Salam sinarmawaddah pada yang membaca, Apa khabar kasih sayang hari ini? Kali ni saya nak berkongsi lampiran kehidupan zaman sekarang. Adakah ia akan berterusan menular @ sebaliknya jika tak dibendung. Sama²lah kita renung²kan isi lampiran ringkas saya.
Anakku sazali dengarlah, lagu yang ayahda karangi... ( Anakku Sazali - P Ramli ) Bestkan bila dengar lagu ni? Imaginasi mesti dapat bayangkan bertapa sayangnya seorang ayah pada anak tersayang. Suka benar saya pada masej² filem² P Ramlee. Filemnya juga menggambarkan kehidupan sekarang bukan hanya pada zaman keunggulannya sahaja. Tapi disini bukan kisah anakku sazali nak saya lampirkan disini, mungkin cuma ilham dari filem ini dan kehidupan disekeliling saya tanpa kasih sayang sebenar yang dipamirkan telah membuatkan saya rasa tersentuh dan ingin berkongsi dengan sahabat² disini, moga kehidupan kita lebih sempurna dengan kasih sayang sebenar...
Tersentuh saya apabila seorang bapa ditegur oleh seorang sahabat karibnya tentang kelakuan negatif anaknya. Ikhlasnya teguran sahabat karib ini kerana harusnya disampaikan untuk anak sibapa ini lebih sempurna kelak. Tapi malang, teguran itu dinegatifkan, Si bapa ini memarahi si sahabat karib ini dengan berkelakuan yang kurang baik. sedangkan ia masih puji diri sendiri dan masih cover line anaknya tetap yang terbaik. Beginikah sikap kita insan penghuni bumi dizaman sekarang? cuba renung kembali zaman silam nenek moyang kita... Dulu, jika seseorang itu khabarkan keburukkan anak sifulan² pasti ia akan belanja makan @ beri pekara² baik pada yang melaporkan kerana membalas jasa baik menjaga anaknya. Balik kerumah pasti anak itu kena belasah ( menegur kesalahannya ) tapi kenapa sekarang dunia suka negetifkan setiap teguran? kenapa mahu dipuji sahaja? jangan anggap yang baik itu terbaik dan yang buruk itu terburuk. fikirlah..
Mahukah keluhan ini yang akan hadir kelak:
Sayangnya anakku sayang, kalaulah aku dengar kata sahabat ku dulu, tak kau masuk lokap. Aku tersalah beri kasih sayang pada kau...
@ kesyukuran ini kelak:
sayangnya anakku sayang sebab itulah bapa memukul mu sebelum kau terlajak jauh. Marah bukan kebencian, marah bapa kerana sayang... dah berjaya dan sempurna anak bapa sekarang. Alhamdulillah syukur...
P/s : Puji adalah pisau yang paling tajam... Renung²lah
0 Komen disini:
Post a Comment