1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Tuesday, June 30, 2009

Berhenti Berfikir | Matilah Kehidupan Mu |

Setiap insan NORMAL dibumi diberi akal untuk berfikir. Tapi berapa ramaikah yang mengambil kesempatan bersyukur menikmati akal yang diberi? Sedar tak diri kita dan kehidupan sekeliling kita makin membangun dengan umur dan kecanggihan? Diri kita adakah membangun bersama membangunnya usia diri kita?

JANGANLAH BERHENTI BERFIKIR, JIKA KITA MATI BERFIKIR PASTI AKAN MATI...

Ramai yang kata, apa hang cakap belit² ni. Sebenarnya maksud ayat ni terlalu jauh. Dengan Ayat inilah saya menjadi diri saya. Maksud ayat:

Orang yang mati berfikir dan mati kehidupannya adalah orang yang tak mahu berfikir untuk memajukan diri sehingga tiada kesempurnaan kehidupan atau tak ada peningkatan dalam hidupnya kearah kesempurnaan.

Contoh kita betanya pada seorang sahabat tentang kerjanya. Dia menjawab. " Aku keja gaji sebulan rm500, jadilah bersyukurlah, orang lain lagi teruk." 3tahun kemudian kita tanya lagi, dia jawab sama juga dan kehidupannya tak berubah pun.

Nampak tak disitu dia mati? Sedangkan Allah beri Akal untuk berfikir dan dia boleh memajukan diri lagi... Ya! memang boleh hidup dengan rm500 dan boleh bersyukur tapi tak boleh ka berfikir memajukan lagi diri? Patut ka bersyukur rezeki hanya disitu sedangkan boleh usaha lagi?

Sedar tak, kalau kita renung komputer. Adakah ia berhenti dengan teknologi? bukankah ia makin canggih? sedar tak software komputer, adakah ia makin menyusahkan kita untuk menggunakannya? diri kita macammana pula? adakah kita makin berusaha untuk memudahkan jalan hidup kita? Antivirus? cuba renung, dengan kecanggihan zaman iT, virus dalam seminit macam² wujud. Begitu juga kita, Dengan kecanggihan hidup zaman moden, orang kita macam mat saleh pun ada. Dimana antivirus kita untuk menghalang supaya hidup kita tak rosak? Bukankah iman?

JANGANLAH BERHENTI BERFIKIR UNTUK KEHIDUPAN YANG LEBIH SEMPURNA DAN DIBERKHATI SERTA SELAMAT DUNIA AKHIRAT...

SinarMawaddah Home

0 Komen disini:

Kembali ke Halaman Utama