1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Friday, October 16, 2009

Putus Asa | Aku Kecewa |

(Gambar edit) Skali Macam Kasim Selamat daaa! hehehe!

Selalunya bila kita beroleh kejayaan, mulut ni tak henti² bersyukur dan diri riang gembira tapi bila beroleh kedukaan mulut tak henti² mencaci mengutuk diri dan melakukan pekara negatif. Padahal baik ke buruk ke ia adalah dugaan. Cuma kita je lupa, menganggap yang buruk itu sahaja dugaan.

Ramai dikalangan kita dizaman sekarang jiwa kosong tanpa rohani. Jika rohani itu ada dalam diri tidak mungkin akan terjadinya kejahilan yang teruk² pada diri. Kerana perniagaan tak berjaya, kerana cinta, @ kerana kehilangan sesuatu yang tak mungkin kembali, jiwa mesti dibawa dengan hasutan iblis. Melayan perasaan merosakkan diri sendiri. Yang paling bodoh sekali bunuh diri.

Cuba renung dengan logik akal, adakah sinar kebahgiaan bila bunuh diri? Adakah sempurna diri bila kelar²kan badan? Adakah orang benar² simpati pada diri berkelakuan bodoh itu? Nama pun bodoh, layan pun tak ada gunanya.

Janganlah berkelakuan bodoh pada diri yang diberi akal yang sempurna. Setiap sesuatu yang terjadi ada jalan selesainya. Bercerita tentang putus asa ini, selalunya yang kita dengar orang putus cinta melakukan kebodohan pada diri. Jangan jadi bodoh fikir pasai jodoh hanya pada seorang. Walau menangis airmata darah, kalau ia bukan jodoh jangan dok lakukan pekara bodoh. Kenapa? Persoalan yang best sekali untuk dijawab.

Cinta jodoh banyak sangat² dah orang melakar khazanah sejarah suka duka. Kenapa tak ambil pengajaran. Terang² dalam hidup ada mula dan akhir. Begitu juga dengan cinta. Ok, tak payah kita cerita bab ni. Panjang sangat. Kita renung logik akal ni,

Kita jangan jadi macam orang bodoh merosakkan badan dan bunuh diri tu, kita bila putus cinta @ putus asa, kena buat macamni. Ambil congkak main dengan adik hahaha! Saja bagi seronok sikit, kot ada yang membaca ni putus cinta. Tapi betul juga daripada buat pekara bodoh baik main congkak. Sebenarnya jika kekecewaaan menimpa diri ia adalah ujian dan inilah kehidupan, takkan ada hari²nya panas dan siang sahaja. Begitulah juga dengan semua pekara, ada baik ada buruk. Bila terjadi kita buat satu anjakan paradigma dalam diri, buktikan kita boleh berjaya dan boleh hidup tanpanya “ bagi mereka yang putus cinta” dan bagi yang kecewa dalam bab lain, sama juga buat satu perubahan yang lebih baik dari itu. Ingat kalau orang boleh lakukan untuk menjadi lebih baik kenapa kita tidak, jangan pula fikir negatif “ kalau orang boleh bunuh diri kenapa aku tak boleh” bodoh punya orang tu.hehehe! Fikirlah, setiap sesuatu terjadi ada hikmahnya. Selalunya ia terjadi untuk mengajar kita erti kehidupan dan menjadikan kita lebih hebat & sempurna. Nak berjaya kenalah belajar dari kesilapan. Biar susah dulu jangan susah kemudian. Naik tangga biar satu² jangan naik langkah banyak 3,6,9 jatuh sakit. Langkah satu² belajar dari bawah baru jatuh tak sakit.

Macammana nak hilangkan tekanan jiwa perasaan duka lara pula?

1. Dekatkan diri pada Allah SWT, dalam doa mohon ampun dan berdoalah mohon petunjuk cari keberkatan hidup..
2. Masalah kita jangan pendam dalam diri, ia umpama gunung berapi.

A). Luahkan pada sesiapa yang sudi mendengar. Jika tak mampu
B). Tulis atas buku. Jika tak mampu
C). Cerita pada pokok @ kucing " bukan bergurau tapi inilah realiti, janji lepaskan bebanan diri tu"
D). Banyakkan dengar rohani diri seperti dengar ceramah, buku² yang membina dan cerita² kejayaan orang² yang dah berjaya bermula dari bawah.
E). Jangan tinggal seorang diri dalam bilik kerana syaitan suka pada orang yang macam tu. Contoh tengok gambar ibu mertua ku. P Ramlee butakan mata sebab dia dok seorang dalam bilik. Sebenarnya itulah masej yg nak dia sampaikan. Duduk dalam bilik seorang diri masa jiwa kacau, mesti akan merosakkan diri.

15 Komen disini:

shamsurie said...

aku tambah sikit,
-luahkan perasaan anda melalui blog.Tuis apa yang anda tak puas hati.
-Ingat Mati.Bila ingat mati,maka akan terfikir amal soleh kepada Allah yang kita sia siakan semasa bercinta.
-Ambik Pen,Tulis dalam buku luahan kita.InsyaAllah jari anda akan automatik menulis x henti nanti.
-Luahan harapan kita dalam Doa.Cakap bahasa melayu pun takpe.

Boo-lah said...

oh tidak.. jgn putus asa.. hehe.. disebalik sesuatu yg terjadi pasti ada hikmah...

~ana SoLehah~ said...

hati jadi gersang dan tidak redha dengan ape yang terjadi terhadap diri.. apabila kita menjauh dari-Nya..mengharap dari yang selain-Nya..tiada kemurnian dalam ratapan kita terhadap-Nya..

sesungguhnya..
Dia lah sumber ketenangan..

