ini hanyalah sebahagian sahaja contoh yg diberi, banyak lagi sifat2 manusia yg baik akan lebih terserlah jika kita boleh belajar untuk lebih fokus, sebab itu solat perlu dilakukan selalu dan khusyuk, bukan selalu tetapi fikiran melayang atau sekali seminggu ketika jumaat sahaja.

Janganlah kita semakin terlena dibuai dgn cerita2 kebaikan Islam tetapi kita makin hari makin mundur dan makin ditindas contohnya masalah palestin sekarang ini, Masaalah Palestin bukanlah masalah Israel yg jahat tetapi masaalah umat islam yg takut, takut kehilangan nikmat dunia dan pentingkan diri sendiri hingga tidak mahu bersatu padu bekerjasama. Mungkin sebabnya sembahyang yg tidak fokus, boleh sujud berkali2 tetapi tidak fokus didlm sembahyang, otak tidak dapat diperbaiki juga.

Kesan fokus kepada otak boleh di baca dgn lebih lanjut melalui buku berikut.
Change Your Brain, Change Your Life - Dr Daniel Amen MD
Evolve Your Brain, Science Of Changing Your Mind - Joe Dispenza DC

Sumber Dari Blog SyurgaDiDunia
SinarMawaddah Home

Sunday, July 19, 2009

Anjakan Paradigma | Michael Jackson |

Renungan:
Duit bukan segala -galanya tapi....
Segala - galanya Duit...


Renungan diatas tiada kena mengena dengan Michael Jackson...

Friday, July 10, 2009

Sinar Mawaddah Dunia Kita Bersama

Pernah sy dengar kata² yg boleh dikongsi bersama ( Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang berpelajaran tinggi sahaja, jd janganlah tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah )


Sama - samalah kita semai kasih sayang di bumi Allah ini..
Moga Hidup Kita lebih Aman...Dunia ini milik kita bersama..
Di anugerahkan Allah untuk dinikmati bersama..

Semua orang ada hak keatasnya... Janganlah kita buang kasih sayang ini
dengan menghancurkan Nikmat yang diberi Allah...

Sinar Kasih Sayang @ Sinar Mawaddah Dunia Kita Bersama


SinarMawaddah Home

Ustaz Azhar | Sembahyang Dan Aurat |

Bismillahirahmanirrahim,

Saya lampirkan serba sedikit dari ceramah Ustaz Azhar.

Ustaz Azhar dalam ceramahnya berbahasa loghaq Terengganu tapi saya lampirkan tulisan dalam bahasa melayu umum.

Aurat pada pengertian syarak adalah' Semua pekara yang wajib ditutup dan Haram melihatnya daripada tubuh kita.

Tahukah kemaluan tu apa yang sebenar? haaa! mungkin ramai yang membayangkan tottttt bla bla sulit tu adalah kemaluan kan?

Sebenarnya kemaluan adalah Aurat kita. kenapa orang kata kemaluan itu aurat? sebab bila orang yang beriman ternampak aurat, dia akan rasa malu. Tapi kalau tak dak iman , telanjang pun tak malu, itulah maksud kemaluan (aurat). Kalau yang sulit tu bukan kemaluan itu alat kelamin. Paha, betis, lengan, pusat adalah kemaluan, maknanya kalau tunjuk bererti tunjuk kemaluan. Jadi kena ingat kemaluan ialah seluruh benda ditubuh kita yang wajib kita tutup, itulah kemaluan "Aurat" ( anggota tubuh yang membuatkan kita rasa malu bila terdedah)

Nak paham lebih lanjut dengar mp3 ceramah Ustaz Azhar ni bagi habis. Dalam ceramah ni dia terangkan syarat sah berpakaian dalam Sembahyang, itulah cara berpakaian kita dan Aurat dalam kehidupan.



