1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Thursday, December 02, 2010

Carilah Buku ini | Satu Rasa Dua Hati |



Perkahwinan… ia boleh menjadi kebun percintaan,
boleh juga menjadi pusara percintaan!

SATU RASA DUA HATI merupakan sebuah buku yang menarik dan patut dimiliki oleh setiap insan yang sudah berkahwin. Malahan yang sedang membuat perancangan untuk mendirikan rumah tangga pun digalakkan untuk mengambil isi buku ini sebagai panduan dalam melayari bahtera perkahwinan kelak.

Gagasan fikiran, landasan hati dan jalur emosi penulis yang disampaikan dalam bentuk penceritaan, dialog dan monolog ternyata memberikan satu kefahaman yang amat mudah dan mendalam untuk difahami oleh pembaca bagi menghayatinya.

Berdasarkan pandangan saya, buku ini terbahagi kepada tiga fasa perhubungan yakni sebelum berkahwin, sudah berkahwin dan akhir perkahwinan (usia emas).

Sekarang, ramai lelaki dan kaum wanita berebut-rebut untuk mendapatkan pasangan yang soleh/solehah. Walaupun diri terasa jahat atau tidak sempurna, ia tetap juga berkeinginan untuk mendapatkan pasangan yang patuh kepada agama. Tetapi bagaimana?

Maka, dalam mendapatkan pasangan hidup yang soleh/solehah, seseorang itu haruslah memperbaiki diri terlebih dahulu. Jadi kan diri sendiri seorang yang patuh kepada Allah swt dengan meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada-Nya. Maka, kesudahannya peluang untuk pasangan yang diidamkan menjadi kenyataan dengan niat ikhlas kerana Allah swt.

Seterusnya dalam buku ini, ia juga menerapkan persoalan-persoalan yang biasa berlaku dalam alam rumah tangga dengan penyampaian jawapan secara berhemah dan santai melalui dialog perbualan dan monolog dalaman penulis. Sesekali diselitkan dengan ilustrasi berkenaan dengan pokok persoalan yang dikemukakan.

Misalnya, dalam persoalan penceraian yang semakin berlarutan dalam kehidupan masyarakat kini. Mengapa perkara ini berlaku? Maka, penulis telah memberikan sedikit pendedahan yang cukup mengesankan berdasarkan realiti dalam sesebuah kehidupan pasangan berkahwin yang mungkin terabai dan tidak dipedulikan tanpa sedar. Contohnya dalam bab “Imarahkan Masjid Di Rumah Kita” dan “Jual Mahal pada Suami”.

Sesungguhnya, saya rasa bertuah untuk memiliki buku ini kerana ia bakal menjadi peringatan kepada diri untuk mencipta kebahagiaan dalam rumah tangga serta menyemarakkan lagi cinta saya bersama isteri dan bakal anak-anak.

Tajuk buku : Satu Rasa Dua Hati
Penulis : Ustaz Pahrol Mohd Juoi

0 Komen disini:

Kembali ke Halaman Utama