
Sebelum saya zahirkan cerita AKU BUKAN PENYAIR CINTA, saya nak habaq mai nih emmm! AKU BUKAN PENYAIR CINTA bukan dimaksudkan dengan diri Azriey dan jangan anggap saya ni menghalusi realiti. Ramai berkata, saya terlalu halusi dalam berbahasa "terkecik jugalah hati nih", Sebenarnya saya cakap apa yang benar dan dari sumber - sumber rujukkan yang saya yakin.
Kehidupan, bila dikejarnya keseronokan maka lekalah kita untuk mencari keberkatan "ilmu Agama".(
jika kita faham ilmu agama, kita tak mudah melatah pada kata2 TEGURAN yang baik untuk diri... insyaAllah ).
Jom! Sama - sama kita mencari dan memberi ilmu "semoga ia menjadi iman dan amal".
Teringat saya dengan kata - kata Ustaz,
“Dunia akhir zaman jika kita menegur kesilapan @ selalu memberi nasihat pada orang dan bercerita TENTANG kebenaran mesti ada yang membangkang dan sahabat2 tak mahu mendekati… (tak mahu berkawan)”. Biarlah orang nak kata pe pun, asal apa yang saya ada "ilmu" saya tak KEDEKUT "berkongsi" di
blogger di
facebook di
youtube MILIK SAYA dan dimana²… InsyaAllah...
Ok jom layan
“AKU BUKAN PENYAIR CINTA”Cinta engkaulah mawar engkaulah penawar, Harum dan indah, mampu melupakan pecinta pada kesakitan, tumpuan hanyut dibuai cinta, lupa sebenarnya diri dalam derita. Sanggup lakukan apa saja demi cinta, merendah diri memuja cinta. Merasa diri tak segagah Indra Putra, penuh sakti, kacak serta berani, tak sehebat hang jebat tak sesetia hang Tuah . Tapi aku tetap aku. Merintih meminta agar "Dengarlah bisikkan ku, rindu ku rindumu bersatu, Datanglah datang kasih, Bersama alam indah ini, dengan kalimah cinta, Cinta alam hidup kita. Hanyalah cinta saja yang dapat menjalinkan kita, Walau dimana jua..."
Perh! Bertuah nak mengaku jiwang bila berhadapan dengan kawan² seperjuangan. Berpakaian brutal macammana pun bila main dengan cinta ni mesti bersyair bermadah dan yang paling kecewi sekali menangis kejar cinta tak dapat. Hahaha! Tapi itulah realiti pukulan cinta.Dari yang tak pernah² jiwang dan tak pernah² bersyair bila ada awek, nak jaga hati @ nak memikat punya pasai, mesti pandai karang ayat jiwang. Sekali baca mesti cair ayat dikarang. Yang paling dasyat, buat lagu terus hahaha!
Tapi yang sebenar²nya ni,
tahu ke apa itu cinta sebenar? Cinta betul ke perlu berakhir dengan perkahwinan? Macammana pengorbanan cinta tu ? Betul ke diri tu sudah layak untuk bercinta ? Eh! Banyak persoalan lagilah perlu dijawab sebelum realitikan cinta. Jangan biarkan cinta jadi dendam seusia dunia.Saya jawab soalan diatas dari pengalaman mencari erti kehidupan. Fakta dan sumber banyak dari kuliah2, sumber2 rujukkan dan motivasi. Pernah saya dengar satu kajian tentang kematangan manusia. Kajian itu mengukur, manusia akan fikir erti kehidupan apabila bermulanya umur 22 @ 23 tahun keatas. Tapi itu belum bererti DIRI sudah layak untuk mendirikan rumahtangga. Jika kesedaran itu lahir pada usia itu, diri masih kosong tanpa kerjaya @ ilmu yang stabil, hati²lah jika mahu membina mahligai BERUMAHTANGGA itu, kerana untuk menjadi seorang pemimpin rumah tangga perlulah melengkapkan diri dengan ilmu
"CINTA BERMULA DENGAN IMAN" demi kesempurnaan rumahtangga kelak sebab jika dah berumah tangga, maka masa disaat itu mungkin terlalu padat jauh berbeza dengan diri semasa membujang dulu. Oleh itu marilah sama - sama kita "tak kira lelaki mahupun perempuan" gunakan masa bujang ini mencari ilmu untuk hari esok.
Demi masa kita selalu kerugian, gunakan sebaik mungkin. Carilah jawapan kekurangan diri dulu sebelum mendirikan rumahtangga. Moga kehidupan rumah tangga nanti tak goyang dan bersinar penuh dengan kasih sayang.Aminn...
Apakah itu cinta ?Cinta adalah dua hati menjadi satu tapi cinta itu mestilah bersih dan murni. Janganlah mencemarkan cinta itu dengan perbuatan keji dan dosa. Cinta mestilah berakhir dengan perkahwinan yang ada kebaikkan didalamnya.
Cinta betul ke perlu berakhir dengan perkahwinan dan bagaimana pengorbanan ?Cinta tak semestinya perlu berakhir dengan perkahwinan sekiranya tak ada kebaikkan didalamnya kerana perpisahan bukan bererti diri tidak menyintai si pecinta tapi itulah pengorbanan dan tanda kasih. Jika dilangsungkan @ berakhir juga dengan perkahwinan mungkin diri si pecinta akan menderita. Dengan sebab itu lebih baik buktikan kasih sayang itu sejati dengan lepaskan dia... Bukankah itu tanda kita sayang dan amat menyintai pecinta, melepaskan dia mencari kehidupan yang lebih baik. Setiap halangan mungkin ada hikmahnya, tambah pula halangan ibu bapa. Lebih baik ikut cakap ibubapa kerana walau busuk @ buruk manapun ibubapa sampai kemati mereka tetap ibu dan bapa kita tapi jika pecinta tidak kemana kerana ia boleh dicerai. Ibubapa buatlah macammana pun ia tetap ibu dan bapa kita.
P/S:
Manusia boleh berubah bila² masa sahaja tapi ada benda orang tak boleh ubah sampai bila² iaitu status anak dara & teruna. Jagalah ia untuk hari bahagia…Cinta tak boleh dipaksa untuk dicintai dan dikahwini ( cth: melakukan kejahilan "berzina" kononnya ikat ikatan kasih (ini juga memaksa cinta). Agama dah mengajar kita ERTI KEHIDUPAN.JOM! KITA PAKAT2 CARI JAWAPANNYA. Tinggal yang haram, Allah akan diganti dengan yg halal.
Sekarang macammana mengaku ke diri tu penyair cinta @ AKU BUKAN PENYAIR CINTA ???
CINTA MESTILAH BERMULA DENGAN IMAN...Apa yang kurang adalah dari kesilapan saya dan yang baik DARI ALLAH S.W.T...