1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Monday, April 26, 2010

Wanita 80'an banyak tak bertudung. Tapi... Dan sekarang ramai bertudung. Tapi...

Awal tahun 80 an dahulu, tidak ramai wanita yang bertudung. Ketika itu wanita bertudung terpaksa menghadapi cabaran yang besar kerana sering menjadi bahan umpatan masyarakat. Mereka dituduh ekstreem, sesat dan ketinggalan zaman. Bahkan ada juga yang mengatakan itu fesyen ara Arab padang pasir. Kita tidak pelik hal begini boleh terjadi. Ini disebabkan masyarakat jahil terhadap hukum menutup aurat sehingga mereka tidak dapat menerima, malah memandang serong terhadap syariat menutup aurat. Berkat kesabaran wanita-wanita yang bertudung diwaktu itu, akhirnya masyarakat semakin sedar dan faham bahawa memakai tudung itu adalah untuk memenuhi tuntutan syariat.

Seperkara yang menarik di waktu itu, apabila seseorang wanita itu bertudung, maka akan nampak beza tingkah lakunya berbanding dengan wanita yang tidak menutup aurat dan peribadinya sendiri sebelum memakai tudung. Kalau dahulu dia senang bergaul bebas dengan lelaki, tetapi bila sudah bertudung, pandangannya sudah mula ditundukkan, bercakap dengan lelaki pun jarang sekali, tidak seronok malah tidak menghadiri majlis yang ada percampuran bebas lelaki dan perempuan, tidak suka berkeliaran di tempat-tempat awam, cenderung untuk mendalami ilmu-ilmu Islam, suka untuk beribadah, akhlak dan tutur katanya menjadi semakin lembut dan lunak. Suka menolong orang, bibir sentiasa menguntum senyum sebagai sedekah sesama muslim, sedia membantu kesusahan orang lain, sudah benci kepada kemewahan dunia, tahan diuji dan sentiasa mencari-cari peluang untuk mengajak masyarakat wanita yang lainnya agar sama-sama menutup aurat.

Lantaran berbezanya mereka dengan wanita yang lain, maka orang pandang tinggi kepada wanita yang bertudung, walaupun masih ramai yang tidak suka kepada mereka. Waktu itu, kalau wanita sudah sanggup bertudung, ertinya di dalam dadanya sudah ada sedikit sebanyak ilmu- ilmu agama. Sekurang-kurangnya dia sudah hafal dalil-dalil Al Quran dan hadith mengenai hal penutupan aurat.Ini disebabkan mereka sering dihujani dengan berbagai pertanyaan mengenai apa yang mereka buat. Untuk menjawapnya, mereka sudah bersedia memberi jawapan yang sesuai dengan nas Al Quran dan hadith untuk menyakinkan orang ramai. Oleh sebab itu, orang ramai memandang tinggi kepada mereka.

Di awal 90 an dan sekarang, bilangan orang bertudung semakin ramai. Di mana- mana sahaja kita boleh bersua dengan wanita yang bertudung. Sama ada di kilang-kilang, di sekolah, di stesen bas, di pejabat, di universiti dan dipoliteknik malah beberapa pengacara televisyen dan radio pun sudah memakai tudung. Tetapi yang menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak akan ditemui di taman-taman bunga, di tempat- tempat hiburan, berpegangan tangan dengan teman lelaki, di panggung wayang atau kalau dahulu wanita bertudung bersih mukanya daripada calaran alat-alat make up, tetapi kini dengan mudah kita boleh jumpa wanita bertudung berpeleseran dengan teman lelaki di tempat-tempat sedemikian. Tudung berwarna warni mengikut fesyen sesuai dengan aliran zaman dan fesyen baju. Kadang-kadang pakai tudung pun tidak sempurna mengikut syariat. Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara hendak tutup dan hendak buka.

