1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Wednesday, June 17, 2009

Ceramah Ustaz Shamsuri | Aurat |

Bismillahirahmanirrahim,

Saya tulis serba sedikit dari ceramah Ustaz shamsuri Aurat :

Maksud ayat yang dibaca ustaz:
Dan hendaklah tutup mereka itu, yakni orang² perempuan itu dengan tudung kepala mereka itu, atas lehir baju mereka itu. Yakni Kepala dan tengkok dan dada mereka itu. Ini ayat perintah suruh tutup Aurat " Pakai Tudung" yang tudung tu mesti sampai melabuhi tutup dada.

Sapa kata dalam Al - Quran tiada perintah suruh pakai tudung? ini ayat dok ada, terang² kata...

Maksud ayat yang dibaca ustaz:
Dan hendaklah "perintah tu" dan hendaklah orang² perempuan ini pakai tudung yang menutup kepala sampai melabuhi dada dia. Kalau pakai takat² tutup bagi tak nampak rambut jamboi tak boleh lagi, kalau pakai takat jerot bawah tengkok sampai nampak leher, tak boleh lagi. Sebab Apa? Sebab Al - Quran terang detail. Nampak tak? Mesti pakai tudung tu sampai melabuhi tutup dada.

Mana Boleh orang kata dalam Al - Quran takdak suruh pakai tudung ni, maka kita tak perlu pakai. Lepas tu dok pi cakap depan orang kata:
Islam tidak mengukur seseorang itu dari segi pakaian dia, Islam tengok dalam ni . Apa plak depa cakap mcm tu? tak betul. Sebaliknya islam suruh benda ni. Sabit daripada ayat Al - Quran.

Panjang lagi kisah Aurat ni 45 minit 21 saat semuanya. Download disini @ dengar disini.



Persoalan "Hukum Digunting Rambut oleh Orang Bukan Islam" Ada dipersoalkan di web iLuvislam.

Jawapan berdasarkan ceramah ustaz shamsuri:
Hukum Tak Benarkan, Orang perempuan bukan islam melihat orang perempuan islam dalam keadaan terbuka Aurat. Islam kata tak boleh.

Wallahu A'lam

Jika nak dengar dari Ustaz Zaharuddin " Tutup Aurat " Klik Sini

0 Komen disini:

Kembali ke Halaman Utama