15.03.2016 Waktu solat zohor tadi saya solat jemaah di Masjid Al Barakah. Tabung tengah dalam masjid kena pecah lagi. Jenayah makin menjadi2...
Apa yang saya nampak sekarang ni, kita telah salah langkah. Kita lebih banyak MENGHUKUM DARIPADA MENCARI DAN MEMBERI HUKUM. Kita lebih mendesak kerajaan terima HUDUD. Sedang yang sebenarnya RAKYAT yang belum menerima HUDUD. Punca kecurian, rompak dan sebagainya ini sebenarnya dihati rakyat tiada rasa TAAT PADA PERINTAH ALLAH 'HUDUD'. Tak rasa takut mencuri kerana tak takut balasan Allah. Tak takut balasan Allah kerana tak tahu hukum Allah. Tak tahu hukum Allah kerana rakyat lebih kalut cari ilmu dunia tidak kepada AKHIRAT...
Pemimpin beriman datang daripada rakyat yang beriman. Punca pemimpin tolak hudud adalah berpunca dari rakyat yang tak beriman yang tak mahu pada hudud. Selagi rakyat tak beriman 'taat pada Allah' Jangan haraplah nak dapat pemimpin beriman untuk PRU14.
Yaaaa! memang benar ada parti yang nak laksanakan hukum Allah ini 'HUDUD' dan kita boleh tuduh kerajaan sekarang zalim tolak hukum hudud tapi ingat yang mengangkat kepimpinan zalim ini adalah rakyat. Sebab rakyat tak pernah usaha ubah diri jadi rakyat yang berimanlah punca jadi begini. Rakyat kalut nak ubah pemimpin. Rakyat kalut menghukum pemimpin. Rakyat tak pernah kalut nak ubah dan menghukum diri sendiri yang telah jauh dari Allah.
Selagimana rakyat tak kembali kepada islam sepenuhnya 'mengaji dan taat pada hukum Allah' , KEMENANGAN KEMAKMURAN NEGARA hanya akan jd angan2 kerana rakyat sekarang hanya tahu sebut HUDUD tapi tak tahu pun apa itu hudud, apa itu islam dan apa itu kepimpinan islam.
Istiqamahlah UBAH DIRI mencari ilmu Allah, insyaAllah kita akan mampu ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN...
0 Komen disini:
Post a Comment