Pakaian bagi seekor LEMBU adalah bulu pada kulit yang membaluti tubuh.
Pakaian bagi seorang WANITA adalah yang longgar menutupi tubuh.
Jika ada wanita yang berpakaian MEMBALUTI TUBUH maka ia lebih teruk dari LEMBU...
Cer tengok lembu pakai bulu pada kulit Nampak pe ? Pungkoq dan nenenkan ?
Kalau dah wanita berpakaian nampak dua anggota tu ? Tak ke lbh trok dari lembu ?
Memalukan...
p/s ~ Bukan nak loklaq kat sini tapi nak bg nampak jelas dan yang saya gambarkan adalah seekor lembu. :-)
Thursday, February 18, 2016
BUAT MALU KAT LEMBU
Klik Sini: Aurat Dan Akibatnya
Lampiran Oleh: Azriey SinarMawaddah at 2/18/2016 08:11:00 PM 0 Komen disini
SALAH FAHAM MENGENAI BEKAS
Kebanyakan orang Melayu, apabila telah berlaku perceraian antara suami isteri atau salah seorang daripada mereka meninggal dunia, maka mereka memahami seperti berikut,
1. Bekas isteri bagi isteri yang telah diceraikan atau meninggal dunia.
2. Bekas suami bagi suami yang telah menceraikannya atau meninggal dunia.
3. Bekas bapa mentua bagi bapa kepada bekas suami atau isteri.
4. Bekas ibu mentua bagi ibu kepada bekas suami atau isteri.
5. Bekas menantu lelaki bagi bekas suami kepada anak perempuan.
6. Bekas menantu perempuan bagi bekas isteri kepada anak lelaki.
Sebenarnya istilah bekas ini hanya betul untuk 1 dan 2 sahaja iaitu bekas isteri dan bekas suami. Manakala 3,4,5 dan 6 tidak betul dipanggil bekas. Oleh itu jika berlaku perceraian suami isteri atau salah seorang daripada mereka meninggal dunia, maka bapa mentua, ibu mentua, menantu lelaki dan menantu perempuan masih kekal status mereka selama- lamanya. Bapa mentua dan menantu perempuan serta ibu mentua dan menantu lelaki kekal menjadi mahram walaupun pasangan suami isteri telah berpisah atau meninggal dunia.
Disebabkan salah fahaman inilah merenggangkan hubungan antara menantu dan mentua kerana menganggap antara mereka hanyalah bekas menantu atau bekas mentua. Kerenggangan itu akhirnya menyebabkan masing- masing tidak bertanya khabar, tidak menziarahi dan tidak mengambil peduli antara satu sama lain.
( Catatan Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar )
Klik Sini: Kisah Teladan, Tazkirah
Lampiran Oleh: Azriey SinarMawaddah at 2/18/2016 12:59:00 AM 0 Komen disini
Bila cakap tanpa ilmu
Dalam drama tv ada satu dialog tu kata
'Islam tak memaksa untuk tutup aurat, jd janganlah kau pula yang paksa aku...'.
Ni jawapan AKU yang bernama Azriey SinarMawaddah.
Ya betul islam tak paksa, tapi tak paksa yang dimaksudkan adalah pada orang KAFIR.
Kalau hang orang kafir, memang tiada paksaan pada hang untuk tidak menutup aurat... Kalau hang orang islam, WAJIB tutup aurat sekiranya dah baligh. Kalau tak mau juga tutup aurat, terPAKSAlah aku anggap hg TAK BALIGH LAGI. Bleh tera tu?
Klik Sini: Aurat Dan Akibatnya
Lampiran Oleh: Azriey SinarMawaddah at 2/18/2016 12:51:00 AM 0 Komen disini
Monday, August 26, 2013
Bilakah Lelaki Menjadi Dayus ?
Jom! pakat2 Sebar dan pakat2 paham bagi betul2...
BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8 ) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.
Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"
Rujukkan : http://zaharuddin.net/
Klik Sini: Cari Jodoh
Lampiran Oleh: Azriey SinarMawaddah at 8/26/2013 03:29:00 PM 0 Komen disini
Tuesday, January 29, 2013
Tendang Bola Goolll!!! Sujud Syukur ???
Klik Sini: Cari Jodoh, SinarMawaddah
Lampiran Oleh: Azriey SinarMawaddah at 1/29/2013 10:30:00 AM 0 Komen disini
Monday, January 28, 2013
Bimbinglah Pasangan Kamu Kejalan Yang Lurus
Klik Sini: Cari Jodoh
Lampiran Oleh: Azriey SinarMawaddah at 1/28/2013 10:44:00 AM 0 Komen disini







.jpg)



