1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Saturday, January 01, 2011

Apakah Hukum Pukul Perempuan ?

Hukum memukul perempuan menjadi persoalan dan kesilapan kebanyakkan kita. Ada yang menjawab denganPENUH KEYAKINAN berkata, pukul PEREMPUAN adalah "DAYUS". Benarkah pukul perempuan itu dayus ? Apakah hukum sebenarnya ?

Sebelum saya menulis nota ini saya terfikir, Jika jawapan saya sampaikan ini tanpa sumber @ rujukkan mana2 ustaz mungkin takkan ada yang meyakini jawapan saya. Alhamdulillah, saya dapat memberi sumber rujukkan pada sahabat2 selepas berusaha SOAL JAWAB AGAMA dengan Ustaz Kazim Alias dan Dalil dari web Ustaz Zaharuddin.

Hukum pukul perempuan bukanlah bererti lelaki itu DAYUS, pukul perempuan bererti lelaki itu ZALIM dan sekiranya pukul itu menyebabkan luka - luka, lebam, berdarah @ yang sewaktu hukumnya adalah HARAM. Pukul yg dibenarkan dipukul ialah jika si isteri itu nusyuz, itupun pukul bersyarat dan pilihan terakhir selepas berusaha untuk kembalikan kebahagiaan rumahtangga masih gagal dan pukul pula jika ia boleh berubah.

Lelaki DAYUS adalah lelaki yang membiarkan isteri dan anak - anak perempuan melakukan maksiat tanpa rasa cemburu dan menegurnya untuk tidak terus melakukan maksiat.

Pernah saya bertanya pada seorang sahabat. Siapakah lelaki dayus ?
Dia menjawab, lelaki dayus adalah lelaki yang takut pada isteri. Saya membuat persoalan lagi, takut pada isteri ? takut yang bagaimana ? Dia menjawab, emmm! takut macam filem p ramlee tu, ikut perintah isteri, apa isteri suruh, dia bertindak mengikut arahan je. Saya bertanya lagi, adakah benar itu lelaki dayus ? dia menjawab, emm ntah la, tapi ramai yang kata itu dayus. Saya bertanya lagi, dayus sebab dia bertindak mengikut arahan ke ? Dia menjawab, emm ntah la, saya sendiri tak tau dayus tu bagaimana yang sebenarnya, cuma dengar cakap orang je. Saya menjawab, emm saya bukanlah ustaz tapi kita sebagai lelaki mestilah paham betul - betul, siapa lelaki dayus itu dengan sebenar - benar paham. Jangan dengar dari mulut - mulut orang yang kita sendiri tak yakin akan jawapannya, tp bukan bererti suruh awak yakin dengan jawapan saya cuma saya yakin awak akan yakin jawapan saya sebab saya ambil jawapan dari sumber rujukkan yang benar iaitu DALIL dan sumber dari USTAZ -USTAZ yang berkelayakkan.

Takut pada isteri sebenarnya ialah TAKUT untuk menegur isteri membuat maksiat. Itulah yang dimaksudkan TAKUT.

Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-

هو الذي لا يغار على أهله

Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)

Imam Az-Zahabi berkata :-

فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه

Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 )

Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )

Berkata pula An-Nuhas :

قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم

Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)

Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.

Maklumat lanjut : Zaharuddin.Net


P/S: JIKA KATA - KATA DILAFAZ
"SAYA MENYINTAI SUAMI SAYA @ SAYA MENYAYANGI BAPA SAYA"

MESTILAH JAGA HUKUM ALLAH BARULAH TERCAPAI IMPIAN ITU. JANGAN BIARKAN LELAKI YANG KAMU SAYANG "DAYUS" JIKA KAMU MENYAYANGINYA.

|KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS|

Rujukkan GAMBAR INI : Ustaz Kazim "TANYA USTAZ"
Keywords KATAKUNCI : HUKUM PUKUL PEREMPUAN

Siapakah lelaki dayus ? JAWAPAN Ustaz Kazim

3 Komen disini:

Unknown said...

Wajarkah,seorang isteri lari dari rumah akan kezaliman seorang suami itu kerana takut dilakukan yang lebih bahaya selepas itu baru isteri itu meminta cerai setelah tinggal berasingan kerana takut jika dilakukan sesuatu ketika meminta untuk diceraikan?

Unknown said...

Wajarkah,seorang isteri lari dari rumah akan kezaliman seorang suami itu kerana takut dilakukan yang lebih bahaya selepas itu baru isteri itu meminta cerai setelah tinggal berasingan kerana takut jika dilakukan sesuatu ketika meminta untuk diceraikan?

Masitah Citah said...

Wajarkah,seorang isteri lari dari rumah akan kezaliman seorang suami itu kerana takut dilakukan yang lebih bahaya selepas itu baru isteri itu meminta cerai setelah tinggal berasingan kerana takut jika dilakukan sesuatu ketika meminta untuk diceraikan?

Kembali ke Halaman Utama