1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Friday, May 22, 2009

Tribute to Sinar Husna

Bismillahirahmanirrahim,
Kubur setiap hari manusia sebanyak 5 kali:
1.Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran..
2.Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan solat malam..
3.Aku rumah yang penuh dengan tanah dan debu, bawalah Amalan Solleh yang menjadi hamparan..
4.Aku rumah ular berbisa,maka bawalah Amalan Bismillah..sebagai penawar..
5.Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyakkanlah baca’an “laa ilahaillallah,Muhammadar Rasullullah”, supaya kamu dapat jawapan kepadanya..

Lima jenis Racun dan lima jenis Penawar:
1.Dunia ini Racun,Zuhud itu Penawarnya..
2.Harta itu Racun,Zakat itu Ubatnya..
3.Perkataan yang sia-sia itu Racun,Zikir itu Ubatnya..
4.Seluruh Umur itu Racun, Taat itu Ubatnya
5.Seluruh Tahun itu Racun,Ramadan itu Ubatnya..

Nabi Muhammad S.A.W bersabda Ada 4 dipandang sebagai Ibu:
1.Ibu segala Ubat adalah sedikit makan..
2.Ibu dari segala Adab adalah sedikit Berbicara..
3.Ibu dari segala Ibadat adalah Takut buat Dosa..
4.Ibu dari segala cita-cita adalah Bersabar

Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatkan kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya untuk menghadapi kematian itu..mereka itulah orang-orang yang benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam Baqa dengan membawa Kemuliaan Dunia serta Kemuliaan Akhirat..

Hadirnya Keinsafan setelah berlabuh di pulau Kedamaian..

Kesenangan Dunia dapat dilihat dengan mata tetapi sukar dicapai... kebahagiaan Akhirat tak dapat dilihat tetapi mudah dicapai dengan Iman dan Takwa..

Fikir sejenak..
Benarlah tiada kebahagia jika Tanpa Iman..
Benarlah tiada kebahagiaan tanpa Islam Dijiwa..

Akhir Kata dari Sinar Husna:
Jadikanlah Tatapan Laman ini sebagai Panduan Hidup … Bukan Hanya sebagai hiasan Dilaman ini saja…

Wassalam…

Dengar Lagu Nasyid ni Sejuk Hati

SinarMawaddah Home

0 Komen disini:

Kembali ke Halaman Utama