Ramainya 'hebah' tentang 'dah bertunang' dan 'tengah hangat bercinta' dalam laman sosial. Yakinkah JODOH itu milik kamu ? Ke nak lemparkan fitnah atas batang tubuh sendiri ?
Kesian sangat2 pada diri tu dan makbapak bila jodoh tak kesampaian. Buruk nama sendiri dan buruk makbapak. Kalau ada jodoh pun, amatlah rugi kerana perjalanan itu telah dikotori najis cinta nafsu.
Mana perasaan malu tu ? Gambar dengan mahram haram takdak pun dalam fb. Gambar dengan kekasih gelap 'haram' berpeluk sana sini upload bersepah. Bersepah2 dosa tak sedar ke ? Siap ada yang 'LIKE' dan komen tolong doakan bahagia bagai... Skali hat 'LIKE' tu tumpang saham.
Paling teruk atas gambaq yang berpeluk tu tulis CINTA KU SAMPAI KE JANNAH. Jannah ka PUNAH ?
TAK PERLULAH BERBANGGA ADA KEKASIH SAMPAI CERITA TIAP2 HARI DALAM FB. BERBANGGALAH KALAU HATI BOLEH KASIH PADA ILMU. KERANA ALLAH TAK SOAL KENAPA TAK CARI KEKASIH TAPI ALLAH AKAN SOAL KENAPA TAK BOLEH JAGA KEKASIH 'isteri dan anak2 dgn syariat' ???
Jodoh itu milik Allah, tugas kita cari ilmu jaga jodoh bukan cari jodoh untuk jaga kita.
Tak guna lelaki hensem ada wang berjuta kalau takdak ilmu iman. Tak guna upload gambar dan cerita diri ada awek kalau majlis ilmu tak pernah sampai. Tak guna pi majlis ilmu kalau fb asyik upload dan bercerita pasal awek jer...
Jadilah fb medan memperluaskan pengalaman ilmu bukan ladang ternak dosa dan fitnah percintaan...
0 Komen disini:
Post a Comment