1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Monday, March 28, 2016

PENDAKWAH YANG KALUT NAK 'UBAH'

Bersyukurlah kalau ada sahabat2 yang dah mula mahu mengintai2 majlis ilmu walaupun hanya video pendek youtube. Tak perlulah kita jd penghukum dan memaksa dirinya supaya jadi seperti kita yang selalu bertalaqi  kerana disitu mungkin kita akan menjauhkan dia dari majlis ilmu...

Biarlah dia bermula dengan seorg ustaz yg suka berlawak pun. Lagipun lawak Ustaz bukanlah mcm maharajalawak. Lawak yang berilmu. Biarlah dia bermula dgn hanya dengar kuliah youtube dulu, kerana ilmu Allah sangat luas dan hidayah itu milik Allah...

Jangan kita kalut fikir nak 'ubah' orang supaya jadi lebih baik sebaliknya fikirlah 'AKU NAK DAKWAH YANG TERBAIK'.

Pengalaman saya melihat seorang sahabat yg baru berjinak2 nak berubah. Dihentam dihina difitnah supaya berubah seperti 'mereka2 yg dah hebat yang rajin ke masjid dan talaqi', akhirnya sahabat itu tinggal terus niat nak berubah.

Teringat satu pesanan abg ijam medicine 'JANGAN KITA RASA KITA DAH HEBAT KALAU KITA BELUM DIUJI DENGAN KEPAYAHAN, JANGAN KITA RASA ORANG JAHAT KALAU KITA BELUM DIUJI DENGAN KEMAKSIATAN'.

Memang senang kita menghukum orang dan nampak jalan berubah tu mudah sbb kita belum diuji lagi. Samalah dgn orang yg kaya raya. Memang mudah kata 'orang miskin jd miskin sbb dia malas' sedangkan org yg Allah takdirkan kaya itu belum diuji dgn kemiskinan... Jangan mudah menghukum orang miskin malas kekadang dia dah usaha berbagai cara nak senang tapi rezeki tak berpihak pada dia.

Ilmu Allah ni luas, tanggungjawab kita dakwah bukan ubah... Biarlah corak penerimaan minat pada ilmu itu datang dalam bentuk apa pun. lawak ke kasar ke apa ke janji penyampaian Ustaz yg diminati itu patuh syariat.

Setiap orang ada minat dan citarasa tersendiri. Yang perlu kita tegas adalah apabila ia minat pada guru yg sesat lg menyesatkan...

Kita terasa marah pada manusia yg jahil atau kurang ilmu dan ilmu yg dicarinya tak sehebat kita lalu niat dihati nak dakwah tapi hakikatnya ubah. Dihentamnya bertalu2 bukan sbb nak dakwah tapi kalut nak ubah, dgn sbb tu modal dakwah kita lebih kepada ubah. kita marah dan akhirnya pendakwah difitnah. Yang jauh makin jauh dan kita yang mengaku dekat dgn iman ni makin riak dan menghukum dan akhirnya negara terus dipimpin pemimpin zalim dan rakyat terus menderita akibat dari sikap PENDAKWAH YANG KALUT NAK UBAH TAK KALUT NAK DAKWAH.

Ulang...
Jangan kita kalut fikir nak 'ubah' orang supaya jadi lebih baik sebaliknya fikirlah 'AKU NAK DAKWAH YANG TERBAIK'.

0 Komen disini:

Kembali ke Halaman Utama