1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Friday, May 15, 2009

Kalimah Allah Pada Bola




Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana masih dipanjangkan umur dan dapat meneruskan kehidupan di bumi Allah. Dewasa ini, pelbagai cara dan alternatif yang digunakan oleh musuh-musuh Islam dalam mencemar dan menggugat kesucian agama Islam. Baru-baru ini, pihak Darul Nu'man telah mendapat kiriman e-mail daripada insan prihatin mengenai masalah ini. Kami telah menerima kiriman sebiji bola permainan yang mengandungi kalimah "Laa ilahaillah Muhammadur Rasulullah" di dalam teks arab.

Menurut pengirim, bola ini diperolehinya semasa sedang mencari permainan untuk anaknya di Pasaraya TC Permata Taman Melawati. Beliau amat terperanjat dan merasakan perkara ini sebagai satu penghinaan terhadap agama Islam. Bayangkan bagaimana sekiranya anak-anak kecil mula menendang dan menyepak bola yang mengandungi Kalimah "Allah" dan "Muhammad". Kemungkinan apabila mereka telah dewasa kelak, tiada lagi rasa takut akan Allah dalam diri mereka. Na'uzubillahi min zaalik!

Bersama ini kami sertakan kiriman gambar yang dimaksudkan. Amat menghairankan bagaimana permainan sebegini boleh terlepas masuk ke dalam pasaran tanpa pengawalan / pengawasan daripada pihak berkuasa. Bukanlah tujuan kami hendak menunding jari menyalahkan mana-mana pihak. Tapi amat mendukacitakan apabila perkara sebegini berlaku.

Kejadian ini merupakan salah satu diantara bentuk penghinaan terhadap kesucian dan keagungan agama Islam yang dapat dikenal pasti. Kemungkinan lebih banyak lagi perkara seumpama ini yang telah berlaku tanpa dapat dikesan.

Adalah menjadi harapan kita agar pihak yang berkenaan dapat menjalankan tindakan sewajarnya bagi mengatasi dan membendung perkara seumpama ini daripada berlaku pada masa-masa akan datang.
Dr Blog Darulnuman
SinarMawaddah Home

0 Komen disini:

Kembali ke Halaman Utama