Friday, July 03, 2009

Yang Tinggal | Mazlan Jackson | M . J

Masih ada lagi penghibur Ala Michael Jackson, Kita masih belum kehilangan dance Ala Michael Jackson, sapa lagi kalau tak lain tak bukan Dance Michael Jackson Malaysia , Mazlan Pet pet lah, yang kini bleh dipanggil Mazlan Jackson la nampak gayanya noh ( M . J ) hehehe! Boleh Ke? Cayalah Mazlan... Hidup pelawak Malaysia yang serba boleh nih... Tengok muka ja dah nak tergelak hehehe!


Mazlan Klon Michael ( Dance )

Malu Ke Seronok nih Lan? Hehehe!



Video bawah ni bukan Mazlan, Tapi Korang Cuba tengok... Apa Komen korang. Mazlan lagi lawak ke dia lagi lawak... Hehehe! Tapi Gambar wajah Lan kat atas ni memang lawakan hehehe!

Wednesday, July 01, 2009

Michael Jackson | Bedah Siasat |



Klik Gambar untuk baca jelas.

LOS ANGELES - Michael Jackson meninggal dunia 26.06.2009, 2.26 pagi Jumaat waktu Malaysia selepas jantungnya gagal berfungsi, lapor media antarabangsa. Keputusan bedah siasat yang dibocorkan kepada media menunjukkan Raja Pop, Michael Jackson amat kurus dan kepalanya hampir botak, lapor sebuah akhbar semalam.

Berat badan Michael yang mesra dengan panggilan Jacko ketika masih hidup ialah 50.8 kilogram dan perutnya hampir kosong kecuali mengandungi beberapa pil yang sudah larut.

Menurut keputusan bedah siasat itu, pinggul, peha dan bahunya dipenuhi dengan kesan jarum dipercayai akibat suntikan ubat penahan sakit.

Dia yang meninggal dunia ketika berumur 50 tahun memakai rambut palsu ketika dia didatangi anggota-anggota perubatan, kata laporan itu.

"Dia kurus kering, rambutnya gugur dan dia tidak menjamah makanan tetapi pil ketika meninggal dunia," kata satu sumber yang rapat dengan penyanyi itu kepada media.

Jacko meninggal dunia pada Khamis lalu di rumah yang disewanya di sini selepas diberikan ubat penahan sakit oleh doktor peribadinya.

Dia meninggal dunia selepas degupan jantungnya terhenti.

Menurut laporan bedah siasat itu: "Kesan suntikan terdapat di seluruh tubuhnya dan kecacatan itu disebabkan oleh pembedahan plastik yang dilakukan sejak bertahun-tahun lalu.

"Terdapat empat suntikan baru di sekitar jantungnya, kemungkinan daripada percubaan untuk mengepam adrenalin ke dalam jantung untuk menghidupkannya," kata laporan itu.

Tiga daripada suntikan itu sudah menembusi dan merosakkan dinding jantungnya manakala suntikan keempat di tulang rusuk.

Menurut laporan bedah siasat itu lagi, beberapa tulang rusuknya patah ketika usaha menyelamatkannya dilakukan pada Khamis lalu.

Penyanyi itu mempunyai lebam misteri di bahagian lutut dan tulang kering serta di belakang badannya kemungkinan menunjukkan dia pernah terjatuh.

Terdapat parut di kulitnya dekat telinga kirinya dan bahagian itu botak sepenuhnya. Parut itu mungkin wujud berikutan kemalangan ketika dia menjalani penggambaran iklan Pepsi pada 1984.

Dalam penggambaran itu, rambutnya terbakar.

Keluarga Jacko meminta bedah siasat kedua dilakukan selepas bedah siasat pertama tidak menunjukkan bahawa dia meninggal dunia kerana perbuatan khianat. - Agensi

Sekadar nota untuk Saya, berkenaan bedah siasat jacko untuk rujukkan 3,4 thn kelak hehehe!
Lain²
SinarMawaddah Home

Kembali ke Halaman Utama