Akhlak dan tutur katanya kasar, malah kadang kala lebih buruk daripada mereka yang tidak memakai tudung atau buka aurat. Sesetengahnya bertudung tetapi tidak sembahyang. Imej wanita bertudung telah tercemar dengan wanita-wanita yang menjadikan tudung sebagai fesyen atau terpaksa pakai kerana mengikut peraturan. Kalau dahulu bila wanita itu bertudung, automatik dia sudah malu ke panggung wayang, malu untuk berasmara, malu untuk ke tempat hiburan dan sebagainya. Tetapi kini tudung sudah tidak mempunyai peranan untuk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam lembah maksiat. Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi, maka jelaslah wanita- wanita yang bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan pemakaian tudung. Ramai wanita yang memakai tudung pada hari ini kerana terikut-ikut dengan suasana. Mereka lihat adik beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka sahaja yang masih tidak bertudung.

Lantaran itu mereka mengambil keputusan untuk memakai tudung, walaupun hati tidak berapa menyetujuinya. Kini masyarakat telah menerima wanita yang pakai tudung. Ujian sudah tidak besar. Kadang kala orang lelaki yang hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita yang hendak dikahwininya mestilah bertudung. Setengahnya apabila mereka melihat wanita lain memakai tudung lebih canti dan manis, mereka pun hendak memakainya, tanpa mengetahui tentang ilmunya, mengapa mesti pakai tudung. Ada juga yang terpaksa memakai tudung kerana desakan keluarga atau suami.

Ada yang mahu menjadikan tudung macam fesyen. Sekejap pakai, sekejap buka.Lantaran itulah nilai orang yang bertudung pada hari ini sudah menurun. Sudah tidak semahal wanita yang bertudung awal-awal dahulu. Hanya wanita yang berpurdah yang belum kelihatan berjalan-jalan di taman bunga atau di tempat-tempat hiburan. Mungkin taraf berpurdah sama dengan wanita yang bertudung dengan wanita yang memakai tudung diperingkat awal dahulu. Sesuatu amalan yang dilakukan kalau bukan atas dasar ilmu dan yakin serta faham apa yang mereka perbuat akan nampak ganjil dan pincang hasilnya. Sesuatu yang di buat bukan dari hati yang ikhlas, walau pun nampak hebat tetapi semuanya kosong. Tiada nilai di sisi Allah.

Wanita yang pakai tudung selain daripada keinginan untuk menutup aurat, tidak akan dapat berbohong dengan Allah walaupun di di dunia mereka berjaya membohongi mata manusia mengatakan mereka juga sudah menutup aurat. Tetapi di akhirat nanti, niat sebenat dan apa yang ada di dalam hati mereka akan diselongkar dan didedahkan oleh Allah dipadang Makhsyar di hadapan jutaan umat manusia. Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat : " Ya Rasulullah Dengan apakah mencapai keselamatan kelak ?" Jawab Nabi s.a.w : "Jangan menipu Allah." Orang itu bertanya lagi : " Bagaimana menipu Allah ?" Jawab
baginda " Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah."

Di samping tiada niat untuk menutup aurat dengan bertudung akan ditolak oleh Allah, wanita yang berniat untuk menutup aurat dengan tudung tetapi tudungnya berfesyen sehingga menarik lelaki memandangnya, atau pun tudung yang
dipakainya tidak memenuhi syarat menutup aurat yakni bertudung tetapi masih nampak pangkal leher, bermakna dia belum lagi sempurna menutup aurat, malah semakin berdosa kalau dengan memakai tudung yang berfesyen itu menyebabkan
lelaki jatuh hati. Dikala itu tudung bukan menjadi alat untuk menutup aurat, tetapi menjadi alat untuk berhias. Wanita begini bukan mendapat pahala dengan menutup aurat tetapi mendapat dosa. Bahaya besar kalau beramal bukan kerana ilmu tetapi kerana mengikut masyarakat dan peredaran zaman.

Sementara yang mengamalkan syariat kerena pengaruh sekeliling, hanya mampu bertahan atau beramal selagi dia berada di dalam suasana begitu. Tetapi bila dia terkeluar dari kelompok masyarakat, dia sudah tidak mampu bertahan dan turut hanyut dengan masyarakat di sekitarnya. Ujian yang sedikit sahaja mampu menggoyangkan imannya. Oleh itu kalau hendak mendapat keredhaan Allah, maka seseorang itu mestilah berilmu dengan apa yang dilakukannya.

