1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Tuesday, May 25, 2010

Seorang Pemuda Dan Sepohon Mawar | Kisah Teladan |

Cerita ini mengisahkan impian seorang pemuda yang mempunyai tunas pohon mawar dan ingin melihatnya kembang mekar. Semangat dan impian yang tinggi, dia menyediakan peralatan menanam, baja serta pasu untuk pohon mawar tumbuh mekar. Dipilihnya pasu yang terbaik, dan diletakkan pasu itu di sudut yang cukup mendapat sinaran matahari. Dia berharap, tunasnya ini dapat tumbuh dengan sempurna. Dianginkannya tunas² itu di kawasan belakang rumahnya.

Disiraminya tunas² pohon mawar itu setiap hari. Dengan tekun, dijaganya pohon itu. Tidak lupa, jika ada rumput yang menganggu, segera dibuangnya agar terhindar dari kekurangan makanan. Beberapa waktu kemudian, mulailah kelihatan putik bunga itu. Kelopaknya tampak mulai merekah, walau warnanya belum kelihatan sempurna.

Pemuda ini merasa gembira, kerja kerasnya selama ini mulai membuahkan hasil. Diselidikinya bunga itu dengan hati-hati. Disaat bunga itu mulai membesar, dia merasa hairan, sebab tumbuh pula duri-duri kecil yang menutupi tangkai-tangkainya. Dia menyesali mengapa duri-duri tajam itu muncul bersama dengan merekahnya bunga yang indah ini. Tentu, duri-duri itu akan menganggu keindahan mawar-mawar miliknya.

Pemuda itu mula berkata dalam hati, "Mengapa dari bunga seindah ini, terdapat banyak duri² yang tajam ? Tentu ianya akan menyukarkan aku untuk menjaganya nanti. Setiap kali aku maratapinya, selalu sahaja tanganku terluka. Ah.... semuanya ini sia² dan menyakitkan sahaja. Aku tidak akan membiarkan tanganku berdarah kerana duri² ini lagi."

Lama kelamaan, pemuda ini enggan untuk menjaga mawar miliknya lagi. Dia mulai tidak ambil peduli. Pohon Mawarnya tidak pernah disirami lagi setiap pagi dan petang. Dibiarkannya rumput² yang menganggu pertumbuhan mawar itu. Kelopaknya yang dahulu mulai merekah, kini kelihatan tidak bermaya. Daun-daun yang tumbuh di setiap tangkai pun mulai jatuh satu-persatu. Akhirnya, sebelum berkembang dengan sempurna, bunga itu pun berguguran dan layu.

Jiwa manusia juga seperti kisah tadi. Di dalam setiap jiwa, selalu ada 'mawar' yang tertanam. Tuhan jadikannya kepada kita untuk dijaga. Tuhanlah yang meletakkan kemuliaan itu di setiap kalbu kita, seperti taman² berbunga. sesungguhnya di dalam jiwa kita juga ada tunas mawar dan duri yang akan merekah.

Namun sayang, ramai diantara kita yang hanya melihat "duri" yang tumbuh sahaja. Kita sering menolak kedukaan kita sendiri. Kita kerap kecewa dengan diri kita dan tidak mahu menerimanya. Kita hanya berfikir bahawa duri² yang melukai tumbuh lalu menolak untuk menyiramnya tetapi disebaliknya ada pekara² baik dalam kita tak sedar. Akhirnya, kita akan kecewa, kita tidak pernah memahami potensi yang kita miliki.

Ramai orang yang tidak menyangka, mereka juga sebenarnya memiliki mawar yang indah di dalam jiwa. Ramai orang yang tidak menyedari, adanya mawar itu. Kita, kerap disibukkan dengan duri-duri kelemahan diri dan onak-onak kedukaan dalam hati ini. Sehingga lupa disebaliknya terukir satu keindahan...

Jika kita dapat menemukan "mawar-mawar" indah yang tumbuh dalam jiwa itu, kita akan dapat mengabaikan duri-duri yang muncul tanpa keluhan. Kita, akan terpacu untuk membuatnya merekah, dan terus merekah hingga berpuluh-puluh tunas baru akan muncul. Pada setiap tunas itu, akan berbuah tunas-tunas kebahagiaan, ketenangan, kedamaian, yang akan memenuhi taman-taman jiwa kita. Kenikmatan yang terindah adalah saat ianya berhasil dan telah membuktikan tumpuan kita tentang mawar-mawar itu dengan mengabaikan duri-duri yang muncul.

Semerbak harumnya akan menghiasi hari-hari kita. Aroma keindahan seperti ketenangan air telaga yang menenangkan kerumitan hati. Mari, kita temukan "mawar-mawar" ketenangan, kebahagiaan, kedamaian itu dalam jiwa-jiwa kita. Ya! mungkin, kita akan juga berjumpa dengan onak dan duri, tetapi janganlah kerananya membuat kita berputus asa. Disebalik onak duri kehidupan janganlah membiarkan diri bersedih nestapa tanpa memikir keindahan "hikmah" kelak...

Biarkan mawar-mawar indah itu merekah dalam hatimu. Biarkan kelopaknya memancarkan cahaya keindahan. Biarkan tangkai-tangkainya memegang teguh harapan dan impianmu. Biarkan putik-putik yang dikandungnya menjadi benih kebahagiaan baru bagimu. Semoga ia menjadi taman² indah dalam hidup kita... :)


Kesimpulan dari komen² Rakan FaceBook:

*Jangan dianggap duri itu pemusnah, disebalik duri itu ada sinari kehidupan...

*kita boleh ibaratkannya dgn kehidupan... Indah pada pandangan tp tetap kena hati² pd duri dan jgn benci pd duri² pabila terluka disaat mendekati...

*tanpa duri² kita xkan berdiri seperti hari ini...blajarlah dr kedukaan kerana disitu ada kejayaan...

*duri adalah pelengkap sifat pohon mawar...begitulah juga khdpn..dugaan dan cubaan adalah pelengkap kpd rs asam garam pahit manis hidup kita...

*sama² kita muhasabah diri disaat duri² kehidupan menghampiri kita..jgn anggap yg indah itu shj kedamaiaan dan kebahagiaan..disebalik duri ada sinarMAWADDAH :p

*Utk mengecapi kejayaan,mestilah bermula dgn kepayahan.Pengalaman mengajar kita erti kehidupan yng sebenar.Kejayaan tanpa usaha tdk akn kekal lama.Jgn terlalu impikan sesuatu yg indah,krn keindahan itu akn lenyap sekiranya kita lupa padaNya......

*Pengalaman mengajar kita erti hidup ni... masa kecik, nk berjalan pn kena susah payah merangkak dulu baru bleh berjln n berdiri. begitu juga dewasa, menempuh liku² kehidupan barulah kita bleh berdiri dgn kejayaan...

*blajarlah dr duri² kehidupan ini..ada hikmahnya dan disebalik terjadi begini mesti ada sinar untuk hr esok... InsyaAllah

*Jgn menyesali apa yg tlh terjadi pd diri kita. Sesungguhnya ada hikmah disebalik kejadian yg berlaku.....jadikan penyesalan itu sbg satu semangat utk kita bangkit semula dr kegagalan.....

0 Komen disini:

Kembali ke Halaman Utama