1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Wednesday, March 23, 2016

Dunia sementara Akhirat yang panjang

Saya bual dengan sorang abg yg alim. Dia kata,

'Azriey, hidup kita ni sat ja kan. Sedar2 dah tua... Tak lama lagi mati. Dunia ni sementara jer kan ? Sedar tak kita ada hidup yang panjang iaitu AKHIRAT ? Azriey pernah fikir tak dimana kita nanti diakhirat ? Kalaulah di Neraka amatlah takut kerana akhirat itu panjang sangat2 'selamanya' ... ������

Lihatlah hidup kita ni, apa yang kita risau sebelum mati. Adakah kita risau anak isteri tak cukup makan BILA KITA TIADA NANTI atau kita risau belum lagi kita selesaikan tanggungjawab/amanah Allah untuk anak isteri. MATI kita hanya berbekalkan 3 perkara... ANAK SOLEH YANG MENDOAKAN, ILMU YANG DIMANFAATKAN DAN SEDEKAH JARIAH... Anak isteri juga perlukan bekal yang sama untuk ke sana...

Hal rezeki jangan kita jadi tuhan kerana rezeki itu janji Allah pada manusia yang hidup. Tapi hal tanggungjawab 'amanah' jadikan anak isteri beriman kepada Allah itu urusan suami 'bapa'...

Wallahualam... Salah tegur saya...

Apa yang kau beri itu yang kau dapat

Si suami selalu tegur si isteri supaya jaga badan jaga mulut jangan berbau bagai... Tapi si suami terlupa, diri merokok dan badan berpeluh boroi tak pernah pun jaga. Malah ada yang malas nak gosok gigi, siap karat lg... Ulat pun nak muntah dan tak mau dok dalam mulut ����������... Nak kena isteri tegur jg ke ?

Jika kita meminta isteri jaga semua itu bermakna diri kita semestinya telah terpelihara terlebih dahulu... Kalau tak, semua itu sia2 sahaja. Sekalipun isteri dengar dan taat, suasana keharmonian rumahtangga akan suram...

What  U Give U Get Back
Apa yang kau beri itulah yang kau akan dapat... Kalau baik maka baiklah akan kembali... Kebaikkan itu datang dalam pelbagai bentuk, tidak semestinya jika kita bagi duit maka duit juga yg kita dpt atau harapkan. Kekadang kasih sayang yg lebih kukuh yg kita dapat. Bukankah kasih sayang itu kebaikkan yg lebih mahal dan kita harapkan ?

Saturday, March 19, 2016

Buka Aib Di Facebook

Bukan semua perkara boleh dicerita dalam fb ni. Hal peribadi simpan dalam POKET la. Bukan bleh sesuka hati ja tulis. Buat malu kat org ja... Ingat orang suka sangat ka tengok kisah suka duka bagai yg dizahirkn.

Ya! memang fb masing2 dan bleh kata  hak masing2. Tapi bila dah disalah guna, itu hak sesiapa sj menegurnya. Kalau nak tulis tragis2, pi beli diari tulis dalam tu. Ni tak, semua benda tulis dalam fb. SALAH TU. Kena ingat bila kita suka tulis merapu meraban tak ketahuan hala tuju. Orang bleh menilai SIKAP SIFAT PERANGAI TAK ELOK kita ni hanya melalui fb. Jangan terlalu mudah sangat membuka keaiban diri dan keperibadian hidup.. kalau pemikiran kolot bleh kata ' fb hak masing2, punya pasai nak tulis apa pun '. kena ingat kalau kita berpemikiran suci, keperibadian dan aib adalah HAK MASING2 yang bukan untuk dikongsi...

Awat penting sangat ka peribadi baik dan aib terpelihara ?

Ya! memang penting sesangat penting. Apa yang islam syariatkan sebenarnya itulah membentuk keperibadian murni dan terpelihara keaiban... Jika kita mampu pelihara peribadi dan keaiban, insyaAllah ramai akan mendekati kita dan menghargai diri kita...

Bumi Kita Kemarau Panjang

Allah bagi ujian pada kita macam2 la ni. Allah nak kita kembali taat pada islam keseluruhan...

Bumi kita ni hak Allah, sikap pemimpin dan kebanyakkan rakyat buat bumi ini mcm hak diri sendiri. Langgar segala syariat. Hari demi hari, hidup rakyat makin kucar kacir. Makin tak terurus.

Bila disoal pada pemimpin, pemimpin kata ini masalah ekonomi belum mantap, ini masalah sistem perlu dikaji dan diperketatkan lg, ini masalah pembangkang dll... Tidak sekalipun nak tarbiah diri dan rakyat bahawa INILAH AKIBAT TAK TAAT PADA ALLAH.