Justeru itu menuntut ilmu adalah perkara yang utama sebagai penyuluh ibadah. Di samping ada ilmu, amalan yang dilakukan hendaklah diniatkan kerana Allah bukan kerana yang lain dari itu. Kita mesti bina keyakinan di dalam diri kita dan mempunyai kefahaman yang mendalam agar kita tidak mudah tergugat apabila datang ujian, betul di dalam tindakan dan bersabar di dalam apa jua kesusahan.

Renung-renungkanlah wahai wanita yang berada di luar sana. Jangan memakai tudung hanya ingin mengikut fesyen semata-mata...

Tuesday, April 20, 2010

Jodoh Adalah Rahmat Dan Ujian Dari Allah SWT

kehidupan tak sempurna tanpa penyempurna agama. Apakah maksudnya nih? mesti agak susah nak faham kan? kalau orang tu tak kenal "bahasa" ana, memanglah tak faham. Bahkan tak akan pernah faham kalau tak dijelaskan tentang maksudnya. Mudah je. Sebenarnya begini, penyempurna agama setelah bertaqwa kepada Allah swt adalah kurniaan pasangan ( jodoh ) buat kita selaku hamba-Nya yang lemah dalam segala-galanya ini. Dalam hadis riwayat al-Baihaqi ra, daripada Rasulullah saw juga ada sebutkan tentang "separuh" nih.


"Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertaqwalah dia kepada Allah swt pada separuh yang belum disempurnakan lagi..."

InsyaAllah, jika ada jodoh ( berkahwin ), maka sempurnalah separuh lagi dari agama. InsyaAllah! sekarang ni, alhamdulillah kerana dah ramai kenalan ana yang telah pun menyempurnakan diri mereka ke arah yang baik ni. Ana tumpang gembira kerana mereka berjaya ke "sana" dan ana doakan agar mereka bahagia disamping memperkukuhkan iman serta amalan dan taqwa bersama pasangan masing-masing. Ramai kenalan ana yang telah mengemudi hidup mereka dilautan rahmat Allah swt disamping pasangan mereka tuh. Namun, masih ramai juga yang belum ada kesempatan dan peluang ke arah itu termasuklah ana sendiri. Ana tak tahu bila akan dapat melunaskan nawaitu yang baik ni. Yang pasti, ana akan mencuba untuk meletakkan diri ini didalam cinta-Nya dan bertawakkal sesudah itu untuk mengikut jejak langkah sahabat yang telah berjaya. InsyaAllah.

Jodoh, it's so complicated for us to thinking...out of the box. Kadang-kadang ia tak boleh nak difikirkan terlalu jauh kerana sebagai manusia yang tak maksum, kita tak dapat nak mengagak bagaimana jodoh yang telah Dia tetapkan untuk kita kelak. Adakah begitu? adakah begini? bolehkah begitu dan bolehkah begini? macam-macam yang kita persoalkan untuk mencari si penyempurna agama itu. Bukan senang, bukan mudah. Bagi ana, ana selesa untuk bertawakkal saja pada-Nya tanpa ada banyak soal. Ikut saja jalan yang dibentangkan-Nya dan menunggu saat itu dengan hati yang tenang, cukup bertenang. Jodoh, biarlah Dia saja yang tentukan dan ana serahkan segalanya pada yang Maha Esa. Meskipun ramai yang berusaha, namun jangan dilupakan bahawa Dia penentu segala. So, ana berharap agar kepada yang belum lagi dapat menyempurnakan agama disamping si dia yang diharap-harapkan, maka berdoalah dan bersabarlah. Mudah-mudahan Allah swt memudahkan urusan kalian untuk bersama ataupun dipercepatkan jodoh oleh-Nya.

Didalam Mushaf, Allah swt telah banyak berfirman mengenai perihal jodoh nih dan salah satu firman-Nya...