Senang tak bererti tenang..
Susah bukan sebab kita berputus asa..

segala dari-Nya
Tuhan yang telah mengatur dan merancang perjalanan hidup kita..

jangan biarkan hati kosong tanpa 'sentuhan' kasih-Nya..

jangan menjauh dari rahmat-Nya..

sesungguhnya..
dengan mengingati Yang Maha Penyayang, hati2 kita akan menjadi tenang..

Mawar_berduri said...

Orang yang tak leh nak terima kedukaan dan musibah yang melanda tu orang yang gagal dalam hidup ...sebab cepat sangat putus asa .....

Orang yang bunuh diri tu pulak ...orang yang tak guna dilahirkan kat dunia kerana dia sendiri dah tentukan sendiri ajal dia...melawan takdir allah s.w.t

dotblogspotdotkom said...

masa nih le setan akan gambarkan sesuatu di dalam fikiran kita... mcm2 mende yg menjuruskan ke arah dosa....

kearah ke maksiatan.....

Kerna Kasih Azriey Sinar said...

Pendapat² yang bagus² dari sahabat² kita. Terima kasih, moga sama² kita dapat renungkan dan dapat berfikir positif jika sesuatu terjadi...

Mohd Rashdan Bin Abd Rahim said...

Ada apa2 masalah hg luahkan kat aku, manala tau aku bleh tolong. Ingat jodoh, hidup & mati semuanya adalah kehendak Allah.

Kerna Kasih Azriey Sinar said...

Inilah 1 contoh kawan yg sudi mendengar rintihan kawan "pendengar setia", susah untuk kita dapat sahabat sejati yang ada dengan kita dalam suka dan duka.

masa suka dia nasihati kita supaya jgn terleka masa duka dia membantu kita...

Ratu Syahadah said...

Salamunalaik wbt, shbtku..

Nice posting! smga dpt mjadi tips yg bguna pd kita smua. insyaAllah.

Tp, pd pndangan sy, better luahkn pd Allah swt. bak kata shamsurie.. bdoa. yup, bdoa. rajin2 la luahkn mslh, kekecewaan, kesedihan, kegelisahan, etc.. pd Allah swt. ssunguhnya Allah swt itu Maha Mendengar lg Maha Mengasihani. xperlu la nk luahkn pd kwn, pkok, kucen, etc.. cz mrk hny dgr je (mnusia). tp xd leh bt ap2 pn. so, pd Allah swt adalah sbaik2 tpt utk mgadu, bknnya pd skalian mnusia. mudah2an kdaan akn brubah dgn kudrat-Nya. insyaAllah.

Then, rajin2 la bc al-Quran.. cz hati2 akn mjadi tng bla igt pd-Nya. xpcy?? pcy la. hati yg sedih n rawan akn jd tng bla bc kalam-Nya. pendek kta, hny pd-Nya sumber ketenangan.

Kdg2 kekecewaan n kesedihan yg muncul tnp diundang adalah kifarah drp Allah swt ats dosa2 kita yg sblm nih. so, mohon la keampunan dr-Nya, btaubat la. kelak, xkecewa n xsedih lg cz kita yakin Allah swt itu Maha Penyayang. so klu Allah swt sygkn kita, kita perlu la bbuat bek pd-Nya sedari mula.

P/s : Sy bpesan pd diri ini jgk agr stiasa meletakkn Allah swt ditpt teratas dlm hati n dlm hdp. dr-Nya kita dtg n pd-Nya kita kmbali. so, luahkn kegelisahan jiwa kita pd-Nya. ssungguhnya Allah swt itu pemberi rahmat. wallahua'lam bissowab.. (~_~)

Kerna Kasih Azriey Sinar said...

Alhamdulillah, dengan lampiran ini dapat sy berkongsi sedikit ilmu dgn sahabat² semua dan Pandangan yang baik². Bersyukur saya. Kata² Ratu Syahadah (ikin) banyak manfaatnya. terima kasih. Sama² kita berpesan pd diri sendiri dan sampaikan pd yg sudi menerima... InsyaAllah

Faarihin said...

Salam...

waaa.. sedikit terasa bila membaca entry ni.. adeh..

Mr . K said...

Salam....

Kembali kpd firman Allah surah ar Ra'du ayat 28 "Ingatlah hanya dengan mengingati Allah jiwa akan tenang"

mudah bukan..? so buatlah....

Kerna Kasih Azriey Sinar said...

Alhamdulillah moga dengan pandangan sahabat² disini, dapat kita membantu sahabat dalam kebuntuan... terima kasih banyak² saya ucapkan pada semua.

Al-Quran dah tetapkan dan dah memberi semuanya tapi manusia selalunya lupa dan mudah ikut hawa nafsu @ hasutan syaitan...


Banyakkan dengar kuliah agama dan rohani pada diri. Jika sesuatu keburukkan terjadi kita tak mudah negetifkannya...

Kuatkan hati, cuba² cari dan mendengar rohani jiwa.jangan memberatkan hati itu dengar ceramah @ kuliah. ia membantu kita dalam kesusahan @ kekecewaan kelak. Hiburan @ keseronokkan tak dapat bantu kita dalam kedukaan...

en_me said...

hmmm.. salam singgah bro

rin~eirie de' sEcond said...

luahkan prasan sedih kita, jika d pendam akin trasa sakitnya...
klu segan/xbiasa brkongsi prasaan dgn org lain,luahkn mlalui penulisan,tulis smua yg trbuku dlm hti..simpan lah ia d tmpat yg org xbole access,satu ari nanti apbila anda mmbaca smula luahan itu, insyaAllah akn berasa smakin kuat n tabah...

slm ziarah buat tuan blog :), thanks 4 visiting me.

Kembali ke Halaman Utama