Saya bual dengan sorang abg yg alim. Dia kata,
'Azriey, hidup kita ni sat ja kan. Sedar2 dah tua... Tak lama lagi mati. Dunia ni sementara jer kan ? Sedar tak kita ada hidup yang panjang iaitu AKHIRAT ? Azriey pernah fikir tak dimana kita nanti diakhirat ? Kalaulah di Neraka amatlah takut kerana akhirat itu panjang sangat2 'selamanya' ...
Lihatlah hidup kita ni, apa yang kita risau sebelum mati. Adakah kita risau anak isteri tak cukup makan BILA KITA TIADA NANTI atau kita risau belum lagi kita selesaikan tanggungjawab/amanah Allah untuk anak isteri. MATI kita hanya berbekalkan 3 perkara... ANAK SOLEH YANG MENDOAKAN, ILMU YANG DIMANFAATKAN DAN SEDEKAH JARIAH... Anak isteri juga perlukan bekal yang sama untuk ke sana...
Hal rezeki jangan kita jadi tuhan kerana rezeki itu janji Allah pada manusia yang hidup. Tapi hal tanggungjawab 'amanah' jadikan anak isteri beriman kepada Allah itu urusan suami 'bapa'...
Wallahualam... Salah tegur saya...
0 Komen disini:
Post a Comment