1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Friday, June 24, 2011

Luka DiHati Ibarat Paku Di Dinding

Al kisah.. Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pemuda ini terlalu mengikut nafsu amarahnya terutamanya ketika bersama sahabat-sahabatnya. Dia langsung tidak memikir untuk menjaga perasaan sahabat-sahabatnya.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut. “Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu terhadap seseorang ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kadang kala anakku, kau merasakan sikapmu itu wajar dengan kemarahan yang sedang kau tanggung terhadap insan disekelilingmu, tetapi tanpa kau sedar kau telah meninggalkan luka yang sangat dalam dihati mereka yang mungkin terlalu menyayangimu.

Dan ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Anakku, sesungguhnya sahabat yang kita ada sekarang adalah titipan dari Allah. Tidak semua insan yang kita lihat dan kenal akan menjadi sahabat kita kecuali dia sememangnya telah dipilih Allah untuk menjadi pendamping disisi mu sebagai seorang yang bergelar sahabat.

Anakku, Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu bahagia dan menggalakkan mu ke arah kejayaan. Mereka sentiasa akan bersama denganmu mengisi hari-hari indah tanpa dicalari luka yang dipendam. Gurau sendamu dengan mereka akan menjadi suatu kenangan yang tiada boleh kau beli dimana-mana...

Anakku, Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka serta sentiasa membuka hatinya kepada kita. Jangan kau calari hati mereka dengan marahmu yang tiada kesudahan. Jangan pula kau balas kasih mereka dengan sikap amarahmu yang tidak dapat di kawal walau kesilapan mereka hanya sekelumit sahaja. Anggaplah setiap tindakkan mereka itu adalah usaha mereka dalam menjadikan dirimu insan yang berjaya, juga insan yang tahu menghargai erti sebuah persahabatan sejati.

Ingatlah Anakku, Sahabat sejati adalah insan yang selalu menyedarkan kita tentang kelemahan yang kita ada. Agar setelah mengetahui setiap kelemahan kita itu akan membuatkan kita bangkit menjadikan ia satu keistimewaan.

“Sahabat sekalian Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan Kesan Berlubang di Dinding Hati Anda.”

Wednesday, June 15, 2011

Kisah Seorang Ayah, Anak dan Kaldai



Gambar Renungan

Pada zaman dulu di negara Arab, ramai orang menunggang kaldai sebagai kenderaan. Seorang bapa membawa anaknya ke satu tempat dengan membawa seekor kaldai. Kedua-dua mereka menaiki kaldai itu dan lalu di sebuah pekan. Keadaan ini menarik perhatian orangramai. Ada di antara mereka berkata “Ini kes aniaya. Kaldai tu dah le kecil. Dua-dua orang pulak naik. Kan tu menyeksa binatang.. Tak ada peri kemanusiaan langsung”.
Si-bapa mendengar komen mereka. Lalu si bapa turun dan membiarkan anaknya sendirian di atas kaldai. Si-bapa meneruskan perjalanan sambil berjalan kaki. Mereka pun melalui sekumpulan orangramai. Sekali lagi ada yang komen, “Kurang ajar punya anak. Dia sedap-sedap naik kaldai. Bapanya dibiarkan berjalan kaki.”

Si-anak mendengar komen mereka, lalu dia turun dan menyuruh bapanya pula menunggang kaldai. Si-anak berjalan kaki mengiringi bapanya di atas kaldai. Mereka pun melalui sekumpulan orang. Sekali lagi mereka mendengar rungutan “Bapa tak ada otak, dia sedap naik kaldai, anaknya dibiarkan berpeluh berjalan.”

Mendengar komen itu, si-bapa pun turun dan berjalan bersama-sama anak. Kaldai itu dibiarkan berjalan sendirian. Mereka pun melalui sekumpulan orang. Masih ada yang komen “Apalah bodohnya orang tua ni. Ada kaldai tapi tak mau naik. Kalau macam ni, lebih baik tak payah bawa kaldai!”

Mendengar kata-kata ini, si-bapa pun memberitahu anaknya. “Beginilah keadaan masyarakat. Mereka hanya pandai komen. Pandai melihat kesalahan orang. Ada saja yang tak betul. Kalau kita ikut saja kata-kata mereka rosak kita. Kita tidak boleh terima pandangan mereka secara melulu. Kita kena fikirkan kesemuanya dan kita buat apa yang baik pada kita. Jangan pedulikan komen mereka..”

MORAL & IKTIBAR
Kebanyakan orang memang suka mencari kesalahan orang
Pendapat dan komen mereka tidak boleh diikut melulu kecuali memang ada asas dan kebenaran.
Pertimbangan mesti berdasarkan keadaan dan senario yang kita hadapi.
Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

Friday, June 03, 2011

Bila Guru Mentafsir Cinta

.

.

