Assalammualaikum, Salam Ramadhan Salam Menyambut Hari Kemerdekaan. Apa khabar iman ? Apa khabar diri kita dengan kasih sayang, adakah masih dengki mendengki? Harap dapat kita elakkan dalam diri kita sebaik mungkin dari sikap negatif.
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Satu laungan semangat perjuangan yang berkobar² dan ramai yang tak mau lepaskan peluang pi menyambut hari kemerdekaan tapi disitu semangat Merdekakah @ semangat tengok bunga api ? Merdekakah Hati (diri) kita @ hanya negara sahaja yang capai keMerdekaan dengan perjuang berjuang bersungguh² menentang musuh?
Lihatlah apa yang telah terjadi dengan kehidupan sekarang, Ya! negara kita sudah Merdeka dengan berjuangnya perjuang² Negara tapi adakah kemerdekaan diri diperjuangkan? Kenapa biarkan hati terus dijajah? Kenapa saya kata begini, Lihatlah renunglah kehidupan disekeliling kita sekarang macam mana... Apa dah jadi?
Ingatlah kehidupan kita diduniawi ini hanya sementara bukan kekal abadi. Kita Pasti akan dijemput pulang (Mati).Bukan fantasi mimpi tapi ia realiti. Semua orang tahu kan, tapi kenapa sia²kan kehidupan ini ? Merdekakah jiwa hati kita ? Apa yang saya nampak dunia sekarang hilang kasih sayang. Lihatlah contoh di akhbar dan orang² terdekat dengan kita zahirkannya.
Adik bradik tak bersatu hati, Jiran tak bertegur sapa dan yang lebih menyedihkan anak sanggup pukul mak. Inikah perjuang² negara masa depan? Salah siapakah semuanya ini? Bukankah salah kita tak membentuk generasi bermula dari membentuk diri kita sendiri? Perlukah kita biarkan ianya berterusan sehingga suatu hari nanti berkemungkinan tiada langsung nilai kasih sayang ? Inikah Kemerdekaan, jika antara yang terdekat pun tak bersatu hati dan tiada berkasih sayang, bagaimana pula satu negara satu Malaysia ?
Sama²lah kita fikir²an yang terbaik untuk kehidupan kita. Jangan biarkan hati kita terus dijajah dengan sifat pemarah, irih hati dan sebagai. Pupukkanlah kasih sayang, bermula sekarang ( bagi yang hatinya KERAS) biar perlahan jangan tak berjalan. Tak rugi kita berbakti kepada diri sendiri dan insan dibumi kerna kita tak kekal disini pergi tak kembali. Jangan sia²kan sisa² kisah hidup dengan kerugian... Carilah yang kekal abadi untuk kesana... Fikir²lah
| Apa yang penting kerjasama |
1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 malaysia dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu 1 Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
Klu ada yang baik, sama² kita manfaat dan yang salah harap sama² dapat tegur dari tulisan saya.
Perjalanan kisah kasih Azriey Sinarmawaddah
2 Komen disini:
bagus2...
nice pix~
great guidance
Grreat reading your blog post
Post a Comment