1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Wednesday, August 18, 2010

Bersyukurkah Kita Dengan Apa Yang Ada ?

Kemaskini dan Ulang kembali | 5/26/2009 Tarikh Asal |

Alangkah bahagianya kita dan bersyukurlah sentiasa, dikurniakan Allah kehidupan yang selesa. Mampu hidup sempurna dengan nikmat²Nya... Itu pun masih ramai yang tak sedar dan mengeluh serta maki hamun jika sesuatu tak dapat di nikmati. Tak terfikirkah masih ada yang lebih teruk dari kita? Tak terfikirkah segalanya dari Allah? Mahukah Allah tarik nikmat yang diberikan itu? Bersyukurlah, janganlah menyeluh setiap sesuatu terjadi...

Kita dapat mandi dengan air yang jenih dan bersih... sedangkan...

Insan ini ntah berapa lama tak mandi sehinggakan sanggup mandi air najis... Hanya Allah sahaja yang tahu. Pilu hati ni melihat kehidupan sedemikian. Berdoa dan berdoalah kita kepada Allah moga insan sebegini pun dapat menikmati kehidupan ini dengan lebih sempurna. Gerakkanlah hati kecil kita dengan melahirkan SinarMawaddah " Sinar kasih sayang" semoga dapat kita lahirkan dalam doa dan kehidupan kita ini...
Di saat kita menjamu selera, janganlah kita lupa pada mereka yang dalam kelaparan. Bersyukurlah dengan rezeki yang ada. walau tak sedap sekalipun ia adalah rezeki kita. Jika kita tak bersyukur dengan fikir tak sedap, lalu mengeluh serta marah pada mak @ orang gaji yang memasak, apa yang kita dapat? Cuba renung, disitu kita buat banyak mana kesalahan? mana sifat syukur kita? mana kasih sayang kita? mana iman kita? Kita mampu makan sampai badan bulat macam dlm gambar contoh dibawah. sedangkan...


Insan ini menahan lapar ntah berapa hari mungkin minggu baru bertemu makanan, itu pun bukan sesedap makanan kita yang dikatakan tak sedap tu. Allahu Akhbar, bersyukurlah kita dikurniakan nikmat sebesar nikmat. Janganlah mengeluh dengan apa yang ada. tanamkanlah sifat kasih dan syukur dalam diri. Moga hidup kita diBerkhati... Tadahkanlah tangan berdoa menginsafi diri dan bersyukur pada Allah serta janganlah lupa pada mereka yang dalam kelaparan dan kesusahan... Bantulah sedaya mampu pada insan yang memerlukan pertolongan dan janganlah kerana nama biarlah ikhlas kerana Allah SWT...
SinarMawaddah Home

0 Komen disini:

Kembali ke Halaman Utama