"Dan diantara tanda-tanda kebesaran Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan berasa tenang dan tenteram kepadanya, dan jadikan-Nya diantara kamu perasaan kasih dan sayang..."~ surah Al-Rum : 21

So, tak perlu dirisaukan mengenai jodoh kerana ia akan datang dengan sendiri kerana Allah swt itu Pengasih dan Penyayang. Dia tak akan beratkan hamba-Nya dengan himpitan rasa kecewa, bersalah dan sebagainya. Pada Allah, ada kasih dan sayang. Pada manusia, ada apa? pasti akan ada perkara yang sama demi menyempurnakan kehendak naluri insani itu sendiri. Tapi jangan dilupa...jika jodoh itu masih belum hadir, ia bukan bermakna Allah itu tak sayangkan kita. No...! Allah swt tak sebegitu. Dia mungkin sengaja mahu menguji hamba-Nya yang belum ditemukan jodoh dalam hidup ini untuk mendekati-Nya, taat pada-Nya, ikut kehendak-Nya dan bercinta dengan-Nya persis mutiara zaman Nabi yakni Rabiatul Adawiyah. Sementelah pula yang dah pun bertemu jodoh, jangan pula lupa bahawa hidup ini bukan selamanya bahkan sementara. Walaupun cinta manusia telah diperolehi, cinta Allah jangan dihancuri. Mudah-mudahan bahagia akan melingkari kehidupan "disana" kelak.

Menyebut perihal munakahat, ana rasakan ianya penting. Penting sangat. Rasulullah saw juga telah meriwayatkan dalam satu hadis yang bermaksud...

"Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan kerana takut kemiskinan maka ia bukanlah dari golonganku..."

Hmm...rugi pada sesiapa yang tak nak berkahwin tuh. Rugi kerana tak sempurna agamanya, tak dilimpahi rasa ketenangan ibarat melangkah masuk ke baiti jannati. Siapa yang tak nak disayangi? siapa yang tak nak dicintai? semua orang nak, bukan? tapi, sebagai hamba...bertawakkal itu adalah sebaik-baik perlakuan agar menampakkan kesabaran yang membawa kepada kasih dan cinta-Nya Dia pada kita. Disini, ana juga nak berpesan pada diri ana nih agar tak merasakan jodoh yang lambat hadir sebagai bebanan. Biarkan ia melewati masa. Siapa tahu, kerana kelambatan jodoh ini akan membuatkan ana menjadi seorang muslimah yang betul-betul bersedia untuk menjadi zaujah yang solehah dan ibu yang mithali? who know's right? hanya Allah swt yang tahu disebalik apa yang berlaku. Sesungguhnya, jodoh itu...biar lambat, asalkan selamat. Maksud ana, tak mengapalah jika kelewatan itu terbaik buat ana. Asalkan pernikahan yang termetrai itu kekal sehingga ke akhir hayat. Jangan pula cepat-cepat, tapi tak kemana jua ( bercerai, hidup tak sebumbung, sebagainya ). Nauzubillah himinzalik.

Jodoh adalah rahmat dari Allah swt, juga ujian dari-Nya. So, kepada yang masih bujang trang tang tang tuh, jangan kecewa jika sehingga saat ini masih belum ada yang boleh jadi penyempurna agama. Bahkan bersyukurlah kerana Allah swt sebenarnya telah memberikan ruang dan peluang untuk kalian membetulkan diri sendiri sebelum membetulkan diri orang lain ( isteri dan anak-anak ) kelak. Pada yang sudah sempurna agamanya pula, berusahalah untuk semakin bertaqwa pada-Nya dan berusahalah untuk menjadi hamba yang beriman dan yang beramal soleh. Semoga melalui jodoh tersebut akan membuatkan diri lebih dekat pada-Nya dan perkahwinan yang dibina itu disirami mawaddah, rahmah dan sakinah. InsyaAllah, amin ya Rabb.

P / s : Kepada-Mu Tuhan, ku sandar impian...penentu jodoh pertemuan.(~_~)

Hasil Tulisan Ikin SinarMawaddah Dan Ribuan terima kasih sudi berkongsi dengan Azriey SinarMawaddah

Monday, April 19, 2010

Sang Gagak Dan Sekuntum Mawar Putih | Yang indah hanya sementara |

Ada seekor gagak yang sangat mencintai sekuntum mawar putih...

