1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Sunday, November 22, 2009

Nasib Je Nih ... | Kikis Tabiat Buruk |

Sekali kita pandang macam nak marah pun ada. Tapi sebaliknya pula, bukan kita yang marah dia, dia yang marah kita. Siapa yang salah sebenarnya ni ? Nak letak kereta ikut suka hati dengan alasan bodoh, “kereta buruk nak langgar pun langgarlah, letak 2 minit pun bising”. Ini la sikap segelintir orang kita bila cakap pakai nafsu dan kepentingan diri. Bukan masalah dia @ kereta buruk yang nak dipandang tapi ni membabitkan nyawa orang. Pikir pakai otak sikit la labu. Nak jadi kemalangan bukan kira masa @ tempat. Tak kiralah letak seminit pun @ fikir tak pernah pun kemalangan letak kereta begini. Kenapa hanya bergantung pada nasib yang boleh merosakkan diri dan orang lain sedangkan diri kita mampu lakukan yang terbaik ? ehhh! Ingat tak berdosa ka lakukan begini ? Semaikanlah sifat kasih sayang kita pada semua, kasih sayang bukan hanya pada belaian @ senyuman tapi pada setiap pekara. Contoh: mamat kereta buruk nih, klu dia sayang pada nyawa orang, dia tak akan letak kereta gini. Fikirlah lagi erti kasih sayang…

Jom kita tengok gelagat mamat sorang ni pula…


Perhh! Berkecai moto dia, ingatkan orang dia pun bersepai habis dah. Salah siapa ni ? tengok, dah le main lintas sesuka hati je, tu pun kira nasib je tu dia selamat. Membebel sakan dia, tak bersyukur langsung. Janganlah jadi macam dia ni, nasib hanya sekali je tak akan jadi buat kali kedua. Janganlah berasa bangga bila diri terselamat dari kemalangan. Kita hanya manusia biasa, bukan ada kuasa. Bersyukurlah kalau diri selamat. Fikirlah hikmah sebalik yang terjadi. Sesuatu yang buruk terjadi mungkin sebab kelalaian diri. Belajarlah dari kesilapan dan jangan ulang lagi…

P/s: jangan jadi macam mamat² nih. Doakan diri kita tak mengulangi kesilapan dan belajar dari kesilapan menjadi insan yang lebih penyayang. Aminn…

Friday, November 20, 2009

Renungan Bergambar | Rasopariso DiHati |

Ayat² pendek, mesej² pendek @ kata² hikmah yang pendek kadang² mampu membuka minda saya untuk mencari dan memahaminya lebih jauh lagi. Saya suka simpan ayat² macam ni, selalunya masa berbual dengan kawan² @ sesiapa sahaja. Jika dalam berbual tu secara tersepontan keluar kata² yang power nih, saya mesti simpan. Tak kiralah, sama ada dari bibir saya sendiri @ dari sesiapa saja. janji ayat tu sempoi dan dalam.

Rasopariso lagu XPDC album terbaru nih, saya dengar dari carta MuzikFm terus terpikat dengan nada dan liriknya. Budi Baik susah nak digambarkan, ia bukan diwajah tapi dihati. Pandai diorang nih buat lirik. Itulah seni, makin dicari jawapan makin hebat kualitinya kita miliki.

"Hidup umpama aiskrim, Nikmatilah ia sebelum cair"
Apa nikmat yang perlu kita nikmati sebelum ianya berakhir ? janganlah kita sia²kan hari kita dengan pekara² yang tak berfaedah.Manfaatlah masa kita ni :)
Renunglah lagi, jauh lagi maksud ayat nih :)

Allah menguji keikhlasan bila sendirian, Allah memberi kedewasaan bila ada masalah, Allah melatih kesabaran dalam kesakitan, Allah tak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali menggantikan dengan yang lebih baik...