GURU FIZIK
Cinta adalah merupakan daya tarik – menarik antara kutub positif (lelaki) ke kutub yang tak sejenisnya (tentulah sidia)

GURU BIOLOGI
Cinta merupakan cara mempelajari hubungan antara makhluk hidupan dengan lingkungannya

GURU KIMIA
Cinta merupakan tindakbalas kimia yang tidak diketahui unsurnya

GURU MATEMATIK
Cinta adalah satu cara untuk menentukan daerah ketidaksamaan antara dua garis yang tidak sejajar

GURU PENDIDIKAN ISLAM
Jangan sekali-kali meninggalkan cinta tetapi jangan terlalu dekat padanya kerana hidup ini penuh dengan iblis dan syaitan yang sanggup menggoda manusia untuk membuat dosa dan cinta adalah sasaran dosa (cinta la YG 1 ALLAH itu cinta yg hakiki dpt kan cinta yg halal d dunia dan akhirat)

GURU PENDIDIKAN MUZIK
Cinta adalah ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan

GURU EKONOMI
Cinta merupakan keperluan manusia yang harus dipenuhi sama ada secara langsung atau tidak langsung

GURU SEJARAH
Cinta hanya akan menjadi cinta sekiranya ianya tepat dan benar. Tapi jangan lupa jika ada sebab, pasti ada akibatnya.

GURU GEOGRAFI
Cinta adalah seperti 4 musim yang melanda kebanyakan Negara Eropah….kadangkala berbunga, kadangkala panas, kadangkala dingin dan kadangkalanya luruh

GURU BAHASA
Cinta dianggap indah kerana di dalamnya ada satu kesatuan yang harmonis antara bentuk bahasa dan isinya

Yg pasti tafsir la cinta mengikut kehendak Allah yg satu…bertemu berpisah semua kerna Allah…..
Indah ya cinta kalau agama d serta bersama…cinta ALLAH DAN RASUL ADLH YG

UTAMA DAN D UTAMA
JGN TERPEDAYA KERNA CINTA DUNIA YG SEMENTARA…

Wednesday, June 01, 2011

Cinta Bermula Dengan Akidah "Iman"

Kemaskini dan Ulang kembali | 7/6/2010 Tarikh Asal |
Ramai yang tercari – cari cinta sejati untuk kekal abadi, saling sayang menyayangi sampai kemati dan tak pernah putus berdoa moga dapat yang soleh / solehah. Tetapi berapa ramai yang berusaha untuk soleh / solehahkan diri itu, untuk menggapai impian memiliki calon soleh / solehah?

Jika kita berusaha menjadi soleh / selohah insyaAllah, pasti akan muncul impian dihati iaitu “Memiliki cinta soleh solehah kekal abadi”. Ingat JADI SOLEH / SOLEHAH bukan cari SOLEH / SOLEHAH. Yakinlah janji Allah melalui firman-Nya: “…dan wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik…”” (An-Nur: 26)

Wanita yang solehah tetap menjadi idaman semua lelaki, khususnya lelaki yang beriman. Malah, lelaki yang jahat sekalipun , tetap inginkan wanita solehah sebagai pasangan hidup. Apa nak dihairankan, bukankah sipengotor pun sukakan kebersihan ?

Kita harus malu kepada Allah dan diri kita sendiri, jika kita inginkan jodoh yang baik sedangkan diri kita tidak baik. Kekadang rasa sedih apabila seorang pemuda yang tunggang langgang, kaki botol, peleseran, berjudi dan lain² perbuatan maksiat tetapi bila nak berumah tangga minta ibu carikan wanita solehah di kampung. Mesti lahir dihati nak bina rumah tangga bahagia dan dengan insan yang boleh membimbing diri kejalan sempurna. Walaupun usaha mencari pasangan yang soleh @ solehah itu dimiliki, tetapi impian dan hasrat tidak akan tercapai kerana diri sendiri tidak berusaha untuk memiliki AKIDAH “iman”.

Iman mestilah dijadikan persoalan teras dan asas dalam sebuah keluarga. Ini sewajarnya menjadi dorongan utama untuk berumah tangga. Tujuan berumah tangga hendaklah difokuskan semata – mata untuk mendapat keredhaan Allah. Oleh kerana itulah Rasulullah SAW berpesan bahawa pilihlah pasangan hidup dibuat atas dasar kepatuhan agama.

Sesiapa yang mematuhi pesanan Rasulullah SAW ini secara automatik telah menjadikan iman “akidah” sebagai dasar rumahtangganya. Dia telah meletakkan kepentingan Allah dan Rasul mengatasi kepentingan diri. Mungkin dia sendiri inginkan calon yang cantik @ kacak dan berharta tetapi kerana patuhkan Rasulullah SAW itu dia memilih pasangan yang taat pada agama.