Bila tanya rakyat pula, kenapa hidup melarat ? Rakyat jawab, Kami tinggal diperdalaman sukar untuk dapat itu ini, kami mengharap pemimpin tapi pemimpin kata kena sabar kerana ekonomi belum kukuh, undang2 belum diperketat, kami hairan kenapa pemimpin tak prihatin dan tak ambil berat pada kami sedangkan kami dah menyokong mereka, dan macam2 lagi pengharapan yang mana semuanya tidak langsung ada sandaran pada ALLAH...

Kita pinjam sementara jer bumi ni. Ntah esok lusa kita akan dijemput pulang. Tapi kenapa kita masih bergantung/sandar pada sesama manusia ? Kenapa kita masih tak yakin bahawa Allah yg memberi segala ?

Jom! lah kembali kepada Allah. Bertaubatlah... Bumi kita kini KEMARAU PANJANG. Bukan sekadar kemarau panas terik 'panaih litlit' tapi bumi kita kemarau dahagakan SYARIAT ALLAH. Makin hari makin teruk kerana kemarau 'kerosakkan' yang rakyat lakukan amatlah PANASSSS... Bumi kita mahu rakyatnya siramkan kembali NUR2 IMAN pada kesilapan2 yg dah terlanjur... Dah berpuluh tahun kita melakukan kerosakkan. Malah makin hancur tidak diperbaiki... Marilah kita betulkan kembali diri kita dengan ke majlis ilmu. Bertaubat dan belajar kenal diri dan kepimpinan islam yg disyariat oleh Allah supaya kita dapat rahmat dari Allah dan bumi kembali subur...

Sama2lah kita doa dan usaha perbaiki diri dan usaha selamatkan bumi ini dengan roh2 islam. Doakan sama semoga Allah turunkan hujan rahmat pada kita dik kemarau panas yg dialami beberapa negeri ini... Mudahan dgn ujian ini, Allah ampunkan dosa kita dan kita dapat kembalikan bumi ini kepada ISLAM YANG SEBENAR... Istiqamah...

Thursday, February 18, 2016

BUAT MALU KAT LEMBU

Pakaian bagi seekor LEMBU adalah bulu pada kulit yang membaluti tubuh.

Pakaian bagi seorang WANITA adalah yang longgar menutupi tubuh.

Jika ada wanita yang berpakaian MEMBALUTI TUBUH maka ia lebih teruk dari LEMBU...

Cer tengok lembu pakai bulu pada kulit Nampak pe ? Pungkoq dan nenenkan ?

Kalau dah wanita berpakaian nampak dua anggota tu ? Tak ke lbh trok dari lembu ?
Memalukan...

p/s ~ Bukan nak loklaq kat sini tapi nak bg nampak jelas dan yang saya gambarkan adalah seekor lembu. :-)

SALAH FAHAM MENGENAI BEKAS

Kebanyakan orang Melayu, apabila telah berlaku perceraian antara suami isteri atau salah seorang daripada mereka meninggal dunia, maka mereka memahami seperti berikut,
1. Bekas isteri bagi isteri yang telah diceraikan atau meninggal dunia.
2. Bekas suami bagi suami yang telah menceraikannya atau meninggal dunia.
3. Bekas bapa mentua bagi bapa kepada bekas suami atau isteri.
4. Bekas ibu mentua bagi ibu kepada bekas suami atau isteri.
5. Bekas menantu lelaki bagi bekas suami kepada anak perempuan.
6. Bekas menantu perempuan bagi bekas isteri kepada anak lelaki.

Sebenarnya istilah bekas ini hanya betul untuk 1 dan 2 sahaja iaitu bekas isteri dan bekas suami. Manakala 3,4,5 dan 6 tidak betul dipanggil bekas. Oleh itu jika berlaku perceraian suami isteri atau salah seorang daripada mereka  meninggal dunia, maka bapa mentua, ibu mentua, menantu lelaki dan menantu perempuan masih kekal status mereka selama- lamanya. Bapa mentua dan menantu perempuan serta ibu mentua dan menantu lelaki kekal menjadi mahram walaupun pasangan suami isteri telah berpisah atau meninggal dunia.
Disebabkan salah fahaman inilah merenggangkan hubungan antara menantu dan mentua kerana menganggap antara mereka hanyalah bekas menantu atau bekas mentua. Kerenggangan itu akhirnya menyebabkan masing- masing tidak bertanya khabar, tidak menziarahi dan tidak mengambil peduli antara satu sama lain.
( Catatan Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar )

Kembali ke Halaman Utama