Ayat yang akhir ni, mesti mereka yang bercinta fikir, wow! kalau perpisahan itu terjadi pada orang yang dicintai dan disayangi akan digantikan yang lebih baik. Mesti terbayang yang lebih cun kan? DIGANTIKAN DENGAN YANG LEBIH BAIK maksudnya mungkin masa yang telah disia²kan, kejahilan, keimanan yang goyang dan sebagainya lagi sebelum ini dapat diperbaiki menjadi lebih baik, ni pun telah digantikan dengan lebih baikkan ?. Kadang² kita ni apabila sesuatu yang tak diingini berlaku baru nak sedar kesilapan diri ... Jadi sebelum kita terlupa yang indah @ yang disayangi itu juga adalah ujian, kita sedar²kanlah diri kita sentiasa... InsyaAllah kita mampu jadi yang terbaik untuk semua dimuka bumi ini... :)

Doakan saya sama ye :)

Monday, November 16, 2009

Kemewahan Dan Penderitaan | kehidupan |

Sayu hati melihat insan seperti ini. Kasih sayang jauh dari pandangan hati manusia sekeliling. Ramai yang lihatnya lari, menganggap ia insan hina dan gila. Tapi kalau dia insan hina dan gila sekalipun kenapa ramai yang menghina kehadirannya dimuka bumi ini ? dimana tanggungjawab kita sebagai insan yang bersama menikmati kehidupan bumi ini ?

Tersentuh hati melihat dia, ditanya dari mana dia datang dan latar belakangnya. Dia kata namanya anuar tinggal disana? “dimanakah disana tu?”. Saya tak berapa paham dengan percakapan dia, tapi saya tersentuh sebab bila dia cakap nama dia Anuar. Pada mulanya saya ingat nama dia mutusami @ mutusyikal ke, rupanya Anuar nama islam. Dia bukan insan gila sebab percakapan dan hormatnya pada kita seperti insan normal yang lain. Cuma keadaaannya je mengzahirkan dirinya seolah orang gila. Ikutkan hati, mahu je saya soal siasat @ berbual habis bagaimana, dimana, mengapa dan kenapa dia jadi begini. Tapi memandangkan percakapan dia pun susah nak faham dan takut dia tersentuh hati dengan persoalan saya, sekadar mampu sahaja saya bertanya untuk dikongsi bersama.



Lihatlah wajahnya, sayukan? Ntah apa yang bermain difikirannya... Mungkin syukur yang tak dapat dizahirkannya. Adakah kita bersyukur ? Adakah kita sedar kita pun berkemungkinan jadi begini jika Allah mahu menguji ? Semua orang tak mahu jadi beginikan? Semua orang mahu hidup bahagia dan mewahkan ? tapi kenapa dengan kemewahan dan kebahagiaan itu, tak mahu dikongsi bersama, apabila diri melihat penderitaan kehidupan orang lain ? Kasihanilah mereka yang memerlukan kita sebagai jalan menikmati nikmat kehidupan…

p/s: Ada tak orang yang banyak menderma dengan ikhlas akhirnya fakir ? Ada tak orang tamak papa kedana akhirnya ?
sama² kita fikir…

Wednesday, November 11, 2009

Kata² Hikmah Sinar Kasih Sayang | Wallpaper |

Kenangan terindah, Sebenarnya banyak gambar² menarik saya ambil semasa pergi bercuti bersama rakan² seperjuangan d'chalet Teluk Bayu. Kalau nak dilampirkan semuanya dalam satu masa, takut mencacatkan blog dipenuhi gambar hehehe!. Suasana kat sekitar chalet Teluk Bayu memang tenang dan tak dapat dilupakan.

Untuk melihat Gambar ini dengan lebih jelas, Klik kanan mouse Open Link In New Tab. "Mozilla Firefox"
Suasana waktu senja dengan air laut yang tenang serta dikelilingi bukit membuatkan diri rasa kagum bersyukur pada nikmatNYA...

Dipagi harinya pula, suasana sejuk dengan keindahan dikelilingi kabus pagi membuatkan hati terasa tenang seolah ingin menetap disini. Sesekali perahu nelayan lalu dihadapan chalet, membuatkan diri terfikir pada keagungan Allah. RezekiNya terlalu luas, Kalau kita tak berusaha mencarinya mana mungkin akan ditemui nikmatnya... Seluas lautan, banyak manakah ikan disana ? Sehinggakan setiap perhentian kita, dapat menikmatinya jika berusaha dapatkannya... Dunia? lagi luas. Fikirkanlah...