Pada suatu hari, gagak melahirkan rasa kasih dan sayang nya pada mawar putih itu..

Gagak : Sudi tak Cik Mawar terima saya menjadi pasangan??

Mawar : I’m sorry... Cermin lah diri kau sikit..

Gagak : Saya betul2 sayangkan Cik Mawar.. Saya akan jaga Cik Mawar.

Mawar : Kau sedar tak yang kau tak layak langsung dengan aku...

Gagak : Tapi saya ikhlas...

Mawar : Dah la hitam, kurus... Boleh ke kau nak jaga dan sayang aku..

Gagak : Tolong lah terima saya...

Mawar : Baiklah, aku akan terima kau dengan satu syarat...

Gagak : Baiklah, apa syaratnya...

Mawar : Aku akan terima kalau kau dapat ubah warnaku “kecantikanku”...


Gagak pun rasa sangat sedih dan kecewa... Tapi masih belum berputus asa...

Keesokan harinya gagak bertemu mawar lagi... Gagak terbang di atas mawar putih itu, lalu gagak menghiris2 kulitnya dengan pisau... Mengalir lah darah gagak di atas mawar putih itu... Mawar putih berubah menjadi merah.. Mawar putih sangat terkejut dengan pengorbanan sang gagak. Tetapi malangnya sang gagak sudah tiada lagi di dunia ini... Mawar menangis dan menangis kerana baru tersedar tentang kesungguhan gagak, malangnya ia telah hilang pasangan yang betul2 menyayangi nya dan barulah dia sedar dirinya yang cantik takkan kekal cantik...

p/s :
Yang indah hanya sementara…
Keikhlasan dan kasih sayang bukan lahir pada wajah tapi pada ketulusan hati…

(cerita ini adalah rekaan semata-mata)
Terima kasih kepada Hadjrad kerana banyak kongsi ilmu, (ini hasil karya Hadjrad)
saya amat menghargainya...TQ

Saturday, April 17, 2010

Cikgu Oh! Cikgu | Mencari Batu Yang Cantik |

Di satu petang yang hening, di padang sekolah...

Cikgu : Murid-murid, hari ni cikgu nak buat satu pertandingan...
Abu : Pertandingan apa ye cikgu ?
Cikgu : Pertandingan mencari yang batu paling cantik. Tapi dengan syarat
Syarat-syaratnya ialah :-

i. Kena pilih satu batu je..
ii. Kena jalan terus dan tidak boleh patah ke belakang semula..

Azri : Ala, senang je nak cari batu..
Cikgu : Cikgu akan tunggu kamu di hujung padang sana..

Selepas 15 minit pertandingan berjalan…

Cikgu : Azri, kenape awak tak bawa satu batu pun??

Azri : Dalam perjalanan tadi, saya dah jumpa satu batu yang cantik.

Cikgu : Tapi kenapa kamu tak ambil ?

Azri : Nak sampai hujung padang jauh lagi.. Dan mesti banyak lagi batu
yang cantik di depan sana..

Cikgu : Jadi kamu tak jumpa batu lagi lepas tu ye?

Azri : Saya jumpa satu lagi batu yang cantik, tapi kotor sikit. Saya tak
ambil.. Saya nak cari yang lebih cantik dan bersih..

Cikgu : Kenapa kamu tak ambil.. Kekotoran sikit boleh dicuci. Susah nak
Cari yang sempurna.. Jadi kamu tak jumpa batu lagi selepas itu?

Azri : Saya jalan sampai hujung, malangnya dah tiada lagi batu yang
lebih baik sampailah ke garisan penamat.

Kesimpulan:-

Kerana terlampau mengejar kesempurnaan,
kita terlepas sesuatu Yang berharga.
Dan apabila kita mula sedar ia sangat berharga,
ia dah terlepas daripada kita,
dan mungkin sudah menjadi orang lain punya..
Ingatlah, perkara yang paling dekat dengan kita ialah Ajal..
Perkara yang paling jauh adalah masa lepas
yang tak kan dapat diulang semula…

Wallahua’lam...

