1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Sunday, September 13, 2009

Budak Tiada Masa Depan...| Kau Dan Aku |

Sambungan Dari Perjalanan Hidup...

Perjalanan hidup Zarizan makin hari makin mendapat perhatian kerna dengan usikkan rakan² dan dengan sikapnya yang slumber. Suasana tempat kerja jadi sunyi jika Zarizan cuti @ buat kerja luar kawasan ye la kan mau tak sunyinya, kat situ dia sorang je teruna idaman dan lelaki , yang lain semua mak dara dan anak dara. Disitu Zarizan diberi tugas mengendali sistem operasi mesin. Tugas dan kenapa Zarizan ditempatkan disitu kerana semasa ditempat lama, Zarizan menzahirkan minatnya terhadap sistem komputer. Walaupun hanya SPM dan tak pernah ambil kursus mendalam bab komputer tapi masalah komputer dia boleh lakukan.

Dalam Zarizan sibuk² dengan kerjanya tiba² terdengar suara tangisan sesorang. Zarizan jengok kiri jengok kanan tak nampak pula bayang suara si penangis tu. Anak buluh betong ke pe nih. Berdebar - debar Zarizan dibuatnya. Masa tu sebenarnya waktu rehat, Zarizan tak rehat sebab sibuk dengan kerja yang banyak tak siap. Zarizan ni kalau tak makan pun tak pe bila berdepan dengan komputer. Zarizan memberanikan diri pergi dekat dengan suara tu, rupanya tersorok dibelakang kotak. Sampai saja kat situ, Zarizan lihat Mardiana menangis. Ditanyanya kenapa Mardiana menangis? Mardiana jawab " Bill telifon melambung dan dah 3bulan tak bayar, Diorang telipon nak saman jika tak boleh bayar hari ini tapi Mardiana takde duit. Minta pinjam family kena marah lagi ada la. " Mardiana gambarkan ketika itu dia betul² terdesak dan Zarizan pula jadi serba tak kena bila melihat wanita berkeadaan begitu. Tapi yang sebenarnya dalam hati Zarizan terpahat nama Mardiana dan sejak dari mula bertemu lagi hatinya telah jatuh hati pada Mardiana. Jadi difikiran Zarizan ketika itu berkata " inilah peluang untuk dia ayat - ayat cinta pada Mardiana.

Bermulalah episod cinta monyek Zarizan disini setelah bermodalkan duit yang tak seberapa diberinya Mardiana pinjam. Selepas terhutangnya budi Mardiana pada Zarizan, Mardiana beri no hp nya pada Zarizan yang kononnya memudahkan apa² urusan kelak. Umpan Zarizan kali ini mengena. Pada malam harinya, Zarizan cuba sms Mardiana. Sms mereka jadi makin hari makin rancak selepas Zarizan kata, janganlah membebankan fikiran berfikir tentang hutang & malu pada Zarizan, jika ada duit nanti² bayarlah. Mardiana tertarik dengan sikap Zarizan yang sentiasa tenang tu. Disebalik kata² Zarizan itu sebenarnya lebih kepada memikat dengan ayat² cinta sahaja bukannya ikhlas sangat pun. Sejak dari itulah antara mereka makin rapat sehinggalah satu hari Zarizan lahirkan kata² jiwang bisa berbisa tajam menikam sehinggakan Mardiana tergoda dan jatuh hati padanya. Bercintalah mereka dengan cinta kau dan aku.

Indahnya cinta mereka pabila berjanji bermadah sehidup semati. Disaat cinta mereka memuncak, Zarizan termenung dan bertanya kepada Mardiana. "Mardiana benarkah kau cintakan aku dengan ikhlas?" Terkejut Mardiana, sebelum ini tak pernah Zarizan ajukan soalan begini. " Kenapa Zarizan? Tak percayakah kau pada aku?. Aku menyintaimu bukan pada harta tapi ikhlas dihati." Zarizan tersenyum sambil memandang mata Mardiana sambil berkata " Aku menyintaimu sayang, kau dilahirkan untuk aku dan aku dilahirkan untuk kau. Usahlah ada kesangsian, cinta ini telah menyatukan kita. Terima kasih kerana menyambut cinta ku". Cinta yang dilahirkan pasangan ini menghanyutkan kehidupan sebenar mereka. Zarizan makin hari makin berubah. Dulu hari²nya diusik dik si gadis ayu kini tak boleh dah kerna ada si merajuk hati. Minatnya pada komputer pun tersimpang bercabang- cabang dikawal dik cintanya itu. Hanyut dan terus hanyut dirinya bersama Mardiana.

Walaupun sedar gaji tak seberapa tapi enjoynya macam orang gaji besar. Tiap² minggu cuti mesti keluar dengan Mardiana. Dulu dia beri pinjam duit pada Mardiana bayar hutang bill tapi kini dia pula terhutang bill. Cinta punya pasal, gunung pun rata. Manisnya cinta mereka sehingga tak sedar pada masa depan dan keluarga. satu hari ibu Mardiana bertanya....

nanti saya sambung lagi...

3 Komen disini:

NURA said...

salam sobat
NICE ARTIKELNYA SOBAT...

ada AWARD sederhana untuk sobat
mohon diterima ya,,
di blog NURANURANIKU
sahabat di ALJUBAIL.S.A
trims.

Faarihin said...

salam.. ni citer kisah benar ke? tak sabau nak bace agi.. smbung la cepat.. huhuhu.. (^__^)

Kerna Kasih Azriey Sinar said...

Salam, ini cerika rekaan saya aje Faaaarihin. Cuma jalan critanya je mungkin dari kebanyakkan kita melaluinya begini. Tunggulah episod terakhir, InsyaAllah saya cuba sampaikan masej tauladan disini...

Kembali ke Halaman Utama