Suasana Malamnya pula gelap, malam memang gelap hehehe! hanya bersuluhkan lampu chalet. Jika sahabat² teringin nak pi tempat cantik menarik tertarik nih hubungi Zakaria Hj Ahmad ( Pak ya) 0164829309.

Sama² kita bantu usahawan BumiPutra.

Friday, November 06, 2009

Belajarlah Bagaimana Untuk Hidup


Kalau boleh kita ingin berubah menjadi orang yang positif sekelip mata. Berjimat cermat, senyum pada pagi dan sebelum tidur, disiplinkan diri berpakaian kemas dan pelbagai tip lagi. Terlalu banyak tip yang kita tahu dan kalau boleh kita mahu lakukan semuanya.. Kemudian, menjadi manusia yang baru dalam waktu yang singkat. Terlalu sukar, dan kita selalunya gagal.

Sebenarnya berusaha untuk berubah dalam sekelip mata dengan mengamalkan puluhan tip itu secara serentak, bukan satu tindakan yang tepat. Kita sebaliknya perlu mengambil satu, dua atau tiga tip dan perkukuhkannya dalam diri dahulu. Percayalah, akan sampai masanya nanti tip² itu akan menjadi darah daging kita dan kita akan mengamalnya secara spontan.

Sebaik tip itu sudah menjadi sebahagian daripada diri kita, barulah kita amalkan tip yang baru pula. Jangan lupa, ambil satu, dua atau tiga tip sahaja dahulu untuk dijadikan ia sebagai amalan hidup. Kita cuba amalkan cara ini sehinggalah segala tip atau amalan hidup yang positif itu mengalir didalam darah kita. Cara ini lebih baik dari kita cuba mengamalkan puluhan tip amalan hidup yang positif secara serentak, tapi semua gagal. Sama²lah kita renung²kan.

Doakan azriey sinarmawaddah dan kita semua mampu jadi yang terbaik kearah positif. Aminnn…

p/s: Selagi kita masih hidup, teruskanlah belajar bagaimana untuk hidup kearah positif. Jangan anggap kecelakaan itu pemusnah kehidupan, kadang² ia penyelamat hari dihadapan...

Sesuatu yang terjadi mesti bersebab, carilah jawapannya. Jangan biarkan ia berlalu tanpa berfikir sesuatu …

Thursday, November 05, 2009

Anugerah Luzriq Kepada SinarMawaddah

Terima Kasih Pada Luzriq "Boolah"

Alhamdulillah, Anugerah terbesar saya terima dan menerima dari seorang sahabat seni kaligrafi. Bersyukur dan berterima kasih banyak² saya ucapkan pada Boolah " Hasbullah" dengan sumbangan logo SinarMawaddah yang sangat cantik dan melambangkan islamik ini. Sebelum ini, saya memang tercari² "ilham" untuk hasilkan Logo yang sesuai untuk SinarMawaddah tapi Alhamdulillah Allah permudahkan dan kini saya memilikinya.

Saiz sebenar Kaligrafi Mohor ini 9000 x 9000 pixels dan gambar asal lebih cantik dari yang saya pamirkan dalam blog ini. Nak dipamirkan disini terlalu besar. Jika ada sahabat² yang ingin mengenali Boolah kaligrafi & fotografi, saya tinggalkan linknya disini. InsyaAllah pasti berpuas hati dengan hasil kerjanya...

Kaligrafi Mohor Luzriq
Fotografi Hasbullah

p/s: Sahabat bukan bererti yang dapat menggembirakan kita sahaja adalah sahabat tapi sahabat adalah insan yang dapat menegur kesalahan dan bersama dalam susah senang kita...

Sahabat yang menegur itu lebih baik dari sahabat yang memuji kita...

Kembali ke Halaman Utama