1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Saturday, October 03, 2009

Budak Tiada Masa Depan...| Hangatnya Cinta |

Sambungan dari Kau Dan Aku

"Mardiana! ibu lihat Mardiana sekarang gembira semacam je, balik kerja tersenyum seorang² . Ada pe yang buat hati anak ibu terhibur sangat ni? Bila cuti pula, mesti tak lekat dirumah, kemana Mardiana pergi sampai tak pernah beritahu ibu?". Mardiana saat itu terkejut sangat dengan persoalan tu. dengan keadaan gelabah Mardiana menjawab. " Maaf ibu, Mardiana keluar tak bagitahu ibu. Emmm! Mardiana sebenarnya keluar berjumpa kawan" Kawan! Kawan mana? ibunya menyampuk dalam Mardiana menjawab menyebabkan persoalan pertama tak habis dijawab. Dihati Mardiana gembira kerana rasa terlepas dari persoalan pertama dan ada peluang untuk temberang bagi soalan kedua ini. Lalu Mardiana menjawab soalan kedua itu, " Mardiana mana ada kawan ramai ibu, satu²nya kawan Mardiana yang rapat dan perlu Mardiana jaga ifa je. Jadi Mardiana keluar dengan ifa le". Mardiana sudah pandai belajar berbohong demi keseronokkan dan Zarizan. Padahal bukan dengan ifa tapi dengan Zarizan, Mardiana keluar.

Mardiana seorang yang manja, bijak berbicara dan pandai bergurau. Jika sesiapa bersamanya pasti tak boring dan cakap² Mardiana pula mudah orang percaya dengan memek mukanya yang sesekali buat orang mudah terhibur dan konfiden. Satu hari, keluarga mahu bercuti dirumah atok. Bila Mardiana dengar, Horeyyyyyy! seronok tak terkira Mardiana. Seronok bukan sebab dapat pergi rumah atok tapi dapatlah Mardiana cari jalan untuk temberang ibunya dari pergi bersama. Mardiana menggunakan kepakaran bijak berbicara dan memek muka comelnya itu berkata " ibu, Mardiana tak dapat pergilah rumah atok nanti. Tempat kerja Mardiana sekarang susah nak dapat cuti sebab barang banyak dan Mardiana ni anak ibu yang rajin ditempat kerja jadi disebabkan kerajinan anak ibu ini, anak ibu ini kenalah merajinkan lagi kerja, Maaf ya! ibu Mardiana yang manis". Ibu pula pantang dapat dipuji, terus mengiakan kata² Mardiana. "Eh! Tapi Mardiana berani ka tidur seorang² dirumah? 3hari ibu mahu kerumah atok". " Ala! ibu, ifa kan ada". ifa lagi jadi sasaran Mardiana, dah la tak dapat pergi rumah atok pun temberang.

Pada hari keluarga pergi kerumah atok, Mardiana memang menanti²kan saat² ini. Mardiana terus hubungi Zarizan. " Hallo! Sayang, apa plan kita hari ni? ibu dan keluarga dah pergi rumah atok 3 hari tau sayang." Wow! berbulan madulah cinta fantasia yang belum disatukan ini. Zarizan berkata, "Apa 3 hari? dalam hati 'mak aih! kopak aku dibuatnya'. Mardiana "ye! 3 hari sayang". Berbincanglah kasih kekasih untuk menikmati nikmat 3hari. Dari seawal pagi sampai selewat malam bercinta pergi sana sini, dah tak ingat sembahyang dah tak ingat keluarga tersayang dan dah tak ingat kehidupan akan datang. Segalanya indah sampai satu ketika Mardiana berkata, " Sayang, wajah sayang Mardiana dah tatap sehabis²nya dan belai rautnya sepuas²nya sudah tapi dihati ini teringin sangat hendak dengar kentut sayang". Saat itu, dari romantis renungan dan ketelitian Zarizan mendengar kata² Mardiana bertukar menjadi gelakkan yang amat besar. Mahu taknya, ingatkan apa tadi rupanya kentut yang hendak didengarnya. Hangat betul cinta ini sampai irama kentut pun mahu didengar. Hanyutlah cinta kasih bila keseronokkan dikejarnya.

Cinta punya cinta sedar tak sedar dah 2tahun berlalu. Sedar tak sedar juga masih seperti dulu juga kerja dengan gaji ala kadar. Mardiana saat ini mula merasa resah, dia dah nampak cintanya seolah tiada kesudahan jika hanya layan cinta² cinta sahaja. Mardiana jumpa Zarizan bertanya tentang kehangatan cinta ini dimana kesudahannya. Zarizan berkata tunggu nanti Azriey sambung lagi cerita ni sebab dia yang buat cerita hehehehe!

Tunggu Episod seterusnya...

2 Komen disini:

Faarihin said...

hahaha.. ape lah.. dalam bebanyak tu.. kentut gak menjadi pilihan.. lawak la yg tukang uat cite ni.. hahaha..

Kerna Kasih Azriey Sinar said...

hahaha! tapi itulah kenyataan zaman bercinta faariihin. Ramai yang anggap yg baik itu kebahagiaan, buruk itu kekecewaan sebaliknya baik buruk adalah ujian. Lalui liku² hidup dengan penuh kesabaran dan ketakwaan...moga ia berkekalan...

Kembali ke Halaman Utama