1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah
Showing posts with label RumahTangga. Show all posts
Showing posts with label RumahTangga. Show all posts

Wednesday, March 23, 2016

Suami mata keranjang

Rumahtangga goyang kekdang sebab suami mata keranjang... Suami yang suka nampak perempuan lain lebih cantik. Isteri dirumah dia tengok lebih kurang jer. Layan tak layan jer... Alasan badan isteri dah lari saiz dan dah tak cantik...

Semua ni alasan sisuami dan nafsu serakahnya sahaja... Bukan senang nak bina rumahtangga... Jangan terlalu mudah pandang cantik itu maka sanggup korban rumahtangga yg sedia ada.

Memang benar wanita diluar sana seksi dan cantik tapi tak sedarkah, kita pikat isteri dulu sebab dia cantik jugalah. Tapi selepas pengorbanannya mengandung dan melahirkan anak kita. Mudah jer nampak orang lain lebih cantik dari isteri.

Jika mata kita 'si suami' suka sangat lihat wanita cantik, kenapa terlalu kedekut untuk cantikkan isteri ? Sekarang ni banyak produk2 kecantikkan buatan orang kita yang popular... Belikan pada isteri.  Jaga yang sedia ada itu bagi elok bukan tengok wanita hat elok2... Kalau isteri itu tak elok pun bukan sebab orang lain tapi sebab diri HANG LA JUGA WEHHHH! ������

Sama2lah kita pelihara dan perbaiki kesilapan kita... Rumahtangga yg telah kita bina itulah kebahgiaan... Apa yang kita pandang itu adalah nafsu yg nak memusnahkan rumahtangga...

Dunia sementara Akhirat yang panjang

Saya bual dengan sorang abg yg alim. Dia kata,

'Azriey, hidup kita ni sat ja kan. Sedar2 dah tua... Tak lama lagi mati. Dunia ni sementara jer kan ? Sedar tak kita ada hidup yang panjang iaitu AKHIRAT ? Azriey pernah fikir tak dimana kita nanti diakhirat ? Kalaulah di Neraka amatlah takut kerana akhirat itu panjang sangat2 'selamanya' ... ������

Lihatlah hidup kita ni, apa yang kita risau sebelum mati. Adakah kita risau anak isteri tak cukup makan BILA KITA TIADA NANTI atau kita risau belum lagi kita selesaikan tanggungjawab/amanah Allah untuk anak isteri. MATI kita hanya berbekalkan 3 perkara... ANAK SOLEH YANG MENDOAKAN, ILMU YANG DIMANFAATKAN DAN SEDEKAH JARIAH... Anak isteri juga perlukan bekal yang sama untuk ke sana...

Hal rezeki jangan kita jadi tuhan kerana rezeki itu janji Allah pada manusia yang hidup. Tapi hal tanggungjawab 'amanah' jadikan anak isteri beriman kepada Allah itu urusan suami 'bapa'...

Wallahualam... Salah tegur saya...

Apa yang kau beri itu yang kau dapat

Si suami selalu tegur si isteri supaya jaga badan jaga mulut jangan berbau bagai... Tapi si suami terlupa, diri merokok dan badan berpeluh boroi tak pernah pun jaga. Malah ada yang malas nak gosok gigi, siap karat lg... Ulat pun nak muntah dan tak mau dok dalam mulut ����������... Nak kena isteri tegur jg ke ?

Jika kita meminta isteri jaga semua itu bermakna diri kita semestinya telah terpelihara terlebih dahulu... Kalau tak, semua itu sia2 sahaja. Sekalipun isteri dengar dan taat, suasana keharmonian rumahtangga akan suram...

What  U Give U Get Back
Apa yang kau beri itulah yang kau akan dapat... Kalau baik maka baiklah akan kembali... Kebaikkan itu datang dalam pelbagai bentuk, tidak semestinya jika kita bagi duit maka duit juga yg kita dpt atau harapkan. Kekadang kasih sayang yg lebih kukuh yg kita dapat. Bukankah kasih sayang itu kebaikkan yg lebih mahal dan kita harapkan ?

Kembali ke Halaman Utama