Mendirikan rumah tangga sering disamakan dengan mendirikan masjid. Masjid adalah “rumah” Allah, maka begitulah juga rumah tangga yang dibina atas nama Allah, ia umpama sebuah masjid yang didalamnya suami, isteri dan anak² akan menegakkan hukum Allah.

“Nampak tak disini perlunya cinta bermula Akidah ? “

Ok cuba kita renung lagi,
Jika berlaku sesuatu yang kusut dalam rumah tangga, maka dengan mudah ia dapat diungkai kerana suami dan isteri akan merujuk kembali kepangkal penyatuan mereka iaitu ALLAH. Dengan nama Allah mereka bertemu “kahwin”, maka kepada Allah jualah mereka merujuk segala masalah sepanjang berumah tangga.

Jika berlaku ujian kesusahan atau yang tidak diingini, sikap menyalahkan orang lain kurang berlaku kerana masing² melihat kelemahan diri sendiri sebelum menunding jari kepada orang lain sebaliknya berusaha mengatasi mengikut kaedah dan jalan yang diredhai oleh Allah. Sifat² BURUK dapat diatasi keparas paling minimum bukan hanya untuk dapat keredhaan suami @ isteri tapi masing² buat kerana Allah.

Misalnya, isteri mampu mentaai suami walaupun ketaatannya mungkin tidak dihargai tapi isteri berbuat demikian bukan mengharap balsan suami tetapi semata-mata Allah.

Renungan bagi yang susah hati:
Biar terlajak usia, jangan tersalah pilih… Kelak takut terjadi macam “Cinta Alim² kucing | Diari Seorang Isteri Yang Solehah | "

Persoalan difikiran Mat Romeo :

Apakah caranya mencari calon tu ? Bolehkah memilih ?
“Untuk dapat isteri solehah, jadilah diri itu seorang calon suami yang soleh.” Boleh memilih, pilih jalan yang terbaik. Hehe! “Cuba cari ciri² seorang suami yang soleh… dan bina semua ciri² itu pada diri kita. Muhasabah diri soal hati adakah ikhlas kerana Allah bukan semata² untuk memiliki CINTA SOLEHAH tapi ikhlas kerana Allah… Ukur iman dan Takwa “. Cara ini lebih mudah dari kita berusaha mengukur iman dan takwa orang lain… .

Adakah jaminan cara ini lebih cepat memiliki insan Solehah ?
Maksud disini bukan bererti CEPAT, tapi mungkin lebih TEPAT kerana cara begini ada banyak kelebihannya…

Kalau macam tu, terpaksalah saya hentikan dari mencari wanita SOLEHAH demi berusaha menjadi lelaki yang soleh , begitu ?

Tak begitu, Cuma lebihkan usaha menjadi lelaki yang soleh, sambil itu teruskan usaha mencari yang Solehah. Tapi berpada²lah dengan piawaan solehah awak tu, jangan terlalu tinggi takut nanti tak tercapai. Cukuplah dengan sederhana… kerana mungkin sebelum kahwin tahap SOLEHAHnya rendah sedikit, tetapi bila diri kita dah diperkuatkan dengan Akidah “Iman” menjadi seorang pemimpin, tahap solehahnya insyaAllah akan meningkat… Apa² pun, mestilah lebih ketat dalam menilai diri sendiri. Jangan ambil mudah soal iman dan takwa. Letakkan piawaan yang tinggi pada diri sendiri dulu.

habis klu tak dapat juga walaupun dah berusaha memperbaiki diri macam mana ?

Bisikkanlah dalam hati "JIKA BELUM TEMUI IMPIAN HATI YANG SEJATI BERMAKNA BELUM CUKUP kuat LAGI IMAN, BERUSAHA LAGI memperbaiki diri INSYAALLAH AKAN KAU MILIKI...


Bagaimana mereka yang dah berumah tangga ? Bolehkah guna lagi kaedah ini ?
Apa yang baik, ambilah dan buang yang keruh… Sama² perbaiki diri.. APA YANG PENTING KERJASAMA ANTARA SUAMI ISTERI semoga tercapai impian bina SINARMAWADDAH “sinar kasih sayang” keluarga bahagia itu. Aminnn…

p/s:
" Jika kamu inginkan kejayaan di DUNIA, hendaklah dengan ILMU,,.. jika kamu inginkan kejayaan di AKHIRAT,hendaklah dengan ILMU..dan jika inginkan kejayaan pada kedua duanya.. hendaklah juga dengan ILMU." - Imam Syafi'e..

iman, syariat dan akhlak...

ilmu akan menegakkan IMAN dan apabila beriman akan mudahlah kita menerima SYARIAT sebagai jalan peraturan maka dengan sendirinya akan terbina AKHLAK dlm kehidupan...
INSYAALLAH... :)


Wallahu’alam…

Untuk lebih memahami, cuba hayati lirik lagu ni sampai habis.

Lirik "Brother - Iman"

Mohd Azri Bin Harun

Kembali ke Halaman Utama