Rumahtangga goyang kekdang sebab suami mata keranjang... Suami yang suka nampak perempuan lain lebih cantik. Isteri dirumah dia tengok lebih kurang jer. Layan tak layan jer... Alasan badan isteri dah lari saiz dan dah tak cantik...
Semua ni alasan sisuami dan nafsu serakahnya sahaja... Bukan senang nak bina rumahtangga... Jangan terlalu mudah pandang cantik itu maka sanggup korban rumahtangga yg sedia ada.
Memang benar wanita diluar sana seksi dan cantik tapi tak sedarkah, kita pikat isteri dulu sebab dia cantik jugalah. Tapi selepas pengorbanannya mengandung dan melahirkan anak kita. Mudah jer nampak orang lain lebih cantik dari isteri.
Jika mata kita 'si suami' suka sangat lihat wanita cantik, kenapa terlalu kedekut untuk cantikkan isteri ? Sekarang ni banyak produk2 kecantikkan buatan orang kita yang popular... Belikan pada isteri. Jaga yang sedia ada itu bagi elok bukan tengok wanita hat elok2... Kalau isteri itu tak elok pun bukan sebab orang lain tapi sebab diri HANG LA JUGA WEHHHH!
Sama2lah kita pelihara dan perbaiki kesilapan kita... Rumahtangga yg telah kita bina itulah kebahgiaan... Apa yang kita pandang itu adalah nafsu yg nak memusnahkan rumahtangga...
0 Komen disini:
Post a Comment