1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Sunday, October 18, 2009

Sebelum Dan Selepas | Kahwin |

Ini semua dari ilham orang bukan dari saya. Saya lampirkan disini sebab saya ada label Kisah pasai cari jodoh. Mungkin ia bermanfaat untuk mereka yang bujang macam saya dan pada mereka yang dah berumahtangga. Jom kita ushar. Kitalah yang mencorakkannya... Corakkan CINTA KASIH SAYANG HATI anda dengan warna² indah, jangan gelapkan ia...


Perkara ini terjadi pada segelintir sahaja, bukan saya kata pada semua

CINTA

(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama selamanya

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

KASIH
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.

SAYANG
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada! :-)
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada masalah, tak mau cerita.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam - lebam.


HATI
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... habis nak buat macam mana?

Lu pikir la sendiri. hehehe! kalau sahabat² ada jawapan sampaikan pada saya. Jawapan saya, nanti saya bagi dalam lampiran AKU BUKAN PENYAIR CINTA.

8 Komen disini:

Mohd Rashdan Bin Abd Rahim said...

Azriey, aku rasmi komen ni. Posting yang bagus, mana hang dapat ni.

Faarihin said...

Salam incek azrieeeyyyyyyyy...

wah.. walaupun bukan hasil sendiri.. tapi saya rasa blog ini dah macam salah satu tempat utama utk nasihat2 tentang cinta.. hahahaha.. =P

Boo-lah said...

doktor chenta sekarang! mm..

~ana SoLehah~ said...

salam..

ana singgah sebentar memberi sedikit pendapat..

bukan mintak diterima..
bukan juga mintak disangkal..
Jika benar bicara, b'sama kita manfaatkan,
Jika salah bicara, b'sama kita perbetulkan..dan tegurlah dengan hikmah.. :-)

pertamanye,
cinta sebelum dan selepas kahwin sememangnya berbeza..
cinta sebelum kahwin, Allah tak redha..
Cinta selepas kahwen adalah cinta yg terpelihara dan mendapat Restu Ilahi..

Sebab takde Redha Allah tu juga banyak..
Antaranya bnyk berlaku "zina" dlm 'cinta' sebelum kahwin..dari sekecil-kecil zina(zina mata, zina tgn, zina hati..), hinggalah sebesar2 "zina" <--sume faham yg ni kn..

Adalah lebih baik kita cinta seseorang kerana Allah..

Di mana, jika kita cintakan seseorang krana Allah takkan berlaku 'Perubahan perasaan' terhadap orang yg kita cinta..kasih..dan sayang...

sepertimana kata seorang ulama ;
"ciri dan tanda cinta kerana Allah ialah bahawa cinta kepada seseorang tidak berkurang walaupun temnnyatersebut sgt menyusahkan dan tidak bertambah walaupun teman itu banyak membantu dan memberi sesuatu yang baik untuknya.."

maksudnye, cinta yg dibina atas dasar Cinta Kerana Allah itu takkan ada unsur2 duniawi yg mengganggu gugat hati dan perasaan.

Jika sebelum berkahwin, segalanya nmpak indah, kerana kerana kita asyik melihat keindahan, 'kecantikan'/'kehenseman' pasangan kita..tapi bila da lepas kahwen kita rase psgn kita tidak indah seperti dulu..

mengapa demikian??

kerana kita tidak mencintainya kerana Allah..
kita mencintai keindahannya..
padahal tiada lah yang Maha Cantik lagi selain Allah..

ana teringat kata2 ustaz ana dalam satu sesi kuliah bersamnya..

Cinta yang kita mulakan dengan 'baek' akan eloklah cinta itu hingga penghujungnya..
jika cinta kita mulakan dengan cara 'tak baek' maka pasti ada yg tak baek berlaku dalam hubungan tu..

maksud cinta yang dimulakan dgn baik itu, apabila kita bercinta selepas bernikah..halal segalanya.. di mana, ber'dating' dengan redha-Nya.. bersentuhan juga dengan Redha-Nya.. dan jika dikurniakan anak, Zuriat itu juga adalah Zuriat yg di redhainya..

lain pulak jika cinta yg dimulakan dgn tak baek ni..
'Couple'..
bila ade mase jumpe..meeting..dating..
mase bjumpe tu bpe banyak dah 'dosa' dan 'kemurkaan'Allah yg kita dapat??
dari kita melihat psgn kita.. hinggalah kita memikirkan y bukan2 tentang psgn kita..
yang plg menakutkan hingga melakukan zina dgn pasangan..
cinta begini biasanya tidak kekal..
jika kekal pon, psti berlaku masalah..pada psgn itu, ataupun pda keturunannya..
Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat apa yang kita perbuat..

Jangan Merosakkan Cinta dan Hati kita..

Allah ciptakan perasaan Cinta supaya bertambah Cinta kepada Allah..


bersyukurlah kita apabila sudah bertemu orang yang diCintai..

Berdoalah agar dipertemukan dgn insan yang anda syg itu, dalam pertemuan yang Allah redhai..
berdoa juga agar janganlah ada pertemuan seandainya tiada redha Allah..


***hanya pendapat Si kerdil ^_^ ana solehah***

eyes2eyes said...

entry yg bagoss. =)

Kerna Kasih Azriey Sinar said...

Terima kasih pada semua, Hehehehe! macam² komen sahabat². Saya bkn bukan doktor chenta. Nantikan dalam AKU BUKAN PENYAIR CINTA, dalam tu sy berkongsi pengalaman menulis sendiri dan sebenarnya ada ketikanya mungkin note ringkas sy ni berguna kepada yg mahu bercinta @ dalam percintaan semoga ia tidak kecundang dan melakukan byk kesilapan..

Rugi kalau kita tak berkongsi ilmu yang baik... skaligus dpt kita membentuk diri menjadi lebih baik...

Ana solehah - terima kasih.skali ayat berjela dia bg.power lak tu. Sama² kita renungkan.

Kerna Kasih Azriey Sinar said...

sama² kita renung kata dari ana. Susah sebenarnya nak cari orang yang paham pasal cinta dan cinta sejati. ramai yang Mahu bercinta tp ikut orang. jeles tengok orang bercouple. sebelum bercinta kenal dulu cinta. begitu juga dengan apa² pun, contoh: sebelum format komputer, belajar dulu cara format klu tak, apa akan jadi? ... renung²kan. nantikan jawapan saya dalam AKU BUKAN PENYAIR CINTA.

Mawar_berduri said...

mmm...ada betul nya jugak..kita tak tau apa yang akan berlaku pada kita akan datang ...tak semesti yang indah tu kekal selamanya...b4 kawen drama je yang banyak ...hihihi

Kembali ke Halaman Utama