(cerita ini adalah rekaan semata-mata)

Terima kasih kepada Hadjrad kerana banyak kongsi ilmu, (ini hasil karya Hadjrad)
saya amat menghargainya...TQ

Friday, April 16, 2010

Contoh Surat Berhenti Kerja Paling Sempoi

MAT TEMPEY BIN TEMPEYEK
PLOT 131A,
JALAN PERINDUSTRIAN NAIK MINYAK,
14100 MINYAK NAIK,
SEBERANG JALAN TENGAH,
PENANGAN. 19 DEC 2020

TUAN,


PER : SURAT BERHENTI KERJA


Saya seperti nama diatas, ingin memohon berhenti kerja. Saya berharap permohonan ini diluluskan. Berikut adalah sebab-musabab saya ingin berhenti kerja:-

1. Saya kerap dibuli oleh senior.
2. Makanan di kantin tak sedap tapi mahal macam KFC. Tambahan pula kalau makcik senior yg kira.
3. Lagu 5'S tidak masuk dalam carta ERA.
4. Waktu rehat tersangat pendek 15 minit je... Nak beratur pun dah 20 minit!!!
5. KERJA BERDIRIIIIIIIIIII.......... Kasut takde sponge pulak!!!!!
6. Bas kilang tersangat laju.... Tersangat BAHAYA.....
7. Kalau setakat nak keja kilang, lebih baik tak payah ambil SPM. Indon tak ambil SPM pun boleh keja jugak!!!
8. Pekerja dipaksa O.T. Ingat kita orang ROBOT ke!!! Kalau tak O.T. ugut nak bagi Warning Letter pulakk.....
9. Pintu kecemasan dihalang. Bila BOMBA audit baru kalut. KESELAMATAN TIDAK DIUTAMAKAN.
10. Scan in/out sikit nak masuk kena beratok sampai GAT HOUSE nak bali kena beratok BULEH TAWAF satu kilang..
11. Pintu keluar masuk 2 shj. Pekerja beribu.... Masuk LATE marah!!! Balik LATE driver BAS pulak marah!!!! sampai rumah mak bapak pulak yang marah KAMI selalu kena MARAHHHHHH...
12. Boss kadang 2 ok kadang 2 tension sampai tak ingat 2 yang kami ni orang gak
13. Faedah 2 lain tak memuaskan contoh keja bagai nak tecabut kepala lutut profet shereing HAMPEHHH
14. BANYAK LAGI NAK HABAK TAPI KUT TAK SANGUP DENGAK KUT!!!!

Untuk pengetahuan tuan, saya telah berjaya menabung sebanyak RM 1.5 juta selama saya bekerja sebagai operator. Wang itu telah saya laburkan dalam bentuk dinar emas. Setiap bulan, pendapatan saya adalah sebanyak RM890. Inilah faktor utama saya ingin berhenti kerja. Terima kasih atas segala kerjasama ............
tunjuk ajar tuan selama ini dengan saya. Akhir kata, terimalah sebuah pantun MAUTdari saya........ IKAN KELI.. IKAN KEMBUNG; ANGKAT KAKI LLLAAAMMMBUNG...............

SEKIAN TERIMA KASIH....""

Tuesday, April 13, 2010

Iman Semut VS Iman Manusia | Renung²kan |

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.


Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanyadimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada diatas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.

Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya,iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: "ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN" .

Monday, April 12, 2010

Si Kaya Putar Alam | Kain Kapan |


Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj. Teepo. Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj. Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar, pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj. Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.

Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj. Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka teramatlah hiba hati Hj. Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini.

Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan didunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat,"jelas Hj. Teepo dengan genangan air mata "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya. "Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam, tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku."

Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj. Teepo berbaring dikamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj. Teepo."Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"

Hj. Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat kepadaku" isteri Hj. Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih Hj. Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja."Isterinya masih ragu-ragu.

"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi.
"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang... ."
"Astaghfirullah hal 'aziiiiiiiiiim" isteri Hj. Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.

P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu... .. Ambik le iktibar... .

Kembali ke Halaman Utama